Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Thursday, February 26, 2009

Nota Kaki


Teman-teman bertanya apakah blog saya sudah menjadi anak gelandangan?Saya sekadar ketawa.


Memang diakui sudah terlalu lama tidak ada posting terbaru,lontaran idea,pandangan dan wejangan dari saya.Saya kira saya perlu menyusun jari sepuluh memohon maaf kerana gagal meng-up date-kan blog ini.


Terlalu banyak sebenarnya yang ingin saya tuang di dalam blog ini terutamanya perkembangan mutakhir politik tanahair yang semakin mual;sementelahan pula saya baru habis menikmati dan menghadham buku tulisan Gene Sharp,The Politics Of Non-Violent Action,yang mana saya kira pandangan dan hipothesis beliau sangat menarik serta relevan.InsyaAllah saya akan kupas pandangan penulis tersohor dalam ruanglingkup politik tanahair serta justifikasi kenapa UMNO/BN perlu digantikan.


Saya juga sempat meneliti nota beberapa interview yang dibuat dengan beberapa pejuang/nasionalis veteran di Temerloh khususnya mereka yang dari golongan Kiri.Terjumpa catatan yang mengisahkan datuk kepada Najib bin Abdul Razak bin Husin diselamatkan oleh ibu kepada tokoh Kiri dari seksaan tentera Jepun di Temerloh.InsyaAllah akan saya ceritakan juga,cuma saya perlu counter-check dengan narasumber lain untuk mempastikan bobotan kisah ini.


Kelangkaan mengemaskinikan blog ini,benar-benar kerana tuntutan tugas!Dari berkejar ke kamar mahkamah hinggalah menguliti buku-buku rujukan dan law reports benar-benar menguras tenaga dan masa.


Namun demikian,InsyaAllah blog ini tidak akan bakal jadi anak gelandangan!


post scriptum:

Esok malam saya dan isteri akan bersantai di Istana Budaya menghayati alunan gemersik Konsert Alam Muzik M.Nasir.Saya kira M.Nasir seniman genius yang akar Melayunya begitu kejap dan kukuh.


lanai lestari
260209.

Tuesday, February 24, 2009

HEBAHAN MEDIA AMK; PERHIMPUNAN 'SEMANGAT 46 LEMBU'

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
24 Feb 2009
PERHIMPUNAN 'SEMANGAT 46 LEMBU'; (MENYOKONG MB SELANGOR DAN DESAK SPRM SIASAT NAJIB DAN KHIR TOYO)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang dinamakan "Perhimpunan Semangat 46 Lembu". Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi 'lembu yang dicucuk hidungnya' kepada UMNO-BN.

Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:- Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petangTempat: Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam Semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.
Sekian, harap maklum.

Hasmuzair HassanSekretariatAngkatan Muda Keadilan Malaysia014-8422155
*SPRM didalam Bahasa Inggeris akronimnya adalah MACC.Ramai yang memberikan tafsiran baru kepada MACC sebagai Malaysia Agency For Car and Cow dan Malaysian Agency For Corrupted Crook.Dapat difahami kekecewaan rakyat diatas kemandulan agensi ini selain kelihatannya menjadi `running dog' kepada UMNO/BN.AMK melakukan perkara yang betul dengan mengheret lembu kerana perlu menyedarkan mereka yang berwenang bahawa rakyat sudah muak dengan kemandulan mereka.

Monday, February 23, 2009

Berita Dari Suara PRIMA

*LAPORAN PENDUDUK FELDA KEMAHANGPENDUDUK TADAH HUJAN HARAPKAN AIR
Oleh: Ahmad Nizam Hamid(Temerloh, Pahang)

Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009. Ironinya, kawasan yang dilaporkan oleh TV3 itu di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Menteri Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai. Apalagi kawasan Parlimen berkenaan turut diwakili ADUN Pelangai yang juga Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob. Selepas Mac 2009 ini Perdana Menteri juga dari Pahang.

Macam mana kawasan yang diwakili menteri kabinet dan Menteri Besar, malah negeri yang bakal diwakili Perdana Menteri, rakyat terpaksa menadah air hujan? Lagipun ianya diwakili oleh BN sejak 1974, malah diwakili Parti Perikatan mulai 1955.Begitulah! Kedudukannya di ulu tahun 1960-an dikenal pasti antara punca kemiskinan orang Melayu terutamanya petani kerana lintah darat dan sistem padi kunca. Orang Melayu melarat dan terbelenggu dengan hutang.

Sekarang Felda lebih kurang sama, tenaga dikuras untuk produktiviti dan penghasilan yang dikawal Felda tetapi apa yang dikembalikan kepada peneroka? Kalau pun ada adakah memadai? Tidakkah zalim namanya tatkala ada kawasan Felda yang mundur infrastruktur tetapi Felda belanjakan ratusan juta bina menara Felda di Kuala Lumpur. Saya kadang-kadang gagal memahami cara fikir pembuat dasar. Agaknya mereka ini dijangkiti penyakit ‘megalomania’ tak? (210209).
*Berita ikhsan dari blog http://adimul.blogspot.com (Suara PRIMA).Blog ini dikendalikan oleh penulis dan penyair terkenal,Dharmala NS.

Thursday, February 19, 2009

Anak Muda Julung Berkeris



Hujung minggu kelmarin saya diundang oleh Sdr.Rizal Jamin,Ketua Angkatan Muda (AMK) Pahang ke acara Program Rapat Muda Negeri Pahang.Program yang berlangsung di Kg.Janda Baik itu begitu menyegarkan

Bukan sahaja kerana udara segar Kg. Janda Baik ditepi perbatasan Tulang Belakang Semenanjung,Banjaran Titiwangsa itu membangkitkan ghairah berjuang,tetapi lebih dari itu apabila melihat hampir 120 orang anak muda,ahli AMK berkumpul,semangat dari dalam diri saya menjadi menggebu.Anak-anak muda ini-lelaki dan perempuan-berkumpul untuk sama-sama mencanai minda dan melampas otak guna membentuk kesepaduan tindakan politik melalui Parti Keadilan Rakyat.

Saya tidak dapat menahan diri dari menjadi nostalgiks,mengenangkan liku-liku perjuangan selama sedekad ini.10 tahun malam memanjang (dengan apologi kepada Ahmad Boestamam) terasa waktu berlalu dengan pantas.Dalam usia yang relatif muda KEADILAN (sebelum ini dikenali dengan nama Parti Keadilan Nasional atau singkatannya,KeADILan) melalui pengalaman pasang-surutnya dan melalui pelbagai onak dan duri.
Parti yang ditubuhkan pada 4.4.1999 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur sewaktu kemuncak gelombang Reformasi berikutan pemecatan dan konspirasi fitnah terhadap Anwar Ibrahim,pada hari ini telah menjadi wadah politik yang disegani kawan dan lawan.Tumbuhnya KEADILAN seperti yang ada sekarang kerana,antaranya,sokongan dan kerjakeras anak-anak muda.
Benar,KEADILAN tumbuh,hidup dan membesar kerana peranan yang dimainkan oleh anak-anak muda.Anak-anak muda yang berani berhadapan dengan penguasa zalim,bertempur dengan FRU,pecah kepala di pukul UMNO/BN,memanjat sehingga ke hujung julai pokok memasang bendera,tampal poster,atur ceramah,edar handbill dan pada masa yang sama kendalikan bahagian;kesemua ini sebahagian daripada 'tugas wajib' anak-anak muda yang dilakukan dengan penuh rela dan percuma.
Malah sebahagian besarnya tidak pernah terlibat dengan politik sebelum ini dan saya salah seorang contoh terbaik.Tiba-tiba sahaja diamanahkan menjadi Pemimpin Bahagian sedangkan pengalaman terlalu dangkal.Namun tuntutan perjuangan dan keberanian menghadapi cabaran disambut dengan penuh rela.Maka tidak keterlaluan jika saya nyatakan 'wujudiah' KEADILAN seperti yang ada pada hari ini kerana keterampilan,keberanian dan komitmen serta keikhlasan anak-anak muda.
Jadi saya melihat Rapat Muda AMK Pahang di bawah pimpinan Sdr.Rizal mencerminkan kesinambungan keazaman anak-anak muda untuk terus berjuang membawa perubahan.Anak-anak muda yang datang dari seluruh pelusuk Negeri Pahang dan dari pelbagai latarbelakang ini nampaknya begitu komited dan menekuni setiap acara yang ditetapkan.
Dalam semua sejarah perjuangan,keterlibatan anak-anak muda menjadi faktor penentu berjaya atau tidaknya perjuangan tersebut mencapai matlamatnya.Dari sirah perjuangan Rasulullah S.A.W sendiri boleh dilihat dari keterampilan peribadi anak muda yang bernama Saidina Ali b. Abi Thalib r.a yang begitu berani kehadapan;malah tanpa memikirkan kepentingan diri menyanggupi menggantikan Rasullulah S.A.W di kasur tidur baginda tatkala Rasulullah S.A.W memulakan `long march' baginda berhijrah ke Yathrib.Saidina Ali tahu risiko yang bakal dihadapinya yang memungkin beliau dibunuh oleh Quraisy tetapi demi kecintaan kepada Rasulullah dan demi keyakinan kepada perjuangan menegakkan agama ALLAH,beliau sanggup mengambil risiko.
Demikian juga kalau kita membuka lembaran sejarah perjuangan yang lain.Bukankah Revolusi Indonesia melawan Belanda di menangi kerana penyertaan anak-anak muda?Seusai Almarhum Kiyai Hj Agus Salim menyeru dari corong radio agar anak-anak muda Indonesia bangkit berjihad melawan Belanda (ketika itu diwakili oleh Tentera Bersekutu yang baru sahaja mendarat sementara menunggu Belanda kembali ke Indonesia),ribuan anak-anak muda turun ke medan perang dengan hanya bersenjatakan bambu runcing!
Dan kemudian anak-anak muda juga yang kehadapan berikutan Peristiwa GS30 setelah pembunuhan beberapa orang General yang ditanam didalam lubang di Kubang Buaya oleh elemen PKI dalam tahun 1965 menuntut pertangunggjawaban Sukarno yang akhirnya membolehkan Suharto menjadi Presiden Indonesia.Waktu berputar dimana sekali lagi anak-anak muda Indonesia turun ke gelanggang melaungkan dan malah,menuntut Reformasi sehingga mengorbankan anakmuda mahasiswa dari Universitas Trisakti.Natijahnya Suharto meletak jawatan yang sekali gus menamatkan era pemerintahan regim OrBa (Orde Baru).Kesan langsung dari keterlibatan anak muda ini ialah demokrasi menjadi subur di Indonesia.
Maka yakinlah perjuangan yang dipartisipasi secara aktif oleh anak-anak muda lambat laun akan menempa kejayaan;malah menjadi pra-syarat utama jika ingin melihat perubahan lanskap politik tanahair maka anak-anak muda ini perlu disantuni.Seluruh tenaga dan semangat anak-anak muda harus digembeling demi merealisasikan cita-cita Politik Baru dan untuk melihat Negara Malaysia yang lebih adil dan demokratiks.
Saya fikir,diatas premis ini acara Rapat Muda AMK Pahang menjadi begitu signifikans.Tenaga dan fikrah anak-anak muda sekurang-kurangnya dapat di gembeling guna melahirkan upaya dan strategi politik yang ampuh di Pahang khususnya.Jika tenaga dan fikrah anak-anak muda ini gagal disantuni dengan sempurna,maka kita akan kehilangan kekuatan yang signifikans lagi kental.
Saranan saya,selain acara seumpama ini,kursus-kursus politik yang mencakupi ruanglingkup yang lebih besar perlu dilaksanakan.Anak-anak muda ini perlu didedahkan kepada budaya ilmu dan intellectual discourse guna menyediakan mereka dengan ilmu dan kemahiran politik.Sifat anak muda yang penuh idealisme dan berani mencuba seharusnya di tuang didalam acuan ilmu.Saya penuh keyakinan dengan idealisme anak muda yang dipacu dengan kebijaksanaan ilmu,perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi ketimbang mempastikan UMNO/BN di talkinkan,insyaAllah,akan beroleh kejayaan.
Saya teringat kepada saranan filsuf Greek yang menyarankan agar melihat dan/atau memiliki prinsip-prinsip yang disebut sebagai logos (logik),ethos (etika) dan methos (kaedah/uslub/metodologi) yang harus ada didalam diri setiap pejuang.Ertinya upaya untuk menilai keadaan atau medan hendaklah dilihat dari kacamata ilmu disamping punya keperibadian luhur yang beretika didalam melaksanakan kaedah atau pendekatan yang ampuh,Kesemua ini boleh dicapai melalui budaya ilmu dan pengalaman.
Kepada saudara Rizal Jamin Ketua AMK Pahang dan teman-teman pimpinan AMK,salut dari saya!

Tuesday, February 17, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #5

POLITIK MUAL

Saya cukup bersimpati dengan Elizabeth Wong yang di kalangan kami didalam KEADILAN memanggilnya dengan Eli,lebih mesra begitu.Eli yang saya kenal memang seorang yang cukup ramah dan tidak hipokrit.Dengan senyumnya yang istimewa itu,Eli mudah mesra dengan siapa sahaja dan beliau seorang yang cukup komited dengan perjuangan rakyat serta keadilan.Kali terakhir saya bertemu beliau di Kg.Cina Kuala Trengganu sewaktu kempen PRK Parlimen Kuala Trengganu bulan Januari lalu.

Dengan seluar dungaree biru dan t-shirt putih KEADILAN,Eli begitu bersemangat berceramah diatas lori pada malam tersebut.Dalam bahasa Inggeris yang lancar Eli meminta para pengundi memberikan mandat kepada Abdul wahid Endut calon PAS/Pakatan Rakyat.Saya cuma sedikit tertanya kenapa Eli berwejang dalam bahasa Inggeris dan tidak dalam bahasa Cina dihadapan khalayak Tionghua.

Semalam apabila saya mendapat tahu tentang kisah berlegarnya foto beliau di internet,saya mengirimkan beliau sms dengan titipan puisi Rabrinath Tagore:

Let me not pray to be sheltered from danger
but to be fearless in facing them
let me not beg for the stilling of my pain
for the heart to conquer it

let me not look for allies on life`s battlefield
but to my own strength
let me not crave in anxious fear to be saved
but hope for the patience to win my freedom

grant me that i may not be a coward
feeling your mercy in my success alone
but let me find
the grasp of your hand in my failure.

Sungguhpun saya bersimpati kepada Eli,namun saya lebih bersimpati dengan untungnasib bangsa ini.Sehingga sejauh ini yang sanggup di lakukan oleh UMNO/BN demi kekuasaan.Ruanglingkup peribadi pemimpin lawan bukan sahaja ada `kewajaran' didedahkan malah boleh sahaja dicerobohi.Kesemua ini dilakukan demi untuk memberikan imej buruk terhadap pihak lawan bagi mengolah pandangan umum bahawa pemimpin Pakatan rendah moralnya.

Akan tetapi yang menjadi lelucon pihak yang kononnya punya akhlak terpuji itu citranya lebih malah extreme jelik dan buruk.Pemimpin jenis ini yang sekian lama bergelumang didalam korupsi malah (mungkin) skandal seks juga tiba-tiba menjadi juara menentukan akhlak pihak yang lain.Dan ini bukan dilakukan dengan ikhlas tetapi semata-mata untuk membelasah lawannya yang sekaligus untuk memberikan imej yang buruk selain bertujuan untuk memalukan.

Maka demikianlah pendekatan politik penganut mazhab Machiavelli yang tegar.Slogan matlamat menghalalkan cara menjadi cara hidup berpolitik.Peduli apa dengan etika atau halal haram kerana yang lebih penting adalah kekuasaan.Kerana itu kita melihat kesanggupan UMNO/BN untuk melakukan apa sahaja-konspirasi dan fitnah berterusan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim,tragedi Memali dan Lubuk Merbau dan pelbagai lagi-dihalalkan demi kuasa.Kepada mereka tidak ada istilah `fair play' atau etika atau adab berpolitik yang matang dan demokratiks.

Manakala media yang dikuasai mereka berterusan memaparkan pandangan sepihak dan ditokoktambah serta memutarbelitkan berita atau isu untuk mengaburi rakyat.Ditonjol kononnya Pakatan tidak layak memerintah kerana Pemimpinnya punya akhlak yang jelik sedangkan pada masa yang sama digambarkan betapa pemimpin UMNO bukan sahaja berakhlak mulia malah begitu zuhud kehidupannya.Pengemudi media jenis ini yang disebut `spin doctor' atau didalam istilah yang lebih `mulia',pencacai!

Melihat kepada budaya berpolitik sedemikian rupa ,saya cukup bimbang acuan dan teladan yang bagaimana hendak diwariskan kepada anak-anak muda?Budaya politik mual dan jijik ini kelihatannya telah menjadi cara hidup UMNO/BN.Dan budaya inilah yang akan diwariskan kepada golongan muda.Entah bagaimana kelak wajah dan citra masyarakat yang terbentuk dari budaya songsang ciptaan UMNO/BN ini.
Yakinlah walau berpuluh agenda atau program dibuat untuk melahirkan masyarakat berbudaya dan berperkerti mulia atau memaparkan billboard menyeru rakyat bersopansantun,kesemua ini tidak akan memberikan kesan jika pemimpin negara mengamalkan budaya sebaliknya yang songsang.Bukankah pepatah Cina menyebut:ikan membusuk bermula dari kepalanya.
Berbalik kepada apa yang berlaku terhadap Eli,saya melihat kesemua ini bermula dari perancangan UMNO/BN yang bertujuan untuk memalukan Eli dan sekaligus berniat untuk mengdiskredit Parti Keadilan Rakyat.Eli menawarkan diri untuk berundur dan melepaskan jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan atas alasan,antaranya,untuk tidak memalukan parti.Sementara saya mengkagumi pendirian beliau,namun saya berpandangan Eli tidak seharusnya mengambil keputusan sedemikian.
Eli wajar mempertahankan kerusi DUN tersebut dan terus berfungsi sebagai Wakil Rakyat.Kita tahu komitmen dan iltizam Eli untuk berkhidmat kepada rakyat serta berjuang untuk melihat Malaysia yang lebih demokrasi dan adil.Memang menjadi resam perjuangan fitnah dan mehnah perlu diharungi dengan tabah.Saya cukup yakin Eli mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi semua ini.Maka,jangan berikan kenikmatan kepada UMNO/BN untuk mengaut untung dengan tunduk kepada tekanan mereka untuk meletakkan jawatan.Ayuh Eli,lawan tetap lawan!
Dan kepada UMNO/BN jangan anggap anda berjaya dengan segala taktiks kotor dan mual yang anda lakukan.Pesan saya,seperti yang dinukilkan oleh sahabat saya Syed Putra,`siapa yang menanam buih,akan memetik gelombang;siapa yang menabur angin akan menuai badai'.Pekerti keji dan budaya politik songsang,yakinlah,akan memakan diri sendiri.
*Keterangan gambar:Foto ikhsan KHIR TOYO (tidak ada kena mengena dengan yang telah hidup atau pun yang masih mati) yang khabarnya di potretkan di suatu tempat berhampiran PWTC setelah memenangi Hadiah Utama Sayembara Hipokrasi Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.Untuk maklumat lanjut tentang kaitan foto ini dan UMNO,para pembaca digesa membaca kembali cerpen Maharaja Beruk karya Pak Yahya Ismail.

Wednesday, February 11, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #4

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH

Malaysiakini hari ini melaporkan Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan semua ceramah politik diharamkan di Negeri Perak sehingga `keadaan kembali normal'.Malaysiakini turut melaporkan kenyataan daripada Sdr.Tien Chua,Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat bahawa Kementerian Dalam Negeri telah merampas leih dari 20000 naskah akhbar Suara Keadilan.

Membaca kedua-dua berita tersebut,dapat difahami bahawa ada usaha terancang oleh Kerajaan untuk cuba menutup aliran maklumat kepada rakyat.Hal ini jelas dari hakikat bahawa Pakatan tidak mendapat akses kepada media arus perdana-tv dan akhbar perdana-dan wahana penyampaian maklumat cukup terhad kepada akhbar milik parti dan alternatif,ceramah dan internet.

Pada perkiraan BN,dengan mengharamkan ceramah dan merampas akhbar milik parti,akan dapat meredakan keberangan rakyat dan aliran maklumat akan dapat dikawal serta terarah dari suatu sumber iaitu dari pihak mereka.Dalam keadaan demikian,BN mengharapkan persepsi rakyat dapat diolah menurut acuan mereka.

Sebenarnya,kritikan dan kecaman layanan tidak adil PDRM dan KDN kepada pembangkang bukan perkara baru.Tuntutan agar pemimpin Pakatan diberi ruang di kaca TV-RTM bagi siar jam 3 pagi pun tak apa,YAB MB Kelantan dilaporkan pernah berkata-sering dibuat tetapi sehingga ke hari ini,Kerajaan BN yang mengaku menjuarai demokrasi,tidak pernah melayani tuntutan itu.

Dalam demokrasi yang sihat dan matang,hak untuk bersuara dan berhimpun merupakan keperluan fundamental.Malah dissenting voice dilihat sebagai keperluan yang perlu diambil endah oleh pemerintah dalam mengujudkan persekitaran politik yang sihat.Bagi melahirkan suatu masyarakat yang celik maklumat dan upaya membentuk masyarakat madani (civil society),maka kebebasan bersuara dan berhimpun menjadi pra syarat utama.

Budaya `membonsaikan' (meminjam istilah Sdr.Hishamudin Rais) pemikiran dan minda rakyat yang dilakukan dengan penuh tekun oleh UMNO/BN semenjak lebih dari 5 dasawarsa ini,kepada saya adalah dosa yang tidak terampunkan.Rakyat disuap dan dipaksa menerima maklumat versi mereka dengan tanggapan pemikiran rakyat dapat diolah agar berterusan menyokong mereka.

Dissenting voice dianggap suatu dosa dan kemudiannya akan diberikan pelbagai label seperti penderhaka,tidak tahu mengenang budi dan pelbagai lagi dicanangkan.Pada masa yang sama maklumat yang dianggap tidak menguntungkan mereka seperti rasuah atau kezaliman yang berlaku akan disembunykan dari pengetahuan rakyat.

Regim BN cuba membentuk rakyat yang `dirobotkan' supaya hanya patuh membutatuli kepada mereka.George Orwell,pengarang Inggeris yang tersohor didalam novelnya yang terkenal,1984,menukilkan masyarakat yang sebegini yang kononnya bagi membentuk masyarakat utopia.Slogan BIG BROTHER IS WATCHING YOU yang menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka tidak ada pilihan melainkan taat kepada pemerintah (menarik disentuh George Orwell memberikan gelaran The Ministry Of Truth atau akronimnya,MiniTrue yang,saya kira,semacam Kementerian Penerangan di Malaysia).

Seperti novel 1984 tersebut,inilah yang sedang berlaku di Malaysia.Anda siarkan berita yang tidak menguntungkan kami,akhbar anda akan dirampas dan permit penerbitan anda akan dibatalkan;anda berceramah menjelaskan isu yang merugikan kami,anda tanggung akibatnya didakwa dibawah Akta Polis atau Akta Hasutan atau anda bakal mendekam di Kamunting!Maka pelbagai alasan akan dicipta bagi mengekang kebebasan ini dan yang paling popular atas premis `security'.Awas!Seluruh aparat pemerintah sentiasa memerhatikan.
Inilah budaya yang telah dibentuk sekian lama oleh pemerintah dan dari budaya ini juga yang membentuk acuan politik UMNO.UMNO/BN menjadi relevan selama ini hanya semata-mata disebabkan pendekatan songsang kerana jika ujud kebebasan bersuara dan berhimpun didalam ertikata yang sebenarnya,saya cukup yakin,sudah lama UMNO/BN di kuburkan oleh rakyat.Selama mana pemikiran rakyat dapat dibonsaikan,maka selama itulah UMNO/BN akan terus relevan.

