Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Tuesday, July 7, 2009

Hari Yang Memilukan

Hari ini adalah hari yang memilukan.Saya kehilangan.Dari pusara ke pusara saya melayat.Ya,kematian kepada saya sentiasa memilukan.
Saya kehilangan Bapa Saudara,Ayah De Mat Piah (Cikgu Mat Piah Huma Luas Chenor) yang kembali ke Rahmatullah jam 8.05 malam kelmarin.Ayah De sudah terlantar di kamar hospital Temerloh hampir seminggu.Hampir seminggu juga saya berulang-alik ke hospital.
Dan jam 11 pagi tadi ketika sedang sibuk menguruskan upacara pemakaman Ayah De saya tersentak apabila menerima sms dari sahabat saya,Syed Putra Syed Ahmad memaklumkan berita duka perginya ayahanda beliau,Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama pena SahmadMalaya atau di kalangan kami lebih mesra dengan panggilan Abah.
SahmadMalaya adalah sasterawan veteran yang tersohor.
Manakala sedang saya melayat jenazah Allahyarham SahmadMalaya,saya menerima pula panggilan dari adik memaklumkan Abah saya dikejarkan ke hospital kerana sakit dada.Maka tidak sempat saya menghadiri sehingga ke akhir upacara pengkebumian Allahyarham SahmadMalaya kerana terpaksa pula berkejar ke Hospital.Abah dimasukkan ke Wad Kenanga 11,Lantai 7,Hospital Temerloh.
InsyaAllah saya akan menulis panjang tentang Allahyarhan SahmadMalaya.
Semoga Allah SWT memcucuri rahmat kepada roh Ayah De Mat Piah dan SahmadMalaya serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Alfatihah.

5 comments:

afna said...

semoga tabah dan sabar menhadapi saat menduga ini...

Anonymous said...

Al fatihah tuk Pok Der Mat Piah. dan semoga Cikgu Hamid cepat sembuh. - Koi org Huma Luas Chenor.

Anonymous said...

Alfatihah tuk Pok Der Mat Piah. Semoga Cikgu Hamid cepat sembuh.

ahmadnizamhamid said...

terima kasih saudara.sangat menghargainya

Anonymous said...

Alfatihah buat Sahmad Malaya dan Mat Piah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Perjalanan ASAS 50 adalah sebahagian dari perjuangan kemerdekaan Malaya!