Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Tuesday, April 27, 2010

Catatan Buat Diri Dan Teman-Teman:Dedikasi untuk Sdr.Raja Haziq,Irfan Abad,Indera Segara,Aladi,Ahmad Mashood,Dan Teman-Teman Pejuang Selatan Thai

"DAN TIDAK PULA MEREKA MENJADI LEMAH SEMANGAT LANTARAN APA YANG MEREKA DERITAI DALAM PERJUANGAN FISABILILLAH,MEREKA TIDAK KEHILANGAN HARAPAN DAN TIDAK PULA BERDIAM DIRI,DAN ALLAH MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERSABAR"~ALI-IMRAN 146

Ayat Al-Quran diatas dititipkan kepada saya oleh Al Fadhil Dato Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS 3-4 tahun lalu.
Saya menyatakan kekecewaan apabila kita (waktu itu Barisan Alternatif atau BA) kalah di PRK DUN Permatang Pasir, Kelantan Darul Naim.Calon PAS yang bertanding menentang calon UMNO dan calon bebas,Ibrahim Ali.
PRK Permatang Pasir sesungguhnya cukup penting buat kerajaan PAS Kelantan kerana pada ketika itu majoriti atau kerusi di DUN Kelantan sangat nipis-hanya 2 kerusi sahaja.
Ustaz Tuan Ibrahim,guru dan sahabat saya mengutuskan ayat diatas lewat sms yang sesungguhnya menjadi penawar gundah gulana di hati saya.Sertamerta semangat juang kembali kukuh dan membara tatkala membaca dan menghayati pesanan dari Al-Khalik.
Untuk itu,izinkanlah saya berkongsi dengan kesemua teman-teman seperjuangan dan para pejuang bahawa kita tewas di Hulu Selangor tidak bererti kita kalah;sementara kita melihat kebejatan keterlaluan UMNO/BN untuk menang (matlamat menghalalkan cara) namun WAJIB untuk kita melihat ke dalam diri kita,bermuhasabah/introspeksi akan segala kelemahan dan kekurangan kita untuk tentunya memacu pula kekuatan bagi menghadapi peperangan berikutnya.
Sebagaimana tuntutan dari Al-Khalik agar kita tidak menjadi lemah atau berdiam diri maka tuntutan perjuangan ini untuk kita terus punya semangat waja dan bijaksana selain tentunya punya kesabaran menghadapi segala mehnah perjuangan.
Izinkan juga saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru dan sahabat saya Al-fadhil Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menitipkan saya 'pesanan' ini yang saya simpan kejap menjadi pendorong untuk terus berjuang.

3 comments:

psychedelicmundo said...

Jalan ini menuntut kita agar terus cekal.Kerana sebelum kita,pejuang-pejuang agung dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul telah menempuh jalan ini.Percayalah ujian ini bukan racun penyebab kita lemah,namun ubat supaya kita terus mara.Hidup para pejuang.

Indera Segara said...

Teruskan perjuangan..
menuntut sebuah kebenaran..
pasti tiada pernah rugi..
hanya pejuang yang mengerti..
lalu berasa puas hati..
panji perjuangan tegak teguh berdiri..
air mata sahaja yang bisa mencerminkan..
syukur atas sebuah kejayaan..

kesabaran dijadikan bekalan..
penawar sakit dalam menempuh dugaan..
menjadi kekuatan dalam pertempuran..
ayuh kawan, sahabat dan taulan..
menang makna sebuah perjuangan..
kalah bukan erti sebuah pengunduran..
pendirian kita yang sebenar menjadi ukuran..

ku selitkan sebuah peringatan..
ingatlah kepada daratan..
takut lemas dalam kealpaan..
alpa dalam kemenangan..
lupa kepada perinsip perjuangan..
moga kita dijauhkan dari kerugian..
moga kita beroleh keberkatan..
salam sebuah perjuangan..

İrfan Abad said...

sabar dan istiqamah dalam perjuangan itu sangat dituntut:)