Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, May 23, 2009

DEB Akan Di Hapuskan Kata Najib

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya,pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib;persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib "berani" mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanahair?

Pada hemat saya,Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan 'brainchild' ayahanda beliau,Tun Razak.Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati,antaranya,DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melaytu/Bumiputera malah yang bukan Melayu di ulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib,dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada "backlash" dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau;ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB.Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira,akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira di komplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai "mencuri" idea dan gagasan pembangkang.Najib,pada masa yang sama,gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintangpukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susunatur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB?Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan?Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi?Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil,rasuah yang membarah,jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu?Bagaimana pula dengan statistiks yang menunjukkan nisbah professional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar?Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini,saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau.Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu.Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu.Menyedihkan citra para ilmuan tanahair yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin 'numero uno' UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut.Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM;apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi suratkhabar seperti Utusan Malaysia,apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan?Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim.Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang.Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.

Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur.Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.
post scriptum:Saya paparkan berita tentang kenyataan Najib tersebut sebagaimana tersiar di Malaysiakini DAN petikan dari blog penyokong UMNO yang begitu mengejutkan kerana benar-benar berbau perkauman yang amat dalam.Membaca tulisan-tulisan tersebut saya terfikir apakah ini yang ingin dibawa oleh UMNO yang menyemaikan faham perkauman yang sempit dan sangat membahayakan.Sementara saya menghormati dan mempertahankan hak kebebasan bersuara serta memberikan pandangan,namun saya kira,tulisan sebegini yang jelas dan nyata bersifat perkauman dan kebencian kepada kaum lain bukan sahaja menyedihkan malah bersifat hasutan.Saya paparkan disini agar kita dapat menilai mentaliti dan fikrah orang UMNO yang termakan oleh propaganda mereka sendiri.Baca dan nilaikan pemikiran terkebelakang,mundur dan perkauman!
Najib: Abolish NEP...
M Krishnamoorthy May 22, 09 1:34pm

On his maiden trip to Singapore yesterday, Prime Minister Najib Abdul Razak was on a charm offensive, touching on his plan to dismantle the National Economic Policy (NEP), a sore contention point in Malaysia's race-relations.

In an interview with Singapore's Straits Times, Najib (right) said that the ethnic quotas had damaged Malaysia's competitiveness and ran counter to global trends. He added that the long-term benefits of ending the scheme would outweigh the "pain".Launched in 1970, the NEP has remained one of the most divisive aspects of Malaysia's multi-ethnic society.
The affirmative action programme uniquely favours the Malay majority over the Chinese and Indian minorities. Among the benefits, the NEP allows Malays to buy homes at a discount, privileged access to scholarships and higher education and employment in certain sectors.
Expect anger from Malays. Najib's comments were made to reporters in Chinese-majority Singapore and analysts said his words might have been bolder than they would have been at home.If Najib abandons the policy completely, the Straits Times said he is certain to expect anger from the Malay community, which provides the bulk of support for his ruling Umno party.
By contrast, his actions might prove attractive with Chinese and Indian voters, who largely support the opposition led by Anwar Ibrahim, and have long denounced ethnic quotas and advantages as racist, the Straits Times reported.
He framed his move in combative terms, describing himself as a "warlord" who would face down opposition from smaller chiefs in his party.Since coming to power in March, Najib has surely and slightly altered the system by removing the 30 percent Bumiputera equity rule for firms in the 27 services sub-sectors.







Jumaat, 2009 Mei 22

TUNTUTAN BUAT KERAJAAN MALAYSIA

KEPADA DATUK SERI NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, BERAGAMA ISLAM, BERBANGSA MELAYU INGIN MELUAHKAN KEAMARAHAN SAYA INI SEBAGAI BUMIPUTERA DI TANAH MELAYU INI.TUNTUTAN SAYA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA
1) HAPUSKAN HAK MENGUNDI KAUM BUKAN BUMIPUTRA(MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK MENGUNDI DI MALAYSIA INI KERANA MEREKA HANYA MENGUNDI BERASASKAN KAUM SAHAJA.)
2) BATALKAN SEMUA PARTI POLITIK YANG BUKAN MILIK KAUM BUMIPUTRA DI TANAH MELAYU INI.( PARTI MEREKA INI AMAT RACIST DAN JIKA MEREKA KOMPONEN SEKALIPUN MEREKA TIDAK MEMBANTU KITA BUMIPUTERA, SEBALIKNYA MEREKA MENUNTUK HAK MILIK KITA KAUM PERIBUMI)
3) KEMBALIKAN SEMULA HAK-HAK MELAYU YANG TELAH DILIBRALISASIKAN BULAN LEPAS.
4) RUNTUHKAN PATUNG DEWA HINDU BERDIRI DI BATU CAVES DAN PATUNG BUDDHA DUDUK DI TUMPAT KELANTAN.( INI MERUPAKAN PEKARA YANG TERPENTING!!! BAGAIMANA KITA MALAYSIA INI YANG MANA SEBUAH NEGARA ISLAM DAN AGAMA PERSEKUTUANYA ISLAM TELAH MEMBINA PATUNG-PATUNG YANG BEGITU TINGGI SEHINGGAKAN LEBIH TINGGI DARI KUBAH MASJID!!!

TUNTUTAN INI BUKAN MERUPAKAN SUATU YANG RACIST, SEBALIKNYA IANYA MERUPAKAN LUAHAN KAMI YANG BERADA DI BAWAH INI. KAUM BANGSA PENDATANG YANG LAIN TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI. MEREKA AKAN MENUNTUT HAK YANG ADA PADA BUMIPUTERA!!!
DAN KAMI MINTA SEBELUM TERJADI APA-APA MAKA PERMINTAAN YANG EMPAT NI DITUNAIKAN KERAJAAN MALAYSIA.SEKALI LAGI SAYA MENYAMPAIKANAMARAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA!!!
BAHAWA MEREKA KAUM PENDATANG INI TIDAK AKAN MENYOKONG BUMIPUTERA!!!
MEREKA AKAN MENYOKONG PUAK MEREKA SAHAJA!!!
MEREKA AKAN MENINDAS BUMIPUTERA SECARA HALUS DAN SULIT!!! SEHINGGAKAN PERJUANGAN KOMUNIS YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DAN MELAYU JUGA MEREKA PERJUANGAKN, APATAH LAGI SELEPAS INI!!!
http://www.gomounited.com/2009/05/tuntutan-kami-buat-krajaan-malaysia.html
http://www.ruangbicarafaisal.com/2009/05/kata-dua-dari-rbf-kepada-najib-dan.html

Rabu, 2009 Mei 20
KALAU TAK SUKA... BALIK LA
SAYA MENENTANG KERAS TINDAKAN PEMIMPIN HINDRAF YANG KURANG AJAR DENGAN MEMBUAT UGUTAN KEPADA PIHAK KERAJAAN. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENCADANGKAN KEPADA PIHAK BERKUASA KESELAMATAN UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA UNTUK MENANGANI RAKYAT YANG BIADAP DAN TAK TAHU DEK UNTUNG KERANA MENJADI RAKYAT MALAYSIA SELAMA INI...

Friday, May 22, 2009

Lagenda Mat Indera*


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.


Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda.Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera.Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong.Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga.Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.


Manakala menurut cerita orang ,kali pertama kena tangkap,Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk,semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.Peristiwa kali kedua pula,Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap,apabila beliau menyentu rumput,dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib.Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung.




*Entri ini saya ambil dari blog http://muor76.blogspot.com .Saya telah membuat sedikit perbaikan terhadap laras bahasa penulis asal tanpa menjejaskan maksud asal penulisnya.Ketepatan dan kejituan fakta adalah diluar dari tanggungjawab saya.

Tuesday, May 19, 2009

Dari Harakahdaily

Najib tiada kekuatan untuk buat perubahan politik
Basiron Abdul Wahab Mon May 18, 09 1:56:16 pm MYT

BERA 18 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan Parti KeAdilan Rakyat Pahang (sila baca sebagai Penasihat Undang-undang KeADILan Pahang), Ahmad Nizam Hamid mengatakan, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak tidak mempunyai kekuatan politik Berucap pada majlis penerangan Pakatan Rakyat dekat sini beliau menegaskan apa yang dilakukan oleh perdana menteri hanyalah sekadar membuat slogan kosong yang tidak bermakna.

Menurutnya, slogan 'Satu Malaysia' tidak membawa apa-apa makna kerana pada ketika sama, amalan kerajaan Pusat masih tidak memperlihatkan suatu perubahan kepada konsep satu Malaysia. Kerajaan Pusat masih terus mengamalkan dasar mendiskriminsikan kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui penubuhan agensi pusat bagi mengganggu pentadbiran kerajaan negeri atau menubuhkan �kerajaan dalam kerajaan�.

Dasar lama diteruskan dan tidak ada tanda-tanda ia akan dihapuskan walaupun perdana menteri telah mengumumkan dasar 'Satu Malaysia'nya.
Ahmad Nizam yang juga Ketua KeADILan bahagian Temerloh dalam ucapan sama turut mendedahkan kepincangan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional Pahang yang terbabit dalam skandal pembalakan.

Katanya, isu saman RM63 juta terhadap kerajaan negeri oleh syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn BHd (SGMSB) adalah sebahagian daripada rentetan kes saman membabitkan kerajaan negeri Pahang.

Beliau mendakwa, akan ada lagi saman terhadap kerajaan akan muncul selepas ini dalam jumlah yang jauh lebih besar.

Jelas beliau, isu saman SGMSB berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang baik berlandaskan undang-undang sedia ada. Ini kerana kes berkenaan berpunca daripada salahguna kuasa menteri besar Pahang terdahulu yang telah meluluskan tanah seluas 10,000 ekar kepada Umno Bahagian Pekan.

Katanya, pada tahun 1998, Menteri Besar Pahang serta sebahagian besar barisan anggota exconya adalah ahli Umno. Mereka hadir dan aktif dalam mesyuarat Exco yang meluluskan tanah kepada Umno. Ini merupakan suatu kesalahan tetapi gagal diambil tindakan oleh pihak berkuasa walaupun banyak laporan telah dibuat kepada Suruhan Jaya Pencegah Rasuah (SPRM) dan Polis.
Ahmad Nizam mendakwa, setelah memperolehi tanah berkenaan, Umno tidak menjelaskan bayaran premium berjumlah RM4.8 juta kepada kerajaan negeri menyebabkan kerajaan kehilangan hasil bagi tanah berkenaan sebaliknya tanah tersebut dijual kepada SGMSB dengan harga hanya RM50,000 sahaja.

Tambahnya, sehingga kehari ini Umno masih tidak membayar premium tanah berkenaan kepada kerajaan negeri tetapi pihak berkuasa tidak juga mengambil tindakan kepada Umno.

Beliau mempersoalkan keberkesanan agensi kerajaan menjalankan tugas dengan berkesan apabila membabitkan Umno.

"Bila membabit Umno agensi kerajaan gagal menjalankan penguakuasaan berbeza apabila rakyat biasa gagal membayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan umpamanya, segera tindakan diambil," katanya.

Friday, May 15, 2009

Reality Show:Pengalaman Peguam Muda



Kali pertama saya berbual dengan gadis manis ini ialah sewaktu saya mempengerusikan Forum Anti-ISA di auditorium Majlis Peguam.Sebelum itu saya hanya pernah nampak peguam muda ini kehulu-ke hilir sewaktu demontrasi selain sekadar mendengar namanya sahaja.
Kemudian sewaktu perasmian KeADILan Bahagian Kuala Krau,gadis manis ini turut serta didalam rombongan Timbalan Presiden,Dr.Syed Husin Ali.
Disebalik senyum manis dan tubuh yang kecil molek,rupa-rupanya gadis manis yang lebih mesra dipanggil Puspa ini punya semangat yang tinggi dan jiwa yang kental.Ikuti pengalaman beliau sewaktu ditangkap dan ditahan oleh Polis tatkala ingin memberikan bantuan guaman kepada klien.Ikuti kebodohan dan salahguna kuasa oleh Polis dari pengalaman Puspa ini.Cerita Puspa ini diterima melalui e-mel Majlis Peguam.


Cerita Luar Balai
Disumbangkan oleh Puspawati Rosman

Kisah bermula apabila kawan aku Hong Siang menelefon aku pada 7hb Mei kira-kira pukul 9 malam memaklumkan bahawa 12 orang telah ditangkap kerana menyalakan lilin di hadapan Balai Polis Brickfields. Pada masa yang sama, aku telah dihubungi sendiri oleh orang2 yang kena tangkap (OKT). Barangkali, mereka memperoleh nombor telefon aku selepas kejadian sehari sebelum itu.
Seperti biasa, aku meminta mereka mengumpul nama-nama OKT dan meng'sms'nya pada aku.Selepas itu, aku telah menghantar sms segera kepada peguam-peguam Pusat Bantuan Guaman KL yang masih di KL (sebab ramai yang naik ke Ipoh membantu dalam "urgent arrest" di sana) dan beberapa orang telah mengesahkan kedatangan mereka.
Aku tiba di balai polis tersebut lebih awal dari yang lain. Pada waktu itu, perkarangan balai polis agak lengang kerana para pemprotes telah bersurai dan berdiri jauh dari balai. Aku terus ke pintu masuk balai dan memberi salam. Aku memperkenalkan diriku sebagai loyar OKT.
Aku minta supaya aku dibenarkan masuk. Tapi, kata mereka polis yang 'in charge' tengah bermesyuarat dan minta aku tunggu. Beberapa minit selepas itu, Fadiah tiba diikuti dengan Murnie dan Syuhaini. Kemudian, ketua kami iaitu Ravin (Pengerusi Pusat Bantuan Guaman KL) juga tiba.
Hampir 2 jam menunggu, kami masih tidak dibenarkan masuk. Sementara itu, kami dihubungi oleh OKT di dalam balai. Mereka memaklumkan kepada kami bahawa polis enggan membenarkan mereka berjumpa peguam. Kami menasihatkan mereka supaya tidak menandatangan apa-apa borang yang nampak meragukan.
Beberapa minit selepas itu, DSP Jude keluar untuk berjumpa dengan kami. Beliau memberitahu kami bahawa anak-anak guam kami tidak mahukan peguam. Kami bertegang lidah dengan beliau kerana kami tidak percaya bahawa anak guam kami berbuat demikian. Beberapa saat selepas itu, kami mendengar sorakan daripada dalam. Anak-anak guam kami yang berani telah bersatu padu melaungkan, "We want lawyers! we want lawyers!" Laungan mereka disahut oleh orang ramai di luar pagar balai yang terus berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku (babak yang ini aku tak faham sangat, tapi tak apalah).
Beberapa minit selepas itu, seorang lagi polis dikenali sebagai Wan Bahari a.k.a Head Hunter (sebab t-shirt dia tulis macam tu) datang ke arah kami dengan pembesar suara. Dia suruh semua orang bersurai dalam masa 3 minit atau tangkapan akan dibuat. Sekali lagi, perkarangan balai polis menjadi lengang, yang tinggal hanya peguam, polis dan beberapa orang wartawan yang enggan berganjak.
Kami mula membuat panggilan telefon kepada beberapa orang peguam lain untuk membantu kami.Suasana pada ketika itu sunyi sejenak. Ravin mengambil peluang meminta kebenaran sekali lagi untuk masuk. Aku pula mendesak Wan Bahari menunjukkan kami borang menurut s28A yang didakwa telah ditandatangani oleh para OKT. Murnie menyokong. Dan Fadiah yang sempat berlari mengambil Kanun Acara Jenayahnya dengan bersemangat telah membaca dengan kuat s28A tersebut bagi menyokong desakan kami.
Kesimpulannya... where is the signed borang??Polis-polis yang tadinya nampak eksyen telah terperangkap dengan kebodohan mereka sendiri. Eh eh dah suruh kami baca undang2, kami pun baca laa! Wan Bahari telah mengugut sekali lagi dengan pembesar suaranya supaya 'orang-orang' bersurai.
Masalahnya, pada waktu itu adalah tidak jelas siapakah orang-orang yang disuruh bersurai tersebut, kerana beliau tidak memandang ke arah kami. Jadi kami pun terus berdiri di situ. mendesak untuk berjumpa dengan anak-anak guam kami.
Tiba-tiba, pintu pagar dibuka. Seorang polis wanita berpakaian biasa meluru keluar daripada pintu pagar tersebut dan terus menggenggam lengan aku dan menarik aku masuk ke kawasan balai. Aku tergamam. Sejurus selepas itu, peguam-peguam lain pula ditangkap.
Cerita Dalam Perkarangan Balai
Kami dibawa ke sebuah bengkel kosong di luar bangunan balai. Bersama-sama kami ialah seorang wartawan, Law Teck Hao. Pada ketika itu, tiada apa lagi yang kami boleh lakukan kecuali ketawa sesama sendiri. Kami tidak sangka perkara ini akan berlaku. Beberapa minit selepas itu, aku telah dihubungi oleh beberapa orang peguam yang mendapat tahu tentang penangkapan kami.
Mereka kedengaran sangat terkejut dan sangat marah dengan polis-polis tersebut.Di dalam bengkel itu, kami para peguam yang ditahan mula berbincang tentang tindakan susulan dan apa yang dilakukan. Ravin telah diamanahkan untuk menggunakan kesegakan beliau pada malam itu meminta supaya polis yang "in charge", iaitu DSP Pereira dan OCPD Wan Bahari supaya berjumpa dengan kami. Walaubagaimanapun, permintaan kami tidak dilayan.
Setengah jam selepas itu, beberapa orang polis datang menghampiri kami.Polis-polis tersebut menghulurkan beberapa borang kepada kami, setiap seorang dapat sekeping borang. Aku diperkenalkan kepada polis wanita yang menangkap aku tadi. Di dalam borang itu, tertulis bahawa sebab tangkapan ke atas aku ialah kerana aku enggan bersurai dalam perhimpunan haram pada 11.45malam dan alasan ditangkap telah diberikan setelah ditangkap.
Aku enggan menandatangani borang tersebut, lebih-lebih lagi kerana dia letak kat situ umur aku 30 tahun! (saya hanya berumur 28 tahun) Keempat-empat peguam yang lain juga enggan berbuat yang sama, begitu juga dengan Teck Hoa.Selepas itu, kami ditinggalkan semula sendirian. Pada waktu ini, kami mula dihujani dengan panggilan-panggilan telefon daripada ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain daripada itu, OKT juga mula menghubungi kami. Mereka turut risau kerana kini peguam mereka pula yang ditangkap. Aku dan para peguam lain meminta mereka supaya jangan risau dan kami akan terus memberi mereka nasihat guaman walaupun kami juga berada di dalam situasi yang sama.

Cerita Di dalam Bangunan Balai
Setengah jam selepas itu, kami berenam dibawa ke dalam bangunan balai. Selepas itu, kami dipanggil satu persatu ke sebuah bilik. Ketika giliran aku, aku lihat di dalam bilik itu ada DSP Jude Pereira, seorang polis wanita dan 2 orang polis lelaki yang duduk di belakang itu mencatatkan sesuatu. DSP Pereira sedang sibuk menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Kemudian, dia telah menghulurkan kertas tersebut kepada aku. Di bahagian atas kertas tersebut, tertulis perkataan s28A. Secara ringkas, borang tersebut adalah sebagai penyangkalan hak-hak kami untuk mendapatkan akses kepada peguam kami.
Dia menghulurkan sebuah Kanun Acara Jenayah kepada aku. Aku cakap, "I know the law". Dia Tanya, "would you like to acknowledge the form?" sambil menghulurkan sebatang pen kepada aku. Aku cakap, "No thanks" sebelum keluar daripada bilik tersebut.
Kira-kira setengah jam selepas itu, kami telah dibawa turun untuk naik trak polis bersama-sama dengan OKT wanita yang lain. Oleh kerana teruja menaiki trak polis buat pertama kali, kami para loyars pon mengambil keputusan untuk mengambil gambar. Akan tetapi, beberapa minit selepas itu seorang polis wanita telah masuk ke dalam trak dan memarahi kami sambil menjerit-jerit.
Sejurus selepas itu, Wan Bahari telah naik ke atas trak dan menjerit menyuruh polis wanita tersebut merampas kesemua telefon bimbit kami. Kami enggan berbuat demikian melainkan kami diberi sebuah borang 'serah barang'. Di dalam borang itu nanti, segala barang-barang kami yang diambil oleh polis akan disenaraikan.
Disebabkan insiden tersebut, keempat-empat kami peguam-peguam wanita disuruh turun daripada trak tersebut dan masuk semula ke balai. Di balai, kami diberikan borang 'serah barang' tersebut dan kami bergilir-gilir berjumpa polis wanita yang mencatatkan segala barang kami.Selepas itu, kami telah dibawa ke Balai Polis Travers dengan menaiki 2 buah kereta polis. Kami berasa sangat kecewa kerana tak dapat merasa naik trak polis ?
Cerita bermalam/berpagi di Balai Polis Travers
Ketika tiba di balai polis Travers, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Kami diberi sepasang baju berwarna pink dan seluar warna hitam. Fadiah, Murnie dan Syu enggan memakai baju tersebut kerana ia berlengan pendek. Akhirnya polis wanita tersebut mengalah dan memberi mereka sepasang baju dan seluar berwarna oren terang. Baju tersebut berlengan panjang. Ketika Fadiah menyarungkan baju tersebut, kami kedua ketawa berdekah-dekah selama 10 minit. Ini kerana beliau nampak sangat lawak dan sangatlah hiphopper wannabe.
Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik-kecik dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.
Keempat-empat kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Keempat-empat kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris menunggu hari pagi.
Kira-kira pada pukul 9 pagi, sarapan kami pun tiba - 2 keping roti yang disapu marjerin dan sebungkus teh o tanpa straw. Kira-kira sejam selepas itu, Murnie dipanggil keluar oleh seorang polis wanita. Kami yang lain terpinga-pinga.
Sejam selepas itu, seorang polis lelaki berada di depan bilik lokap kami. Fadiah terus bersembunyi di belakang aku kerana dia tidak bertudung ketika itu. Polis lelaki tersebut bertanya kepada kami tentang firma guaman manakah kami beramal, dan alamat firma. Selepas mengambil butir-butir tersebut, polis tersebut mengarahkan kami dibawa ke ruang depan balai.
Apabila keluar dari pintu, aku nampak Kak Lat dan ibu Murnie. Seorang polis wanita menyarungkan gari kepada aku. Aku kata, "Tak perlulah, saya bukan penjenayah berat". Tapi akhirnya kami digari juga.Kami telah dibawa ke bangunan sebelah. Di sana, cap jari dan gambar kami diambil. Ketika itu, datang seorang pegawai polis dan berkata, buat"Kamu ni peguam-peguam muda apa nak kecoh-kecoh. Sebab kamu, Majlis Peguam buat press conference. Lepas ni kamu akan diblacklist dan akan susah nak kerja." Fadiah kata, "Eh lepas ni lagi senang kami nak buat kerja!" Aku hanya tersenyum.
Selepas itu, seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Mohd Zaini mengambil kenyataan aku. Aku hanya jawab soalan berkenaan nama, alamat dan kerja. Lain-lain, aku kata, "Saya akan jawab di Mahkamah".Selepas selesai proses tersebut, kami diiringi semula ke balai utama dan diberikan semula pakaian kami. Nasib anak-anak guam kami tidak sebaik kami. T-shirt mereka yg berwarna hitam tidak dipulangkan. Mereka disuruh menghubungi keluarga/rakan untuk membawa baju persalinan untuk mereka - Aku kira ada 'double standard' di sini. Ini kerana aku, Ravin dan Syu juga berpakaian serba hitam. Akan tetapi, gari tetap dipakaikan kepada semua orang.
Keempat-empat kami bersama-sama dengan kelima- lima anak guam kami dibawa masuk ke dalam trak polis. Aku dan Fadiah berpandangan sesama sendiri dan kata, "Yessss".
Cerita di Balai Polis Brickfields (hari kedua)
Di depan pintu masuk balai, aku nampak beberapa wajah para loyars yang aku kenali. Aku rasa sangat terharu dengan sokongan mereka terhadap kami. Kami telah dibawa ke bangunan sebelah kanan, di mana kami dipanggil masuk satu persatu dan barang-barang kami diberikan semula. Akan tetapi, sepit rambut aku tidak ada. Tsk. Selepas mendapat telefon masing-masing cuba menghubungi ahli keluarga dan para loyars.
Akan tetapi aku tidak boleh berbuat demikian sebab bateri sudah habis. Polis mengarahkan kami menghubungi penjamin-penjamin kami. Fadiah menghubungi Kak Lat yang kemudiannya mengumpulkan beberapa orang penjamin dari kalangan loyars untuk kami dan anak-anak guam kami. Beberapa minit kemudian, kami nampak kawan-kawan peguam kami dari Pusat Bantuan Guaman KL iaitu Afzan, Farhana, Valen, Leena dan Sasha.
Penjamin aku ialah Farhana.Kami memutuskan untuk menunggu Ravin dan keluar bersama-sama. Ketika kami dilepaskan dan keluar, kami disambut oleh ahli keluarga dan rakan-rakan loyars. Aku nampak kelibat abang dan pakcik. Aku takut kena marah. Nasib baik, tak.

