Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Thursday, April 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Esok,1 hb Mei 2009.Esok adalah hari sambutan Hari Pekerja di seluruh dunia.esok,Hari Pekerja disambut didalam keadaan yang tidak ketentuan akibat landaan krisis ekonomi dunia.

Di Temerloh sahaja,beberapa bulan kebelakangan ini ramai pekerja samaada kehilangan pekerjaan mereka atau diambang kehilangan jawatan.Dan saya sendiri sering dikunjungi teman-teman pekerja sekitar Temerloh dan Maran yang mengadu nasib atau meminta nasihat.

Saya terlalu simpati dengan mereka.Namun apalah sangat yang boleh dibantu untuk meringankan beban mereka.Saya juga sering mendapatkan pandangan malah merujuk masalah mereka ini kepada Sdr.Jonah,pemimpin AMK Malaysia dan seorang Unionist.

Ada kilang sekarang ini yang bekerja selang hari yakni,satu hari bekerja hari berikutnya cuti;ada yang mengarahkan pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji;ada majikan yang keluarkan arahan pekerja hanya bekerja 2 atau 3 hari seminggu dan yang lebih menyayat hati,majikan lari,kilang tutup dan pekerja terkapar.

Kisah ini bukan berlaku di Shah Alam atau Butterworth atau Pasir Gudang;ini realiti berlaku di Temerloh.Ini nasib yang menimpa kawan-kawan kita,saudaramara kita dan jiran kita.Tetapi siapa yang peduli?

Pemimpin negara tetap dengan keangkuhan mereka kononnya ekonomi teguh dan jika ada bantuan yang dilunakkan dengan klise Pakej Rangsangan Ekonomi,ianya bukan untuk manfaat langsung kaum pekerja yang tersepit dan terhimpit tetapi untuk bail-out para saudagar besar.

Setakat hari ini,jika kita melihat di Pahang sendiri,saya masih tidak melihat suatu dasar proaktif yang digagaskan oleh Kerajaan untuk membantu pekerja didalam iklim ekonomi yang serba tidak menentu ini.Mungkin para Dewata sedang pening kepala bagaimana untuk membayar hutang RM63 juta seperti penghakiman Mahkamah yang berpunca dari perangai buruk pemimpin UMNO Pahang sendiri memfaraid khazanah negeri.

Didalam keadaan ekonomi meleset,harga barang melambung tinggi kerana inflasi (pemimpin negara sekadar bermain dengan angka kononnya ikhtisad negara masih kukuh) dan pekerja kehilangan pencarian,saya cukup khuatir bagaimana mereka akan "survive'?Bagaimana pula mereka yang "sole bread winner" yang punya keluarga besar?Bagaimana dan bagaimana...?

Dan seperti selalu,kaum pekerja serta petani dan buruh kasar tidak mendapat tempat utama didalam agenda para Dewata.Mereka ini hanyalah sekumpulan manusia yang bukan sahaja diperah keringatnya malah hanya penting tatkala UMNO/BN memerlukan sokongan dan undi.Selepas pilihanraya pemimpin UMNO/BN kembali mengulit para cokong dan taukeh-taukeh.Rakyat kecil harganya sekadar untuk di buaikan dengan retoriks semata-mata.

Sempena sambutan Hari Pekerja,seruan saya agar semua lapisan rakyat bangkit mempertahankan hak mengembalikan maruah dan harkat seta jatidiri sebagai rakyat merdeka.Kita tidak ada pilihan melainkan mengtalkinkan UMNO/BN demi membina Malaysia yang lebih gemilang.Ayuh,kita bangkit berjuang untuk KETUANAN RAKYAT!

Hadis Rasulullah S.A.W:Bayarlah upah sebelum kering peluh mereka.

DI GARHAYU RAKYAT TERCINTA!

Wednesday, April 29, 2009

Fragmentasi Komik PKM*


*Cuplikan komik diatas merupakan terbitan PKM sempena ulangtahun ke-50 penubuhan partai tersebut.Kepada saya bahan ini sangat berharga sebagai sebahagian catatan sejarah bangsa.
Sila layari http://matamin.blogspot.com/



Tuesday, April 28, 2009

Dari Blog Tok Peran*

CADANGAN UNTUK BN MENANG PRK DUN PENANTI

MEMANDANGKAN SPR sudah berkelabut untuk memikirkan kemenangan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah + Mahathir di PRK DUN Penanti, dicadangkan:
1) Wakil SPR jemput calon - pencadang dan penyokong di rumah. Lepas tu tak kiralah nak disembunyikan oleh Hantu Kopek luar perkiraan.
2) Kertas pencalonan diisi oleh SPR sendiri tanpa ditunjukkan pada calon - pencadang dan penyokong.
3) Polis unit kepala merah di bariskan 7 lapis keliling tempat penamaan calon dengan meriam air asid serta siap sedia dengan gas pemedih mata. Jangan bawa c4 sudahlah!
4) Cepatkan jarum jam SPR supaya waktu penamaan calon tamat cepat. Kalau ada bantahan jangan risau serah pada mahkamah dan Linggam sedia menghubungi para hakim.
5) SPR hadiahkan tv besar pada setiap bilik gerakan Bn agar pengundi dapat melihat propaganda bodoh para menteri Bn.
6) Polis buat perintah berkurung 24 jam dari 23 Mei hingga 31 Mei 2009 di kawasan DUN Penanti. Makan mimum para penduduk yang terlibat akan ditanggung oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kebajikan Masyarakat!
7) SPRM ditugaskan menunggu simpang jalan ke kawasan DUN Penanti - Mana-mana kereta penyokong pembangkang masuk sila hambat keluar dengan mengatakan: "anda melakukan penyelewengan jalan raya dan boleh didakwa."
8) Hari mengundi (jika berlaku pertandingan - mungkin Hantu Kopek tak cukup duit nak jamu mangsa - duit komisyen kapal selam Rm510 juta dah habis) diarahkan pengundi sahaja keluar dengan menaikki kereta polis menuju ke tempat mengundi. Masa dalam kereta tu bolehlah kempen cara apa sekali pun untuk undi Bn. Balik boleh jalan kaki!
9) Tidak dibenarkan sesiapa pun berada dalam tempat mengundi kecuali - Polis - SPR - SPRM dan pengundi yang hendak mengundi hanya memerhati sahaja kertas undi mereka dimasukkan ke dalam tong undi.
10) Tv dan radio Bn boleh buat siaran langsung dari pukul 6 pagi hingga 6 petang dan belum tamat tempuh masa pengundian sudah boleh umum: " Calon Bn mendapat ..... Calon pembangkang tidak dapat apa-apa. Dengan ini sah dan nyata calon Bn menang di DUN Penanti!"
Malam itu juga Rtm akan temuramah dengan Najib Rosmah. Antara kata-katanya yang telah didraf oleh belaci di Bernama 5 hari sebelum hari pengundian: " .... kita telah melaksanakan demokrasi dan inilah kehebatan konsep One Malaysia yang saya bawa ...."
*Tulisan ini diambil dari blog Tok Peran (http://tokperan.blogspot.com) kelolaan sahabat saya Sdr.L ManKadir Shamsi yang juga seorang seniman.

Monday, April 27, 2009

Lawak PPSMI

Siapa tak kenal Pak Long Jib.Dia lebih hebat dari Tok Empat Jusuh,ketua kampung Cabang Tiga.Bukan sahaja kerana kehebatan Pak Long Jib kahwin-cerai-kahwin-cerai,kata orang kampung entah enam kali entah tujuh kali Pak Long Jib berkahwin,tetapi juga kerana keangkeran Pak Long Jib dalam politik.Anak-anaknya ramai,kata orang kampung lebih sedozen.

Pak Long Jib bermisai tebal dengan tubuh gedempal tapi rambutnya sentiasa bersisir rapi dilumuri minyak zaitun cap Zam Zam-kiranya lalat landing dirambut Pak Long Jib,gerenti tergelincir sebab licin-linyau.Pak Long Jib sentiasa berpakaian kemas,kemeja lengan panjang tuck-in dalam seluar slack dengan bersepatu hitam berkilat kena sinar matahari.

Tak ada orang tahu apa kerja sebenar Pak Long jib ini.Ada kebun getah tua pusaka orang tuanya tapi kata orang kampung,yang rajin menoreh isterinya sekarang,Mak Long Mah dan anak-anak turut membantu.Pak Long Jib sesungguhnya tidak ada masa sebab sibuk dengan hal negara.

Tadi disebut Pak Long Jib ini orang kuat parti politik;dia Ketua Cawangan UMNO Kampung Cabang Tiga lebih dari 22 tahun.Setiap kali ada pemilihan tak ada yang berani menentang,semuanya sanggup berkompromi sebab takut dengan kelibat Pak Long Jib ini yang misainya melenting.

Dalam banyak kesempatan akan dapat dilihat Pak Long Jib mengepit (orang kampung Cabang Tiga sebut "mencebit") pelan-pelan balak.Di kedai kopi Pak Long Jib buka gembong sambil membuka pelan balak penuh satu meja,ada pelan hutan dara,ada pelan hutan KSK dan ada pelan tanah AA.Bercericau Pak Long Jib menceritakan dia akan dapat kawasan balak,akan pakai kereta mercedez mata bulat (Pak Long Jib bawa kereta Kancil model tersulung keluaran perodua) dan lain-lain lagi.Pun begitu,Pak Itam Mat,taukeh warung merungut juga sebab duit minum teh tarik masuk buku tiga-lima (555).Kata orang kampung Pak Long Jib tak pernah pun dapat balak selama lebih 22 tahun jadi orang kuat UMNO.

Pak Long Jib memang setia dengan parti dan memang warganegara yang baik.Apa sahaja dasar kerajaan yang dibacanya dari Utusan Meloya di warung Pak Itam Mat akan dihadam dan dipertahankan.Kalau Utusan Meloya memetik kenyataan pemimpin "fundamental kita kuat" didalam keadaan krisis ekonomi dunia,maka perkataan "fundamental" itu akan jadi sebutan Pak Long Jib sampai termimpi-mimpi.Kalau pemimpin UMNO sebut orang Melayu kena GloKal,maka itulah istilah yang akan sentiasa meniti dibibir tebal Pak Long Jib walaupun sering tersasul tersebut "kita orang Melayu kena jadi Gurkha".

Pak Long Jib akan mempertahankan kerajaan dengan segenap kekuatan-lidahnya dan tak jarang dengan buku lima.Siapa sahaja yang mengkritik kerajaan akan dijerkah sebagai tidak mengenang budi,derhaka,kurang ajar,pergi tinggal kat negara lain dan bermacam lagi.

Pernah sembilan orang cikgu di sekolah rendah Cabang Tiga yang semuanya graduate universiti kena sembur dengan Pak Long Jib yang hanya lulus darjah 6 sekolah Melayu semata-mata cikgu-cikgu buat gotongroyong mengindahkan sekolah dengan mengecat pagar warna hijau.Bukan itu sahaja yang Pak Long Jib buat,ditulisnya surat kepada Ahli Parlimen YB Dato Semaun Basri minta ditukarkan 9 orang cikgu ini kerana menyokong pembangkang yang buktinya jelas terpampang kerana pagar dan tembok sekolah bercat hijau.YB Dato Semaun Basri kelulusan LLB tapi lesen lawyer dah kena gantung dengan Bar Council tanpa usul periksa menggunakan segala kabel menukar cikgu-cikgu tersebut.Sekolah Cabang tiga ada 10 orang cikgu,kena tukar 9 orang,yang tinggal cikgu GSTT!

Kalau berkenaan PPSMI,Pak Long Jib memberikan sokongan padu sepenuh hati.Bagus kata Pak Long Jib untuk membolehkan orang Melayu berjaya dan menjadi gurkha,eh,GloKal,segera pak Long Jib membetulkkannya setelah ditegur oleh Ramli Parang Puting.Siapa yang menentang PPSMI ini bodoh dan petualang bangsa,bersembur air liur Pak Long Jib berhujjah setelah membaca berita demonstrasi anti-PPSMI di Kuala Lumpur dalam Utusan Meloya.

Mengikut cerita orang kampung,suatu hari anak Pak Long Jib,Jidin yang entah nombor berapa,bersekolah darjah enam bawa balik borang kajiselidik untuk diisi oleh bapanya.Kata yang empunya cerita borang tersebut didalam bahasa Inggeris.

Maka,selepas makan malam Jidin pun menghampiri bapanya Pak Long Jib yang sedang berlengkar depan tv sambil membawa borang tersebut dan sebatang pen.
"Ayah,ni ada borang cikgu suruh isi," kata Jidin.
"Bak sini aku tengok," jawab Pak Long Jib sambil mengambil borang tersebut dari tangan anaknya.
Pak Long Jib pun membelek dari atas ke bawah.dipulangnya kembali borang tersebut kepada Jidin seraya menyuruh Jidin mengisinya.
Jidin pun mula menulis,diruangan name,lancar ditulisnya;diruangan address masih lancar dan beberapa ruangan lagi seperti telephone number.

Tiba disatu ruangan,Jidin terhenti.Termangu dia tak tahu nak tulis apa.Lalu jidin pun bertanya kepada ayahnya,Pak Long Jib hendak ditulis apa diruangan tersebut.
"Ayah,borang ni tanya sex,nak tulis apa?.
"Ish,tak kanlah borang tu tanya lagu tu?",jawab Pak Long Jib
"Betul ayah,kat ruangan tulis sex ni,Jidin nak tulis apa?"
"Betulke cikgu engkau nak tahu temtang sex ni?",Pak Long Jib bangun dari baringannya.
"Betul ayah,ada ruang dalam borang tulis s.e.x,Jidin tak tahu nak tulis apa".
Pak Long Jib pun mengambil semula borang ditangan anaknya sambil membelek.
"Betullah,ada ke tanya sex",rungut Pak Long Jib sambil memulangkan borang itu kepada anaknya.
"Jidin nak tulis apa ni Ayah?",tanya si anak.
Pak Long Jib,Ketua Cawangan UMNO yang berwibawa itu pun dengan selamba menjawab: "Kau tulis je Jidin,tiga kali seminggu!."
Dan sianak dengan confident pun menulis diruangan sex:tiga kali seminggu menurut kata ayahnya.

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana orang yang telah hidup ataupun yang masih mati.


Daulatkan Bahasa Melayu!

Hapuskan PPSMI

Ulasan Dari Pak Dharmala NS Tentang Kisah Wan Esah Ibu Kepada Manap Jepun


Berikut adalah ulasan yang saya kira cukup menarik dari Sasterawan Proletariat,Pak Dharmala NS.Blog beliau,PRIMA,boleh dilayari di http://adimul.blogspot.com



Siapa berjasa kepada siapa? UMNO berjasa kepada Melayu atau bangsa Melayu berjasa kepada UMNO? Barangkali yang diungkapkan melalui laman blog http://www.matamin.blogspot.com/ hanya sekelumit perjuangan bangsa Melayu. Apalagi yang berkaitan dengan sumbangan Manap Jepun menyelamatkan nyawa Allahyarham Dato' Hussein Taib; iaitu ayahanda Tun Abdul Razak dan datuk kepada Dato' Seri Najib, Perdana Menteri sekarang. Barangkali juga Dato' Najib tak pernah tahu mengenai Manap Jepun (gambar dengan ihsan muzium sejarah Kampung Chulaborn Patana 12, Thailand) dan Wan Ali tokoh gerila Melayu yang berjuang di sekitar Jerantut, Pahang sekitar dekad 1950-an.
Dalam buku 'Askar Melayu 50 Tahun' (Tan Sri A Samad Idris; Pustaka Biduman, KL, 1983) juga menyebut keberangan Brigedear Jeneral Syed Muhammad al-Sagoff kepada Inggeris kerana meletakkan mayat Manap Jepun di bumbung kereta, kemudian diarak di pekan Jerantut. Ketika itu Syed Muhammad al-Sagoff sekadar berpangkat leftenan sahaja. Maknanya, Askar Melayu yang terdahulu telah menghargai pejuang gerila Melayu seperti Manap Jepun, Wan Ali, Abu Samah Kassim, Abdullah CD dan ramai lagi. Tetapi apa sumbangan Najib terhadap pejuang-pejuang bangsa in?

Sunday, April 26, 2009

Dari Catatan Sejarah Bangsa










Foto Manap Jepun.Ehsan dari Muzium Sejarah Kampung Chulaborn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin).Terima kasih kepada Sdr.Mat Amin.




Sewajarnya kita belajar dari sejarah.Ada kalangan cerdikpandai menyebut bangsa yang buta sejarah adalah bangsa yang sesat.Sejarah bukan sekadar cerita tetapi mentakwilkan perihal pelakunya yang kita boleh mengambil sebagai contoh teladan untuk memahami dan membentuk masa hadapan.



Memang sejarah tidak pernah adil kepada pelakunya.Filsof Inggeris yang terkenal Bernard Shaw, pernah menyebut betapa sejarah ditulis oleh mereka yang menang.Dalam konteks pensejarahan tanah air,inilah yang berlaku.Catatan sejarah yang diajar kepada anak-anak kita hanya menyuapkan kegemilangan,jasa dan peranan UMNO (tanpa menjelaskan jasa itu dibudikan oleh UMNO yang ditubuhkan Mei 1946 bukannya yang diinkernasikan dalam tahun 1987) dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kalau pun ada tentang peranan pihak lain,misalnya KMM,PKMM,API,AWAS,PKM dan lain-lain lagi,hanya ditempatkan sebagai nota kaki semata-mata.



Ertinya matapelajaran sejarah hanya berperanan untuk mendoktrinasikan anak-anak kita agar melihat UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946 itu sebagai satu-satunya berjasa,mulia dan wajib ditaati.

Tulisan ini tidak berhasrat,buat masa ini,untuk berpolemiks tentang sejarah ketimbang "self-glorified" oleh UMNO;tulisan ini berdasarkan research saya sendiri berdasarkan narasumber orang-orang tua dan para pejuang Kiri di Temerloh.Bukankah Temerloh sememangnya pusat gerakan menentang penjajahan semenjak zaman Orang Kaya Semantan,Dato Bahaman lagi dan tradisi ini diteruskan selepas tamat Perang Dunia Kedua (PD-2) sehingga ada yang menggelarkan Temerloh lubuk gerakan Kiri.


Catatan saya adalah berkaitan datuk kepada Dato Seri Najib Razak yakni kisah tentang bapa kepada Tun Abdul Razak Hussien.Sebagaimana yang kita maklumi Najib Razak dilahirkan dari keluarga bangsawan feudal Melayu.Datuknya adalah Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang Hussien bin Mohd Taib.


Sewaktu penjajahan Jepun,Dato Hussien menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Temerloh yang telah dijawatnya semenjak tahun 1924.Sewaktu Jepun menduduki Temerloh,maka bermulalah kisah ini yang tidak pernah dicatat di dalam mana-mana buku sejarah.




Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-9


Dato Hussien Bin Mohd Taib



Dato Hussien telah ditangkap oleh Kempetai Jepun atas tuduhan menjadi tali barut Inggeris.Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka diluar perikemanusiaan akan menyiksa siapa sahaja yang ditangkap tidak kira yang ditangkap itu bersalah atau sebaliknya malah bukti juga tidak perlu cukup sekadar syakwasangka sahaja.Itulah nasib yang menimpa Dato Hussien apabila beliau ditangkap dan dibawa ke Rumah Pasung Temerloh.


Ketua Polis Jepun ketika itu dikenali dengan nama Tuan Nagai yang cukup terkenal dengan kebengisannya.Diceritaka jika ada anak-anak kecil yang nakal,maka si ibu akan memberikan amaran jika tidak dengar kata akan dihantar jumpa Tuan Nagai;malah anak-anak kecil yang merengek atau menangis pun akan berhenti merengek jika nama Tuan Nagai ini disebut.Begitulah reputasi Tuan Nagai dikalangan masyarakat orang Melayu di Temerloh ketika itu.


Maka dapat dibayangkan layanan yang diterima oleh Datok Hussien tatkala beliau dibawa ke Rumah Pasong untuk diinterrogasi oleh Kempetai Jepun.Pelbagai siksaan dikenakan terhadap Orang Besar Pahang ini tanpa henti.


Menjadi "adat" Jepun,mereka yang ditangkap akan disiksa di khalayak ramai kononnya untuk dijadikan contoh.Malah sering dikatakan,mereka yang bernasib baik ialah yang kena libasan katana,pedang samurai Jepun untuk "potong kepala" kerana tidak perlu melalui penyiksaan Jepun.


Dato Hussien disiksa di khalayak ramai.Beliau diikat di sebatang tiang di hadapan Sekolah Cina (Sekolah Rendah Khee Chee ketika ini) dan menderita disiksa Jepun dengan pukulan serta kaedah "water treatment" yang terkenal itu,yakni diberi minum berbaldi air sabun.Tidak ada walau seorang pun yang berani membantu beliau.Hanya sekadar memerhatikan dari jauh sambil didalam hati bersyukur kerana "bukan aku yang kena".


Didalam keadaan Dato Hussien mengalami siksaan dan penderitaan sebegitu rupa,rupa-rupanya ada seorang perempuan yang berhati mulia punya keberanian untuk membantu beliau dan berhadapan dengan Jepun yang zalim itu.


Wanita itu yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Cina tempat Dato Hussien disiksa rupa-rupanya tidak dapat menahan diri melihat penyiksaan terhadap Dato Hussien.


Wanita tersebut dikalangan orang Temerloh di panggil Wan Esah.Suaminya Aki Sewang,bekas kelasi kapal.Wan Esah ini berasal dari Jepun berkahwin dengan Aki Sewang dan dibawa menetap di Temerloh.Wan Esah dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat Melayu Temerloh malah khabarnya cukup fasih bercakap loghat Temerloh dengan lidah Jepun.


Perkahwinan Wan Esah dengan Aki Sewang melahirkan sepasang anak;putera pasangan ini menjadi tokoh terkenal sewaktu zaman darurat iaitu Manap Jepun,manakala puteri mereka hanya dikenali dengan nama Bi.Manap Jepun memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris dengan menyertai Rejimen Ke-10*,PKM.Noel Barber,pengarang Inggeris yang terkenal itu,didalam bukunya War Of The Running Dog ada menyentuh tentang kisah Manap The Jap ini.


Suatu kisah yang ironi dan tragiks ialah berkenaan adik ipar Manap Jepun,suami kepada adik perempuannya,Bi,meninggaldunia di tembak gerila PKM di jalan Triang apabila bas yang ditumpanginya kena ambush.Menurut narasumber kejadian malang ini berlaku kerana mereka tidak ada maklumat tentang adik ipar Manap Jepun,jika mereka tahu,kejadian malang ini tidak akan berlaku.Narasumber saya tidak dapat mengingati nama adik ipar Manap Jepun ini.


Manakala kejadian lain yang berlaku kepada abang ipar Manap Jepun (abang kepada isterinya),juga orang Temerloh yang dikenali dengan nama Mat Zali.Mat Zali juga memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris.Di Pulau Tawar,berikutan tawaran menyerah diri oleh pihak Kerajaan dan kerana mempercayai janji Dato Yeop Mahidin,Mat Zali mengambil keputusan untuk keluar dan menyerah diri kepada orang kampung tersebut.Beliau keluar ke Kampung Pulau Tawar dengan membawa senjata sepucuk senapang carbine yang tidak berisi peluru dengan niat menyerah diri.


Apa yang berlaku,orang kampung kemudiannya membuat laporan kononya Mat Zali ditangkap,bukannya menyerah diri, semata-mata kerana hendak menuntut wang reward (reward money) dari Kerajaan.Mat Zali akhirnya dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah tersebut padahal beliau sebenarnya menyerahdiri dan bukannya ditangkap homeguard.


Berbalik kepada kisah penyiksaan terhadap Dato Hussien,Wan Esah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tuan Nagai.Maka pergilah wanita mulia ini ke Rumah Pasong Temerloh mengadap Tuan Nagai yang bengis itu.Wan Esah akhirnya berjaya memujuk Tuan Nagai untuk membebaskan Dato Hussien dari tahanan dan penyiksaan Jepun.


Dato Hussien setelah dibebaskan dari penyiksaan Jepun,kembali ke Bentong.Beliau dan seluruh keluarganya,saya kira,berhutang nyawa dengan Wan Esah,ibu kepada pejuang Manap Jepun.


Catatan Kaki:Saya mula mendengar kisah ini apabila diceritakan oleh Allahyarham Pak Sako (Dr.Ishak Haji Muhammad) ketika bersembang dan merokok-Pak Sako dengan rokok rothman-di cafetaria BaktiSiswa UM dalam suatu program.Ketika itu saya tidak berapa ambil pusing.Manakala beberapa tahun kebelakangan ini semacam timbul dorongan untuk saya merekod dan menggali sejarah perjuangan bangsa.


Maka saya mendekati orang-orang lama perjuangan di Temerloh untuk mencungkil pengalaman dan sejarah silam.Ada yang saya rakamkan dengan video dan lebih banyak yang saya buat catatan sendiri.Sungguhpun demikian saya menginsafi upaya saya tersebut bukanlah bertepatan dan mematuhi disiplin kajian ilmiah atau akademiks.Cuma saya seboleh-bolehnya akan cuba "counter check" dengan narasumber lain berkenaan pengkisahan tersebut.


Manakala kisah Wan Esah ibu kandung Manap Jepun ini,saya cuba sedayaupaya untuk mendapatkan versi cerita dari beberapa narasumber;selain yang pernah disentuh sedikit oleh Allahyarham Pak Sako,saya mendapatkan cerita ini dari dua narasumber berlainan di Temerloh.Kedua-duanya memberikan naratif bukan di waktu atau tempat yang sama.


sungguhpuh demikian,saya akui tidak ada 'corroborative evidence' yakni sekurang-kurangnya catatan ilmiah yang menyokong kisah ini.Kepada saya peribadi, kisah ini punya wewenangnya sebagai sebahagian dari catatan sejarah bangsa.Pada masa yang sama saya mengalu-alukan sebarang masukan (input),komentar dan pandangan yang dapat kita manfaatkan bersama.


*Rejimen Ke-10 Partai Komunis Malaya ditubuhkan pada 21.5.1948 di Kerdau,Temerloh Pahang Darul Makmur.Keanggotaan Rejimen ini terdiri daripada anak-anak Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD.Salahseorang anak Semantan yang menjadi pimpinan Rejimen Ke-10 ialah Abu Samah Mohd Kassim yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 7.4.2009 yang lalu.


Sila layari blog Kampung Perdamaian Sukhirin-Kini Dan Silam di http://matamin.blogspot.com
































Friday, April 24, 2009



RumahINDUK RumahPUSAKO
Nan Gadang



Cuba
dan cuba
dan ku cuba lagi
berulang kali
ku cuba mencari
kesan denai-denai laluan
remajaku
memikat balam
di pinggir hutan,
menajur haruan
di tebat pandan
mengutip berangan gugur
bersipahan
mengetah punai
d hujung dahan
melastik tupai
makan putik
durian
sambil menunggu
merbah datang
menyerah
ke pintu jebak
tiang buluh
kulit bertam
yang tengadah.

Aduhai,
bagaimanakah akan tercari
olehku lagi
denai-denau laluan remajaku
yang telah mengajarku
menyayangi alam
dan segala hikmah
kesemulajadian

ya
yang telah
mendidikku menghargai
daulah imbangannya
yang mengikatku
ke dahan ingatan
yang tertambat
ke pohon zaman
yang sudah
entah ke mana hilangnya
kenangan tak
berkesan.

Bersama
semalamku
yang tidak lagi
menyambutku pulang
terlentang

sawah dah jadi
belukar
dan mayat
pepohon
pokok-pokok hutan
bergelimpangan
di tengah halaman
rumahINDUK
rumahPUSAKO
.
nan gadang
yang lengang.


-Yassinsalleh
jam 1751
April 24, 09
Pelangai
kampungku
lagikah engkau ini?

*Puisi diatas hasil nukilan Yassinsalleh yang saya ambil dari blog PRIMA (http://adimul.blogspot.com/) kelolaan sasterawan Pak Dharmala NS.

Kepada saya puisi ini sungguh mengesankan,mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang "innocent",berlarian di padang dan berkubang di paya.Tiada yang perlu difikirkan kerana,ketika itu,dunia anak-anak dengan persekitaran kampung yang mendamaikan,jauh dari dunia 'perlumbaan tikus' (rat race) seperti dewasa ini.
Manakala foto menunjukkan Rumah Induk Rumah Pusako Rumah Gadang yang rentung di mamah api.Rumah pusaka ini juga amat dikenali sebagai Rumah Sudirman,beralamat di No.48 Kg Bukit Tok Embun hangus didalam kebakaran pada 3.12.2008.
Hampir 9 tahun saya tinggal disana bersama Arwah Ibu Mertua (kembali ke rahmahtullah pada 6.8.2008) dan putera kami,Ahmad Suhail,seawal umurnya 1 hari tinggal dan membesar di rumah No.48 tersebut.Saya punya kenangan indah dengan Arwah Mak,Enar dan kemudiannya Suhail selain kucing-kucing yang banyak bilangannya di rumah tersebut.Membahagiakan.
Apabila LanaiLestari siap dibina,kami berpindah bersama Arwah Mak.Maka tinggallah rumah No.48 tanpa penghuni,sepi dan dingin.Pokok-pokok rambutan,mempelam dan lain-lain seakan merajuk,enggan berbuah.
Dan akhirnya,rumah No.48 Kg Bukit Tok Embun,Rumah Gadang,Rumah Induk,Rumah Pusako,Rumah Sudirman ini menyembah bumi di jilat api sekitar jam 4.00 pagi 3.12.2008...

Dari Blog sahabat

Lawak Yang Serius *
Bayangkan...seorang anak tiba-tiba pulang ke rumah mengadu kepada "bapak"nya seseorang telah mencuri telur ayam daripada reban rumahnya. Si "bapak" ini tanpa usul periksa dan semangat yang membara, terus ke balai polis buat repot.


Tiba-tiba, baru disedari oleh si bapak tadi, ayam pun dia tak pernah bela...
Itulah yang terjadi lawak sepanjang tahun bilamana satu NGO yang kununnya mewakili kaum melayu disebuah negeri Antah Berantah membuat laporan polis diatas penyiaran satu artikel oleh portal berita alternatif tersohor. Bila di siasat, didapati artikel itu tidak pun disiarkan sebagaimana yang dilaporkan kepada pihak polis.


Sekarang bagaimana? Bagi saya, inilah akibat emosi membabi buta dek mengejar sedikit nama, akhirnya diri sendiri yang malu.
Baca seterusnya...


Badan yang menamakan dirinya Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh lamanweb tersebut.
Dalam laporan polis itu, Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan oleh Malaysiakini pada hari Selasa.Apabila diperiksa, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan.
Bahagian bahasa Melayu bagaimanapun menyiarkan berita tersebut dari Bernama, tetapi ianya disiarkan pada 19 April.Mohd Hilmi (kanan) dan badan pimpinannya itu membuat laporan tersebut di balai polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.Menurut laporan Bernama, Mohd Hilmi memberitahu pemberita bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan oleh lamanweb itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri itu.
Beliau juga dilaporkan berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap lamanweb itu kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.
'Diberitahu oleh kakitangan'
Malaysiakini menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu.Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut.
Bila tanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?".Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu.Malaysiakini juga sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.
GMP mohon maaf pada MalaysiakiniKira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut. Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam.Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke balai polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam.Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan.
Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut.Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya.Bernama dan Utusan Malaysia (atas), adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Malaysiakini itu.


Moral cerita ini - Lu pikirlah sendiri !!!


*Tulisan ini saya ambil dari blog sahabat baik saya,http://legasiku.blogspot.com .

Thursday, April 23, 2009

SIDANG MEDIA 23.4.2009



Hari ini berlangsung Sidang Media ringkas di pejabat saya yang turut di hadiri oleh Tuan Haji Suhaimi Said,Ketua Bahagian Keadilan Kuala Krau dan Sdr.Yahya,Setiausaha Bahagian Temerloh.

Maudhuk Sidang Media ialah berkenaan isu penghakiman RM63 juta yang kena dibayar oleh Kerajaan Pahang sepertimana perintah Mahkamah dan yang lebih penting ialah kenyataan tidak bertanggungjawab serta jahat yang dibuat oleh Dato Seri Adnan Yaakob,Menteri Besar Pahang.
Kenyataan jahat tersebut disiarkan oleh akhbar Sinar Edisi Pahang pada hari Rabu,22.4.2009 yang menyangkuti intergriti dan maruah Institusi Kehakiman khususnya YA Dato Halim bin Aman,Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang membicarakan dan seterusnya memberikan penghakiman.
Menginsafi bahawa kenyataan sebegini terjumlah kepada penghinaan kepada mahkamah (contempt of court),maka Keadilan Pahang memanggil Sidang Media pada hari ini.Kenyataan penuh adalah sebagaimana dibawah:



SIARAN MEDIA

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang Darul Makmur sebagaimana tersiar di muka surat N15, Akhbar Sinar Harian Edisi Pahang bertarikh 22.04.2009.

Menteri Besar Pahang di dalam kenyataan beliau antara lain telah menyebut:-

“(D)alam proses pihak Plaintif (Seruan Gemilang) memfailkan
tindakan terhadap Kerajaan Negeri, didapati selepas beberapa
ketika ada berlaku penipuan, peniruan , pembohongan
saksi dan pihak hakim sendiri”.

Kenyataan beliau tersebut secara jelas telah menghina, memperlekehkan dan mempertikaikan kredibiliti Yang Arif Hakim Dato’ Halim bin Aman yang membicara dan membuat Penghakiman kes ini.

Keadilan Pahang memandang berat kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Besar Pahang tersebut yang seharusnya tidak terkeluar dari mulut seorang pemimpin utama Negeri Pahang.

Keadilan Pahang turut melihat bahawa kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut terjumlah kepada Penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of Court) di pihak Dato’ Seri Adnan Yaakob di mana jika dibiarkan akan membuatkan Institusi Kehakiman dipersendakan dan hilang kredibiliti.

Atas dasar ini, Keadilan Pahang menuntut Dato’ Seri Adnan Yaakob dikenakan tindakan komital kerana menghina Mahkamah dan selanjutnya menarikbalik kenyataan beliau serta memohon maaf kepada Yang Arif Hakim Dato’ Halim bin Aman tanpa berbelah bagi.

Keadilan Pahang turut melihat kenyataan Menteri Besar tersebut sebagai strategi untuk mengalihkan perhatian dan menimbulkan tekanan kepada Mahkamah.

Di samping itu, Keadilan Pahang menuntut dan menggesa Pihak Berkuasa untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap UMNO Pahang di atas kegagalan UMNO melunaskan premium berjumlah RM4.8 juta yang berkaitan dengan konsesi balak di Mukim Bebar sebagaimana berkait dengan kes Tetuan Seruan Gemilang tersebut.

Demikian itu, Keadilan Pahang dengan ini sekali lagi mengulangi kenyataan tidak bertanggungjawab Yang Berhormat Menteri Besar Pahang tersebut tidak boleh dipandang remeh dan menuntut tindakan undang- undang dikenakan kerana menghina Mahkamah dan menuntut Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan dengan segera.

Bertarikh pada 23 haribulan, April, 2009.




Tuesday, April 21, 2009

Nota Dari Kuala Semantan:Makna Penghakiman RM63 Juta



Ramai kawan-kawan bertanyakan kepada saya tentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang membenarkan permohonan mandamus Syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi compell/memaksa kerajaan Pahang membayar amaun penghakiman beserta faedah dan kos.


Saya menyatakan pendirian saya bahawa dari suatu sudut saya tidak gembira dengan keputusan tersebut.Rasional saya amaun penghakiman RM63 juta itu yang kena dibayar datangnya dari duit rakyat juga,taxpayer money.Ertinya secara langsung rakyat Pahang yang kena menanggung pembayaran tersebut melalui cukai dan hasil mahsul Pahang;bukannya Adnan Yaakob atau BN secara peribadi.


Ramai kawan-kawan yang tidak puashati dengan penjelasan saya itu.Kepada saya memang benar kerajaan Pahang bertanggungan dan perlu membayar tetapi wang tersebut adalah wang rakyat.Hakikat ini tidak boleh diketepikan dalam kita memahami erti penghakiman tersebut.Apa perlu sorak sorai berhubung penghakiman tersebut sedangkan wang yang akan dibayar adalah milik rakyat Pahang juga sedangkan pelaku utama didalam masalah ini,UMNO dan pemimpin tentunya tersenyum lebar sebab mereka tidak kerugian apa-apa.


Manakala dari sudut lain,keputusan kes SGM ini menjelaskan betapa ada yang tidak beres didalam pengurusan hasil mahsul negeri khususnya industri pembalakkan.Kes ini bermula apabila konsesi balak yang dianugerahkan kepada UMNO dalam tahun 1998 seluas 10000.00 ekar.UMNO kemudiannya telah memeterai perjanjian dengan SGM dalam tahun 2000 yang memberikan hak exclusive kepada SGM mengeluarkan kayu-kayu balak diatas tanaah tersebut dengan balasan sejumlah RM50000.00 sahaja sedangkan nilaian kayu dipercayai berjuta ringgit.


Menarik untuk disentuh,konsensi balak tersebut diberikan kepada UMNO di era pentadbiran Khalil Yaacob dengan premium tanah sejumlah RM4.8 juta dikenakan;difahamkan sehingga ke hari ini UMNO Pahang masih belum menjelaskan premium tersebut walaupun kerja-kerja telah dijalankan diatas tanah tersebut!Khabarnya sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh PTG atau Pihak Berkuasa terhadap UMNO Pahang.


Betapa jika rakyat biasa,orang kampung atau buruh kasar atau mereka yang berpendapatan rendah gagal melunaskan cukai tanah atau cukai pintu,pihak berkuasa akan menjadi begitu efisyen samada menyita harta berkenaan atau mengheret rakyat kecil ke Mahkamah untuk dikenakan hukuman.Seolah-olah keberanian untuk bertindak hanyalah terhadap rakyat kecil sedang UMNO/BN atau pemimpin memiliki immuniti.


Kelihatannya didalam sistem politik yang saya panggil politik mual ini,rakyat juga yang menjadi mangsa dan sentiasa tertindas sedangkan UMNO dan pemimpinnya bermaharajalela menjarah harta khazanah negara sesuka hati mereka tanpa ada rasa takut atau pertimbangan moral atau rasa pertanggungjawaban kepada rakyat.

Manakala penguatkuasa undang-undang kehilangan taring untuk bertindak terhadap UMNO seolah-olah perampokan harta dan khazanah negeri adalah suatu perkara yang biasa dan dihalalkan.Asalkan pelakunya UMNO,maka tidak perlu pening kepala untuk bertindak kerana UMNO punya kuasa mahabesar untuk memfaraidkan harta negeri.Pokok persoalan negeri akan muflis atau rakyat akan kerugian atau hasilmahsul negeri hanya berlegar seputar pemimpin UMNO/BN tidak menjadi keutamaan.

Maka keadilan didalam menguatkuasakan undang-undang dan keadilan didalam mengurus serta mengagihkan kekayaan negara bukanlah pertimbangan nombor wahid bagi mereka asalkan kekayaan tersebut dapat dipunggah memenuhi kantong mereka peribadi.Memualkan!

Kita juga mempertikaikan bagaimana konsesi balak ini diluluskan kepada UMNO.Apakah ianya dilakukan melalui proses yang betul dan punya keabsahan undang-undang?Isu utama disini ialah apakah mereka yang berwenang meluluskan konsesi tersebut punya kepentingan,sebagai contoh,selaku ketua UMNO Pahang atau pengerusi BN negeri kerana permohonan tersebut bersangkut paut dengan kepentingan UMNO.Bagaimana pula dengan ketelusan yakni apakah benar-benar telus atau didominasi oleh watak tertentu dari kalangan pemimpin UMNO sendiri?

Pada hemat saya,keputusan mahkamah tersebut wajar dilihat dari ruang lingkup diluar dari hakikat Kerajaan Pahang diperintahkan membayar wang RM63 juta tersebut.Perkara pokok ialah bagaimana salahguna kuasa yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh UMNO merampok dan menjarah harta khazanah milik rakyat tanpa segan silu dan dalam konteks penghakiman tersebut,rakyat juga yang akan dibebankan kerana tentunya wang rakyat juga yang akan digunakan bagi melunaskan tuntutan tersebut.UMNO merampok harta rakyat dan rakyat juga yang kena dipertanggungjawabkan diatas kebejatan UMNO tersebut.

Dalam hal ini,pemimpin UMNO Pahang,samada Menteri Besar,Adnan Yaakob sehinggalah keseluruhan Exco negeri perlu mengambil pertanggungjawaban diatas kegagalan mereka mempertahankan kepentingan rakyat dengan cara yang paling terhormat,letak jawatan secara sukarela.Selain dari Adnan Yaakob dan Exco,jangan lupa Khalil Yaacob,Yang Di Pertua Negeri Melaka perlu mengambil langkah yang sama dengan meletakkan jawatan tersebut secara gentleman.Jika tidak mungkin Majlis Raja-Raja Melayu boleh bertindak untuk melucutkan jawatan beliau.

Nota kaki:Saya merupakan salah seorang peguam Seri Gemilang Makmur bersama-sama sahabat saya Richard Bong didalam kes tuntutan SGM terhadap Badan PerhubunganUMNO Pahang & Ors.Kes tersebut ditangguhkan tanpa tarikh (adjourn sine dine) oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.




MB Pahang diarah bayar RM63 juta
Apr 20, 09 4:21pm
(dipetik dari portal berita Malaysiakini)

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.Ketika membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama."Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian," katanya.

Abd Halim berkata permohonan responden untuk mengenepikan tindakan 'mandamus' itu dengan hujah bertulis bahawa syarikat terbabit salah menamakan menteri besar sebagai responden adalah tidak tepat. "Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan untuk dinamakan sebagai responden kerana di Pahang dan mana-mana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri," katanya.

Beliau berkata, mengikut Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.

Fail semakan kehakiman Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D Moothy dan Richard Bong Chong Fook manakala Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah.

Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan 'mandamus' setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjiankontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.


Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara'Ai(Zara'Ai) Alias berkata pihaknya akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan esok.Malah beliau berkata, pihaknya sebelum ini juga telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 17 September tahun lalu.

Sunday, April 19, 2009

Consensus Ad Idem*

Satu daripada perangai saya ialah suka berkenalan dengan ramai orang.Dimana sahaja,malah di luar negara sewaktu bercuti pun,saya suka bertemu dan berkenalan.Bukan sekadar berkenalan,lebih dari itu berdiskusi,bertukar fikiran atau lampas otak.Saya tidak mengira siapa,dari orang professional sehinggalah ke Tukang Ojek di Kota Jakarta,saya akan bertaaruf dan kemudian sama-sama berlebon.




Kalau semasa Kongres Keadilan,saya akan menyelinap ke tempat Bahagian-bahagian lain yang datang dari seluruh negara untuk berkenalan merapatkan silaturrahim dan bertukar fikiran tentang perjuangan.Saya gemar mendengar fikiran,idea dan lontaran pandangan,pokoknya,samada saya bersetuju atau sebaliknya tidak menjadi soal,bukankah kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.Yang penting perlu hormat dan menghormati pandangan selain dari pandangan sendiri.


Malam minggu lalu,seusai ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim,saya diperkenalkan oleh Alang seorang anak muda.Anak muda ini seorang Doktor lulusan dari Universiti Australia yang sedang menyiapkan dirinya untuk diangkat sebagai seorang Doktor Pakar.Dia juga peramah dan kami segera mesra.Anak muda ini cukup hebat,kesedaran untuk membela nasib bangsa dan kepekaannya terhadap lingkungan membanggakan.Doktor Muda ini punya keberanian.


Kami berbual tentang politik,tentang Anwar,tentang healthcare,tentang nasib rakyat,tentang korupsi dan kronisme yang bermaharaja lela,tentang impian membina Malaysia yang adil dan mendengar keluhan Doktor Muda ini tentang hambatan dan cabaran seorang Doktor selain 'nasib' rakyat kecil-wong cilik-yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Kerajaan.


Saya berkongsi sentimen dengan Doktor Muda ini.Ada pertemuan fikiran yang selari serta secocok.Kepedulian rakyat tercermin dari tutur kata dan lontaran buah fikirannya.


Saya bangga berkenalan dengan beliau.Saya yakin Doktor Muda ini tentunya akan menjadi aset negara yang tentunya bukan sekadar menyembuhkan pesakit tetapi juga menyembuhkan masyarakat vis-a-vis menyembuhkan negara yang sedang tenat.


Saya teringat kepada seorang lagi Doktor yang sepanjang hayatnya menyerahkan jiwa raganya kepada perjuangan rakyat,Almarhum Doktor Burhanuddin Al-Helmi.Juga bukankah ikon terkenal anak-anak muda seluruh dunia juga seorang Doktor Perubatan yang meninggalkan praktisnya berjuang menentang imperialisme tajaan Amerika,Dr.Ernesto "Che" Guevara.


Dan lewat magnum opus Pramoedya Ananta Toer,Bumi Manusia,dilakarkan watak seorang calon Doktor Jawa zaman penjajahan Belanda,Minke.yang turun padang berjuang menanamkan kesedaran dihati sanubari masyarakatnya.


Saya yakin,sahabat saya Doktor Muda ini akan terus berbakti menyembuhkan pesakitnya dan terus berbakti menyembuhkan bangsanya dari momokan dan illusi songsang.Saya cukup berbangga berkenalan dengan Saudara.




*Concensus ad idem dari bahasa Latin,secara harfiahnya memberi maksud "pertemuan dua fikiran".




Foto Helang Laut diatas sempat saya rakamkan sewaktu berkempen di kg.nelayan,Kuala Sepetang (Port Weld) semasa PRK Bukit Gantang.Sedikit terkilan saya tidak membawa lensa tele,kerana itu "hasil"nya tidak seberapa;foto tersebut dirakamkan melalui lensa 18-70 mm.

AURA!



Kamus Merriam-Webster Online memberikan definisi Aura seperti berikut:
1 a: a subtle sensory stimulus (as an aroma) b: a distinctive atmosphere surrounding a given source 2: a luminous radiation : nimbus3: a subjective sensation (as of lights) experienced before an attack of some disorders (as epilepsy or a migraine)4: an energy field that is held to emanate from a living being.

Manakala Kamus Inggeris-Melayu terbitan DBP memberika defini Aura sebagai Aura;didalam perkataan yang mudah Aura secara harfiah dan didalam konteks tulisan ini boleh diertikan sebagai individu yang punya daya penarik atau tenaga (energy) yang mampu memperlihatkan keperibadian dan daya kepimpinan yang dapat menawan hati masyarakat.

Saya melihat keujudan aura ini buat kesekian kalinya di hari Sabtu yang lalu.Saya melihat betapa ribuan rakyat hadir ke Majlis Perasmian Pejabat Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Pahang dan Majlis Ceramah Perdana di Beserah Kuantan.

Saya menyaksikan buat kesekian kalinya tarikan aura menggamit ribuan rakyat didalam hujan lebat untuk sama-sama tekun mendengar penerangan dan amanat dari pimpinan.

Dan mereka yang hadir itu hadir kerana gamitan naluri untuk mendengar,berkongsi dan memahami seputar yang berlaku dalam negara yang dicintai.


Dan mereka hadir kerana naluri ingin tahu sementelah semua media cetak dan elektronik membisu didalam memperihalkan kenyataan,dasar dan cerita dari pihak Pakatan.

Dan mereka hadir kerana sesungguhnya mediamassa tidak lagi punya kreadibiliti atau boleh dipercayai selain penyebar fitnah.

Dan mereka hadir bukan kerana dibayar upah atau disediakan makan minum percuma atau ada pengangkutan gratis.

Mereka hadir dengan upaya sendiri,dengan kenderaan sendiri,dengan duit minyak dari poket sendiri dan demi mendapatkan maklumat dan kebenaran dan demi menyokong perjuangan luhur,mereka hadir berhujan dan berembun.

Tiada kerusi selesa atau air cond atau dewan yang posh.Mereka hadir bersila panggung beratapkan langit dan beralaskan tikar atau kerusi kecil dan tak jarang juga sekadar kertas suratkhabar yang tentunya dipilih ialah Utusan Malaysia serta yang sewadah dengannya.Benar,helaian Utusan Malaysia layaknya buat mengalas duduk sewaktu mendengar ceramah politik Pakatan.

Dan mereka ini-yang muda,yang tua,lelaki,perempuan,anak-anak,doktor,peguam,cikgu,korporat,engineer,nelayan,buruh,kontraktor,kerja sendiri,penganggur,pelajar sekolah,pelajar universiti,tukang sapu,tukang rumah,tukang copet,suri rumah,tukang masak,tukang gossip,Melayu,Cina,India,Orang Asal,Indonesia,Punjabi,isteri orang,suami orang,janda,duda,anak dara,anak teruna,remaja,yang mengaku muda,yang mengaku remaja,yang berduit,yang sengkek,yang hilang kaki kerana bobby trap,yang bertongkat,askar pencen,polis pencen,askar belum pencen,polis yang sembunyi-sembunyi datang kerana takut ketahuan OCPD,kakitangan kerajaan.orang swasta,orang UMNO,orang MCA,orang MIC,orang PPP,orang Gerakan,yang bertudung,yang bertudung labuh,yang berjilbab,yang bertudung ala Ekin,yang bertudung ala kadar,yang berskaf,yang berselendang,yang berjubah,yang berbaju kurung,yang ber-jean sendat,yang bermini skirt,yang berseluar,yang tak berseluar (tetapi berkain),yang berseluar pendek,yang ber-dunggaree,yang ber-T-shirt,yang berkemeja,yang berbaju batik,yang berbaju gombang,yang berpelikat,yang kurus,yang gedempal,yang sedang-sedang,yang sexy,yang cuba nak jadi sexy,yang mat belia,yang poyo,yang otai,yang tutup aurat,yang tak tutup aurat dan yang seterusnya...

Yang sahih datang berbayar-polis Cawangan Khas (SB),MIO (Military Intelligent Officer) dan Majlis Keselamatan Negara!


Gejala aura menggamit hati nurani mereka.Kepedihan hati apabila khazanah kekayaan negara di faraidkan oleh pemimpin BN menjemput mereka hadir.Naluri ingin tahu merangsang mereka meredah hujan lebat.Kecintaan mereka terhadap bumi bertuah yang tak rela dironggoh tangan-tangan ghaib mendorong mereka datang.Keinsafan untuk menegakkan keadilan dan menyuburkan demokrasi menyentuh kalbu mereka.Kesedaran bahawa maruah dan harkat bangsa wajib dipertahan dan diperkasakan membawa menjemput mereka untuk hadir.

Dan benar,kerana aura manusia bernama Anwar Ibrahim ribuan rakyat hadir malam itu tanpa protokol dan dengan penuh keberahian untuk mendengar dan menghayati dan menghulurkan sokongan setulusnya demi sebuah perjuangan Harapan Baru Untuk Malaysia.

Di Garhayu Rakyat Malaysia Tercinta!

nota:foto-foto sekitar lawatan DSAI boleh dinikmati di blog rasmi Parti Keadilan Rakyat Pahang,http://pkrpahangdm.blogspot.com.











Saturday, April 18, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #11




Hari ini,(Jumaat 17.4.2009) teman-teman peguam rancak berbincang tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan sebahagian prayer atau permohonan Dr.Zambry didalam kesnya terhadap Yb Sivalingam,Speaker DUN Perak.Kesemua teman-teman peguam melahirkan kekecewaan (dan kebimbangan) diatas keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut yang dilhat encroached bidangkuasa Legislatif yakni Speaker DUN Perak.
Kebimbangan dan kekecewaan mereka kerana melihat Judiciary (Kehakiman) telah melanggar doktrin Pengasingan Kuasa (Doctrine Of Separation Of Power) dimana keputusan tersebut dinilai sebagai campurtangan Kehakiman yang arbitraly terhadap kuasa-kuasa Speaker.
Seorang teman.peguam senior menyatakan " Montesquiue must have turn in his grave knowing the decision of Federal Court".Teman-teman peguam yang lain echo the same sentiment (berkongsi sentimen yang sama) dengan kenyataan tersebut.
Siapakah Montesquieu?Apakah kaitannya dengan kes di Mahkamah Persekutuan?Dan apakah kenamengena Montesquieu ini dengan Doktrin Pengasingan Kuasa?
Montesquieu (1689-1755) ialah tokoh pemikir atau filsof Perancis yang terkenal (foto diatas) yang mempelopori idea perlunya Pengasingan Kuasa diantara lembaga-lembaga daulah.Idea beliau ini lebih popular disebut trias politica yang telah diterima pakai oleh negara-negara bertamaddun dan demokrasi.Idea atau gagasan Montesquieu ialah disetiap negara perlu ada 3 cabang Lembaga Daulah yang berdiri dengan sendirinya iaitu Eksekutif,Legislatif dan Judisiari.
Setiap cabang lembaga daulah ini hendaklah menjalankan fungsi-fungsinya tersendiri tanpa boleh ujudnya campurtangan diantara satu sama lain.Prinsipnya ialah setiap cabang ini punya kebebasan dan tidak dilihat tunduk atau akur kepada lembaga daulah yang lain.
Sungguhpun demikian bukanlah bermakna cabang lembaga daulah tersebut berfungsi dengan sendirinya secara ideal;ini kerana jika di perhalusi,cabang Eksekutif yakni Kerajaan (Perdana Menteri dan Kabinet) secara langsung merupakan sebahagian daripada cabang Legislatif yakni Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.Manakala Judisiari atau Kehakiman bukan sahaja imperatif bebas tetapi hendaklah dilihat sebagai bebas dari Eksekutif mahupun Legislatif.
Falsafah disebalik Doktrin ini ialah apa yang disebut check & balance yakni mekanisme yang tercipta untuk mengawalselia setiap cabang lembaga daulah tersebut.Matlamat utama ialah bagi mengujudkan responsible government atau Kerajaan Yang Bertanggungjawab.
Sememangnya idea Montesquieu ini dilihat begitu ideal untuk dilaksanakan sepenuhnya.Namun demikian,idea ini menjana pembentukkan pentadbiran negara yang diamalkan diseluruh dunia,tentunya dengan modifikasi.
Berbalik kepada kes di Mahkamah Persekutuan tersebut,sesungguhnya keputusan tersebut dilihat bertentangan atau ultra vires semangat dan falsafah Doktrin Pengasingan Kuasa.Buat pertama kalinya keputusan Speaker DUN (legislatif) boleh dicabar di Mahkamah!Trend ini sesungguhnya membimbangkan yang akan menjadi precedent bagi mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan Speaker ketimbang keputusan yang dibuat oleh Dewan itu sendiri boleh membawa ke Mahkamah.
Sesungguhnya didalam demokrasi yang sihat setiap pemimpin atau parti politik perlu ada keberanian moral untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.Maksudnya disini,penyelesaian terbaik kemelut politik Perak ialah dengan cara membubarkan DUN bagi mendapatkan mandat dari rakyat.Pada yang sama,intergriti DUN yang dianggap mulia akan dapat dipertahankan dan demokrasi yang subur sesungguhnya menjadi pra-syarat didalam upaya membentuk negara bangsa bermaruah.
*Saya sertakan tulisan sahabat saya peguam Mohamed Hanifa Maidin berkenaan status sebenar penghakiman Mahkamah Persekutuan.Kelihatannya UMNO/BN Perak vis-a-vis Dr.Zambry dan konco-konco beliau tidak punya wewenang untuk untuk mengistiharkan mereka boleh memasuki DUN Perak.Sila baca dengan teliti.Tulisan dibawah dipetik dari laman Harakahdaily.*

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Oleh:Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah Persekutuan.
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.

Thursday, April 16, 2009

Stop Press:Mohon Sumbangan


Kepada teman-teman yang membaca entry ini,saya memohon untuk dapat membantu anak malang ini yang bernama Aiman mengidap penyakit kanser.Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada akaun bank ibu beliau seperti dibawah.Tentang nasib anak ini saya terima melalui emel dari seorang teman.Wallahuallam.Terima kasih.

Kandungan emel asal:
Pada kenkawan yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk rawatan kimo anakSaya sumbangan ikhlas anda:Mazian Binti Musni (ibu ai ma n)Maybank A/C No : 164490068229.Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan e ma il ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kitainimendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Wednesday, April 15, 2009

Najib dan The Emperor's New Clothes

18.4.2009,Sabtu,Dato Seri Anwar Ibrahim akan melawat Negeri Pahang bersempena perasmian bangunan baru Pejabat Perhubungan Negeri di Beserah Kuantan.

Pada tarikh yang sama Kerajaan Pahang dibawah pimpinan Dato Seri Adnan Yacob turut menganjurkan Majlis Khas menyambut Dato Seri Najib Razak,PM yang baru dilantik pulang ke Pahang,Majlis tersebut juga berlangsung di Kuantan.

Maka hari Sabtu akan datang ini akan melakar sejarahnya tersendiri dengan kehadiran dua orang tokoh besar politik Malaysia.Najib mewakili politik lama yang bersifat feudal dan decadent manakala Anwar Ibrahim mewakili politik baru yang segar dan bertapak diatas Ketuanan Rakyat.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk memberikan analisis kehebatan kedua-dua tokoh ini walaupun,saya percaya,rakyat menyedari bahawa kreadibiliti dan kehebatan Anwar yang tahan diuji jauh lebih ampuh dari Najib yang dilihat bergelumang dengan pelbagai skandal dan political gabbage serta citra yang serba usang lagi hodoh.

Apa yang hendak disampaikan adalah upaya yang sedang dijalankan oleh UMNO untuk mengumpul seberapa ramai yang boleh untuk diusung bagi menyambut ketibaan Najib.Pimpinan UMNO Pahang menyedari bahawa jika tidak dikerah nescaya Majlis tersebut akan hanya dihadiri oleh beberapa kerat manusia sahaja dan tentunya akan memperlihatkan betapa tidak popularnya Najib ketimbang UMNO Pahang itu sendiri.

Diatas kebimbangan itulah,saya diberitahu bahawa kanak-kanak sekolah disekitar Kuantan,Pelajar Universiti Malaysia Pahang dan Kolej Shahputra akan dikerahkan untuk turut sama berbaris menyambut ketibaan Presiden UMNO itu di Lapangang Terbang Kuantan.Khabarnya kehadiran mahasiswa dan siswi tersebut juga akan diberikan markah kredit didalam cgpa mereka;samaada ianya benar atau sebaliknya,saya tidak dapat mengesahkannya.

Sementara itu disetiap daerah di Pahang dikerahkan seberapa ramai yang mungkin untuk turut hadir samaada terdiri daripada kalangan ahli UMNO/BN mahupun kakitangan agensi Kerajaan seperti KEMAS,JASA dan lain-lain lagi.Perkhidmatan bas percuma yang disewa khas juga disediakan untuk orang ramai dengan makan minum serta duit poket diberikan.

Saya melihat gejala ini dengan lelucon dan hati yang sebal.Semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Najib adalah pemimpin hebat dan semata-mata untuk membodek Najib di pihak Adnan Yacob dan pimpinan UMNO Pahang (jangan lupa Adnan Yacob kalah didalam pemilihan UMNO baru-baru ini dan khabar burung yag bertiup kencang Menteri Besar Pahang akan diganti dengan muka baru),maka UMNO terpaksa menggunakan kanak-kanak,pelajar universiti,kakitangan kerajaan dan membayar upah kepada penyokongnya sendiri untuk hadir.

Berapakah agaknya ongkos yang akan digunakan untuk meraikan PM baru ini?Dan berapa banyak wang rakyat akan dileburkan semata-mata untuk membodek Presiden UMNO?

Jika mengikut pendedahan Sdr.Che Gu Bard,Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM45786.oo wang rakyat hanya untuk membeli iklan memuji dan memuja Rosmah Mansor,isteri PM.Maka,pada hemat saya,tentunya Kerajaan Pahang akan membelanjakan jumlah yang jauh lebih besar dari itu bagi menunjukkan kehebatan memandangkan Najib putera Pahang dan ahli parlimen Pekan selain budaya mengampu tidak boleh disisihkan dalam konteks ini.

Congakkannya mudah.Jika kehadiran hanyalah berapa kerat,maka bermakna pimpinan UMNO Pahang akan dilihat gagal dan tidak meraikan PM baru;jika majlis yang dirancang itu tidak 'grand',juga bermakna Adnan Yacob akan dipersalahkan kerana gagal menonjolkan gah majlis tersebut.Pilihan yang ada tatkala Najib tidak dilihat sebagai pemimpin yang popular dan tatkala populariti UMNO merudum ialah dengan mengerah pelajar dan membayar upah untuk hadir selain membelanjakan wang rakyat agar majlis itu kelak nampak grand dan gah.

Kelihatannya pimpinan UMNO Pahang tidak mempunya kepekaan atau kecaknaan terhadap krisis ekonomi yang melanda negara.Majlis seperti ini yang boleh dianggap pembaziran wang rakyat diberikan keutamaan sedang rakyat bergelumang dengan masalah hidup;di Temerloh sahaja,sudah ramai pekerja-pekerja kilang samaada diberhentikan ataupun diarahkan untuk bercuti serta bekerja selang hari,kesemua ini seharusnya mendapat tempat sebagai agenda utama Kerajaan khususnya didalam keadaan harga barang keperluan seharian yang kian mahal.

Alangkah bagusnya jika wang rakyat itu digunakan untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan akibat ekonomi dunia yang merudum.Sehingga ke hari ini saya masih lagi belum terbaca suatu program atau agenda khas yang dibuat oleh Kerajaan Pahang untuk menangani masalah ini seperti inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Selangor misalnya.

Saya juga teringat kepada cerita kanak-kanak,The Emperor's New Clothes,yang mengisahkan seorang Raja yang hidup didalam kemewahan di persendakan oleh tukang jahit kononnya baju yang dipakai oleh Raja tersebut sebagai yang tercantik,teranggun dan terhebat.Walhal Raja tersebut,dek termakan dengan kata-kata tukang jahit itu,tidak memakai apa-apa pakaian pun ketika berjalan dengan angkuhnya di hadapan rakyat.Para pembesar pula tidak punya keberanian dan asyik hendak membodek tidak berani untuk sembah mohon derhaka memberitahu Raja yang beliau pada hakikatnya tidak berpakaian;apabila Raja tanya apakah pakaiannya cantik dan cocok,maka para pembesar demi untuk membodek serentak menjawab pakaian Raja itu tiada taranya dan begitu anggun.

Saya kira begitulah juga metafora yang boleh dipakaiguna melihat kepada budaya UMNO.Pemimpin UMNO wajar dibiarkan hidup dalam illusi dan untuk membina illusi ini maka perlu dikerah kanak-kanak sekolah,pelajar Universiti dan upah serta membelanjakan wang rakyat dengan semberono.

Manakala didalam perbualan saya dengan teman-teman Tionghua dan India,mereka dengan jelas menyatakan tidak akan pergi menyambut Najib.Saya bertanya lagi,"Program Anwar pergi tak?",mereka menjawab program Dato Seri Anwar Ibrahim mereka akan hadir dengan kenderaan dan wang sendiri.Dan sentimen yang sama juga boleh dilihat kepada rakan-rakan orang Melayu,memberikan komitmen untuk hadir ke ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim juga dengan kenderaan dan perbelanjaan sendiri.

Dan disiang tadi saya berbual dengan seorang pak cik yang kami panggil Ayah Teh di Pasar Malam Mentakab.Ayah Teh ini masih lagi ahli UMNO tetapi sudah hilang keyakinan kepada perjuangan UMNO.Saya bertanya apakah beliau akan ke Kuantan menyambut Najib.Ayah Teh menjawab didalam slanga Temerloh yang pekat:"Koi gi Sabtu ni ke Kuantan.Bukan nak menyambut Najib sangat keknya orang UMNO bagi duit,katanya RM150 seorang,naik bas free makan dema tanggung.Dapat duit tu lepas juga belanja dapur zaman getah meluruh ni.Malam tu koi tido rumah anak sedara kat Permatang Badak sebab nak gi ceramah Anwar!"*

*Terjermahan:Saya pergi ke Kuantan hari Sabtu ini.Bukan hendak menyambut Najib tetapi oleh kerana UMNO bagi duit RM150,bas percuma dan makan minum ditanggung,dapat juga duit untuk belanja dapur di zaman getah meluruh (maksudnya daun-daun getah gugur-luruh dimana ketika ini susu getah terlalu sedikit).Malam Sabtu saya tumpang tidur di rumah anak saudara di Permatang Badak sebab hendak menghadiri ceramah Anwar.

Jemputan Ke Program Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim


DENGAN segala hormat dan takzimnya,Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menjemput saudara dan saudari untuk memeriahkan Program Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan beliau ke Negeri Pahang bagi merasmikan bangunan baru Pejabat Perhubungan Negeri Parti Keadilan Pahang seperti berikut:
  • Tarikh:18.4.2009 (Sabtu)
  • Tempat:Pejabat Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat
  • Beserah (hadapan Poliklinik Beserah)
  • Aturcara:4.30pm ketibaan jemputan
  • 5.00pm ketibaan DSAI diikuti
  • ucapan perasmian
  • dan jamuan teh bersama
  • rakyat

Pada sebelah malam,bermula jam 9.00 malam,Majlis Ceramah Perdana Bersama DSAI akan diadakan di tempat yang sama.

Seluruh warga Pahang dan rakyat Malaysia dijemput hadir bagi mendengar amanat DSAI!!!!!

Sebar dan uar-uarkan kepada handai taulan dan rodong-rodong

Tuesday, April 14, 2009

Sami Buddha Mendirikan Solat





Foto-foto ini dikirim oleh seorang teman melalui e mel.Si pengirim tidak pasti lokasi sebenar foto-foto ini dirakamkan.Saya berpendapat berkemungkinan foto-foto ini diambil di Selatan Thailand.Yang nyata imam dan makmum berbangsa Melayu.
Teman saya turut bertanya apakah boleh Sami Buddha mendirikan solat?Saya fikir tidak ada halangan jika sekiranya mereka telah memeluk Islam;walaupun mereka memakai pakaian Sami,kepada saya tidak ada halangan kerana jelas pakaian mereka menutup aurat.
Jika ada sesiapa yang punya maklumat berkenaan foto-foto ini,silalah berkongsi sama dengan kami.
wallahualam...
















Monday, April 13, 2009

PRK Bukit Gantang:AMK Pahang Cemerlang

Bung Hatta berbaju hijau bersama panglima-panglima AMK Pahang.

Sesampainya saya ke Markas Induk Parti Keadilan Rakyat bagi PRK Bukit Gantang,Rabu 1.4.2009,teman-teman seperjuangan dari Perak memberitahu bahawa pasukan AMK Pahang dibawah pimpinan Sdr.Bung Hatta (mengambil sempena nama dan ketokohan pemimpin ulung revolusi dan kemerdekaan Indonesia,Mohamad Hatta yang lebih di kenali sebagai Bung Hatta) begitu komited bekerja disana.
Kesemua yang ditemui memberitahu bahawa AMK Pahang memberikan kerjasama,berdisplin dan begitu bekerja keras selain tahan diuji sepanjang kempen berjalan.
AMK Pahang dipertanggungjawabkan sebagai security detail calon Pakatan YAB Dato Seri Ir.Nizar Jamaludin sewaktu hari penamaan calon disamping giat menjalankan kempen mengedar risalah dari rumah ke rumah serta bertemu pengundi.
Tuan Haji Ismail,Pengarah Pilihan Raya Keadilan dan Tuan Haji Othman,PPN Perak juga turut mengungkap pujian dan penghargaan kepada AMK Pahang kepada saya.
Tidak berlebihan jika saya menyebut disini bahawa jasa bakti serta disiplin terpuji AMK Pahang tidak syak lagi turut mengharumkan nama Keadilan Negeri Pahang.
Tahniah dan syabas kepada AMK Pahang.Berjuang Terus!




Sunday, April 12, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #10



Foto-foto menunjukkan aksi tidak sopan Pemuda dan Puteri UMNO ketika
PRK lalu.*
Sudah terlalu banyak analisis,komentar dan pandangan yang ditulis oleh pelbagai pihak berkenaan PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau;jadi saya tidak berhasrat untuk mengulangi analisis dan komentar kemenangan rakyat tersebut disini.

Saya dan teman-teman berada di Bukit Gantang selama 4 hari untuk turun menyumbang tenaga.Persepsi yang saya perolehi adalah rakyat menerima Pakatan dengan hati terbuka;rakyat yang dahagakan pembaharuan dan menginginkan pemerintahan sebuah kerajaan yang adil tampaknya memberikan sokongan jitu kepada Dato Seri Ir.Nizar Jamaludin.

Walaupun diakui,masih ada setengah segmen pengundi khususnya orang Melayu masih lagi tebal dengan sentimen ke-UMNO-annya tetapi rata-rata memberikan sokongan yang cukup membanggakan.

Manakala pengundi Tionghua dan India,mereka begitu ketara menyatakan sokongan kepada calon Pakatan dari PAS.Istilah 'koyok' dan 'bola pingpong' yang merujuk kepada lambang PAS akan disebut setiap kali petugas berkempen dengan mereka.

Sdr.Tajudin Ramli,Bendahari Bahagian Temerloh bersama pengundi di Kuala Sepetang
Saya sendiri mengalami pengalaman ini setiap kali bertemu dengan pengundi Tionghua yang menyatakan 'jangan risau kami sokong koyok',dan 'mestilah kawan,kita undi bola pingpong ma'.Pada mulanya saya agak keliru tetapi setelah bertemu 3-4 orang barulah saya memahami 'koyok' dan 'bola pingpong' adalah konotosi kepada lambang PAS.
Manakala UMNO/BN masih meneruskan dengan tradisi dulu kini dan selamanya berkempen secara kotor dan tidak beretika.Bukan sahaja wang ringgit digunakan untuk mengula-gulakan pengundi selain tanpa segansilu menggunakan seluruh jentera kerajaan malah kali ini ilmu sihir/ilmu hitam turut digunakan untuk 'memandram' Dato Seri Nizar.Sihir dan santau melalui pemujaan kubur yang diletakkan foto Ir.Nizar Jamaludin menjadi suatu tanda bahawa UMNO/BN benar-benar berada di dalam keadaan yang desperate.
Saya agak terkejut juga apabila mendengar berita ini;sementara kita sediamaklum yang UMNO/BN ini sememangnya jahat yang akan menggunakan apa sahaja kaedah dan muslihat untuk menang,namun menggunakan ilmu hitam untuk menganiaya pihak lawan adalah sesuatu yang bukan sahaja kerja Iblis tetapi juga tidak bertamaddun.Seorang sahabat pula memberikan komentar bahawa perbuatan seperti ini sudah menjadi budaya UMNO/BN,lihat sahaja di Pak Lah sendiri pun kena mandram dengan merujuk kepada berita kertas bertulis jampiserapah yang dijumpai di meja beliau sewaktu beliau masih menjadi PM.
Didalam keadaan seluruh jentera kerajaan dan wang ringgit serta propaganda songsang dan sihir digunakan,alhamdulillah Pakatan masih berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.Ini isyarat jelas bahawa rakyat tidak dapat menerima rampasan kuasa secara haram yang dilakukan oleh Najib.
Dan saya juga melihat kerjasama yang cukup erat diantara kesemua komponen parti didalam Pakatan Rakyat.Pemimpin dan petugas PAS,Keadilan dan DAP sama-sama bertungkuslumus berkerja untuk memenangkan Dato Seri Ir.Nizar Jamaludin.Saya melihat hal ini sebagai pendekatan ampuh yang harus dipertahankan dan diperkasakan untuk mempastikan kemaraan Pakatan menumbangkan Barisan Nasional.
Di malam 7.4.2009,setelah pengumuman rasmi kemenangan Pakatan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau,seorang teman menelefon dan antara perbualannya apakah boleh kita celebrate kemenangan ini?Jawaban saya kita berhak merayakan kemenangan ini dengan segala sukacita kerana pertempuran kita bukan sekadar dengan jentera UMNO/BN tetapi seluruh jentera kerajaan.Maka kemenangan ini adalah kemenangan rakyat yang harus dirayakan.


*Foto-foto diatas ehsan dari blog http://paradigmaberani.blogspot.com .Jutaan terimakasih kepada Sdr.Onn