Memang peguam ada genetik yang "sui generis".Memang peguam yang prihatin
berani terkehadapan untuk menegakkan keadilan dan berani memperjuangkan prinsip.Memang peguam yang "mati dulu" didalam mana-mana perjuangan menegakkan demokrasi.Memang ramai peguam yang mendekam di Kamunting.
Bukan assabiyyah tetapi lihat sahaja seluruh perjuangan menegakkan demokrasi dan mempertahankan hak asasi manusia,di celah-celah khalayak itu akan terlihat wajah-wajah manusia kerdil yang berani dan lantang turut bersama massa.
Dan kepada teman-teman yang dipaksa bermalam di rumah pasong akibat kepongahan polis yang sengaja membutakan mata dan pintu hati dari undang-undang dan di keranakan sistem negara yang rosak,pergorbanan anda membuktikan bahawa peguam tetap "rare breed" yang berjuang tanpa rasa takut dan memilih bulu.
Dan kepada para komrad-Sdr.Ravinder Singh,Puspawati (Puspa) Rosman,Fadiah Nadwa Fikri,Syuhaini Safwan dan Murnie Hidayah,Kudos untuk anda!
Salut kepada mereka yang pemberani!!!
Bad Laws are worst sort of tyranny-Edmund Burke
1 comment:
dan rakyat marhaen juga kebiasaannya menjadi mangsa kerakusan kuasa dan rakyat marhaen juga pada dasarnya 'mengorban'kan diri demi keadilan. Siapakah yang dulu bangkit menerjah kebobrokan pemerintah yang zalim dan di akhirnya berada di rumah pasong?. Tidak ada istilah 'kami dulu' jika hati ihklas berjuang dan tidak ada istilah 'kasta' atau 'pangkat' maupun 'professional' dalam menegakkan keadilan. Kita semua sama jika keikhlasan di ambil menjadi batu asas perjuangan. Jangan merasa diri itu 'Pahlawan' jika belum pernah merasa pahit maung perjuangan.
Post a Comment