Mereka akan terus mempertahan status quo ini kerana mereka tidak ada pilihan.Dalam proses mempertahan status quo ini maka seluruh state apparatus akan digunakan tanpa segan silu bagi menekan perjuangan rakyat;kerana itulah kita melihat bagaimana PDRM,SPR,BTN,KEMAS dan pelbagai agensi kerajaan di eksploitasi sedemikian rupa untuk mengekalkan kekuasaan UMNO/BN.Mereka tidak ada keberanian politik,malah moral juga,untuk berhadapan dengan rakyat secara demokratiks dan telus.

Membaca kenyataan Ketua Polis Negara itu,timbul persoalan apakah yang dimaksudkan dengan keadaan `kembali normal?'Siapakah yang menentukan keadaan kembali normal atau sebaliknya dan diatas piawaian apa ketentuan tersebut?Isu ini penting khususnya jika kita memahami bahawa status Darurat di Malaysia sebenarnya tidak pernah ditarik balik atau dibatalkan!Saya percaya tidak ramai yang menyedari bahawa dari sudut perundangan,Malaysia masih lagi didalam situasi Darurat.

Undang-undang lapuk dari zaman Darurat masih lagi berkuatkuasa seperti Emergency Ordinance,ESCAR dan yang sebagainya.Saya akan menulis tentang perkara ini secara khusus didalam kesempatan yang lain;tetapi yang ingin disampaikan,sekiranya setelah puluhan tahun Darurat berakhir (malah Tembok Berlin yang menjadi metafora Perang Dingin telah pun lama runtuh sejak tahun 1989 dan Parti Komunis Malaya sudah tidak menjadi ancaman berikutan Perjanjian Damai Hatyai 1989),status tersebut tidak pernah ditarikbalik,maka apakah sandaran bahawa keadaan 'akan kembali normal' yang dinyatakan oleh KPN itu akan direalisasikan?Maka bolehkah kita mengharapkan hanya setelah KPN mengistiharkan 'keadaan kembali normal' maka ketika itu baru kita mahu berceramah semula sedangkan dalam waktu yang sama UMNO/BN akan berterusan menyerang dan memperdaya rakyat melalui media dan alat negara?

Saya fikir,kita tidak punya pilihan melainkan untuk meneruskan dengan ceramah dan majlis penerangan di seluruh Negeri Perak.Kita tidak boleh sekadar menunggu `keadaan kembali normal' yang entah sampai bila.Jika kita akur dengan arahan BIG BROTHER ini,bererti kita mengambil sikap defeatist,yang saya kira tidak ada dalam kamus perjuangan.Kenyataan Sdr.Tien Chua bahawa `Pakatan to defy Ceramah ban in Perak' adalah pendekatan yang tepat.Diatas premis ini,saya kira,pilihan yang ada samada akur dengan pangharaman tersebut sehingga 'keadaan kembali normal' atau kita mengambil sikap melintang patah membujur lalu;dan tentunya tuntutan perjuangan tidak mengizinkan kita sekadar berpeluktubuh.Seperti yang pernah di tulis oleh George Orwell,totalitarianism if not fought against,could triumph anywhere.Maka kita tidak ada pilihan melainkan,Lawan Tetap Lawan.

Tuesday, February 10, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #3

MORAL DAN TUNTUTAN PERJUANGAN


Akhirnya Sdr.V. Arumugam melepaskan semua jawatannya.Bermula dengan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah,beberapa jam kemudian beliau mengambil keputusan untuk turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.Saya kira bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk V.Arumugam melepaskan kesemua jawatan itu.Tentunya beliau telah memikirkan dari segenap sudut sebelum membuat keputusan sedemikian.

Sementara kita menghormati keputusan beliau itu (dan mengucapkan tahniah kerana bersikap berani dan gentleman),keprihatinan saya lebih kepada sebabmusabab yang mendorong V Arumugam mengambil keputusan drastiks tersebut.

Pendedahan mantan Exco Kerajaan Negeri Kedah tersebut bahawa terdapat percubaan secara agresif untuk mempengaruhinya `melompat' ke BN dengan kaedah yang tidak bermaruah sebenarnya mendedahkan ada yang sangat tidak kena dengan budaya politik tanahair.Percubaan menculik,ugutan,rasuah dan insiden cermin kereta rasmi beliau di pecahkan dengan batu yang terikat nota ugutan membayangkan ada yang tidak beres.

V Arumugam turut mendedahkan beliau dipujuk oleh agen-agen BN yang menawarkan wang jutaan ringgit sekiranya beliau bersetuju untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) untuk menyertai UMNO dan pujukan/tawaran ini telah bermula sejak selepas 8 Mac 2008 lagi.Cuma dengan `keimanannya' yang kukuh beliau dapat menangkis `temptation' tersebut dan terus bersetia dengan perjuangan Pakatan.Walaupun laporan Polis dibuat,namun menurut V Arumugam,tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berwajib yang akhirnya V Arumugam mengambil keputusan melepaskan semua jawatan di dalam kerajaan dan ADUN Bukit Selambau.

Sebagaimana saya percaya V Arumugam tidak pernah menyangka akan menduduki Kerusi Exco Kerajaan Kedah berikutan kemenangannya dalam PRU lalu,beliau juga tentu tidak menyangka pengalaman sebegitu yang perlu dilaluinya sebagai ahli politik dan ADUN yang dipilih oleh rakyat.Dan ini ditambah pula,khabarnya,dengan masalah peribadi V Arumugam sendiri yang diambil kesempatan oleh BN untuk mengdiskredit beliau.Mungkin watak beliau sebagai bekas perajurit (anggota TUDM) yang setia kepada perjuangan maka beliau memilih untuk berundur dari menjadi beban kepada Pakatan.

Saya melihat isu ini jauh melangkau dari apa yang berlaku terhadap saudara V Arumugam.Saya melihat bagaimana BN menggunakan apa sahaja kaedah untuk mempastikan hegemoni kekuasaan mereka tidak tergugat.Maka budaya ugutan,rasuah dan intimidasi (intimidation) politik berleluasa tanpa ada pertimbangan moral.Pada masa yang sama kelihatannya pihak berwenang seperti Polis dilihat gagal menjalankan fungsi mereka.

Sesungguhnya apa yang berlaku memperlihatkan betapa rendahnya akalbudi pemimpin BN.Kepada mereka,kekuasaan adalah segala-galanya dan apa jua kaedah boleh digunakan asalkan matlamat mengekalkan kekuasaan itu berjaya.Maka budaya rasuah,intimidasi dan 1001 kaedah dihalalkan.

Lihat bagaimana isu perkauman cuba dimainkan dari pengalaman yang di lalui oleh YB Teresa Kok beberapa bulan yang lalu.Dan isu perkauman yang cuba melagakan antara orang Melayu vs Cina vs India ini akan terus didendangkan oleh pemimpin UMNO.Walaupun permainan api perkauman ini bukan perkara baru,malah sudah menjadi semacam trade mark UMNO setiap kali mereka tersepit,namun dendangan dan kipasan perkauman kelihatannya akan terus dihangatkan.Para pencacai dari kalangan pengemudi media akan berterusan memainkan isu ini guna membentuk persepsi bahawa orang Melayu tersepit dan UMNO sahajalah yang layak menjadi Dewa Penyelamat.

Ini hanyalah secebis dari kenyataan yang berlaku hari ini.Saya boleh menyenaraikan senarai yang lebih panjang tentang politik mual yang ditunjangi oleh UMNO termasuk sikap hipokrit mereka,jika di lihat dari isu yang membabitkan Sultan Perak.Sdr Karpal Singh dan YAB Ir.Nizar Jamaludin,MB Perak yang sah dijadikan sasaran selain menuding jari kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai derhaka.Bukankah UMNO sendiri di pertengahan tahun 1980-an dan di awal 1990-an menghina Raja-raja Melayu berterang-terangan dan bukankah ada MB Perak dari UMNO yang bernama Ghazali Jiwa berkonfrontasi dengan Sultan Perak ketika itu seperti yang di tulis oleh Mohd Sayuti Omar didalam blognya,merahtinta?

Bagaimana pula dengan kedudukan ekonomi negara?Agihan kekayaan yang tidak adil dan menguntungkan mereka yang hampir dengan pemimpin?Dasar pendidikan yang harubiru dengan Universiti-universiti tempatan tidak lagi di lihat sebagai yang terbaik?Kebejatan akhlak dan meningkatnya keruntuhan moral di kalangan rakyat?Bagaimana dengan masalah dadah nampaknya tidak ada jalan penyelesaiannya?Atau rasuah yang tetap gagal dibendung malah kian bercambah menjelang pemilihan UMNO?Atau melihat bagaimana institusi agama turut dijadikan perkakas sepertimana pengalaman Ustaz Ramlang Porogi?Malah didalam bidang sukan pun Malaysia sudah disisihkan?

Kesemua yang berlaku ini menuntut suatu pendekatan politik yang jitu dan ampuh bagi mempastikan kebejatan ini dihapuskan.Pada hemat saya,tidak mungkin disandarkan harapan untuk membersihkan segala noda selama lebih setengah abad ini kepada kepimpinan negara yang ada sekarang.Bagaimana mungkin mengharapkan kepada mereka sedangkan sebahagian besar mereka ini turut bergelumang didalam debu yang memualkan itu.

Hanya pemimpin yang mempunyai iltizam politik yang tinggi,yang punya kekuatan moral dan political will serta keperkasaan minda disamping kejujuran yang boleh membawa Malaysia keluar dari kancah petaka ini.Malangnya ciri-ciri tersebut nampaknya tidak kelihatan dikalangan pemimpin BN.

Maka pilihan yang ada adalah dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Kepada saya,kita sudah kesuntukkan masa jika terus membiarkan keadaan negara porakperanda.Benar,ada yang akan berhujjah,makanpakai rakyat Malaysia mencukupi dan kita lebih baik dari Negara...,tetapi hidup dan kehidupan sebagai rakyat bukan semata-mata sekadar cukup makanpakai sahaja kerana yang lebih penting,pada hemat saya adalah keadilan dan harkat dan maruah sebagai rakyat negara merdeka.

Ertinya,didalam hal ini pendekatan politik yang bijak wajar dicari;kebijaksanaan (dan tuntutan) adalah dengan segera mengambilalih kepimpinan Negara.Kita sudah tidak punya pilihan melainkan kita tega melihat negara ini terus dihancurkan oleh mereka yang sudah terhakis keperibadiannya.

Kepada saya hujjah kononnya mana-mana MP atau ADUN yang meninggalkan kepompong perjuangan lama berhijrah kepada perjuangan Pakatan atau mana-mana pemimpin yang mengambil inisiatif untuk menjemput mana-mana pemimpin BN menyeberang,tidaklah boleh dikatakan sebagai tidak bermoral.Selagi modus operandi yang digunakan itu tidak bertentangan dengan prinsip demokrasi serta mengambil berat kepada soal halal haram yakni bukan dengan rasuah atau intimidasi atau ugutan,maka ianya bukan suatu langkah yang tidak bermoral.Jika kaedah sebaliknya yang digunakan seperti dilakukan oleh BN,saya akan bersetuju dengan kritikan tersebut.
Mana-mana pemimpin yang sekadar melihat dan mengkritik tetapi gagal mengambil inisiatif untuk memperbaiki kebejatan serta tega membiarkan Negara di rosakkan,kepada saya,pemimpin jenis inilah sebenarnya yang tidak bermoral.Sebesar mana moral pemimpin jika membiarkan rasuah,perkauman,polong ISA dan kekayaan negara di angkut pemimpin bebal tanpa ada upaya untuk membaikinya.Sebesar mana kecintaan pemimpin kepada negara jika hanya sekadar mengkritik tanpa ada upaya untuk menegakkan demokrasi dan keadilan?
Ertinya,ada tuntutan dan obligasi moral kepada setiap pemimpin Pakatan-beban ini tidak harus dipikul oleh Dato Seri Anwar Ibrahim seorang-untuk segera mengambilalih pemerintahan negara bagi membaiki segala kebejatan ciptaan UMNO dan mengembalikan harkat dan maruah rakyat.Kita sudah kehilangan banyak waktu,dengan segala pengcekcokkan sesama sendiri,kerana saya bimbang,disebabkan kealpaan,kita gagal meraih dan memanfaatkan `masa emas' ini.
Saya akan cukup berterima kasih-dan saya percaya ramai dari kalangan warga yang prihatin dan mencintai tanahair berkongsi sentimen yang sama dengan saya-jika Dato Seri Anwar Ibrahim vis-a-vis pemimpin Pakatan yang punya kekuatan moral yang tinggi untuk berikhtiar dan berjaya mengambilalih pemerintahan negara dari BN.Jika tidak,saya bimbang generasi akan datang akan mencerca diatas kegagalan kita hari ini sebagai pemimpin yang tidak bermoral kerana mewariskan negara yang tungganglanggang kepada mereka.





Monday, February 9, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #2

Karpal Oh Karpal!

Maka Pengerusi DAP itu pun meluahkan keterbukuan hatinya.Seperti biasa Karpal Singh menghalakan laras senapangnya kepada pemimpin parti sahabat dan kali ini turut menerima hamunan Karpal teman-teman pimpinan beliau dalam parti.Seperti biasa Karpal menggunakan media arus perdana untuk membebelkan kesebalan hatinya.Seperti biasa Karpal berjaya mendapatkan apa yang diingininya-publisiti didalam tv di waktu perdana-kerana bukan mudah pemimpin pembangkang mendapat siaran tv diwaktu sebegini.

Itulah Karpal Singh.

Saya akur adalah menjadi hak Karpal untuk bercakap dan mengkritik sesiapa sahaja,dimana dia suka,dengan siapa dan kepada siapa.Itu hak dia,tak ada siapa yang boleh menahan.Bukankah Karpal ahli politik veteran dan peguam tersohor?Cuma,apakah tindakan Karpal membebel didalam sidang media dengan kehadiran media arus perdana suatu tindakan bijaksana?

Saya fikir Karpal tidak naive kerana bukankah pengalaman selama ini menunjukkan bahawa media milik UMNO/BN tidak pernah berlaku adil kepada pembangkang waima Karpal Singh sendiri.Bab ini yang saya tidak faham.Apakah keperluannya untuk memanggil sidang media yang diketahui tidak pernah berpihak kepada Pakatan semata-mata untuk membelasah Anwar Ibrahim dan yang lebih memeranjatkan,turut membelasah teman-teman pimpinan dalam DAP.`Washing dirty laundry in public',begitu lebih kurang bunyi pepatah Inggeris.

Soalnya bukankah ada venue yang boleh melahirkan kesebalan di hati dengan cara berhemah-jika berkaitan dengan batang tubuh DAP sendiri bukankah ada panitia tertinggi iaitu CWC manakala berkaitan Pakatan Rakyat ada Jawatankuasa peringkat tertingginya-namun Karpal dengan sebab-sebab sendiri memilih sidang media.Saya pasti Karpal tahu media perdana `will have field day' memperbesar-besarkan berita ini untuk mencalarkan Anwar Ibrahim vis-a-vis Pakatan Rakyat.

Apakah `game plan' Karpal sebenarnya?Dan apakah yang akan beliau perolehi?Apakah yang akan diperolehi oleh perjuangan menegakkan demokrasi di Malaysia dengan tindakan tersebut?Apakah hegemoni UMNO/BN akan runtuh atau sekurang-kurangnya goyah dengan tindakan Karpal?Kepada saya jawaban mudah ialah Karpal memberikan `ammunitions' kepada UMNO/BN untuk membelasah Pakatan Rakyat.Seikhlas dan sejujur mana sekali pun teguran Karpal didalam sidang medianya itu,kerosakan yang dibawanya lebih banyak dari kebaikkan dan saya khuatir kelak para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menilai tindakan Karpal sebagai `mala fide'.Karpal ada pilihan tetapi beliau dengan sengaja enggan menggunakan pilihan itu.

Saya juga melihat watak Karpal ini bukanlah seorang team player.Beliau tidak nampak sebagai seorang pemimpin yang bekerja dalam satu pasukan.`loose canon',begitu agaknya label yang paling tepat untuk menggambarkan perwatakkan Karpal Singh ini.Justeru itu,Karpal wajar menginsafi bahawa tuntutan zaman dan perubahan persepsi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat bagi membebaskan Malaysia dari kongkongan regim BN turut menuntut kesemua pimpinannya berjiwa besar,berhemah,saling menghoramati dan berpandangan jauh.Kerangka pemikiran lama bukan sahaja sudah tidak relevan malah bimbang menjadi baggage kepada perjuangan yang lebih besar.
Mungkin juga setelah sekian lama parti-parti pembangkang di Malaysia bergerak secara sendiri-sendiri-PAS dengan caranya,DAP dengan pendekatan tersendiri-malah bukan menjadi keluarbiasaan bertembung sesama sendiri dalam perlawanan 3 penjuru sewaktu pilihanraya,maka budaya bermuafakat dikalangan pembangkang belum mengakar.Mungkin juga Karpal Singh masih belum dapat menyisihkan selimut propaganda divide and rule BN.Mungkin di luarsedar Karpal masih menilai arus politik mutakhir dari kacamata lama yang dibentuk oleh BN dan diluar sedar juga gagal mengarifi kehendak dan aspirasi rakyat.
Kerana itulah Karpal menjadi tukang kritik yang setia mengecam PAS berkaitan isu Hukum Hudud dan Negara Islam.Kali ini Karpal meneruskan pula dengan kecaman terhadap Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dilihat bersifat peribadi.
Demikian itu,saya berpandangan,tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan sekiranya semua pihak berlapang dada dan berjiwa besar.Keperluan politik hari ini tatkala Pakatan Rakyat sedang memacu seluruh kekuatan untuk membebaskan rakyat dari petaka ciptaan UMNO/BN menuntut kesemua pimpinan berhemah dan membuat keputusan dengan kepala dingin.Sesungguhnya mana-mana pemimpin yang cengeng wajar menilai diri sendiri atau kelak disisihkan rakyat.Ini adalah tuntutan zaman dan kita berhak menggapainya.

Sabda Rakyat

Kata Pemimpin :-

Apa ada dengan Bahasa?
Miskin dan perlu apa dijulang
Tidak moderan, kaku begitu
Apa ada dengan bahasa?
Yang aslinya hanya padi, besi dan babi
Bukankah miskin namanya itu.


Kata Guruku :-

Asal bahasa memang aslinya tiga,
Padi, besi dan babi
Tapi kerana bahasa adalah
Kehidupan,
Dari tiga menjadi empat, dari
Empat menjadi lima,menjadi
Dan menjadi membesar dan
Perkasa bagai Gunung Tahan


Bahasa tidak pernah miskin
Seperti Negara tidak pernah
Miskin kerana bahasa
Kerana bahasa itu tujuh lautan
Tujuh petala bumi dan tujuh petala
Langit

Kerana bahasa sentiasa berkembang
Dan segar dan menyerap segala
Yang baik dari alam
Kerana bahasa pernah
Merentasi samudera hingga ke Madagascar
Dan Afrika dan Pulau-pulau karang
Polynesia

Bahasa pernah menjadi bahasa dagang
Dan bahasa ilmu, mentautkan kasih
Sesama Nusantara
Kerana bahasa tidak pernah miskin

Kata para Pendita :-

Benar, bahasa Melayu warisan kita
Bahasa kebangsaan milik semua
Benar, bahasa Melayu lingua franca
Benar, bahasa Melayu serinya segar tidak akan layu

Tetapi apalah kami ini kalau pemimpin
Sudah berhujjah
Bahasa Melayu belum cukup mapan
Membina ilmu

Biarlah kami terus berteori di dewan
Kuliah dan berwejang di seminar
Kerana pemikiran pemimpin takBenar kata pemimpin, kami akur
Apalah bahasa melayu yang tidak
Membina KLCC
Apakah bisa bahasa membina KLIA
Maka biarlah kami di sini
Giat berteori dan sekali-sekala tentunya
Mengusik sedikit tanda kami prihatin

Usah salahkan para cendikia
Kerana kami sentiasa memartabatkan
Bahasa

Cinta kami usah diragu
Kasih kami usah disangsi
Sayang kami seluas samudera
Terbentang
Siapakah kami menyanggah kata pemimpin
Bijaksana teraju Negara
Negara aman maju sentiasa
(risau kami takut-takut miss soru)


[Teringat aku nasihat Munsyi yang satu:-
Kata orang arif : apabila engkau
Mendapat wang, belikan emas;
Jualkan emas itu, belikan intan,
Jualkan intan, belikan manikam;
Jualkan manikam, belikan ILMU

-Hikayat Munsyi Abdullah]

Kata Pemimpin lagi :-

Apa lagi alasan dicari
Negara sudah maju berkat
Pemimpin bistari
Bahasa sudah lama kami juangkan
Kalau tidak kerana kami, usah
Harap Negara merdeka
Sekarang ini zaman kemajuan
Bukan dipencilkan, sekadar kita
K.I.V untuk kemajuan

[nanti petang dengar sidang akhbarku,
Untuk membawa saudagar tidak
Mungkin berbahasa Melayu]

`Tenkiu ledi and jentelmen.we are
Hepi yu ken kam tu our kontri
Yu know-lah Malaysia is beri gud
Yu know-lah in Malaysia everibodi
Ken tok-tok inglish

Malaysia beri demokrasi wan.eberi
Five year wi got erection.beri big
Erection, all Malaysia got involved
In this big erection to choose
Gomen, yu si'


[maka nasihat Munsyi yang satu:

Bahawasanya barangsiapa
Hendak belajar bahasa bangsa-
Bangsa lain, maka sayugianya
Hendaklah diketahui bahasanya
Sendiri dahulu.
Hal yang sedemikian supaya
Memberi faedahlah baginya
Bahasa yang hendak dipelajari
Itu adanya

[hikayat Munsyi Abdullah]


Dan ini Sabda Rakyat:

Bahasa adalah jiwa kami
Bahasa adalah darah yang
Mengalir di setiap ruas urat
Nadi kami
Bahasa adalah kami, anak-
Anak merdeka
Bahasa adalah pengucapan
Dan pengabadian cinta kasih
Kami kepada bumi bertuah ini

Bahasa itu adalah kami
Kaum proletar
Bahasa adalah kami rakyat jembel
Yang sentiasa tegak menonggak tanahair
Bahasa adalah milik kami hak kamiBerkurun berdaulat di bawah payung
Perlembagaan

Bahasa adalah kami bukan hak
Mutlak pemimpin yang leceh mindanya


Demi rakyat demi maruah
Dari bijaksana waadat sang sapurba
Dan demang lebar daun
Demi tanah bertuah ini
Dengarlah sabda kami


Biar mati bergalang tanah
Biar kering tujuh lautan
Namun kami rakyat kecil
Siaga mempertahankan
Bahawa bahasa itu jiwa bangsa
Bahawa bahasa itu
Kebangsaan kami


Bahawa bahasa itu katalis
Peradaban neraca ilmu
Maka hubaya-hubayalah
Tatkala sabda rakyat menjadi
Taufan, kau lihatlah

Yang capik kan datang bertongkat
Yang buta kan datang berpimpin
Yang pekak kan datang bertanya
Yang kurap mengekor angin

Kerana ketika itu, kau saksikanlah
Tiada yang lebih besar dari kuasa
Rakyat demi kecintaan ini!


*Untaian kata-kata ini ciptaan saya.Saya tidak tahu samada ianya menepati syarat-syarat untuk membolehkan di panggil puisi.Sifu saya,Haji Suhaimi Said dan Sdr.ManKadir `memaksa' saya untuk menulis sajak untuk dibaca di Malam Puisi menentang PPMSI di Jenderak Utara yang telah berlangsung pada 7.2.2009.Sesungguhnya satu siksaan batin yang menghairahkan dalam proses saya mencipta bait-bait diatas-siksa kerana rasanya tidak ada bakat dan kreativiti tapi ada rasa berahi yang mendalam terus mencuba.Saya begitu gugup apabila membacanya di hadapan khalayak malam tersebut.Apapun,sekali lagi jika bait-bait untaian kata-kata ini boleh dianggap sebagai puisi/sajak,silalah nikmatinya;jika tidak,terimalah ia sebagai tanda protes yang lahir dari dalam diri saya diatas kesongsangan pemikiran pemimpin Melayu UMNO memdaulatkan Bahasa Kebangsaan dan mempersendakan Pendidikan Negara.

Eksperimen Baca Puisi


GAMAT DENGAN DEKLAMASI PUISI:KARYA RENDRA SEBUT ALTANTUYA


Lebih 200 orang yang hadir majlis deklamasi puisi PRIMA dengan kerjasama PKR Kuala Krau di Felda Jenderak Utara malam semalam (7 Februari 2009) menjadi gamat apabila peguam Nizam Hamid membacakan puisi karya W.S. Rendra dari Indonesia ‘Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta’. Sebelumnya Nizam yang membacakan puisi karyanya sendiri, tiba-tiba menerima tepukan gemuruh apabila membacakan bait-bait puisi karya penyair Indonesia. Sekalipun Nizam menyampaikan secara bersahaja, tetapi mereka yang hadir berulang kali bersorak menyebut ‘Altantuya’. Sekalipun tak merujuk kepada isu wanita warga negara Mongolia, tetapi mereka yang hadir dalam majlis deklamasi puisi terus bersorak. Nizam yang menerima naskhah antologi berkenaan dari Rendra memberitahu, beliau sekadar mendeklamaskan puisi berkenaan.
*Teks dan foto ihsan adimul.blogspot.com (Suara Prima)*

Sunday, February 8, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan# 1

Sebermulanya krisis politik di Perak,beberapa orang teman dari UM dulu menghubungi saya lewat panggilan dan juga sms.Masing-masing samaada bertanyakan perkembangan mutakhir ataupun memberikan ulasan tentang apa yang berlaku.Kesemuanya menyatakan kekesalan di hati dengan apa yang terjadi dan caramana Sultan Perak menangani isu tersebut yang di lihat tidak adil serta melampaui kuasa.

Dan kemudiannya,teman-teman menganjurkan agar graduan UM yang menerima scroll dari Chancellor (dan Pro-Chancellor) UM sewaktu Majlis Konvokesyen supaya menanggalkan gambar penerimaan scroll dari kedua-dua tokoh tersebut di dinding rumah/pejabat masing-masing.

Jawaban saya kepada saranan teman-teman ini:terserahlah dan satyagraha!

Saya jadi teringat kepada senikata lagu keroncong *Terang Bulan:

Terang Bulan Di kali

Buaya hidup disangkakan mati

Jangan percaya mulutlah lelaki

Berani sumpah tapi takut mati!

*Terang Bulan adalah lagu Kebangsaan Negeri Perak yang kemudiannya dijadikan Lagu Negaraku.Lagu ini asalnya dicipta oleh pencipta berbangsa Perancis;lagu ini begitu popular sebagai lagu keroncong dan versi Bahasa Inggerisnya di kenali dengan judul Mamola Moon.

Allahyarham Pak Arena Wati SN dalam biografi beliau,Endah Gulingku,menulis tentang kekecewaan beliau dan para nasionalis Melayu yang lain ketika Terang Bulan di jadikan Lagu Kebangsaan Malaya (lagu Negaraku).Beliau menyebut lagu Terang Bulan sering dinyanyikan oleh anak-anak di tangsi dan di gang (lorong) serta di tempat hiburan maka tidak pantas untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Kemelut Perak:Suatu Pandangan

`Under normal circumstances,it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament.His role is purely formal'
per Raja Azlan Shah,Constitutional Monarchy,Rule Of Law and Good Governance.

[Terjermahan secara harfiah:Di dalam keadaan biasa,Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen.Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]

Petikan diatas di pungut dari sebuah buku yang mana penulisnya bukan kepalang manusia.Penulisnya pernah menjadi,inter alia, Ketua Hakim Negara (Lord President),Yang Di Pertuan Agong dan sekarang ini seorang Sultan di Negeri Perak Darul Ridzuan (teman saya sdr.L ManKadir Samsi,dalam blognya tokperan.blogspot.com menyebut sebagai Darul Rasuah).Buku tersebut menyerlahkan sifat kecendiakawanan (intellectuallity) sang penulis yang cukup hebat.

Tentunya dengan credential `man of law',penulis memberikan hujjah yang cukup memberangsangkan khususnya bagi melahirkan pentadbiran/pemerintahan yang ampuh khususnya dalam kerangka hubungan dengan institusi Istana atas prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.Malah saya percaya kepada para mahasiswa/siswi jurusan Undang-undang khususnya,buku ini tentunya menjadi semacam `bible' kepada mereka mentelaah subjek Undang-undang Perlembagaan.


Terlepas dari dilihat berniat menulis makalah undang-undang,saranan yang di berikan oleh Raja Azlan Shah didalam bukunya itu merupakan proposisi undang-undang yang menjadi amalan selama ini.Ertinya,didalam banyak keadaan-termasuk dan khususnya dalam soal pembubaran Dewan-Raja-raja tidak mempunyai pilihan melainkan untuk akur.Proses 'memohon perkenan' daripada Agong atau Raja-raja yang memerintah hanyalah sekadar formaliti,yakni,didalam bahasa yang mudah,Agong atau Raja tesebut tidak punya pilihan atau tidak boleh menidakkan permintaan tersebut.

Amalan ini bukanlah perkara baru jika di tinjau dari sudut historisnya.Tatkala Negeri-negeri Melayu dibawah penjajahan Inggeris (Prof.Emiritus Khoo Kay Kim berhujjah sebenarnya Negeri-negeri Melayu bukan di jajah tetapi bersifat Naungan),setiap Negeri Melayu menerima seorang Penasihat British yang juga di kenali sebagai Residen Inggeris.Penyebaran pengaruh atau perluasan penjajahan Inggeris di Negeri-negeri Tanah Melayu sebenarnya bermula di Perak dalam tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.

Bidang tugas Residen Inggeris ini ialah memberi nasihat kepada para Sultan dalam semua perkara membabitkan pentadbiran dan pemerintahan kecuali yang berhubungkait dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Nasihat Residen Inggeris ini wajib di patuhi dan Sultan tidak ada pilihan melainkan untuk akur.Bukankah tercatat didalam sejarah tanahair ada Raja Melayu yang diturunkan dari takhtanya semata-mata kerana `derhaka' kepada aturan Inggeris ini?

Setelah merdeka,pendekatan bahawa Raja-raja Melayu bertindak atau perlu akur dengan nasihat samaada Menteri Besar atau Perdana Menteri dijadikan sendi kepada pentadbiran negara-ianya bukan sekadar convention tetapi merupakan kuatkuasa undang-undang.Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan dalam demokrasi yang sihat tentulah prinsip ini menjadi trite law yang maha penting.Tambahan pula bukankah pentadbiran Malaysia diasaskan kepada model ala Westminster British dimana Queen hanya memainkan peranan formaliti sahaja sebagaimana yang di sebut oleh Raja Azlan Shah didalam magnum opus-nya itu?

Berbalik kepada apa yang berlaku di Perak,pada hemat saya keputusan di buat oleh Sultan Perak tersebut kelihatannya,tidak mengikuti lunas undang-undang dan convention yang terpakai selain dari bertentangan dengan apa yang beliau tulis didalam bukunya itu.Permintaan dari MB Perak Ir.Nizar untuk perkenan membubarkan Dewan bagi mengadakan Pilihanraya adalah sesuatu yang munasabah dan didalam ruanglingkup undang-undang.Persoalannya disini,apakah keengganan Sultan Perak tersebut bertepatan dengan kehendak hukum?

Implikasi dari peristiwa ini cukup besar dan menggerunkan dalam konteks kehidupaan negara demokrasi.Jika keputusan Sultan Perak yang enggan mengikut nasihat dan permintaan MB dianggap mempunyai keabsahan dari segi legality-nya,maka bermakna Raja-raja Melayu mempunyai kuasa budibicara yang tiada had!Didalam keadaan Raja-raja Melayu yang terlindung dari tuntutan undang-undang,hal ini begitu membimbangkan.Sesebuah kerajaan yang sah yang di pilih oleh rakyat boleh di tumbangkan dengan hanya keengganan untuk menuruti nasihat MB/PM.Dan ini boleh berlaku tanpa ada upaya check and balance kerana tidak ada mekanisme sebegitu terhadap Raja-raja Melayu.

Tindakan Sultan Perak ini juga mengundang persoalan apakah Sultan Perak akan membuat keputusan yang sama jika keadaan sebaliknya berlaku yakni,katakan Tajol Rosli sebagai MB meminta Dewan di bubarkan ataupun Pakatan Rakyat yang pula meminta supaya mereka membentuk kerajaan?Apakah Sultan Perak akan menasihati Tajol Rosli supaya meletakkan jawatan atau terus bersetuju bagi PR membentuk kerajaan.Saya tidak punya jawaban kepada persoalan ini dan tidak ingin berspekulasi,cuma saya teringat kepada suatu pepatah undang-undang yang saya pasti Raja Azlan Shah selaku mantan Lord President tidak mungkin melupainya iaitu:Keadilan bukan sahaja mesti di laksanakan tetapi hendaklah di lihat dilaksanakan (justice not only must be done but must be seem to be done).

Tentunya keputusan Sultan Perak ini mengundang backlashed dari rakyat.Rakyat berasa tidak puashati dengan keputusan sedemikian yang mereka anggap mengenepikan suara rakyat.Cuma saya terkejut dengan darjah kemarahan rakyat ini.Di tinjau dari komen yang di tulis didalam Buku Tetamu Laman Web Sultan Perak,dapat difahami kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat;begitu juga dengan tulisan-tulisan di dlm internet yang rata-ratanya melahirkan kekecewaan yang teramat sangat terhadap keputusan tersebut;manakala sms mahupun perbualan di serambi masjid dan kedai kopi juga melahirkan sentimen yang sama.

Perkembangan ini menarik sekurang-kurangnya dalam menilai psyche orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keselurahannya.Jelas ujudnya anjakan paradigma dan cara berfikir rakyat yang mengenepikan sentimen feudal serta lebih bersikap kritikal.Rakyat tidak lagi dapat menerima titah raja sebagai seadanya,sebagai suatu yang cukup sakral (sacred) tanpa perlu dipersoalkan.Ertinya institusi Raja tidak lagi dilihat sebagai suatu yang taboo.Saya percaya di pihak Sultan Perak dan Raja Muda Perak sendiri tidak menyangka amarah rakyat meluap sebegini rupa sehingga kereta Raja Muda khabarnya turut di baling oleh rakyat yang kecewa.

