Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, May 29, 2011

Dari MalaysiaKini:Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?




Mei 29, 11 4:49pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor.


Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno."Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat."


Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada cermahanya di Markas PAS Temerloh, malam semalam.


Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin walaupun presiden Umno itu menyedari langkah itu bakal mengundang padah berasaskan sentimen semasa pengundi.Menurut beliau, kekalahan bagi Umno pada pilihan raya akan datang akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar ketuanya pada pemilihan parti dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi perdana menteri menggantikan Najib.




Nizam berkata kumpulan pro-Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.


Pada pilihan raya itu, Pakatan Rakyat yang mewakili PKR-PAS-DAP turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping mengekalkan Kelantan.Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno."


Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib.


"Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ia berlaku... dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri," katanya.


Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman.

Saturday, May 21, 2011

TVSelangor09 20052011 Bekas Pegawai MB Bebas Tuduhan Menipu

Former aide to MB freed of cheating charge-TheStar online

SHAH ALAM: Tanjung Karang PKR chief Mohd Yahya Mat Sahri has been discharged and acquitted by a Sessions Court here of a cheating charge involving the celebration of Pakatan Rakyat’s 100 days in office.

Judge Azhaniz Teh Azman Teh said in his ruling yesterday that the defence had successfully raised reasonable doubt in the case and ordered for Mohd Yahya’s discharge.
The 45-year-old former aide to Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was accused of misleading Kumpulan Darul Ehsan Bhd chairman Datuk Abd Karim Munisar into giving him RM50,000 to organise the celebration.

Mohd Yahya was charged under Section 420 of the Penal Code with committing the offence at Gardenia Coffee House in Quality Hotel here on June 4, 2008.
Twenty-eight prosecution witnesses took the stand, including Khalid, while eight others testified in Mohd Yahya’s defence.

Mohd Yahya told reporters that he was relieved and grateful for the decision.

Deputy Public Prosecutor Roziza Sidek from Malaysian Anti-Corruption Commission appeared for the prosecution while Mohd Yahya was represented by lawyer Ahmad Nizam Hamid.

Peneroka Wira Negara

Berita Dari Malaysiakini


Ex-aide of Selangor MB freed of cheating charge

Hafiz Yatim May 20, 11 4:27pm

A former aide to the Selangor menteri besar, Mohd Yahya Mat Sahri, has been acquitted of a cheating charge by the sessions court in Shah Alam.Judge Azhaniz Teh Azman Teh ruled at the end of submissions by the defence that some doubts have been successfully raised against the prosecution's case."Following this, the court acquits the accused of the charge," he said.


Eight defence witnesses, including Seri Setia assemblyperson Nik Nazmi Nik Ahmad, had testified in the trial. Others included PAS and DAP supporters, while a total of 28 prosecution witnesses had testified.


Yahya (with red necktie), 44, was charged with deceiving the chairperson of Selangor state subsidiary Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Abdul Karim Munisar, into giving him RM50,000 on June 4, 2008, as a donation to celebrate Pakatan Rakyat's 100 days in office.

On Dec 1 last year, Azhaniz Teh had acquitted Yahya on a charge of using a false document to open a bank account for the Selangor PKR at the Bandar Sungai Way Maybank branch on May 14, 2008.

In today's proceedings, the prosecution was represented by Roziza Sidek from the Malaysian Anti-Corruption Commission, while Ahmad Nizam Hamid and T Suresh appeared for Yahya.

Yahya was initially suspended when claims of alleged graft surfaced following the then Anti-Corruption Agency probe.His suspension by Khalid had created a furore among his supporters, as they had protested at Khalid's official residence in Section 7 Shah Alam.


However, Yahya, who was then the Selangor PKR secretary, took the immediate step to resign from his post in order to avoid an outright confrontation with the MB.Yahya has been an Anwar Ibrahim loyalist since the early days of reformasi.




Bekas pegawai MB bebas tuduhan menipu
Mei 20, 11 4:14pm

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).


Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.


Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.


Pengikut marah


Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.


Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.Azhaniz Teh membuat keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Sebelum itu, Mohd Yahya yang juga pemimpin kuat PKR Selangor digantung kerja oleh Khalid, menyebabkan pengikutnya marah dan cuba mengheret campurtangan Anwar sekali dalam kes itu.Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohd Yahya meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar.

Mahkamah bebas Yahya Sahri dari tuduhan menipu-KeadilanDaily

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri dari dakwaan menipu tiga tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati hujah pembelaan yang dikemukakan oleh Mohd Yahya, 45, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.

Peguam bela, Ahmad Nizam Hamid berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan anak guamnya adalah seorang yang berintegriti, amanah dan tidak pernah menyalahgunakan kedudukan beliau.

“Kes ini bermula dari program sambutan 100 hari Pakatan rakyat berikutan ada individu tertentu dari Umno yang membuat tuduhan kononnya defenden telah menyalahgunakan kepala surat dari menteri Besar untuk mengutip wang dari pengusaha pasir,”

“Berikutan keputusan hari ini adalah jelas tuduhan Umno dan Gagasan Anti penyelewengan Selangor (Gaps) bahawa defenden menyalahgunakan kepala surat tersebut adalah fitnah dan tidak benar,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang dan Ketua Cabang KEADILAN Temerloh.

Bagi tuduhan tersebut, defendan sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu atas kapasitinya sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mohd Yahya selaku pengarah program acara sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat dituduh dengan mendorong Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Abdul Karim Munisar untuk menyerahkan RM50,000 sebagai sumbangan.

Mohd Yahya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality Shah Alam antara jam 1 tengahari dan 3 petang, 4 Jun 2008.

Mohd Yahya yang diwakili oleh peguam-peguam Ahmad Nizam Hamid dan T. Suresh mengemukakan lapan saksi termasuk Ahli Parlimen Seri Setia, Nik Nazmi Nik Mat.

Ini merupakan pembebasan kali kedua Mohd Yahya di mana pada 1 Disember 2010, mahkamah yang sama membebaskannya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.