Sudah jadi kebiasaan setiap hari raya punya kesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama samada yang satu sekolah (rendah dan menengah) mahupun kawan sekampung yang sudah berhijrah ke luar.Ada yang memang begitu lama-puluhan tahun-tidak bersua manakala ada yang setiap kali raya atau kenduri kendara berkesempatan untuk berbual.
Begitulah.Lazimnya didalam kesempatan sebegini saya cuba untuk menghindari dari berbicara tentang politik;pun begitu komen-komen seputar politik nampaknya memang tidak boleh diurungkan.Sementelahan kawan-kawan dibawah tanggapan yang kita ini serba tahu seputar gossip dan apa sahaja berkenaan politik tanahair.
Banyak isu yang 'dibincangkan' tetapi yang utama tentunya berkaitan dengan PRK Bagan Pinang,Khir Toyo,Kerajaan PR dan DSAI.Berikut adalah digest yang saya kesani dari sembang di hari raya:
Tentang surat ugutan bunuh yang di terima Khir Toyo:
1.'He is a big liar!'
2.'Pedaah nak mampus'
(loghat Chenor/Temerloh yang maksudnya 'Pembohong besar')
3.'Aku tak percaya.Khir Toyo buat-buat je tu'
4.'This guy must be nut.Those who believe his contentions must be off the
rocker.'
5.'Dia sendiri tulis itu surat dia sendiri pos'
6.'Yelah sangat tu.'
7.'Khir Toyo sengaja nak publisiti'
8.'Dia nak project(ed) diri dia to look as saingan kepada kerajaan Selangor'
9.'Gila meroyan kot?Tak pun dah andropause'
10.'Konon-konon nak jadi hero'.
11.'Biasalah.Khir Toyo nak alih isu.Dia nak raih simpati'
Begitulah beberapa komen dari kawan-kawan yang sempat saya amati.Tidak ada seorang pun yang mempercayai dakwaan Khir Toyo sebagai genuine.Sempat juga saya bertanya kepada seorang kawan lain,AJK UMNO Bahagian di BTR dan dia menjawab sambil ketawa:'Sejak bila engkauorang percaya Khir Toyo ni?'.
Tentang PRK Bagan Pinang
1.'Kalau PR tak buat sesuatu kawan (saya) percaya PAS kalah.Undi pos banyak tu'
2.'usah mimpi le SPR nak batalkan undi pos.Tu blank cheque UMNO.'
3.'Aku rasa rakyat dah ada kesedaran.Askar pun akan undi kita'.
4.'Ada kawan aku cakap itu hari diaorang nak bawa askar satu kem gi exercise kat sempadan.Kau kena check betul ke idak ni'.
5.'Langsung tak confident undi pos ni telus.UMNO mesti manipulate-nya.'
6.'PAS boleh menang jika dapat tackle askar.'
7.'Isa Samad sucks!'
8.'UMNO bukan ada calon bersih.Aci renceh telinga kawanlah kalau ada pemimpin UMNO tak songlap.'
9.'Kena selesai undi pos ni,awak cakap ke Nuar Berahim tu.Kalau tak sakit nak menang.'
10.'Engkau dah ada experience masa pilihanraya lepaskan.Memang tak boleh nak control undi pos ni.'
11.'UMNO menang dengan undi pos habis maruah dia.Kena kerja kuat.'
Tentang kes Dato Seri Anwar Ibrahim
1.'If you believe in the charge,you should believe the cow jump over the moon.'
2.'Ini taktiks gestapo diaorang guna.'
3.'Aku sesen pun tak percaya Anwar meliwat'.
4.'Kawan bimbang mahkamah je.Dulu pun Nuar kena 6 tahun.'
5.Medical reports clear what,no kesan at all.Apa lagi diaorang nak?'
6.'Tak takut dosa betul diaorang ni'.
7.'Malu bangsa kita.Dah tak ada maruah dah.Lawan le cara anak jantan'.
8.'Jika Anwar sangkut,aku tak kira dah.Apa jadi sekali pun aku tak peduli.Kita mesti turun ke jalanraya.Dulu aku kerja kerajaan sekarang aku buat kerja sendiri.Peduli apa.'
Beberapa komen lain tentang isu ini terpaksa saya tidak paparkan sebab bukan sekadar bahasanya almaklumlah tetapi juga berbaur kemarahan yang amat sangat kepada mereka yang diatas sana.Kesimpulan saya dari sembang dengan teman-teman ini TIDAK ADA seorang pun percaya dengan pertuduhan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment