Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, September 26, 2009

Dr.M Presiden Pertama Parti Makkal Sakhti?

Seorang teman menghantar sms yang berbunyi seperti berikut:'Mahathir supported the formation of the Makkal Shakhti Party.I seriously think he should be the first president.belut pulang ke lumpur...'

Saya tidak ada komen lain melainkan bersetuju sepenuhnya dengan sentimen teman saya ini.Belut pulang ke lumpur...setinggi-tinggi bangau akhirnya singgah ke belakang kerbau juga.Dan tentunya dihari baik bulan baik sempena raya Mahathir menginsafi asalusulnya.Mudah-mudahan.


Penubuhan parti Makkal Sakhti langkah baik, kata Dr M *

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.

Beliau berkata penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan."Oleh kerana dilihat terdapat banyak sokongan bagi penubuhan parti ini, saya fikir ia adalah baik kerana kita (kerajaan) tidak mahu kehilangan sokongan kaum India," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu, diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R S Thanenthiran.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Oktober ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Dr Mahathir berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur".

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi. "Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup. "Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

Terdahulu Dr Mahathir yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat setia menanti kunjungan tetamu yang hadir dan berdiri hampir tiga jam serta menyambut ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.Najib yang tiba di kediaman Dr Mahathir kira-kira jam 12 tengah hari, meluangkan masa untuk beramah mesra dan menjamu selera sebelum meninggalkan majlis kira-kira 45 minit kemudian.

Antara kenamaan lain yang turut dilihat memeriahkan majlis termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri BesarMelaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Paduka Rohani Karim dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon.

*Sumber:Malaysiakini

2 comments:

Jingga Studies said...

Saya juga ingin mengucapkan..Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin! semoga perjuangan saudara terus kental!

afna said...

mahathir? who? president for makkal sakhti..hahahaha