Berita Dari Malaysiakini


Peguam tuntut Musa, Hisham letak jawatan...
May 15, 09 8:22pm
Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu.Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.
Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman dalam lokap polis - satu tindakan yang telah mencetus kemarahan masyarakat peguam.Kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".
Dan untuk menyatakan kemarahan mereka, para peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut.Ia dihadiri lebih 1,400 peguam. Selain mendesak Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan, para peguam tersebut juga bersetuju untuk memfailkan saman berhubung penahanan lima peguam berkenaan.
Saman tersebut akan difailkan terhadap Musa di balai polis Brickfields, pegawai penyiasat dan pihak kerajaan.Mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.
Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar (foto).Mereka bagaimanapun dibebaskan pada 8 Mei bersama dengan Wong dan yang lainnya di balai polis Brickfields.

Wednesday, May 13, 2009

Coret-Moret

foto senja di Sungai Pahang.nelayan sungai kembali ke tambatan Kuala Semantan
Siang tadi badan tiba-tiba terasa lemah.Sakit kepala yang kategori berdenyut-denyut seperti ada orang buat kerja "piling".Hidung tersumbat.Tekak sakit untuk menelan (sore throat).
Sudah berjumpa doktor dan ubat-ubat mula ditelan selepas maghrib.Cuma ubat selsema akan ditelan sedikit masa lagi kerana kebiasaannya ubat ini akan menyebabkan mengantuk.
Perkembangan politik tanahair dan sejagat serta wabak selsema khinzir atau nama "lembutnya" virus H1N1 (Pak L ManKadir Shamsi menterjermahkan sebagai wabak virus H1=Hishamudun Tun Husin dan N1=Najib Tun Razak) yang sudah mula melanda Malaysia memerlukan pengertian dan pemahaman jitu.
Saya ingin menguar-uarkan blog sahabat saya Sdr.Syed Putra http://pokok-hujan.blogspot.com .Beliau adalah putera kepada penyair Syed Ahmad atau dikalangan orang Temerloh lebih mesra di panggil Abah.nama pena Syed Ahmad ialah Samad Malaya.

Tuesday, May 12, 2009

Stop Press!


Tuntutan tugas sehari-dua ini benar-benar menguras tenaga.Manakala begitu,atas tugas kena kerja luar (outstation) yang tentunya merencat kemaskini blog ini.
Ramai yang bertanya krisis Perak yang nampaknya jauh dari reda,malah sudah semacam kartun jadinya.Ada teman yang menyebut penghakiman mahkamah semalam dan hari ini sebagai penghakiman "twinkle-twinkle little star".

Yang nyata PM berkata mereka tidak mahu DUN Perak di bubarkan bagi membolehkan PRK seluruh negeri Perak dibuat.Ertinya UMNO/BN akan menggunakan apa jua kaedah dan cara bagi mempastikan Pakatan tidak kembali berkuasa.
Menarik juga disentuk,MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan Malaysiakini mahu agar DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan PRK dibuat.Malah Soi Lek,Timbalan Presiden MCA menyebut seharusnya kuasa dikembalikan kepada Pakatan untuk mereka memerintah Perak.
Saya kira sentimen yang sama boleh dilihat dari kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah lewat blognya yang secara terangan menyebut tindakan merampas kuasa di Perak sebagai "illegal".
Dari permukaan kelihatannya tidak terdapat "consensus ad idem" yakni pandangan berbeza dikalangan pimpinan UMNO dan komponen BN sendiri.Soalnya,apakah Najib punya keberanian moral dan kekuatan politik untuk bersetuju membubarkan DUN Perak?
Saya tidak yakin Najib punya keberanian sedemikian!
Maka,upaya yang disertai taktiks dan strategi serta pendekatan bijaksana perlu digembeling.Rakyat perlu diberikan penjelasan sebenarnya dan rakyatlah yang bakal menentukan.
Manakala yang saya kira paling kelakar dan boleh di nobatkan sebagai Raja Lawak ialah si badut Zambry Abd Kadir yang meletakkan dirinya setaraf Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi.Si badut Zambry saya kira perlu diperiksa otaknya oleh pakar sakit jiwa.Sesungguhnya mendabik dada sebagai setaraf dengan Mandela atau Gandhi merupakan lelucon dicelah-celah keruwetan Kemelut Perak.Aduhai Si Badut dari Pulau Pangkor!

Monday, May 11, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #13






Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini,11.5.2009 yang berkebetulan dengan Ulangtahun "mendiang" UMNO asal sangat-sangat dialu-alukan.YA Dato Abdul Aziz Rahim,Hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes tersebut telah memberikan penghakiman yang cukup adil-mengembalikan yang hak kepada yang berhak,jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dikembalikan kepada Dato Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.


Penghakiman tersebut bermakna UMNO/BN yang merampas kuasa melalui pintu belakang jelas merupakan Lanun dan pencopet nombor wahid.Dalam keadaan demikian,jika sekiranya masih ada sisa maruah di pihak Dr.Zambry maka perlu akur kepada keputusan tersebut dengan menyerahkan jawatan MB Perak dengan cara terhormat.


Dan kepada Istana Perak,dengarkanlah suara rakyat,akur dan taati sabda rakyat yang memohon agar DUN Perak dibubarkan.Perbaiki kerosakan yang berlaku demi rakyat, demi demokrasi,demi maruah dan demi untuk negara tidak dijadikan bahan lelucon di mata dunia.


Pun begitu,hubaya-hubaya dengan muslihat dan taktiks kotor UMNO!Sementara kita memanjatkan syukur ke hadrat ALLAH SWT dan bergembira dengan keputusan Mahkamah,namun,kita jangan alpa walau sedetik pun akan perancangan musuh.Kita wajib bersiapsiaga sepanjang masa dan ketika.


Dan saya tetap yakin sebagaimana yang pernah saya tuliskan bahawa perjuangan kita ini adalah perjuangan rakyat sepenuhnya dan oleh itu,keyakinan hendaklah berpaksi kepada kekuatan rakyat yang tidak bersandar kepada mana-mana Lembaga Daulah!


Sunday, May 10, 2009

Sekadar Catatan



Foto rumah jiran saya seusai hujan.Pelangi yang merentasi ufuk menggamit saya untuk berlari mengambil kamera.Indahnya alam ciptaan Al-Khalik

Hari ini,Ahad 10.5.2009 saya di rumah sahaja.Saya membersihkan rumah;masalah kami ialah serangan kelawar yang bergentayangan di serambi.Dengan sisa dan najis kelawar ini bukan sahaja mencacatkan pandangan malah menyebabkan kutu-kutu walaupun kecil tetapi cukup gatal berkeliaran.Sudah hampir ikhtiar bagaimana untuk menghalau haiwan ini.Jika ada petua,silalah berkongsi bersama.

Semalam disebelah petang saya bersama YB Tuan Syed Hamid,ADUN Semantan menghadiri dialog dengan masyarakat Taman Temerloh Jaya.Banyak juga permasalahan dan "feedback" yang diperolehi dari masyarakat.

Saya menegaskan,antara lain,dalam kita mendambakan pembangunan,suatu perkara yang perlu diberi perhatian ialah perlu berkembangnya kualiti hidup.Pembangunan material mesti seiring dengan kualiti hidup yang baik.Juga saya tegaskan keperluan spritual/kerohanian yang tidak boleh diabaikan tatkala kita membicarakan tentang pembangunan.

Disebelah pagi,saya membuat pertemuan dengan beberapa rakan peniaga Tionghua dan kemudian bergegas menghadiri majlis kenduri perkahwinan Sdr.Faizal Hj Norawi,wartawan SINAR Temerloh.Sempat berbual dengan Dato Fauzi Rahman,PPN KeADILan Pahang yang juga sepupu kepada pengantin.

Malamnya pula,saya turut hadir ke Majlis Pidato YAB Dato Seri Ir.Nizar Jamaludin di Markas PAS Kg.Embun,Chenor.Banyak maklumat diperolehi.Namun tidak sempat berbual panjang kerana keadaan yang kurang mengizinkan.

Malam tadi juga makan malam di Chenor,Mak masak,ada ikan sembilang goreng berlada,ada sambal wap tempoyak ikan bilis kegemaran saya,ada sambal belacan cecah jering cambah,ada gulai lemak rebung;pendek kata 3 pinggan nasi saya sapu licin.Selamat Hari Ibu buat mak tercinta.

Dan malam nanti,sementara menunggu perlawanan bolasepak Chelsea vs. Arsenal,akan cuba kemaskinikan blog ini.Kepada Rozilan dan Suhaimi,yakinlah,Arsenal akan bakal tersungkur di kaki Chelsea!

Friday, May 8, 2009

KUDOS BUAT PARA PEGUAM!

Foto:Lath Dan Puspa.Foto ini dirakamkan sewaktu Forum Menentang ISA di Auditorium Majlis Peguam sedikit masa dahulu.

Memang peguam ada genetik yang "sui generis".Memang peguam yang prihatin
berani terkehadapan untuk menegakkan keadilan dan berani memperjuangkan prinsip.Memang peguam yang "mati dulu" didalam mana-mana perjuangan menegakkan demokrasi.Memang ramai peguam yang mendekam di Kamunting.
Bukan assabiyyah tetapi lihat sahaja seluruh perjuangan menegakkan demokrasi dan mempertahankan hak asasi manusia,di celah-celah khalayak itu akan terlihat wajah-wajah manusia kerdil yang berani dan lantang turut bersama massa.
Dan kepada teman-teman yang dipaksa bermalam di rumah pasong akibat kepongahan polis yang sengaja membutakan mata dan pintu hati dari undang-undang dan di keranakan sistem negara yang rosak,pergorbanan anda membuktikan bahawa peguam tetap "rare breed" yang berjuang tanpa rasa takut dan memilih bulu.
Dan kepada para komrad-Sdr.Ravinder Singh,Puspawati (Puspa) Rosman,Fadiah Nadwa Fikri,Syuhaini Safwan dan Murnie Hidayah,Kudos untuk anda!
Salut kepada mereka yang pemberani!!!
Bad Laws are worst sort of tyranny-Edmund Burke

Catatan Kecil Terang Bulan #12



Ramai yang bertanya,quo vadis kerajaan Pakatan Rakyat Perak?Kemana dan apakah pengakhirannya kerajaan Pakatan Perak?Soalan yang amat menarik dan tentunya untuk mencari jawaban kita tidak ada pilihan selain bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita berjuang dan berjuang sambil berdoa,memohon petunjuk dan memohon kemenangan diberikan.
Seperti lang sewah atau helang laut (foto dirakamkan di Kuala Sepetang sewaktu PRK Bukit Gantang) yang terbang bebas di angkasa dengan kudrat yang dianugerahkan Yang Maha Esa,maka begitulah, saya kira,semangat dan keazaman Datuk Seri Ir Nizar dan rakan-rakannya serta Speaker Sivakumar berjuang gigih mempertahankan mandat rakyat.
Tiada yang harus mendukacitakan kita dengan segala yang berlaku kerana selamanya kita berdepan dengan sang penguasa zalim yang tanpa segansilu memperkudakan alat negara-polis,spr dll-dengan kepentingan kekuasaan mereka.Bukan perkara baru,lebih 10 tahun kita berhadapan dengan UMNO/BN yang bacul dan zalim dan sesungguhnya,musuh demokrasi.
Yang sedikit menghiris,alat negara yang gaji mereka dibayar dari keringat rakyat tidak pernah mahu berpihak kepada rakyat.Sesungguhnya jangan diharapkan kepada kuasa ajaib yang datang dari sabda para Dewa yang bergentayangan di puncak kekuasaan kerana tiada yang lebih abadi,tiada yang lebih ampuh dan tiada yang lebih berkuasa dari kuasa dan kekuatan rakyat.Kau lihatlah apabila kuasa rakyat menjadi raksasa,para Dewa akan lari sehingga terlupa memakai sepatu mereka.
Ini janji dari sejarah perjuangan.Ini dinamika dari kuasa dan kekuasaan rakyat.Maka bahu kita memikul,tangan kitalah yang mengcincangnya.
Demikianlah yang perlu kita arifi.Pilihan kita hanya BERJUANG DAN TERUS BERJUANG!LAWAN DAN TETAP LAWAN!Di depan api,dibelakang duri...namun patah sayap bertongkat paruh...terlungkup menatap pasir terlentang mengadap langit...perjalanan yang panjang ini akan dilalui walau sesukar mana walau seperit mana kerana kepada kita para pejuang,tiada yang lebih menggembirakan apabila keadilan tertegak di bumi bertuah ini,apabila demokrasi subur mekar dan apabila hak maruah dan harkat rakyat di daulatkan.
Di Garhayu Rakyat Tercinta!

Wednesday, May 6, 2009

Sandang/Papan/Pangan


Gambar hiasan:Anak-anak Orang Asli Suku Temuan (fotografer:Maslina Hj Arshad)








Saya sering terfikir kenapakah dengan segala kemajuan yang dicapai oleh tamadun dunia hari ini masih ada warga dunia yang kelaparan,kebuluran dan tidak cukup makanan?Negara-negara besar (dan Malaysia juga cuba hendak menjadi negara besar) berlumba-lumba menghantar manusia ke angkasalepas dengan biaya berbillion dollar sedangkan ramai warga dunia sedang kelaparan.



Amerika dan sekutunya membelanjakan hingga trillion dollar membina kelengkapan persenjataan setiap tahun dan negara-negara lain pula membelanjakan jumlah yang hampir sama malah mungkin lebih lagi setiap tahun untuk membeli "war arsenal" yang dibekalkan oleh Amerika dan negara lain.



Begitu ironinya hidup dan kehidupan tamaddun dunia hari ini.Di USA sendiri masalah "homeless" sudah menjadi suatu fenomena besar apabila dianggarkan jutaan rakyatnya menjadi manusia gelandangan.Negara-negara dunia lebih tega membelanjakan wang untuk persenjataan ketimbang mempastikan warga dunia punya makanan yang mencukupi.Keutamaan bukannya membantu insan sejagat tetapi hanya untuk menempa gah bahawa sudah mampu mencipta senjata pemusnah yang paling ampuh atau berjaya menghantar warga ke angkasa sedangkan dianggarkan setiap hari lebih dari 25000 orang mati kerana kebuluran.



Begitu juga didalam memcari sumber tenaga alternatif,tanaman makanan seperti jagung,kacang soya,sekoi,kelapa sawit telah dilihat sebagai sumber yang mampu menggantikan minyak dari fossil (fossil fuel).Akibatnya seperti amaran yang diberikan oleh agensi PBB dan beberapa NGO lain,dunia akan berhadapan dengan krisis makanan yang memburuk ditahun-tahun mendatang ini.
Natijah dari pemanasan bumi dan alam sekitar yang tercemar juga memungkinkan warga dunia akan mengalami krisis makanan yang parah.Fenomena cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan dunia akan dilanda krisis khususnya didalam keadaan kemarau atau banjir teruk berlaku.Malah sudah banyak kawasan atau tanah pertanian yang dahulunya subur,kini menjadi kontang dan gersang.



Manakala agihan kekayaan yang pincang akibat dasar songsang selain kerana tunduk kepada kehendak kapitalisme turut menghumbankan warga dunia ke kancah kebuluran.Di Malaysia hal ini tidak terkecuali;sekali pandang memanglah kelihatannya kebuluran bukannya menjadi isu,tiada lagi warga yang mati kerana makan ubi gadung dek disebabkan tidak mampu membeli beras,namun hakikatnya masih banyak warga yang dihimpit kemiskinan yang kais pagi makan pagi,kais petang simpan untuk esok hari.



Masih ada warga yang makan sekali sehari.Masih ada warga yang makan berkuahkan air rebusan pucuk ubi atau sisa minyak goreng ikan atau sekadar dengan garam.Dan ini bukannya berlaku ditahun 60-an tetapi realiti hari ini.Kenyataan hidup mereka yang terpinggir dan dipinggirkan samada di kampung mahupun peneroka bandar yang malang.



Saya bersetuju statistiks mereka mungkin kecil namun demikian walaupun mereka ini mewakili segmen masyarakat yang minoriti,hakikat yang terpaksa ditelan ialah masih ada warga yang tentunya bersaudara dengan kita hidup diselimuti kemiskinan dan kedaifan.Pergi sahaja ke perkampungan Orang Asli dan tinjau kehidupan mereka atau mereka yang tidak bertanah atau peneroka bandar.Jangan lihat yang dipaparkan di kaca TV yang hanya bersifat propaganda semata,tetapi,turun kebawah dan lihat dengan matakepala dan matahati sendiri.



Saya cukup jengkel dengan beberapa program TV baik milik pemerintah mahupun swasta;lihat sahaja program yang berkaitan Wanita seperti NONA atau Wanita Hari Ini dan yang lainnya,yang dipaparkan adalah sesuatu yang berbentuk luxury semata-mata seperti set barang kemas terkini,fesyen mutakhir dan sebagainya.Sangat jarang dipaparkan hidup dan kehidupan warga yang tersepit dan terhimpit.Manakala drama-drama TV juga tidak membantu kerana yang disuguhkan adalah budaya konsumer semata-mata.





Begitu juga dengan intitusi zakat;maaf jika saya jadi skeptikal bagaimana zakat ini difungsikan?Kenapakah kelihatannya tidak ada ketelusan dipihak mereka yang berwenang menguruskan zakat untuk memperikan bagaimana wang zakat ini diagihkan,apakah semua asnab yang berhak itu diberikan haknya.Saya kira dan saya percaya bahawa zakat seharusnya dijadikan wahana penting untuk membasmi kemiskinan dan sekaligus membasmi kebuluran atau kekurangan gizi makanan.





Saya teringat kepada novel terkenal karya Dominique Lapierre bertajuk City Of Joy yang saya baca sewaktu di kampus dulu.Novel ini mengisahkan kehidupan dikawasan setinggan Calcultta India begitu mengesankan yang saban hari berjuang untuk mencari sesuap nasi.Novel ini telah diangkat ke layar perak jika tidak silap saya masih dengan judul yang sama.Begitu juga yang dipaparkan oleh SN Shahnon Ahmad lewat naskahnya Ranjau Sepanjang Jalan (juga diangkat ke layar perak dengan judul Rice People) atau Srengenge yang mengisahkan tentang perjuangan mereka yang terpinggir untuk mencari sesuap nasi.Karya kedua-dua pengarang ini masih relevan dengan dunia hari ini;negara kaya tetapi kekayaan itu tidak dinikmati sepenuhnya oleh warga.


Gambar Hiasan:Keluarga Orang Asli.Bilakah agaknya mereka berjaya keluar dari kemiskinan?
(fotografer:Maslina Hj Arshad)
Kepada saya kewajiban utama pemerintah untuk mempastikan perkara asas yang membolehkan manusia dipanggil manusia wajib diberikan tempat nombor wahid.Didalam falsafah Jawa,kewajiban utama pemerintah mempastikan setiap warganya mencukupi dengan sandang,pangan dan papan.Yang dimaksudkan dengan sandang ialah kewajiban pemerintah mempastikan setiap warganya ada pakaian yang boleh menghindari dari kesejukan dan panas;pangan pula bermaksud perlu dipastikan setiap warga mendapat makanan mencukupi,tidak kebuluran atau kurang gizi,manakala papan pula bermaksud setiap warga punya tempat berteduh yakni rumah yang sempurna untuk didiami yang mampu dimiliki oleh warga.
Malah,jika mengikut teori kapitalis sekalipun,ketiga-tiga perkara tersebut menjadi perkara asas manusia.Ertinya,segala macam teori atau dasar negara wajib mengambilkira ketiga-tiga perkara ini.Walau apa pun pendekatan ekonomi samaada ianya dipanggil keynesian atau neoliberal atau sosialisme atau Islamik atau apa sahaja label yang ingin diberikan,kenyataan yang harus dipikul ialah kepentingan,kebajikan dan kemaslahatan rakyat terbanyak yang wajar dititikberatkan.Didalam konteks ini kekayaan dan khazanah negara wajib dinikmati oleh semua warga dan bukannya beredar seputar satu golongan sahaja selain upaya membasmi gejala rasuah,nepotisme dan kronisme wajar di pergiatkan.
Rakyat perlu dilihat sebagai manusia (al insan) bukannya komoditi, yang perlu diberikan keutamaan.Maka segala unsur yang ketidakadilan dan kebejatan sewajarnya diperangi.
Dalam nafas yang sama,saya tertarik dengan saranan dan pendekatan Hernando De Soto seperti tercermin dari bukunya,The Mystery Of Capital:Why Capitalism Triumph In The West And Fails Everywhere Else;sungguhpun De Soto kelihatannya mempertahankan kapitalisme sebagai sarana ekonomi yang yang ampuh untuk dunia hari ini namun beberapa proposisi beliau,umpamanya tentang red tape,pemilikan harta yang dipermudahkan dan sebagainya boleh dijadikan panduan tatkala kita mencari jalan bagi membangun warga menikmati kekayaan dibumi sendiri.
Dan tidak berlebihan jika dihujjahkan gagasan besar,Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang menjadi dasar Parti Keadilan Rakyat,di lihat menjurus kearah suatu sistem ekonomi yang lebih adil dalam mengagihkan kekayaan negara kepada warga.Saya tidak menyatakan bahawa gagasan ini sudah sempurna dan tuntas,malah saya percaya untuk menjadikan gagasan ini benar-benar berwenang,keperluan untuk mendapatkan masukan-masukan (input),saranan,kritikan dan pandangan bernas sangat-sangat diperlukan;untuk itu sewajarnya ada kupasan melalui seminar,bengkel dan seumpamanya harus diadakan kerana jika tidak gagasan besar ini hanya akan tinggal menjadi kertas usang.Malah tidak berlebihan juga jika disimpulkan gagasan Agenda Ekonomi Malaysia ini sesungguhnya mencerminkan aspirasi Ketuanan Rakyat.Oleh yang demikian upaya untuk mempastikan Sandang/Papan/Pangan dinikmati oleh rakyat,insyaAllah akan menjadi kenyataan.






^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^





Disertakan untuk tatapan link kepada filem pendek (short film) yang memenangi anugerah di Festival Filem Berlin,German.Filem ini memberikan inspirasi untuk saya menulis entri ini yang mungkin sedikit panjanglebar.Terimakasih kepada saudara Fadli (http://legasiku.blogspot.com/)



Chicken ala Carte

saksikan...http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte

Peristiharan Perang Menentang PPSMI

Pengumuman rasmi kelima-lima pemenang anugerah Sasterawan Negara semalam yang secara tegas menolak PPSMI sangat-sangat dialu-alukan.SN Pak Samad Said dan SN Professor Muhammad Hj Salleh yang mewakili SN Shahnon Ahmad,SN Abdullah Hussain dan SN Noordin Hassan dengan tegas mempersoalkan kebijaksanaan pelaksanaan PPSMI dan sekali gus menuntut agar dasar songsang tersebut di hentikan dan kembali semula kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar dalam sistem pelajaran kebangsaan.

Ada kalangan yang bersikap sinis dengan kenyataan SN ini dengan menyebut sebagai "too little too late",yakni upaya para SN ini dilihat sudah lewat kerana selama ini tidak pernah terdengar sebarang komentar mahupun tentangan dihadapan khalayak setelah sekian lama PPSMI di laksanakan.Ertinya,kalangan ini (yang sebenarnya mereka pun tidak menyumbang untuk menghapuskan PPSMI) melihat para SN tersebut hanya berani berkokok setelah sekian lama mendiamkan diri;malah mereka melihat keberanian hanya timbul setelah Dr.Mahathir turun takhta Perdana Menteri.

Namun saya tidak melihat pendekatan yang diambil para SN ini sebagai sudah terlewat malah begitu dialu-alukan.Penyertaan semua segmen masyarakat didalam membentuk upaya dan inisiatif ampuh bagi membetulkan kepincangan dasar ciptaan UMNO/BN ini sewajarnya diterima dengan berlapang dada.Samaada kesedaran tersebut bercambah dan tumbuh sejak kebelakangan ini mahupun yang sedia tersemai sejak sekian lama perlu di gembeling untuk mencipta kekuatan raksasa bagi berhadapan dengan UMNO/BN.

Saya teringat perbualan saya dengan SN Pak Samad Said dua atau tiga tahun lalu.Pak Samad baru menghasilkan antologi puisi yang jika tidak silap saya di beri judul Di Garhayu Dr.Mahathir.Saya membelek naskah tersebut di kedai buku MPH MidValley dengan tandatanya bermain di fikiran saya apakah isi atau yang tersirat yang ingin disampaikan oleh Pak Samad.Kebiasaannya saya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki karya-karya terbaru para penulis tersohor.

Malah pernah saya bergaduh dengan pengurus toko buku DBP di Temerloh semata-mata kerana mereka tidak menjual naskah Lantai T.Pinkie karya Pak Samad atas alasan tidak ada sambutan.Tetapi hari itu di MidValley,saya meletakkan kembali naskah Di Garhayu Dr.Mahathir ke rak tanpa ada sedikit nafsu pun untuk membelinya.Pak Samad sudah jadi propagandis,getus hati kecil saya.

Maka ketika bertemu Pak Samad saya ceritakan betapa saya melihat naskah beliau itu sudah menjadi semacam propaganda terhadap Dr.Mahathir dan kerana itu saya enggan membelinya.Saya masih teringat jawaban Pak Samad bahawa tentunya di dalam titik hitam terdapat juga titik putih selain mempertahankan bahawa ada jua teguran dan kritikan terhadap Dr.Mahathir lewat puisinya itu.Saya menyatakan pandangan saya bahawa konspirasi fitnah jahat terhadap Anwar Ibrahim membuka mata dan akalbudi rakyat khususnya anak-anak muda yang melihat ada yang tidak beres didalam menguruskan negara dan dasar yang tidak menguntungkan rakyat.
Khabarnya naskah puisi beliau itu,Di Garhayu Dr.Mahathir tidak mendapat sambutan berbanding dengan karya-karya belliau yang lain.
Pun begitu,tidak bermakna kekaguman saya kepada hasil buahtangan Pak Samad berkurang.Pak Samad,kepada saya,tetap Sasterawan ulung.Malah saya melagukan puisi Al-Amin karya besar Pak Samad tatkala mendodoikan putera saya untuk tidur sewaktu bayinya.
Mungkin ramai kalangan yang tidak menyedari bahawa ada golongan Sasterawan yang saya anggap sebagai Sasterawan Proletariat sejak sekian lama terjun didalam perjuangan menentang PPSMI ini.Mereka ini sanggup kehulu dan kehilir sehingga ke tanah rancangan FELDA dan perkampungan Orang Asli membawa mesej penentangan PPSMI dan mendaulatkan Bahasa Melayu ke tempat selayaknya.Mereka ini yang tidak pernah mendapat tempat dimana-mana penerbitan jauh sekali mendapat publisiti malah dari akhbar alternatif sekali pun.
Mereka ini yang bergabung di bawah PRIMA diketuai oleh Sasterawan tersohor,Dharmala NS menunjukkan komitmen dan iltizam yang cukup tinggi untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dan sekaligus menghapuskan PPSMI.Nama-nama selain Pak Dharma iaitu YasinSaleh,Kamal Amir Hijjaz,L ManKadir Shamsi dan yang lainnya (sekadar menyebut beberapa nama) mengorbankan masa,tenaga dan tentunya dengan perbelanjaan sendiri berbondong-bondong menanamkan kesedaran di hati rakyat akan betapa pentingnya mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Ertinya tukasan bahawa para Sasterawan hanya sekadar berpeluk tubuh dan hidup didalam dunia mereka sendiri bukan sahaja tidak benar malah tersasar jauh.
Berbalik kepada "peristiharan perang" oleh para SN tersebut,saya kira perlu diambil endah untuk memperkasakan lagi kekuatan dan menyemai kesedaran rakyat untuk bangun serentak menentang PPSMI.Tambahan pula Menteri Pelajaran yang juga merupakan TPM sudah membuat pengumuman bahawa PPSMI akan diteruskan atas alasan masih tidak berpuashati dengan hasil kajian.Apa yang di kaji dan apa yang dihasilkan,nampaknya menjadi semacam misteri yang tidak terungkai.Yang jelas bahawa pimpinan negara dibawah UMNO/BN bukan sahaja tidak prihatin malah tidak ada keberanian moral dan iltizam politik untuk merungkai dasar songsang itu.Mungkin kerana kepentingan kaum pemodal yang menjadikan bahasa sebagai komoditi yang memberikan hambatan kepada para pembuat dasar ini dan bukannya desakan serta kepentingan rakyat.
Sambil kita memberikan penghargaan diatas keberanian dan kecekalan para SN untuk turut sama berganding bahu,kita juga mengharapkan para SN turun padang bertemu rakyat walau diceruk mana sekalipun untuk menanamkan kesedaran dan keinsafan serta membulatkan tekad menentang PPSMI dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mencangkupi semua bidang kehidupan bernegara.Saya percaya dengan keterlibatan tokoh-tokoh besar seperti para SN,Sasterawan Proletariat Pak Dharma dengan PRIMAnya dan segenap segmen masyarakat,maka akan ada cahaya dihujung terowong dalam upaya kita menentang PPSMI dan mendaulatkan Bahasa Melayu.

Selamat Hari Lahir Ke-31 Altantuya


Barisan pemanah Monggolia dengan busur tradisional sedang bersiapsedia.Siapakah sasaran mereka?
Selamat Hari Lahir Altantuya Sharibuu...Meski kau sudah tiada untuk meraikan hari kelahiranmu,namun nama dan wajah ayu mu,aku kira tetap segar didalam ingatan kami anak-anak merdeka...
Ingin aku sampaikan kepada mu,Altantuya yang manis,bahawa kami tidak sekali-kali melupakan mu dan tragis kisah hidupmu dan anak-anakmu yang aku kira sentiasa merindui belaian kasihsayang mu.
Ingin aku sampaikan kepadamu,Altantuya yang jelita,bahawa kami tidak sekali-kali melupakan penderitaan dan kezaliman terhadap dirimu dan anak-anakmu dan kami akan memperjuangkan keadilan buatmu dan anak-anakmu
Ingin aku sampaikan rasa malu yang tidak terhingga akan perbuatan anak sebangsaku diatas kematianmu dan penderitaan abak-anakmu yang kehilangan belaian kasihsayang seorang ibu.
Dosa apakah yang telah kau lakukan,Altantuya yang manis,sehingga anakbangsaku sendiri mengambil tugas Malaikat Maut semata-mata kerana kekuasaan dan harta.
Maafkan aku Altantuya yang ayu,sekadar dapat menitipkan ucap Hari Lahir buatmu,semoga kau dapat mendengarnya...
"Kematian adalah tidur panjang,maka mimpi indahlah engkau,Altantuya..."
****************************************************************************
cigubard.blogspot.com
Tarikh 6 Mei 1978 merupakan tarikh lahir Altantuya.
Jika esok dia masih hidup usianya genap 31 tahun.
Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan.
Antaranya imej negara tercalar. Altantuya yang terlibat dalam 'deal' pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan.
Esok ayuh kita bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) menghantar kek Hari Jadi Altantuya dan surat mendesak PM harus segeramengambil tindakan saman 19 media dunia yang menyatakan Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Tindakan segera harus diambil kerana ia melibatkan imej negara. Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja.
Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang di Pertuan Agong agar diwujudkan untuk menyiasat keseluruhan kes Altantuya.Sempena ulangtahun kelahiran Altantuya jom bersama-sama:
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (S.A.M.M)MENGHANTAR KEK HARI JADI ALTANTUYA KE PM MALAYSIA RABU 6 MEI 2009, JAM 11 PAGI DI HADAPAN PEJABAT JABATAN PERDANA MENTERI - PUTRAJAYA

Tuesday, May 5, 2009

1Black Malaysia:Unjuk Rasa Pada 7.5.2009!


AYUH SAMA-SAMA KITA UNJUK RASA MENGHANTAR MESEJ DAN ISYARAT JELAS KEPADA KERAJAAN BN BAHAWA KITA TIDAK TEGA DEMOKRASI BERTERUSAN DIMANDULKAN!
BAHAWA KITA MENUNTUT AGAR DUN PERAK DIBUBARKAN DAN PILIHANRAYA DIADAKAN UNTUK MENDAPATKAN MANDAT RAKYAT!
BAHAWA RAMPASAN KUASA DIATAS NAMA APA SEKALIPUN ADALAH ADALAH USAHA KHIANAT KEPADA MANDAT RAKYAT!
BAHAWA KERAJAAN DAN PEMIMPIN UMNO/BN YANG MEMBELAKANGKAN DEMOKRASI DAN MANDAT RAKYAT WAJIB DIBAKULSAMPAHKAN KE DALAM LIPATAN SEJARAH!
MAKA,AYUH KITA UNJUK RASA DENGAN MEMAKAI PAKAIAN/BAJU HITAM PADA 7 HB.MEI,2009 INI!!!!!!!!

Monday, May 4, 2009

"Pukul Gambar #2"














Foto-foto ini dari matapandang dan matabatin Maslina Hj.Arshad.Kamera Nikon D50.

"Pukul Gambar#1"













Foto-foto ini diambil dari petikan kamera Nikon D50.Bukan hasilkerja saya.Foto-foto ini dari matapandang dan matabatin isteri saya,Maslina Hj.Arshad.


Friday, May 1, 2009

Stop Press:Sembah Mohon Derhaka Lagi


Esok,1.5.2009,blog ini tidak akan dikemaskinikan sehingga hari Ahad,3.5.2009.Ini kerana kami sekeluarga akan menyertai seluruh karyawan firma guaman saya untuk meraikan Hari Keluarga pejabat di Trengganu.


Maka sekali lagi sembah mohon derhaka...


Selamat Menyambut Hari Pekerja