Kesemua ini wajar di lihat dalam konteks yang luas-dengan perkembangan teknologi maklumat dan kesedaran hidup bernegara serta pendidikan-dan pada masa yang sama perlu diperhalusi dimana silapnya sehingga rakyat bertindak sebegini.Raja-raja Melayu dan tentunya mereka yang berwenang menguatkuasakan undang-undang perlu bijaksana menilai fenomena ini dan tidak ada kewajaran untuk berselindung di sebalik Akta Hasutan atau pun ISA.Saya cukup bimbang jika pendekatan sebegini yang akan di pilih sebagai jalan mudah untuk menutup mulut rakyat.

Kita juga menginsafi bahawa episod yang berlaku di Perak ini diambil kesempatan oleh UMNO/BN melalui pencacai mereka,media arus perdana, untuk melakarkan gambaran yang jelek terhadap PR sebagai pengkhianat,derhaka dan sebagainya.Malah Mufti Perak juga telah keudara membawa mesej yang sama-derhaka.Saya berpandangan,dengan kesedaran mendalam di kalanyan rakyat semenjak sedekad kebelakangan ini,isu ini tidak akan dapat mengubah tanggapan umum malah akan memperlihatkan kejelikan UMNO/BN yang sanggup memanupulasikan Istana demi mengejar kekuasaan.

Siapakah yang dapat melupakan bagaimana UMNO memperlakukan Raja-raja Melayu sewaktu krisis Perlembagaan yang melibatkan isu imuniti Raja-raja Melayu?Bukankah UMNO-pemimpin dan para pengikut mereka-menghentam dan memalukan Raja-raja Melayu dihadapan umum tanpa diberikan peluang membela diri.Akhbar dan telivesyen di pergunakan sepenuhnya untuk melanyak Raja-raja Melayu.Saya ketika itu Timbalan Presiden PMUM (UMSU) melihat sendiri hal ini dan yang berada bersama-sama Raja-raja Melayu,saban malam membaca surah Yaasin serta solat hajat mempertahan Institusi Istana adalah para penyokong dan ahli PAS serta Semangat 46.Kami para pemimpin pelajar dari hampir semua Universiti berkeliling seluruh Semenanjung mengadakan pertemuan dengan para Sultan.Malah saya sendiri ada menulis pandangan saya mengenai krisis ini yang disiarkan oleh Majalah Aliran pada waktu itu yang mengundang `temujanji' dengan HEP UM.

Ertinya UMNO dan kesemua media arus perdana tidak mempunyai hak moral untuk mengambil kesempatan melabelkan mana-mana pihak sebagai derhaka (dan ini termasuk Mufti Perak sendiri;dimana beliau ketika Raja-raja Melayu di malukan UMNO?).Mereka perlu muhasabah diri terlebih dahulu!

Saya berkongsi sentimen dengan YAB Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam isu yang melibatkan demokrasi dan Raja-raja Melayu.Pandangan beliau didalam tulisannya bertarikh 5.2.2009 amat tepat dan saya kira mencerminkan sentimen rakyat keseluruhannya.

Dan apakah yang boleh kita pelajari dari episod yang berlaku di Perak?Kepada saya yang paling penting adalah didalam perjuangan kita wajib mempunyai keyakinan diri yang utuh,bahawa di dalam perjuangan rakyat yang sah dan demokrasi kita harus insaf sesungguhnya jatuh bangun perjuangan tidak boleh disandarkan kepada mana-mana pihak.Kita perlu berjuang tanpa mengharapkan mana-mana Lembaga Daulah bersama kita.Jika kita masih berfikiran mengharapkan Lembaga Daulah akan bersimpati atau bersama berjuang dengan rakyat,yakinlah,perjuangan kita tidak akan kesampaian.Maka perjuangan kita sesungguhnya dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.Hanya rakyat berhak menentukan.



Raja dan demokrasi
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Feb 05, 09 6:21:48 pm MYT

1.Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2.Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: "Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri."

3.Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4.Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5.Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6.Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak.Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An�aam: Ayat 45)

Thursday, February 5, 2009

Lagi Berita Dari MALAYSIAKINI

Sumpah Saiful: Pengarah Jawi nafi terbabit
Jimadie Shah Othman Feb 5, 09 5:05pm

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali menafi memainkan peranan dalam majlis sumpah laknat bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos tahun lalu.
Beliau turut menafikan merancang majlis itu bersama "orang-orang politik" dan menjadikan seorang imam saksi berkenaan, Ramlang Porigi sebagai kambing hitam bagi tujuan politik.
"Saya pergi sebab dapat tahu ada majlis berkenaan. Dan masjid (Masjid Wilayah Persekutuan) itu di bawah kawalan saya. Saya tahu satu majlis akan berlangsung. Tetapi saya tidak arah sesiapa pun jadi saksi," katanya kepada Malaysiakini petang ini.
Che Mat berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ramlang bahawa beliau (Che Mat) dan "orang-orang parti politik" merancang dan menjadikan iman muda itu sebagai kambing hitam untuk tujuan politik masing-masing.
Ramlang hari ini menjelaskan secara terperinci kronologi majlis sumpah tersebut serta pihak yang terlibat langsung dalam majlis itu, mulai jam 5 apabila pertama kali mendapat arahan menjadi saksi sehingga tamatnya majlis itu hampir jam 7 petang hari berkenaan.
Menurut Ramlang lagi, ketika pihak yang ingin bersumpah, Mohd Saiful Bukhari bertanyakan kehadiran Che Mat, pengarah Jawi itu menghilangkan diri dengan bersembunyi di belakang mimbar di masjid, tempat sumpah itu berlangsung.
'Nafi beri arahan'
Membuat penjelasan lanjut berhubung perkara itu, Che Mat menafikan memberi arahan langsung atau melalui pegawai-pegawainya kepada Ramlang dan tiga lagi iman lain yang turut menjadi saksi.
Sehubungan itu, Che Mat menyifatkan dakwaan Ramlang itu sebagai "tuduhan palsu".Ditanya kenapa beliau hadir di majlis berkenaan, Che Mat berkata, beliau ingin mengawal masjid itu daripada kemungkinan berlakunya sebarang kekecohan setelah diberitahu ramai orang, termasuk pihak polis.
"Saya hendak kawal masjid. Saya dengar Saiful tak boleh masuk. Saya dengar-dengar...," katanya.Che Mat menambah, masjid seharusnya terbuka untuk semua orang sama ada untuk bersumpah, beribadat atau berzikir.
Tambah beliau, kehadiran tiga lagi iman lain juga secara kebetulan sahaja.
Jadi saksi
Katanya, sumpah berkenaan hanya memerlukan dua orang saksi yang beragama Islam sahaja untuk menjadi saksi - tidak semestinya iman - untuk menjadi sah.
Beliau menambah, kalau ada dua orang wartawan yang beragama Islam pun ketika itu, menjadi saksi, sumpah itu tetap sah.
Ramlang mendedahkan perkara itu setelah dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 20 Januari lalu berhubung kehadirannya di majlis pembangkang menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.
Ramlang kelmarin mengemukan rayuan rasmi kepada Jakim supaya diberikan peluang kedua dan diterima berkhidmat kembali dengan jabatan itu.
Bagaimanapun, sekiranya rayuannya tidak diendahkan, bapa kepada tiga orang anak itu nekad mengheret Jakim ke mahkamah bagi mencabar keputusan itu.
Pada 7 Ogos tahun lalu, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

Berita Dari MALAYSIAKINI


Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful
Jimadie Shah Othman Feb 5, 09 3:34pm
kemaskini 7:03pm Ramlang Porigi - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa menjadi mangsa percaturan politik.

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan juga mendakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali yang mengarahkannya hadir di majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang menuduh diliwat Anwar.

"Majlis sumpah itu telah dirancang oleh orang-orang parti politik dan pengarah Jawi dengan menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk tujuan politik mereka," katanya dalam pendedahannya kepada Malaysiakini hari ini.

Ramlang mendakwa Che Mat yang berada di masjid itu pada 15 Ogos lalu untuk menghadiri majlis sumpah itu bagaimanapun "bersembunyi di belakang mimbar" di dewan sembahyang masjid tersebut.

Beliau juga berkata, pada mulanya mengetahui arahan Che Mat itu melalui seorang pegawai masjid itu, Hafizan Ibrahim.

Apabila pengarah Jawi itu tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 6.15 petang, beliau menerima arahan itu langsung daripada Che Mat di dewan solat, tambah Ramlang."Saya dan pengarah Jawi masuk ke dewan solat. Di sini, pengarah Jawi mengarahkan saya mendengar Mohd Saiful bersumpah," katanya.

Che Mat bagaimanapun menafikan beliau memainkan peranan mengarah Ramlang berbuat demikian.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau turut menafikan merancang majlis itu bersama "orang-orang politik" dan menjadikan bekas imam itu sebagai kambing hitam bagi tujuan politik.

Berikut rentetan peristiwa petang itu menurut versi Ramlang:5 petang – Hafizan Ibrahim, pegawai S41 mengarahkan saya menjadi saksi sumpah yang akan dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan berkata "Ustaz Ramlang, anta (kamu) salah seorang daripada empat orang imam yang kena jadi saksi sumpah."Saya bertanya: "Siapa yang suruh?" Hafizan memberitahu, arahan pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

5.30 petang – saya ke dewan nikah untuk menikahkan satu pasangan pengantin. Dalam perjalanan ke dewan itu, saya melalui dewan solat. Dan di situ saya disapa oleh seorang wakil daripada pihak Mohd Saiful. Orang itu bertanya: "Adakah ustaz salah seorang dari empat orang yang kena jadi saksi sumpah tersebut?" Saya menjawab: "Ya, tetapi sekarang saya perlu menikahkan satu pasangan pengantin."

6.05 petang – Saya selesai menikahkan pasangan pengantin dan masuk ke pejabat masjid.

6.10 petang – Mohd Saiful tiba diiringi keluarganya, pihak polis Sentul (Cawangan Khas) dan peguamnya.

6.15 petang - Pengarah Jawi tiba bersama-sama pegawai bahagian penguatkuasaan Jawi. - Setelah berbincang dengan pihak Mohd Saiful, mereka bersetuju supaya majlis sumpah itu dijalankan di dewan solat. - Saya dan pengarah Jawi masuk ke dewan solat. Di sini, pengarah Jawi mengarahkan saya mendengar Mohd Saiful bersumpah.- Seorang imam (nama tidak dedahkan - editor) menghantar SMS kepada ketua pengarah Jakim (Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz) mengatakan pengarah Jawi yang mengatur sumpah itu.

6.20 petang – Wartawan-wartawan dan petugas media daripada TV3 telah bersiap sedia.- Orang dari pihak Mohd Saiful menjemput saya duduk dan bertanya: "Mana pengarah Jawi?" Saya menoleh ke belakang dan mencari pengarah Jawi tetapi beliau sudah menghilangkan diri dengan bersembunyi di belakang mimbar.

6.25 petang – Mohd Saiful melafazkan sumpah (laknat mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim)

.6.40 petang – Setelah Mohd Saiful selesai melafazkan sumpah, saya dihubungi seorang pegawai khas ketua pengarah Jakim. Pegawai khas itu bertanya: "Sumpah itu dah selesai ke? Siapa yang hadir?" Saya menjawab: "Sumpah itu telah selesai. Orang-orang yang hadir ialah pengarah Jawi dan enam orang daripada bahagian penguatkuasaan jabatan itu."

8.00 malam – TV3 menyiarkan rakaman sumpah tersebut dengan menyatakan "sumpah itu disaksikan oleh imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi".

Pada 16 Ogos 2008, semua akhbar menyiarkan laporan tentang sumpah tersebut. Bermula hari itu juga, saya dihujani banyak panggilan telefon.

Dan bermulalah tuduhan, fitnah dan cemuhan yang saya terima.Persoalan yang timbul daripada kejadian ini:Siapakah yang meluluskan majlis sumpah tersebut yang diadakan di dewan solat Masjid Wilayah Persekutuan?Untuk apakah wartawan-waratawan dan petugas-petugas TV3 hadir pada masa tersebut?Mengapakah pengarah Jawi hadir pada majlis tersebut?Siapakah yang mengarahkan orang-orang daripada bahagian penguatkuasaan Jawi hadir?Mengapakah ketua pengarah Jakim mendiamkan diri?Bagaimanakah pegawai polis Sentul (Cawangan Khas) tahu dan hadir pada majlis tersebut?Kesimpulannya, majlis sumpah itu telah dirancang oleh orang-orang parti politik dan pengarah Jawi dengan menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk tujuan politik mereka.

Wednesday, February 4, 2009

Dari Hal Perak

Seluruh perhatian warga yang prihatin sekarang ini tertuju ke Perak.Negeri yang pernah melahirkan Pahlawan terbilang,Dato Maharajalela,Si Putum dan yang lainnya sedang bergolak.Suhu politik naik dengan mendadak.Kerajaan Perak pimpinan PR diambang kejatuhan,begitulah yang disebut oleh media pengampu.

Sepanjang hari terlalu sukar untuk mengakses Malaysiakini,Harakahdaily dan laman internet popular yang lain.Manakala telefon bimbit hingarbingar dengan panggilan dan sms yang bertubi masuk.Panggilan bukan sekadar dari para pejuang Pakatan Rakyat malah banyak juga dari teman-teman UMNO.Kesemua ingin tahu perkembangan mutakhir disamping memberikan pelbagai komentar dan tidak kurang juga nasihat.Ada teman yang marah-marah:`Aku dah bagitahu kau 3 hari yang lalu suruh PR Perak bubarkan Dewan.Kau tak bagitau MB nasihat aku ni.'Terkedu juga di terjah sebegitu rupa!Di fikirkan semula semua ini menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap apa yang berlaku di Perak selain manifestasi kekecewaan terhadap tindakan songsang UMNO.

Ada pula kalangan teman UMNO begitu gembira;`Now you baru tau Najib lagi reti nak main politik.You kena ingat Najib pakai perancangan all sort of intelligent.SB dia pakai MIO pun dia guna.Hebat gameplan Najib.'Untuk teman ini saya tak berikan reaksi beria-ria,sekadar menjawab kalau benar begitu,tahniahlah,dalam pilihanraya guna undi pos,now nak tumbangkan Kerajaan guna `state apparatus',jadi apa yang hebat benar dengan gameplan Najib?Kurang lebih begitulah jawaban saya.

Manakala seorang teman dari Keadilan,orang Perak,menghubungi saya dan bercakap macam keretapi laju.Kita nak mencelah pun tak dapat.Tapi bebelannya menarik,semacam hypothesis juga.Ceritanya begini:`Dema tau,ini semua salah MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan) dengan PR Perak.Kalau dema tak keluar surat letak jawatan tu idak le jadi gini.Si Jamaludin dengan Othman tu bukan nak keluar parti yop,depa pi rehat,yang dok pasai pi hantaq surat kat SPR pasai apa?La ni,bila surat dah hantaq keluaq paper,internet,tv tu yang depa dok sebut,dah parti tak mau kami,nak buat lagu mana?'Susah juga nak mencelah kerana kawan saya ini sudahlah bercakap laju ditambah pula dia tengah hyper.

Dapat juga saya mencelah,saya kira MPT ke,MB dan Exco Perak apatah lagi tentunya telah menilai dari semua sudut sebelum ambil keputusan begitu.Sementelah pula,kata saya,sudah berhari-hari kedua-dua exco ini ghaib tanpa khabar berita.Teman ini menjawab,'aku dengar depa gi berehat.Gi berubat di Pahang...'`Mana hang tahu"',saya bertanya.`Ada kawan kita,si anu,tu dapat bercakap dengan Jamaludin'.Wah,tingkah saya,hebat benor orang Pahang hingga depa datang sini berubat.Bukankah jika depa jujur kena bagitahu MB ke Parti ke?Ini tindakkan mereka hilangkan diri begitu sahaja tunjukkan ada yang tak betul.Orang memfitnah berdosa tetapi orang yang membuatkan dirinya boleh di fitnah juga berdosa.Itu reaksi saya kepada teman ini.

Cuma saya sukar untuk menerima pandangan atau komen pihak tertentu yang secara tiba-tiba menghalakan muncung senapang kearah Keadilan Pahang dan Pimpinan.Komentar pengunjung di dalam laman Pahang Daily Online menyalahkan Keadilan Pahang yang seolah-olah penyebab pembelotan dua orang exco tersebut kerana tak tubuhkan task force dan seumpamanya.Pengunjung yang anonymous tersebut saya ragui keikhlasannya dalam mengutarakan pandangan selain saya kira beliau tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang telah dilakukan.Sekadar mengambil kesempatan dari insiden yang berlaku di Perak dengan menempelak Keadilan Pahang,saya kira,cukup salah tingkah.
Berbalik kepada kemelut di Negeri Long Jaafar ini,bagaimana pengakhirannya?Najib dengan bangga mengumumkan BN sudah boleh membentuk kerajaan dan akan bertemu dengan Sultan Perak dalam waktu terdekat.Najib juga memberitahu tiada sebarang ganjaran wang di berikan atau di janjikan,kalau tak percaya tanya mereka,kata Najib.Najib lupa,terlalu sukar untuk rakyat mempercayai tiada sebarang habuan yang diberikan atau di janjikan;sudah tentu Jamaludin,Othman,Nasarudin mahu pun Hee tidak akan mengaku.Yelah,siapa nak mengaku b***k di tengah jalan.Cukup-cukuplah Najib memperdaya orang Melayu.Sekaranya Najib dan BN benar-benar gentleman,maka,cara terbaik ialah dengan bersetuju Dewan Undangan Negeri di bubarkan untuk membolehkan Pilihanraya dibuat bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat.Soalnya,kita percaya UMNO/BN tidak mempunyai keberanian ini!
Sekarang ini rakyat sedang menunggu kata putus dari Sultan Perak;apakah Sultan Perak bersetuju dengan permintaan MB Perak untuk Dewan Undangan Negeri di bubarkan bagi membolehkan Pilihanraya di langsungkan,persoalan ini hanya Sultan sendiri yang boleh menjawabnya.Sementara itu,saya percaya teman-teman di Perak,MB dan Exco serta ADUN PR akan terus berjuang kerana sehingga saat saya menulis ini Negeri Perak masih lagi di bawah pemerintahan PR.PR tetap dan masih kerajaan yang sah.Fight till end!Agi Idup Agi Ngelaban!Berjuang Terus!InsyaAllah saya yakin akan ada jalan penyelesaiannya.
Saya teringat kepada suatu perutusan sms yang sangat berharga di kirim oleh Guru dan Sahabat saya,Al Fadhil Ustaz Dato Tuan Ibrahim b Tuan Man,PesuruhJaya PAS Pahang,tatkala saya melahirkan kekecewaan,kesedihan dan kerungsingan apabila PAS (baca:kita vis-a-vis PR) tewas Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir,Pasir Mas,Kelantan sedikit masa dahulu.Beliau menukilkan ayat 146 dari Surah Ali-Imran:
"Dan tidak pula mereka menjadi lemah semangat lantaran apa yang mereka deritai
dalam perjuangan fisabilillah;mereka tidak kehilangan harapan dan tidak pula
berdiam diri,dan Allah menyukai orang-orang yang sabar".
Dan insyaAllah,we shall prevail!Perjuangan masih panjang.Di depan api,di belakang duri,kita tidak punya pilihan,Maju Terus Pantang Mundur!



Tuesday, February 3, 2009

AN INGENIOUS SPEECH


The Palestinian Representative's Speech at the UN

'Before beginning my talk I want to tell you something about Moses. When he struck the rock and it brought forth water, he thought, 'What a good opportunity to have a bath!'


He removed his clothes, put them aside on the rock and entered the water. When he got out and wanted to dress, his clothes had vanished. An Israeli had stolen them.' The Israeli representative jumped up furiously and shouted, 'What are you talking about? The Israelis weren't there then.'


The Palestinian representative smiled and said:
'And now that we have made that clear, I will begin my speech.'

Sunday, February 1, 2009

Sekadar Catatan Kecil



Seorang teman, mengutuskan mesej lewat sms yang antara lain menyebut PKR akan merudum imejnya dimata rakyat dan sukar dipercayai jika kedua-dua exco Kerajaan Negeri Perak benar-benar melompat ke UMNO.Saya tertawa kerana mengetahui perangai teman ini,lambat laun,sms sebegini akan dilontarnya.

Hakikatnya didalam mana-mana perjuangan,baik di Tanahair kita mahupun di empat penjuru dunia ini,pengkhianatan dalam perjuangan bukan perkara asing.Selagi manusia bergelar manusia pasti akan ada pengkhianat di dalam perjuangan.Saya kira PAS sebagai sebuah parti yang cukup lama bertapak sudah tentu berulangkali melalui pengalaman ini dan punya cukup ramuan untuk menangkisnya.Bukankah mantan Presiden PAS sendiri,Allahyarham Dato Asri Muda mengakhiri karier politiknya didalam UMNO?
Ertinya isu pengkhianatan atau keluar parti bukanlah milik Keadilan semata-mata.Kesemua Parti didalam Pakatan Rakyat sudah jenuh melalui pengalaman ini; Keadilan sebagai parti politik yang masih muda (tetapi tua di dalam usia),apabila terjadi pengcekcokan sebegini,maka sudah tentu lensa kamera terarah dengan lebih fokus.Soalnya,bagaimana untuk mengatasi kemelut di Perak dari merugikan perjuangan Pakatan Rakyat,persoalan ini seharusnya menjadi maudhuk nombor wahid.
Dan bukankah kalau tidak kerana Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota Temasik,Pulau itu tidak akan jatuh kepada tentera Majapahit?Atau kalau tidak kerana Raja Mendiliar dan konco-konconya,apakah Melaka akan terlepas ke tangan Feringgi?
Tetapi saya bukan bersikap apologetiks.Seperti juga sentimen teman saya itu saya cukup bimbang dengan perkembangan yang berlaku.Mudah-mudahan akan ada natijah yang baik dari episod yang sedang berlaku di Perak!
nota kaki:
Sewaktu saya menulis entry ini,Malaysiakini melaporkan kedua-dua exco tersebut telah mengemukan surat perletakkan jawatan sebagai ADUN.Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah mengumumkannya dan akan memaklumkan kepada SPR bagi membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.Dalam reaksi segera,Jamaludin Mat Radzi,salah seorang EXCO/ADUN Behrang terbabit menafikan beliau telah meletakkan jawatan dan menyatakan surat tersebut sebenarnya tidak bertarikh beliau tandatangani didalam bulan Mac 2008.Surat perletakkan jawatan tanpa tarikh tersebut khabarnya di simpan oleh MB Perak.
Jika tidak silap ingatan,ada keputusan Mahkamah Tinggi di Sabah yang memutuskan surat perletakkan jawatan sebegini rupa tidak di iktiraf dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan.Perlu research isu ini.

DIA LELAKI PEMBERANI


Dia anak muda yang tidak punya apa-apa.Dia lelaki yang hanya inginkan keredhaan Allah dan membahagiakan keluarganya-isteri dan tiga cahaya mata,seorang puteri dan dua orang putera.Anak-anaknya masih kecil yang sulung masih belum mencapai umur persekolahan.

Seumur hidupnya tidak pernah terfikir untuk menjadi terkenal apatah lagi mengundang kontroversi.Anak muda ini sekadar ingin hidup sederhana sambil menunaikan amanah sebagai seorang imam.Sebagai lulusan sekolah agama di Penanti,beliau layak sebenarnya untuk melanjutkan pelajaran agama ke Timur Tengah.Bukankah setiap anak pondok bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah yang sudah menjadi semacam destinasi wajib.Cuma dia tidak berkesempatan,tuntutan hidup yang jauh dari mewah tidak memungkinkah dia kesana.

Apabila ada lowongan kerjaya sebagai Imam di bawah JAKIM,beliau melamarnya dan dengan penuh kesyukuran beliau dilantik menjadi Imam di Masjid Wilayah Persekutuan yang tersergam indah.Selain sebagai Imam,anak muda ini diamanahkan menjadi Ketua Amil,Jurunikah dan penyelia jenazah yang kesemuanya dilaksanakan dengan amanah dan dedikasi.Semua tugas sampingan ini selain darpada menjadi tanggungjawab juga dapat menambah pendapatannya disamping elaun sebagai Imam Hafiz.Masa terluang tidak disia-siakan,demi mengejar cita-cita menambah ilmu dan untuk masa depan beliau mengikuti pengajian di UKM dalam bidang syariah dibawah program Pengajian Jarak Jauh.

Anak muda ini ialah Ramlang bin Porigi.Ada darah Bugis mengalir di urat nadinya.Anak kelahiran Sandakan ini dibawa berhijrah ke Pulau Pinang dalam usia belasan tahun dan terus menekuni ilmu agama di Penanti. Namun kehidupan Ramlang tiba-tiba berubah.Semuanya gara-gara kebiadapan dan kebuasan pemimpin negara;segala-galanya berubah apabila ada petinggi agama yang sanggup menggadai maruah dan agama untuk tunduk kepada kehendak pemimpin negara yang bankrup moral.

15.8.2008 menjadi batu tanda yang mengubah hidup Ramlang.Tarikh sial itu akan terpahat didalam ingatan Ramlang dan jutaan warga betapa institusi masjid dan betapa institusi agama di perkudakan bagi menghalalkan fitnah dan `character assasination' terhadap Anwar Ibrahim.Memang belum pernah dalam sejarah bangsa,Masjid,sebagai sebuah institusi yang sakral di jadikan medan untuk bersumpah bagi menghalalkan tuduhan keji yang belum terbukti semata-mata untuk mempalitkan aib kepada Anwar.Untuk menampakkan kewenangan sumpah tersebut maka majlis itu perlu di bumbui dengan istilah Arab-Sumpah Mubahalah.Moga-moga rakyat akan percaya dan jika tidak percaya sekalipun,moga-moga rakyat akan keliru bahawa tuduhan itu adalah benar dan Si Penuduh punya karakter yang cukup sempurna dari sudut Syarak dan akhlak seorang muslim sejati untuk mengiakan tuduhannya.Ini yang cuba ditonjolkan dengan mempergunakan Masjid dan dengan restu pihak berwenang Agama.Maka dari sinilah Ramlang `terjerat' akibat miskinnya akal budi Atasannya.

Hari itu,seperti biasa Ramlang hadir ke Masjid.Sudah menjadi kelaziman,walaupun beliau tidak mengimami solat,beliau akan tetap ke Masjid untuk berjemaah.Menjelang asar,pegawai beliau di Masjid Wilayah mengarahkan beliau dan tiga orang Imam yang lain supaya menjadi saksi suatu Majlis Sumpah diatas arahan Pengarah JAWI.Sumpah tentang apa?Siapa yang bersumpah?Untuk maksud apa sumpah tersebut dan 1001 persoalan bermain di benak Ramlang.Anak muda ini mengkesampingkan persoalan-persoalan tersebut untuk terus khusyuk mengerjakan solat Asar.

Seusai solat,Ramlang segera menjalankan upacara Akad Nikah yang beliau menjadi jurunikahnya.Sempurna majlis Ijab dan Kabul tersebut,Ramlang berjumpa dengan Pengarah JAWI,Dato' Che Mat bin Che Ali di Pejabat Masjid.Di situ,dengan tegas beliau menerima arahan untuk hadir sebagai saksi majlis sumpah seorang lagi anak muda bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan.Dan di pejabat itulah baru beliau mendapat jawaban kepada persoalan yang bermain di benaknya.Sepanjang yang beliau ketahui,tidak pernah sebelum ini mana-mana Imam atau pegawai masjid diarahkan menjadi saksi majlis sumpah malah sepanjang pengetahuan Ramlang,tidak pernah majlis brsumpah dibuat di masjid dengan penglibatan pihak berkuasa agama.

Tentunya timbul tandatanya di fikiran Ramlang,wajarkah Majlis Sumpah ini?Apa keperluan majlis seumpama ini sedangkan kes masih di dalam siasatan?Kenapa tidak di buat di mahkamah?Sebagai anak muda yang membesar dalam gelora Reformasi berikutan pemecatan dan konspirasi fitnah terhadap Anwar sedekad sebelumnya,Ramlang tidak naif,kerana beliau tahu,keesokkan harinya,16.8.2008 adalah hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dimana Anwar Ibrahim menjadi calon.

Tetapi arahan tetap arahan,apatah lagi arahan datangnya dari pegawai atasan,Pengarah JAWI sendiri.Tidak mungkin sebagai orang kecil Ramlang mampu mengingkarinya.Ramlang tidak punya pilihan melainkan akur kepada arahan tersebut.Kebetulan Ramlang sempurna berpakaian didalam busana rasmi-jubah dan songkok khas-pakaian rasmi ketika menjalankan upacara akad nikah,maka beliau di tunjukkan untuk duduk hampir dengan Saiful Bukhari.

Wartawan begitu ramai,kabel dan wayar kamera televisyen dan video bergentayangan.Tidak mungkin majlis sumpah ini diadakan dengan spontan,tentunya majlis ini sudah di rancang rapi,begitu agaknya bisik hati kecil Ramlang.Saiful Bukhari,bapanya dan seorang lelaki Melayu yang kemudiannya diketahui peguam kepada Saiful Bukhari sudah siap sedia.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Solat;Saiful Bukhari memulakan majlis apabila diarahkan oleh seorang lelaki Melayu yang Ramlang tidak kenali dengan membaca lafaz sumpah dari teks bertulisan rumi yang dibawa sendiri olehnya.Dan dari teks yang dibaca itu,Ramlang secara spontan membetulkan sebutan Saiful apabila tersilap menyebut lafaz "watallahi" selain Saiful turut tersilap menyebut tarikh kejadian pada 26.8.2008 (tarikh pembuangan undi PRK Permatang Pauh).

Alangkah terkejutnya Ramlang apabila mendengar lafaz sumpah Saiful Bukhari kerana beliau tidak menyangka majlis tersebut bersifat sumpah sedemikian;Sumpah Mubahalah dengan lafaz sumpah yamin al-kubra,bukanlah perkara main-main kerana implikasi yang cukup besar menurut Perundangan Islam.Manakala Ramlang melihat mimik muka dan bahasa badan Saiful Bukhari,tiada sebarang tanda menunjukkan dirinya seorang yang teraniaya atau di dalam trauma malah kelihatan ceria dengan perhatian yang diberikan oleh para wartawan.

Selesai Majlis tersebut Ramlang di hampiri oleh lelaki yang dikenali dengan nama Sarjan Abdullah dari Cawangan Khas,PDRM yang turut menghadiri Majlis tersebut;Sarjan Abdullah meminta nama penuh beliau untuk diberikan kepada wartawan.Selepas solat maghrib,Ramlang berjumpa dengan Pengarah JAWI dan bertanyakan apa yang perlu dilakukannya kerana muka beliau difokuskan oleh kamera tv.Pengarah JAWI antara lain menjawab:`Kalau orang tanya ana,ana jawab kebetulan sahaja ada di Masjid nak tengok keadaan masjid kot-kot ada kebakaran ke.Bila tengok security duk tahan wartawan,tu yang ana bergegas naik ke masjid'.Ramlang termangu mendengar jawaban seumpama lempar batu sembunyi tangan dari Atasannya itu kerana bukan sahaja Pengarah JAWI yang memberikan arahan malah duduk bersekali didalam majlis tersebut diselangseli orang ramai dan wartawan.

Malam itu terlalu sukar untuk Ramlang memicingkan matanya.Semenjak jam 9 malam telefon bimbitnya tidak berhenti berdering-panggilan dan sms bertubi masuk.Kebanyakkan sms melahirkan kekesalan pengirim akan keterlibatan Ramlang di dalam sumpah Saiful Bukhari disamping mesej-mesej yang mencela beliau.Kesemua stesen televisyen menayangkan berulangkali berita berserta visual majlis sumpah berkenaan dengan gambar dan nama Ramlang Porigi sebagai Imam yang menjadi saksi dicanangkan.Kegelisahan Ramlang bukan kerana celaan yang diterimanya semata-mata tetapi kekhuatiran tentang apa yang berlaku di masjid samada bertepatan dengan syarak atau sebaliknya kerana Ramlang cukup bimbang bersubahat dengan perkara yang bertentangan dengan hukum.Menjelang dinihari barulah Ramlang dapat memejamkan matanya setelah beliau membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dari mereka yang lebih arif dalam fiqh-ustaz-ustaz dan tuan guru.

Daripada pandangan mereka yang arif dan berdasarkan apa yang beliau pernah pelajari,Ramlang menarik kesimpulan bahawa sesungguhnya Sumpah Mubahalah Saiful Bukhari tersebut tidak memenuhi kehendak syarak dan bertentangan dengan fiqh.Malah kepada Ramlang sumpah tersebut sebenarnya tidak lebih dari Sumpah Laknat.Ramlang menjadi gelisah,hati kecilnya berkata bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memperbetulkan keadaan ini,baginya maruah dan harga diri perlu di kembalikan.

Sementara itu,laman web dan blog riuhrendah menyerang dan mencela Ramlang.Kejian seperti :`Imam celup tepung',`Kurang ajar punya imam',`Berapa ustaz dapat habuan'.`Inilah orang yang ada agama sanggup bersekongkol dengan pemfitnah demi kepentingan duniawi'.`Ustaz Ramlang bin Porigi bukannya imam tetapi penjaga halehwal b****t',dan pelbagai celaan lain.Pada mulanya Ramlang tersinggung juga,tetapi apabila memikirkan mereka sebenarnya tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku,hatinya kembali sejuk.

Ramlang tidak sanggup bersekongkol dan bersubahat dengan perkara syubahah yang bertentangan dengan hukum.Ilmu dan didikan agama yang ditekuninya sejak kecil tidak memungkinkan beliau dapat berkompromi dengan kebejatan.Ramlang cukup bimbang jika ada makmum yang mufarakah dari solat jika mengetahui dirinya yang menjadi imam;bagaimana mahu berdepan anak qariahnya sedangkan beliau tahu dan yakin sumpah Saiful Bukhari adalah Sumpah Laknat yang bertentangan dengan syarak.Ramlang cukup takut dengan kemurkaan Allah.Air muka diri dan maruah pegawai agama serta institusi Masjid juga perlu di bersihkan.

Inilah sebenarnya yang menjadi motivasi Ramlang untuk hadir ke Permatang Pauh;selain dari desakan hati nuraninya untuk membantu saudara seagama dan sebangsa,Anwar Ibrahim,yang berterusan difitnah dan dizalimi.Ramlang cukup sedar risiko yang bakal dihadapinya-kerjaya dan keselamatan diri serta mengarifi beliau akan banyak kehilangan;namun kepada Ramlang,kebenaran dan yang haq wajar di pertahankan dan beliau bertawakkal kepada Al Khalik.Dan Ramlang tidak meminta sebarang imbalan atau apa-apa suguhan.

Maka hari ini,melalui surat bertarikh 20.1.2009,JAKIM mengambil keputusan menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Ramlang.Memang benar Ramlang telah banyak kehilangan apabila mengambil keputusan hadir ke Permatang Pauh dan inilah risiko yang telah beliau jangkakan.Namun anak muda ini tetap tabah dan tenang kerana seperti yang beliau selalu sebut:bumi Allah ini luas.Dan sesungguhnya Dia Lelaki Pemberani.