Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Thursday, February 26, 2009

Nota Kaki


Teman-teman bertanya apakah blog saya sudah menjadi anak gelandangan?Saya sekadar ketawa.


Memang diakui sudah terlalu lama tidak ada posting terbaru,lontaran idea,pandangan dan wejangan dari saya.Saya kira saya perlu menyusun jari sepuluh memohon maaf kerana gagal meng-up date-kan blog ini.


Terlalu banyak sebenarnya yang ingin saya tuang di dalam blog ini terutamanya perkembangan mutakhir politik tanahair yang semakin mual;sementelahan pula saya baru habis menikmati dan menghadham buku tulisan Gene Sharp,The Politics Of Non-Violent Action,yang mana saya kira pandangan dan hipothesis beliau sangat menarik serta relevan.InsyaAllah saya akan kupas pandangan penulis tersohor dalam ruanglingkup politik tanahair serta justifikasi kenapa UMNO/BN perlu digantikan.


Saya juga sempat meneliti nota beberapa interview yang dibuat dengan beberapa pejuang/nasionalis veteran di Temerloh khususnya mereka yang dari golongan Kiri.Terjumpa catatan yang mengisahkan datuk kepada Najib bin Abdul Razak bin Husin diselamatkan oleh ibu kepada tokoh Kiri dari seksaan tentera Jepun di Temerloh.InsyaAllah akan saya ceritakan juga,cuma saya perlu counter-check dengan narasumber lain untuk mempastikan bobotan kisah ini.


Kelangkaan mengemaskinikan blog ini,benar-benar kerana tuntutan tugas!Dari berkejar ke kamar mahkamah hinggalah menguliti buku-buku rujukan dan law reports benar-benar menguras tenaga dan masa.


Namun demikian,InsyaAllah blog ini tidak akan bakal jadi anak gelandangan!


post scriptum:

Esok malam saya dan isteri akan bersantai di Istana Budaya menghayati alunan gemersik Konsert Alam Muzik M.Nasir.Saya kira M.Nasir seniman genius yang akar Melayunya begitu kejap dan kukuh.


lanai lestari
260209.

1 comment:

Seladang said...

Melayu si Singaporian itu hipokrit sdr! Latar belakangnya jahat! Tipu helahnya untuk cari makan. Orangnya sombong bongkak! Karyanya adalah kepura-puraan, bukan dari hati nulari yang ikhlas dan jujur. Kami rakan-rakan seni yang lain amat faham telatah manusia seorang ini. Ianya bukan seniman yang sdr letakkan sebagai sdr katakan. Banyak rakan artis (w) yang menjadi mangsanya!