Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, June 5, 2010

Dari Harakahdaily



Oleh:Hashim Abdullah

MARAN, 4 Jun: Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Temerloh terutama kepada doktor yang tidak jemu merawat ayahnya sepanjang berada di situ.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan terutama dari Pakatan Rakyat yang bersusah payah menziarahi allahyarham ayah saya,” katanya.

Ayahnya, Abdul Hamid Mat, 74, yang merupakan aktivis politik tempatan pulang ke rahmatullah petang ini di Hospital Temerloh akibat sakit tua.
Allahyarham yang dikenali sebagai Cikgu Hamid meninggalkan lima orang anak dan seorang balu.

Allahyarham berasal dari Chenor adalah antara tokoh pendidik tempatan yang dikenali dan disegani atas khidmatnya yang cemerlang kepada anak bangsa.

Selain itu allahyarham juga bergiat cergas dalam politik pembangkang dan kerajaan.
Menurut Ahmad Nizam, allahyarham bapanya pernah terlibat dalam kancah politik yang dianggap kiri kerana pembabitan dalam PSRM bersama Ahmad Boestaman.

Walaupun jawatan terakhir ayahnya dalam Umno ialah setiausaha bahagian Maran tetapi apabila berlaku reformasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno, allahyarham menentang Umno dan bersara dari politik sehingga akhir hayatnya.

No comments: