(Hikayat Munsyi Abdullah )
Tuesday, April 27, 2010
Catatan Buat Diri Dan Teman-Teman:Dedikasi untuk Sdr.Raja Haziq,Irfan Abad,Indera Segara,Aladi,Ahmad Mashood,Dan Teman-Teman Pejuang Selatan Thai
Tuesday, April 20, 2010
Serangan Peribadi Ke Atas Zaid Ibrahim:Perancangan Sebenar Untuk Mengenakan PM
Saya kira tidak pernah didalam mana-mana Pilihan Raya-baik PRU mahupun PRK-serangan terhadap peribadi calon dilakukan secara terang-terangan.Jika selama ini,walaupun ulah sebegini sering terjadi yakni serangan memburuk-burukkan calon lawan berlaku yang bersifat peribadi,namun skalanya tidaklah secara terang-terangan tetapi lebih bersifat 'bisik-bisik' atau berupa surat layang.
Manakala PRK Parlimen Hulu Selangor (PRKP HS) yang sedang berjalan rancak hari ini memperlihatkan wajah atau citra UMNO/BN yang begitu memualkan;nampaknya serangan yang bersifat peribadi atas isu akhlak dan moral dihalalkan oleh pemimpin UMNO tanpa had.
Panglima-panglima UMNO seperti Khir Toyo,Ali Rustam,Muhyidin Yassin dan yang lainnya seolah-olah dirasuk palung mendendangkan isu akhlak atau moral Zaid Ibrahim dengan pelbagai tuduhan-kaki botol,womaniser,kaki judi dan pelbagai lagi-secara terang-terangan,tanpa segan-silu.Demi sebuah kemenangan mungkin,maka UMNO/BN sanggup 'stoop too low' tanpa menghiraukan etika dan adab (bukankah salah satu rukun di dalam Rukunegara ialah "kesopanan dan kesusilaan?).
Foto propaganda:Imej sebenar lidah pemimpin UMNO/BN
Media perdana,baik bercetak mahupun televisyen memaparkan isu akhlak Zaid Ibrahim tanpa taranya.Kesemua ini guna untuk mengolah persetujuan rakyat/pengundi bahawa calon KEADILAN punya akhlak yang jelek dan menjijikkan.Sasaran utama mereka ialah para pengundi Melayu Muslim yang merupakan pengundi majoriti disitu.
Pun begitu,propaganda hitam seperti ini bukanlah perkara baru.Jika ditelusuri sejarah akan dapat kita fahami bagaimana propaganda yang bersifat serangan peribadi ini di lakukan;Dato Bahaman,Mat Kilau,Imam Perang Rasu,Dato Maharajalela,Si Putum,Tok Janggut,Abdul Rahman Limbung (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi pejuang di labelkan sebagai PENDERHAKA kepada Sultan.
Malah penjajah (dan anak murid penjajah) akan memberikan alasan yang begitu sepele untuk mengolah persetujuan ramai bahawa faktor para Pahlawan bangsa ini bangkit berjuang diatas alasan yang bersifat peribadi yang begitu menjelekkan.Kerana itulah kita diberitahu alasan perjuangan Pahlawan bangsa ini kerana mahu memelihara hamba atau kerana tidak lagi boleh mengutip cukai dan 1001 tuduhan.Tidak pernah mereka (dimaksudkan dengan para sejarawan barat dan anak muridnya yang masih ada hingga kini) para Pahlawan bangsa ini dikatakan berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah.Maka atas kalimat PENDERHAKA kepada Sultan,propaganda penjajah berhasil mengolah persetujuan rakyat ketika itu untuk tidak berpihak kepada Dato Bahaman dan yang lainnya.
Sewaktu Perang Dingin khususnya di era Darurat (dari sudut perundangan Malaysia tidak pernah sehingga ke hari ini diistiharkan bebas dari Darurat) propaganda tentang kejahatan Komunis di uar-uarkan.Cukup dengan tuduhan tanpa asas bahawa seseorang itu merupakan agen komunis atau penyokong komunis atau simpatisan atau berjuang diatas idealogi komunis atau di tuduh komunis memungkinkan kebebasan dan hak asasi individu tersebut tercabut dan dihalalkan untuk dikurung tanpa bicara di Kamunting atau tempat tahanan yang lain baik di Malaysia mahupun Singapura.
Lihat sahaja pengalaman Dr.Syed Husin Ali yang dicatatkan di dalam bukunya,Two Faces/Dua Wajah atau kisah Pak Said Zahari pengalaman beliau di Singapura.Kedua-duanya di tahan di bawah ISA yang zalim itu antaranya atas tuduhan komunis.Rakyat yang saban waktu di cuci otak dengan propaganda buruk tentang komunisisme (tanpa tahu atau faham apa itu komunisme) menerima segala yang dinyatakan oleh kerajaan seadanya.Ertinya di kurun waktu tersebut akibat propaganda sedemikian rupa maka fikrah rakyat sudah diolah bahawa sesungguhnya ada justifikasi diatas penahanan inidividu diatas kalimat komunis.
Pengalaman yang sama dialami oleh DSAI sewaktu beliau dilanyak tanpa ampun oleh media dan alat kerajaan seawal bulan September 1998 (dan berterusan hingga ke hari ini);propaganda sengit yang menyerang peribadi DSAI di buat sebegitu rupa guna untuk mengolah persetujuan rakyat yang sekali gus untuk menghalalkan fitnah terhadap beliau.Malangnya,kali ini propaganda jelek UMNO/BN tersasar,rakyat tidak mempercayai segala tuduhan dan fitnah keji itu.Propaganda jelek keatas DSAI akhirnya memakan diri UMNO/BN sendiri apabila rakyat bangun dan membuat pilihan.
Kali ini sasaran mereka ialah Dato Zaid Ibrahim.UMNO tahu Zaid Ibrahim punya tampang dan kaliber dan ini meresahkan mereka.Kerana takut berdepan sebagai anak jantan,berdebat soal prinsip dengan bijaksana maka UMNO mengambil pendekatan yang benar-benar tidak beretika dan beradab dengan menyerang peribadi serta mempersoalkan akhlak Zaid Ibrahim.
Tentunya yang menjadi lelucon ialah pemimpin UMNO yang membantai Zaid Ibrahim itu bukan pula yang berakhlak mulia!Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka juga punya isu moral yang di persoalkan.Pun begitu mereka ini-Khir Toyo,Ali Rustam dan yang lainnya-mempamerkan muka tebal mereka seolah-olah mereka punya akhlak par excellence dan maksum.Saya tidak punya perkataan yang lebih lunak selain dari hipokrit!
Pada masa yang sama,saya cenderung menilai permainan propaganda jelek ini dari sudut perebutan kuasa dalaman UMNO.Najib dan Muhyidin Yasin dilihat bukanlah gandingan yang punya chemistry;malah didalam banyak perkara Muhyidin dilihat menjarakkan dirinya daripada Najib.Sudah menjadi rahsia umum Muhyidin khabarnya sedang menyusun kekuatan beliau untuk mengambilalih tampuk kekuasaan daripada Najib.
Saya beranggapan Muhyidin Yassin tidak naif apabila memberikan lampu hijau kepada jentera UMNO/BN membangkitkan isu akhlak Zaid Ibrahim.Tentunya beliau mendapat nasihat serta pandangan menyeluruh dari pakar perang saraf UMNO/BN sebelum beliau memilih opsyen untuk menyerang peribadi Zaid Ibrahim.Dan tentunya Muhyidin menyedari bahawa sebarang serangan peribadi khususnya isu akhlak akan ada serangan balas atau repercussion daripada Pakatan Rakyat.
Dan inilah yang terjadi-apa yang diharapkan oleh Muhyidin menjadi-serangan balas daripada jentera PR tentunya membabitkan persoalan moral beberapa pemimpin UMNO khususnya batang tubuh Perdana Menteri/Presiden UMNO,Dato Seri Najib Razak.Najib Razak yang sudah sekian lama sememangnya dilihat sebagai pemimpin utama UMNO yang punya banyak baggage dan jerangkung di dalam almari.
Sekadar menyebut beberapa contoh,daripada isu Altantuya yang tidak kunjung padam malah kembali dihangatkan gara-gara perang saraf Muhyidin hinggalah kepada skandal pembelian pesawat pejuang,kapal selam dan yang lainnya.Malah turut dikaitkan dengan isteri beliau Rosmah Mansor.Pengakuan PI Bala khabarnya diterjermahkan ke bahasa Melayu untuk diedarkan.Lihat juga siri serangan balas melalui foto-foto dan tulisan-tulisan yang mengaitkan Najib dengan pelbagai persoalan akhlaknya.
Sepupu Najib,Hishamudin turut menjadi 'mangsa' propaganda hitam akibat dari ulah Muhyidin ini.Betapa foto-foto lama (menurut Hishamudin sendiri sudah lebih 8 tahun berlegar di dunia maya) yang tentunya menimbulkan persoalan tentang moral beliau dimuat turunkan daripada internet.Begitulah sedikit sebanyak gambaran yang boleh diberikan.
Saya menyebut Muhyidin tentunya tidak naif apabila memberikan lampu hijau kempen memburuk-burukkan Zaid Ibrahim dihalalkan.Dan Muhyidin punya wewenang untuk menghalang serangan peribadi dari dilakukan tetapi beliau tidak mengambil pilihan itu.Beliau tidak naif kerana pastinya mengetahui atau sekurang-kurangnya dapat meramalkan tentunya akan ada serangan balas yang akan disasarkan kearah batang tubuh PM ketimbang lain-lain pemimpin UMNO/BN.
Propaganda yang baik ialah yang tidak ada tindakbalas yang merugikan!
Pada hemat saya,walau apa pun keputusan PRK Hulu Selangor,yang benar-benar kalah ialah Najib Razak dan pemimpin UMNO lainnya.Buat pertama kali,saya kira,'free for all' berhubungkait dengan isu akhlak PM dan pemimpin BN lainnya diperkatakan secara terbuka dan tentunya aliran informasi yang 'counter' propaganda UMNO itu menyebabkan ada makcik FELDA yang selama ini tidak mengetahui mengenai 'kebejatan' moral pemimpin UMNO mula mempersoalkan integriti dan akhlak PM dan pemimpin UMNO/BN lainnya.
Tahniah kepada Muhyidin Yassin diatas inisiatif ini.
Dari HarakahDaily:Isu moral: Taktik Muhyiddin jatuhkan kumpulan Najib
Tuesday, April 13, 2010
Dari HarakahDaily:Orang Asli Tuntut Shafie Afdal Minta Maaf
TEMERLOH, 13 April: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli kerana pernah mengeluarkan kenyataan bersifat penghinaan terhadap mereka.
Monday, April 12, 2010
CATATAN AWAL MINGGU
Ezam datang diatas undangan YB Dato' Sarkar,ADUN Lancang,akan berceramah untuk membongkar rahsia PKR.Khabarnya publisiti besar-besaran telah dibuat bagi menyambut kehadiran Ezam.
Saya hanya ketawa apabila diberitahu (malah ada yang bertanya apakah ada tindakan yang perlu diambil) tentang hal ini.Saya menjawab bahawa kita menghormati hak sivil Ezam (malah Sarkar juga) untuk berhimpun dan berceramah,tidak lebih dan tidak kurang.
Saya kenal Ezam.Beliau pernah menjadi ketua saya sewaktu saya bersama Pergerakkan Pemuda Parti Keadilan Nasioanal sewaktu ketika dulu.Tentunya banyak kenag-kenangan saya bersama beliau walaupun saya tidaklah boleh dikatakan 'member kamceng' Ezam.
Foto:Bung Tajudin Ramli menunjukkan tandatangan Ezam Mohd Nor dan pimpinan Pemuda KeADILan yang berikrar untuk berjuang di dalam Majlis lafaz Sumpah Keramat Pemuda pada 20.10.1999.Sumpah Keramat Pemuda dilangsungkan di Padang Buntut Pulau Temerloh.Mungkin Ezam dan teman-teman lain sudah lupa dengan lafaz Sumpah Keramat itu?
Malah selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda dan mengistiharkan diri keluar Parti,Ezam bersama SD Johari hadir ke rumah saya;tidak keterlaluan ketika itu Ezam yang disisih oleh Parti,kami alu-alukan untuk program di Temerloh dan Kuala Lipis atas kapasiti beliau selaku pengerusi GERAK.
Banyak sebenarnya yang boleh saya ceritakan tentang teman lama saya ini,Ezam Mohd Nor,tetapi tentunya cerita selanjutnya akan saya muatkan kemudian.Cuma kepada saya Ezam dan teman-teman lain sekadar soldadu upahan semata-mata yang hilang keperibadian seorang pejuang berprinsip.
STOP PRESS:PARTI POLITIK TERBESAR MALAYSIA TUKAR LOGO UNTUK NAMPAK GLOKAL
Thursday, April 8, 2010
FOTOLOG:KEMBARA JUANG KE NEGERI KEDAH
Saya difahamkan setiap peserta yang hadir (hampir 500 orang) dikenakan bayaran RM10.00 seorang;Dewan Pemuda PAS juga menubuhkan Skuad Sukarelawan bagi setiap DUN dan Pemuda yang mendaftar sebagai Sukarelawan dikehendaki menyumbang RM10.00 lagi!Malah t-shirt program Himpunan Pemuda tersebut tidak diberi percuma tetapi perlu di beli dengan harga RM5.00 sehelai.
Saya memberitahu teman-teman dari Temerloh yang bersama saya bahawa PAS/PR berhak menang di Kedah tatkala melihat komitmen para aktivis Parti yang sebegitu kukuh;sifat sanggup berkorban untuk perjuangan memungkinkan mereka memperolehi apa yang mereka ada hari ini.Malah saya percaya dengan semangat sebegini,insyaAllah Kerajaan PR Kedah tidak akan tumbang.Itu keyakinan saya.
Jika kita meneliti sejarah perjuangan waima sejarah perjuangan menuju kemerdekaan semuanya diwarnai oleh kegigihan anak muda.Shah Iran tidak akan meninggalkan takhta meraknya jika anak muda Iran tidak bangkit.Kerana itulah tidak berlebihan apabila Bung Karno menyeru dengan seruan keramatnya yang terkenal itu:Berikan aku 10 orang anak muda berhati waja,nescaya Gunung Mahameru akan ku rata.Begitulah peranan besar anak muda.
Mempelajari pengalaman daripada Pemuda PAS Kedah (yang saya berasa begitu cemburu dan ghibtah tentunya) banyak yang boleh diteladani oleh KEADILAN khususnya AMK Pahang.Upaya untuk membentuk gabungan atau pasukan mantap berdisplin serta penuh komitmen perlu dilakukan dengan segera.
Perlu diterapkan semangat juang yang jitu berdasarkan kepada prinsip perjuangan dan idealogi parti kepada setiap anggota AMK selaku barisan hadapan parti.Kita sudah tidak punya masa,sesungguhnya,untuk meladeni segala yang bersifat titikbengik sehingga kadang-kadang kita terlupa kepada agenda yang lebih besar dan prima.
Maka itu tuntutan perjuangan yang suci ini tentunya menuntut setiap dari kita berjiwa besar.Segala yang bersifat cengeng kewajarannya dikesampingkan bagi mendepani cabaran yang lebih utama.Dan inilah saya kira yang menguatkan lagi keazaman untuk meranduk dan mengharung ombak badai perjuangan Parti seperti yang saya pelajari dari kembara singkat saya ke Kedah.
The Road Not Taken
(Robert Frost;1874-1963)
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Wednesday, April 7, 2010
ISU APCO:APAKAH NAJIB NAIF ATAU TERPERANGKAP DENGAN KONSPIRASI ZIONIS?
Kita menjerit-melaungkan betapa kita senantiasa bersama menyokong rakyat Palestin berjuang menentang imperialisme Israel.Namun ternyata kata-kata hanyalah klise semata-mata sedangkan hakikatnya pemimpin negara rela dipergunakan oleh agen Zionis.
Sekiranya kita pengamat yang tulus maka tentunya akan dapat dilihat beberapa contoh teladan bagaimana pemimpin sesebuah negara itu dipergunakan menjadi alat kepada negara asing atau didalam lain perkataan menjadi 'stooges' dek disebabkan ada jerangkung didalam almari (skeleton in the closet) yang berkaitan dengan keperibadian pemimpin negara berkenaan misalnya.
Bahkan bukan menjadi rahsia tersembunyi ada pemimpin negara tertentu diperalatkan hanya kerana masalah moral mereka-hubungan seks terlarang misalnya-dijadikan alat perasugut agar individu tersebut akur kepada kehendak kuasa asing berkenaan.Atau ada juga yang dimotivasikan oleh wang dan kemewahan maka individu tersebut sanggup menjual negara dan 'sold his/her souls' kepada negara asing.
Malah kaedah ini menjadi sebahagian daripada modus operandi agensi perisikkan untuk mengrekrut agen atau talibarut mereka yang kemudiannya diletakkan (planted) didalam posisi Kerajaan bagi mengumpulkan maklumat.Kita boleh sahaja membaca novel-novel perisikkan khususnya yang mengambil latar masa sewaktu Perang Dingin (jika begitu malas untuk membaca buku-buku separa-ilmiah) tentang peranan dan kaedah yang digunakan oleh agensi perisikan asing khususnya yang memang sudah tersohor seperti CIA,KGB (sekarang NKVD),MI5/MI6.MOSSAD mahupun Cawangan Khas di negara kita sendiri.
Harus difahami bahawa agensi perisikkan ini untuk membuat 'penetration' keatas sesebuah negara tentunya tidak akan datang secara 'bona fide',maksudnya mereka akan datang ke sesebuah negara secara berselindung (camouflage) seperti NGO atau Perniagaan atau Konsultan hatta sebagai pelancong dan sebagainya.
Ertinya mereka ini tidak akan datang berjumpa dengan kita memperkenalkan diri "I am from MOSSAD and we want to recruit you," sebaliknya pendekatan yang digunakan cukup berhemah serta halus.
Berbalik kepada isu APCO,saya begitu musykil bagaimana Dato Seri Najib Razak,boleh melantik syarikat ini sebagai konsultan bagi pihak kerajaan (saya lebih senang menyebut APCO diupah menjadi konsultan kepada Najib menggunakan wang rakyat) tanpa dilihat atau disaring latarbelakang siapa-siapa (who's who) di belakang syarikat berkenaan.
Malah apakah keperluan Kerajaan mengupah konsultan sebegini yang antara lain,terma rujukannya untuk membantu “membina imej” negara dan mengendalikan "strategi komunikasi".Apakah perlantikkan APCO memperlihatkan kegagalan Wisma Putra berperanan di peringkat antarabangsa vis-a-vis dunia diplomasi.Jika demikian,maka langkah yang paling baik diatas kegagalan tersebut ialah samada Menteri Luar dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela dan seluruh Wisma Putra perlu 'revamp'.
Namun begitu persoalan pokok ialah kenapa tidak ada sebarang saringan keselamatan atau mekanisme yang dapat menentukan latarbelakang APCO ini?Bagaimana pula dengan peranan penasihat keselamatan PM?Apakah mungkin Najib Razak 'brush aside' nasihat dan pandangan mereka itu.
Saya fikir Najib tidak naif.Di era ini maklumat dihujung jari,dengan hanya menaipkan perkataan APCO di enjin carian,akan dapat diperolehi maklumat latarbelakang APCO,itu pun jika Najib tidak mahu menggunakan para pegawainya untuk membuat semakan.Didalam lain perkataan anak sekolah Darjah Enam pun boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat berkenaan.
Dan tentunya jika Najib seorang yang sensitif beliau tidak akan memilih melantik APCO yang kaitannya begitu jelas bertaut dengan Israel (dan agensi Keselamatan/Perisikkan Israel) sebagai konsultan.Ianya bukan sahaja boleh dinilai bersifat khianat kepada perjuangan rakyat Palestin malah kepada saya (dan saya percaya jutaan rakyat Malaysia) turut khianat kepada keselamatan negara yang di kompromikan.
Atau mungkinkah Najib memilih untuk mengupah APCO yang saya percaya beliau sejak dari awal punya pengetahuan penuh latarbelakang syarikat ini punya kaitan rapat dengan Israel diatas sebab-sebab tertentu yang dirahsiakan.Saya tidak fikir Najib naif atau berminda leceh,namun keputusan beliau menggunakan khidmat APCO ini yang sekali gus berkompromi dengan keselamatan negara tentunya mengundang persoalan.
Memahami Najib yang tidak punya tampang seperti Bung Karno dan sikap Najib yang membisu seribu bahasa berkaitan isu ini,saya bimbang jika ada yang menyorot isu ini sebagai konspirasi agen asing atau MOSSAD terhadap Najib.Saya punya keyakinan kebimbangan ini turut di kongsi oleh ramai rakyat Malaysia.
Dan tentunya jalan terbaik buat Najib bukan sekadar memberikan penjelasan menyeluruh (full and frank disclosure) malah perlu mengambil inisiatif untuk membenarkan Suruhjaya DiRaja ditubuhkan bagi menjalankan siasatan;disamping itu juga langkah yang paling mulia ialah dengan menamatkan perkhidmatan APCO.Najib perlu mengambil tanggungjawab ini dengan segera.
Jika tidak Najib akan selamanya dikecam dan dikenang sebagai Perdana Menteri yang membenarkan agen asing bertapak di Negara kita dan berkompromi dengan keselamatan negara.Najib akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang menjemput zionis masuk ke negara kita.Pilihan tentunya di tangan Najib bagi menentukan kepentingan politik peribadi beliau atau kepentingan negara keseluruhannya.
Noh Omar,UMNO,DEB Dan Minda Leceh
Monday, April 5, 2010
Tahniah Yang Berhormat Azan Ismail
MP Indera Mahkota saman Utusan RM29 juta
Apr 5, 10
Ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap seorang editor dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.Azan yang hadir bersama peguam yang mewakilinya, A. Vasudevan memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi tetuan Vasudevan A & Co.