Saya dan keluarga mengangkat sepuluh jari mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pihak-saudara mara,teman-teman dan para doktor,jururawat,kakitangan Hospital Temerloh-diatas budi dan jasa kepada Allahyarham bapa saya,Tuan Haji Abdul Hamid bin Mat atau lebih mesra dikenali Cikgu Hamid Chenor (1938-4.6.2010).
Allahyarham Abah pergi menemui Penciptanya kira-kira jam 1.00 petang semalam,sebelum solat Jumaat setelah 17 hari dimasukkan ke hospital.
Kepada para Doktor,sekadar menyebut beberapa nama,Dr.Wong,Dr.Anilah,Dr.Suresh,Dr.Kok dan Sister Robi serta para jururawat Wad Kenanga 14 Hospital Temerloh kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana merawat dan menjaga Abah.Budu baik tuan akan sentiasa di kenang.
Kepada teman-teman yang tentunya terlalu ramai untuk dinukilkan nama disini,saya mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga diatas doa,semangat dan dorongan serta simpati disaat kami menghadapi detik kedukaan ini.Sesungguhnya sms,fb,panggilan telefon dan genggaman erat tangan kalian menjadi penawar yang meredakan pilu di hati.
Kepada mereka yang menyumbang tenaga menguruskan jenazah sehingga sempurna dimakamkan serta mengziarahi jenazah,kami tidak punya perkataan yang tepat bagi mengzahirkan rasa syukur,penghargaan dan terimakasih.
Kepada Sdr. Anwar Ibrahim,Dr.Syed Husin,Sdr.Sivarasa,Sdr.Mustafa Kamil Ayub,Kak Gee (YB Fuziah Saleh),Sdr.Dato Fauzi Rahman,Elizabeth Wong,Sdr.Samsul Iskandar,Che Gu Bard,Tok Empat Hassan Chenor,Dato Tan Aminudin,YB Shahaniza Shamsudin,Dato Zainal Hasan,YB Leong Ngah Ngah dan ramai lagi,kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan jua.
Sekadar mengharapkan Allah SWT yang akan membalas budi baik semua.Alfatihah.
4 comments:
Salam,
Takziah buat saudara dan seluruh keluarga.
Kami turut doakan semoga roh ayahanda saudara dirahmati Allah... Amin
innalillah.. takziah dari orang kecil
Takziah bro.
waris Cikgu Hamid-Huma Luas Chenor
salam..takziah juga dari saya..Al-fatihah..
Post a Comment