Tuntutan tugas sehari-dua ini benar-benar menguras tenaga.Manakala begitu,atas tugas kena kerja luar (outstation) yang tentunya merencat kemaskini blog ini.
Ramai yang bertanya krisis Perak yang nampaknya jauh dari reda,malah sudah semacam kartun jadinya.Ada teman yang menyebut penghakiman mahkamah semalam dan hari ini sebagai penghakiman "twinkle-twinkle little star".
Yang nyata PM berkata mereka tidak mahu DUN Perak di bubarkan bagi membolehkan PRK seluruh negeri Perak dibuat.Ertinya UMNO/BN akan menggunakan apa jua kaedah dan cara bagi mempastikan Pakatan tidak kembali berkuasa.
Menarik juga disentuk,MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan Malaysiakini mahu agar DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan PRK dibuat.Malah Soi Lek,Timbalan Presiden MCA menyebut seharusnya kuasa dikembalikan kepada Pakatan untuk mereka memerintah Perak.
Saya kira sentimen yang sama boleh dilihat dari kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah lewat blognya yang secara terangan menyebut tindakan merampas kuasa di Perak sebagai "illegal".
Dari permukaan kelihatannya tidak terdapat "consensus ad idem" yakni pandangan berbeza dikalangan pimpinan UMNO dan komponen BN sendiri.Soalnya,apakah Najib punya keberanian moral dan kekuatan politik untuk bersetuju membubarkan DUN Perak?
Saya tidak yakin Najib punya keberanian sedemikian!Maka,upaya yang disertai taktiks dan strategi serta pendekatan bijaksana perlu digembeling.Rakyat perlu diberikan penjelasan sebenarnya dan rakyatlah yang bakal menentukan.
Manakala yang saya kira paling kelakar dan boleh di nobatkan sebagai Raja Lawak ialah si badut Zambry Abd Kadir yang meletakkan dirinya setaraf Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi.Si badut Zambry saya kira perlu diperiksa otaknya oleh pakar sakit jiwa.Sesungguhnya mendabik dada sebagai setaraf dengan Mandela atau Gandhi merupakan lelucon dicelah-celah keruwetan Kemelut Perak.Aduhai Si Badut dari Pulau Pangkor!
No comments:
Post a Comment