(Hikayat Munsyi Abdullah )
Wednesday, September 30, 2009
PRK Bagan Pinang:Propaganda Hitam (Black Propaganda) Terhadap Anwar Ibrahim
Tuesday, September 29, 2009
Kisah Anak Kecil Di Dera Menjelang Raya
Sunday, September 27, 2009
Formula 1:Proton Bermain Api
Kos lebih rendah dari R&D
Akhbar Utusan Di Bakar Di DBP-Zainudin Maidin*
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen.
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.
Utusan Melayu keluaran 3 Mac 1967 melaporkan kejadian tunjuk perasaan di DBP itu sebagai berikut:
Lebih daripada 1,500 orang wakil-wakil badan-badan kebudayaan, persatuan persatuan bahasa, parti-parti parti politik Melayu, peguam peguam, pelajar pelajar maktab dan orang perseorangan dari seluruh tanah air telah berhimpun lebih dari tiga jam dalam suasana yang tegang di dewan itu sambil mengutuk kerajaan.
Pemuda-pemuda itu kemudian dengan tempik sorak telah mengambil bergulung-gulung naskhah Utusan Melayu lalu mencampakkannya ke dalam api yang sedang marak.
Ketua Pengarang Utusan Melayu Melan Abdullah sangat kesal dengan kesilapan mengenainya kerana kurang pengertian dari Penyunting Kanan A. Samad Ahmad (Allahyarham) tetapi beliau tidak dapat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarang.
Menurut Ng lagi ‘‘Tajuk kecil itu bukan sahaja sekadar hendak menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan berita itu sahaja malah ia mengandungi unsur menghasut yang menimbulkan kesan menaikan semangat pembaca”.
*Dipetik dari MalaysianInsider
Saturday, September 26, 2009
Dr.M Presiden Pertama Parti Makkal Sakhti?
Saya tidak ada komen lain melainkan bersetuju sepenuhnya dengan sentimen teman saya ini.Belut pulang ke lumpur...setinggi-tinggi bangau akhirnya singgah ke belakang kerbau juga.Dan tentunya dihari baik bulan baik sempena raya Mahathir menginsafi asalusulnya.Mudah-mudahan.
Penubuhan parti Makkal Sakhti langkah baik, kata Dr M *
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.
Beliau berkata penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan."Oleh kerana dilihat terdapat banyak sokongan bagi penubuhan parti ini, saya fikir ia adalah baik kerana kita (kerajaan) tidak mahu kehilangan sokongan kaum India," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di ibunegara hari ini, lapor Bernama.
Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu, diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R S Thanenthiran.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Oktober ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.
Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Dr Mahathir berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur".
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi. "Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup. "Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.
Terdahulu Dr Mahathir yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat setia menanti kunjungan tetamu yang hadir dan berdiri hampir tiga jam serta menyambut ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.Najib yang tiba di kediaman Dr Mahathir kira-kira jam 12 tengah hari, meluangkan masa untuk beramah mesra dan menjamu selera sebelum meninggalkan majlis kira-kira 45 minit kemudian.
Antara kenamaan lain yang turut dilihat memeriahkan majlis termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri BesarMelaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Paduka Rohani Karim dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon.
*Sumber:Malaysiakini
Sembang Raya
Sudah jadi kebiasaan setiap hari raya punya kesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama samada yang satu sekolah (rendah dan menengah) mahupun kawan sekampung yang sudah berhijrah ke luar.Ada yang memang begitu lama-puluhan tahun-tidak bersua manakala ada yang setiap kali raya atau kenduri kendara berkesempatan untuk berbual.
Begitulah.Lazimnya didalam kesempatan sebegini saya cuba untuk menghindari dari berbicara tentang politik;pun begitu komen-komen seputar politik nampaknya memang tidak boleh diurungkan.Sementelahan kawan-kawan dibawah tanggapan yang kita ini serba tahu seputar gossip dan apa sahaja berkenaan politik tanahair.
Banyak isu yang 'dibincangkan' tetapi yang utama tentunya berkaitan dengan PRK Bagan Pinang,Khir Toyo,Kerajaan PR dan DSAI.Berikut adalah digest yang saya kesani dari sembang di hari raya:
Tentang surat ugutan bunuh yang di terima Khir Toyo:
1.'He is a big liar!'
2.'Pedaah nak mampus'
(loghat Chenor/Temerloh yang maksudnya 'Pembohong besar')
3.'Aku tak percaya.Khir Toyo buat-buat je tu'
4.'This guy must be nut.Those who believe his contentions must be off the
rocker.'
5.'Dia sendiri tulis itu surat dia sendiri pos'
6.'Yelah sangat tu.'
7.'Khir Toyo sengaja nak publisiti'
8.'Dia nak project(ed) diri dia to look as saingan kepada kerajaan Selangor'
9.'Gila meroyan kot?Tak pun dah andropause'
10.'Konon-konon nak jadi hero'.
11.'Biasalah.Khir Toyo nak alih isu.Dia nak raih simpati'
Begitulah beberapa komen dari kawan-kawan yang sempat saya amati.Tidak ada seorang pun yang mempercayai dakwaan Khir Toyo sebagai genuine.Sempat juga saya bertanya kepada seorang kawan lain,AJK UMNO Bahagian di BTR dan dia menjawab sambil ketawa:'Sejak bila engkauorang percaya Khir Toyo ni?'.
Tentang PRK Bagan Pinang
1.'Kalau PR tak buat sesuatu kawan (saya) percaya PAS kalah.Undi pos banyak tu'
2.'usah mimpi le SPR nak batalkan undi pos.Tu blank cheque UMNO.'
3.'Aku rasa rakyat dah ada kesedaran.Askar pun akan undi kita'.
4.'Ada kawan aku cakap itu hari diaorang nak bawa askar satu kem gi exercise kat sempadan.Kau kena check betul ke idak ni'.
5.'Langsung tak confident undi pos ni telus.UMNO mesti manipulate-nya.'
6.'PAS boleh menang jika dapat tackle askar.'
7.'Isa Samad sucks!'
8.'UMNO bukan ada calon bersih.Aci renceh telinga kawanlah kalau ada pemimpin UMNO tak songlap.'
9.'Kena selesai undi pos ni,awak cakap ke Nuar Berahim tu.Kalau tak sakit nak menang.'
10.'Engkau dah ada experience masa pilihanraya lepaskan.Memang tak boleh nak control undi pos ni.'
11.'UMNO menang dengan undi pos habis maruah dia.Kena kerja kuat.'
Tentang kes Dato Seri Anwar Ibrahim
1.'If you believe in the charge,you should believe the cow jump over the moon.'
2.'Ini taktiks gestapo diaorang guna.'
3.'Aku sesen pun tak percaya Anwar meliwat'.
4.'Kawan bimbang mahkamah je.Dulu pun Nuar kena 6 tahun.'
5.Medical reports clear what,no kesan at all.Apa lagi diaorang nak?'
6.'Tak takut dosa betul diaorang ni'.
7.'Malu bangsa kita.Dah tak ada maruah dah.Lawan le cara anak jantan'.
8.'Jika Anwar sangkut,aku tak kira dah.Apa jadi sekali pun aku tak peduli.Kita mesti turun ke jalanraya.Dulu aku kerja kerajaan sekarang aku buat kerja sendiri.Peduli apa.'
Beberapa komen lain tentang isu ini terpaksa saya tidak paparkan sebab bukan sekadar bahasanya almaklumlah tetapi juga berbaur kemarahan yang amat sangat kepada mereka yang diatas sana.Kesimpulan saya dari sembang dengan teman-teman ini TIDAK ADA seorang pun percaya dengan pertuduhan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Thursday, September 24, 2009
Raya Di Chenor #8 (Siri Akhir)
Abah dan adik bongsunya,Chu Nor,favourite aunty aku.Sewaktu di UM,jika aku miss home-cooking aku akan menelefon Chu yang tinggal di Taman Tun untuk masak.Sudah menjadi tradisi setiap malam Raya pertama akan makan steamboat di Rest House Temerloh.Seluruh kerabat akan bergabung.
Angah dan Kak De.Kedua mereka favourite Suhail dan akan melayan Suhail seperti anak sendiri.
Aniq The Buffalo Slayer dengan Mira.Nampak mesra betul,dalam FB macam bergaduh je...hahahahaha
Kak Long Intan tanpa fesyen Minah Sparrow.Alhamdulillah matanya ok.Baru nampak ceria dan tersenyum!
Entah apa yang ralit dengan handphone Liya tu.Anat The Wall Crusher sedang mengelamun.
Angah dan Along sedang memasak steamboat.sepupu kami,Epol sekadar memandang.Epol bakal menjadi chef.
Mak Ina,Cik De (Mak Ngah) dan Mak Lang...posing maut you!
Aku dan puteraku,Ahmad Suhail.
Wednesday, September 23, 2009
Raya Di Chenor #7
Sabrina dan Shaza.Mereka juga rapat.
Ini bukan scene di khemah pelarian.Suasana sebelah petang hari raya pertama.
Raya Di Chenor #6
Keluarga Alang-yang sulung Danial,diikuti Nana dan Sabrina.
Aku,Maslina dan Suhail (cameraman amatur,composition pun kelamkabut...argh!)
Me surrounded by Chenor-Angels.L to R:Liya,Intan,Nana,Sabrina and Shaza
The Chenor-Angels with their two aunties-Cik Mie and Mak Ina.
Kelihatan dalam gambar memegang kamera,as-Syeikh Uncle Man al-Pesagi (nota:dia bukan pengikut Rasul Melayu!)3 beradik.Dari kanan:Intan,Aliff dan Liya.Adik bongsu mereka,Shaza tiada dalam gambar sebab sedang pulun kuih raya!
Atuk sedang membetulkan songkok Suhail.
Raya Di Chenor #5
Nana bersama Ibunya,Kak Baishah atau Mak Lang kepada Suhail dan sepupu-pupunya.
Raya Di Chenor #4
Cucu-cucu berbaris memohon maaf dan restu dari Atuk mereka. Suhail memeluk Atuk.Tengok kat tangan tu,fulus dah masyukkk
Afif diatas riba Atuk.Afif yang paling kecil dari semua sepupu Suhail.Afif is Suhail`s best friend.
Nota:Alhamdulillah Abah agak sihat juga menjelang hari raya.Seminggu sebelum raya baru Doktor benarkan Abah keluar hospital.Pun begitu Abah nampak lemah dan letih serta kali ini agak pendiam.
Raya Di Chenor #3
Sedang menunggu duit raya.Jika diamati dengan teliti akan nampak mimik muka yang penuh expectation.
Ini bukan berbaris untuk menerima bantuan Kebajikan Masyarakat.Berbaris untuk meraikan raya dan untuk 'collect' duit raya.Gembira dan bahagia melihat Suhail dan sepupu-sepupunya membesar,sihat dan mudah-mudahan kesemuanya berjaya dalam pelajaran serta kehidupan.DONT DO DRUGS!!!