Aku rapat dengan atok. Al maklum lah cucu sulong. Ketika kecil aku selalu mengikut atok berjalan-jalan. Sampai kan ketika aku berumur 7 tahun aku di ajak menemannya pergi membuat umrah. Hingga ke besar Atok selalu mengajak ku berjalan menemaninya. Jika aku pulang ke kampung, aku akan diajaknya minum atau ngeteh di kedai-kedai minum di sekitar Chenor. Makan usah dikata, kalau dah kenyang pun disuruh nya meng-order makanan lagi. Kalau kami sekeluarga balik ke kampung, atok akan menyuruh nenek memasak ikan sembilang goreng. Cucu suka makan katanya. Bukan setakat di Chenor, sampai ke Temerloh aku menemani atok berjalan. Atok tidak lokek untuk mengeluarkan wang untuk cucu-cucunya. Kami sepupu-sepupu amat menanti nantikan ketibaan Syawal kerana atok akan memberikan duit raya yang banyak kepada kami. Atok juga banyak berbelanja untuk cucu-cucunya seperti membeli baju, seluar dan juga PS2.
Aku masih ingat, ketika aku masih menuntut di MRSM Muadzam Shah, ketika itu aku sudah ketiadaan wang. Tiba-tiba kawan ku berkata bahawa terdapat surat untukku lalu aku pergi mengambil surat tersebut. Aku terkejut beruk. Surat dari atok rupanya. Aku buka surat itu dan terdapat 2 keping not RM10 didalam surat tersebut. Kadang-kadang atok datang secara tiba-tiba ketika hujung minggu. Dan setiap kali atok datang atok akan menghulurkan duitnya kepada ku. Atok juga seorang yang tegas dan garang. Seumur hidup, aku sudah beberapa kali di tamparnya. Tapi aku tak berdendam. Aku paham niat atok untuk mendidikku..hehe.. Atok juga seorang yang kelakar. Walaupun dia garang tetapi gelagatnya selalu menyebabkan aku, adek-adek dan sepupu-pupu ketawa. Atok juga suka bergurau terutama dengan budak kecik yang belom sunat lagi.Atok suka datang ke Kuantan.
Apa saja kedai makanan yang kami katakan sedap, die akan ajak makan kesana. Ikan bakar, tomyam, gulai tunjang semuanya Atok suka makan. Atok amat mementingkan ibadahnya. Ketika kecil atok selalu bertanyakan sama ada aku telah solat atau tidak ketika berada di kampung. Kadang-kadang dibawa nya aku ke masjid untuk solat maghrib dan isyak. Atok suka menyuruh cucu-cucunya menjadi askar atau cikgu. Hidup senang, kalau kawin sama-sama cikgu buat loan rumah dengan kereta pun senang, orang ramai hormat kata atok.
Aku bersyukur dapat berjumpa atok di hospital ketika dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Aku berbual bual seperti biasa dengan atok. Atok kelihatan semakin sihat. Tetapi, aku tak menyangka itulah perbualan terakhirku dengan atok. Atok kembali ke rahmatullah pada 4 Jun 2010. Al-Fatihah untuk atok.
Nota:
Hari khamis sehari sebelum Abah pergi,arwah asyik menyebut nama Aniq.Ya,Aniq cucu sulung yang membesar dengan kasihsayang Nenek dan Atuknya di Chenor.
Malah,walaupun tidak berapa sihat,arwah beria-ria mahu ikut menghantar cucu sulungnya masuk U di UTP Perak.Maka kami bawa arwah bersama dan tentunya ada rasa gembira melihat cucunya itu sudah bergelar mahasiswa.Malah masih ingat arwah sedikit 'bising' kepada Mak/Nenek kerana tidak mahu ikut ke Ipoh atas alasan Mak sakit lutut.
"Cucu masuk U pun tak mahu pergi hantar," lebih kurang begitu rungut arwah kepada Mak.
Blog Aniq boleh di layari:http://asyranie.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment