Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda.Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga,maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera.Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong.Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga.Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang ,kali pertama kena tangkap,Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk,semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.Peristiwa kali kedua pula,Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap,apabila beliau menyentu rumput,dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib.Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung.
*Entri ini saya ambil dari blog http://muor76.blogspot.com .Saya telah membuat sedikit perbaikan terhadap laras bahasa penulis asal tanpa menjejaskan maksud asal penulisnya.Ketepatan dan kejituan fakta adalah diluar dari tanggungjawab saya.
17 comments:
sebelum nih.. ade anak sedare mat indera bagitau saye.. dia tak tau kat mane sebenornye kubor mat indera.. dan ade beberape orang pernah bagitau saye.. yang digantung tu bukannye mat indera.. tetapi mat indera disembunyikan untuk mendapatkan maklumat mengenai komunis.. wallahualam..
dan terbaru.. ade seseorang memberitahu mat indera baru jer ninggal beberape bulan yg lepas..
entah ler..
anyway tq sebab letak kredit... :)
Saya berminat untuk membuat kajian lebih lanjut, dan kalau mungkin, menulis buku tentang Mat Indera.Tapi saya tentunya mengharapkan kerjasama daripada banyak pihak yang sudi membantu dengan ikhlas, demi menyatakan "kebenaran".
Hanya darah Indera kenal Indera...
Wallahualam...
Ini satu fakta yang perlu diketahui dan disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Salam,
Terima kasih atas maklumat ini.
Ayah saya merupakan sepupu kepada Mat Indera. Seingat saya, masa kecil, kami selalu berkunjung ke rumah kakak/adik beliau, bernama Khadijah Indera di Melaka (kemudian pindah ke rumah anaknya diMuar). Mat Indera juga mempunyai adik lelaki di Singapura, bernama Isa Indera. Kalau nak dapatkan maklumat tentang perjuangan Mat Indera, guru agama yang menentang British, boleh cari kaum keluarganya. Cerita perjuangan Mat Indera memang menjadi cerita yang diperturunkan dikalangan keluarga kami.
Mungkin saudara boleh memberi email untuk kami berhubung dengan saudara Mat Indera ni.
salam...
siapakah si pengkhianat yang bernama Mat Tukyo,Beladang dan Misban?
Di manakah keturunan si pengkhianat itu?
Sewaktu memegang jawatan sebagai Penolong S/U Agong POLTRA (Persatuan Bekas Polis dan Tentera)saya pernah menganjurkan program patriotik bersama Yusof Rono (anggota polis terakhir tragedi Bukit Kepong) sempena Kemerdekaan hampir 7 atau 8 tahun lalu...masa tu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri jadi tetamu undangan bersama Tan Sri (Dato' Seri) Abdul Aziz Shamsuddin (bekas menteri Kemajuan Luar Bandar. Lokasi di Hotel Flamingo, Ampang. Saya bersalaman dan sepatah ungkapannya (yg terketar2) dari wheel chair nya yang saya ingat ialah; "terima kasih..." (mungkin kerana jemputan kepada beliau untuk program sebesar itu). Tak lama lepas tu saya dengar beliau kembali ke rahmatullah. Rakan2 sekalian, marilah kita sedekahkan Al-Fatehah kepada roh Allahyarham serta mereka yg terkorban akibat serangan komunis durjana !!! Al-Fatehah...
Sewaktu memegang jawatan sebagai Penolong S/U Agong POLTRA (Persatuan Bekas Polis dan Tentera)saya pernah menganjurkan program patriotik bersama Yusof Rono (anggota polis terakhir tragedi Bukit Kepong) sempena Kemerdekaan hampir 7 atau 8 tahun lalu...masa tu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri jadi tetamu undangan bersama Tan Sri (Dato' Seri) Abdul Aziz Shamsuddin (bekas menteri Kemajuan Luar Bandar. Lokasi di Hotel Flamingo, Ampang. Saya bersalaman dan sepatah ungkapannya (yg terketar2) dari wheel chair nya yang saya ingat ialah; "terima kasih..." (mungkin kerana jemputan kepada beliau untuk program sebesar itu). Tak lama lepas tu saya dengar beliau kembali ke rahmatullah. Rakan2 sekalian, marilah kita sedekahkan Al-Fatehah kepada roh Allahyarham serta mereka yg terkorban akibat serangan komunis durjana !!! Al-Fatehah...
siapakah si pengkhianat yang bernama Mat Tukyo,Beladang dan Misban?
Di manakah keturunan si pengkhianat itu?
SIAPA LAGI KALAU BUKAN NAJIB DAN WAK SEMBAB MUHYIDIN HAHAHAHA!!!... TU PUAK KRONIK UMNONOK YANG PERTAHANKAN BRISTISH SAMPAI SKRG UNDANG-UNDANG BRITISH GUNA PAKAI SAMPAI TOLAK TENDANG HUKUM ALLAH SWT. ORG UMNONOK LU PIKIR SENDIRI LAA
saya rasa ni bukan sejarah yang tepat mengenai mat indera...sebab ada mengatakan beliau tidak menyertai komunis...begitu juga di gantung....kuburnya juga tidak tahu di mana ...sejarah macam ni seolah olah dari mulut ker mulut yang ada tokok tambah unsur unsur lain seperti beliau ada ilmu ghaib ,tangkal dan sebagainya...
A write-up from a typical Malay racist brainwashed by UMNO.
Malay communists are good guys while Chinese communists are bad guys.
i'm oblige once again to invite your kind attention that this entry is not my writing as per post-scriptum below the entry.i'm not responsible for the accuracy of the facts presented.period.read at your own risks!
salam semua,
saya ada sedikit pendapat utuk dikongsi bersama.
1.Semasa penubuhan Malayan Union, Pertubuhan Melayu Muda ketika itu dipimpin oleh Dr Buhanudin,Pak Sako, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh,Dato' Onn, Ustaz Badawi dan sebagainya. Kebayakan mereka ini terdiri daripada Guru-guru dan Ulama' yang mahu menghimpunkan Kaum melayu diseluruh malaya. Lokasi mereka adalah di Johor.
2.Pergerakan Melayu Semenanjung Batu Pahat yang juga diketuai oleh Dato’Onn telah menjadi urusetia dan berusaha menjemput seluruh pertubuhan, kelab dan persatuan Melayu supaya hadir di Kongres Melayu Pertama.
3.Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur dan dihadiri oleh semua Pertubuhan Melayu daerah dan negeri.
4.Ketika itu, Pertubuhan Melayu Muda dipinggirkan kerana mahu menuntut kemerdekaan melalui serangan gerila terhadap british.
5.Maka hampir keseluruhan yang hadir sepakat untuk melantik Dato' Onn (Pegawai Daerah batu Pahat) menjadi perantara kepada British.
6.PKM kecewa dengan gabungan yang hadir kerana kebayakan suara gabungan takut menentang penjajah melalui kekerasan.
7.Selepas itu, tertubuhnya UMNO, dan mereka mulai mengikut telunjuk British kerana hampir keseluruhan pemimpin tertinggi mereka adalah Pegawai Kerajaan British dan pernah belajar di British. sebab itu nama PKM dan UMNO hampir sama iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO @ Pekembar). Bersatu disini adalah hasil daripada Perjumpaan semua ahli Kongres Pertubuhan Melayu di seluruh Malaya (Ketika itu, pertubuhan Melayu adalah mengikut daerah masing-masing.
8.Kebanyakan ahli agama menolak untuk menyertai UMNO kerana mereka ini masih bekerja sebagai talibarut British bukannya untuk Agama Islam.
9.Oleh itu, satu perhimpunan agama pada 24 November 1951 dan ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth. Ahli Agama dalam UMNO ini kecewa dengan pucuk pimpinan UMNO kerana UMNO gagal memartabatkan Islam di Malaya kerana terlalu mengikut telunjuk British.
10.Sekian, berasambung episod kedua
Ni citer lama,politik period bipolar order ...citer sebenar tentang Mat Indera kene tanye anak2 murid Kiyai Salleh Batu Pahat (tu pun kalo anda sume tau siapa beliau)...ni semua kuasa Allah SWT, manusia merancang Allah SWT menentukan!!!
Untuk mengetahui kisah sebenar.. adalah dinasihatkan untuk kita menyelidik lebih dalam berkenaan latar belakang serta sejarah Mat Indera dengan pembuktian secara fakta... wallahua'lam..
Post a Comment