(Hikayat Munsyi Abdullah )
Friday, July 31, 2009
Lawak Dari E-Mel
Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..'
Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya...'
Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO
Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'
Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'
Soalan3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'
Tukang Soal : 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..??Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'
Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'
Tukang Soal : 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'
Soalan Extra
Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..' 'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'
Thursday, July 30, 2009
Khidmat Sosial:Kanak-Kanak Hilang
Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7 malam 22 Jun.
Thank you for your kind 'doa'.
Bukti Dari Hansard Parlimen;Bagaimana ISA Disalahgunakan Oleh Pemimpin UMNO
Tun Razak beri jaminan ISA hanya untuk pengganas komunis
oleh Ahmad Tajdid
" Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini.
*Sumber HarakahDaily
Wednesday, July 29, 2009
Kearah Pemerintahan Yang Amanah Dan Telus Pakatan Rakyat:Keperluan Untuk Menubuhkan Institusi Hisbah/Ombudsman
'Every knock to the official door should be a reminder ring in order that none of us forgets that human rights are the rights belonging to every human being, regardless the age, sex, race, religion, the financial position or the occupation' - Albania Head of Ombudsman, Emir Dobjani
Jawatankuasa Hisbah Trengganu ketika itu di terajui oleh Allahyarham Tuan Haji Idris Othman,yang sebelum itu pernah menjawat jawatan Hakim Kanan Mahkamah Sesyen dan juga pernah menjadi Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Kelantan.
i.mentadbirurus ekonomi Islam dengan baik;dan
ii.membina pemerintahan yang adil.
Sunday, July 26, 2009
Kelangsungan Aura Al-Marhum Jadikan Teladan
*Di petik dari http://kedahlanie.blogspot.com/
Catatan Pinggir
Friday, July 24, 2009
Pemikiran Arena Wati mengenai rasuah dan kekuasaan
H Fansuri
Kekayaan khazanah pengalamannya tidak terhitung. Beliau lahir pada 30 Julai 1925 di Makasar, Indonesia. Lelaki yang hidupnya penuh kaya dengan pengalaman ini memiliki kekuatan jalur bahasanya yang tersendiri. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943.
Pendirian Arenawati mengenai rasuah
Kutukan Dari Langit (2004)
Trilogi Busa: Busa Hati. (2002). Arena Wati. Penerbit UKM
Thursday, July 23, 2009
Sekadar Catatan Kecil
Baru kembali dari Muar,Johor.Ke sana kerana tuntutan tugas di Mahkamah.Sempat juga diantara sela-sela masa di mahkamah untuk ngobrol dan bertukar fikiran dengan teman-teman peguam dari Johore Bar.
Tentunya isu tragedi kematian Sdr.Teoh menjadi topik hangat.Kesemua teman yang saya temui melahirkan ketidakpuasan hati dengan 'terms of reference' Suruhanjaya Siasatan Di Raja yang hanya sekadar meneliti kaedah soalsiasiasat yang dijalankan oleh SPRM dan meminggirkan terma rujukan yang paling penting iaitu bagaimana atau punca kematian Teoh.
Saya percaya majoriti dari kalangan rakyat khususnya keluarga mendiang Teoh inginkan penjelasan sebenar dan tuntas akan sebab dan punca kematian beliau;bukannya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.Kelihatannya Najib Razak mencabar intelektualiti rakyat kerana seolah-olah memikirkan rakyat tidak boleh berfikir.
Dan kelihatannya keadilan sekadar mengikut selera UMNO/BN,bukannya diatas lunas-lunas yang diterima sejagat.
Selain dari itu kelihatannya kemasukan Sdr.Dato Chua Jui Meng ke KEADILAN mendapat reaksi yang cukup positif.Sentimen ini bukan sahaja dari kalangan teman-teman tetapi juga dari mereka yang di temui di kedai makan.
Tuesday, July 21, 2009
Demo anti-ISA 'solidariti untuk Teoh'
Tiga lokasi yang menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan dipilih: kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral, kata ketua Pemuda PAS yang terlibat dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menganjurkan perhimpunan itu.
Nasrudin juga mengarah ahli-ahli dewan itu di peringkat kawasan dan negeri untuk memobilisasi orang ramai agar menyertai perhimpunan tersebut. GMI belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung lokasi awal berhimpun sebelum bergerak ke Istana Negara.
Jumaat lalu, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata kerajaan wajar "berani memansuhkan" akta tersebut dalam agenda pembaharuan - bawah perdana menteri baru Datuk Seri Najib Razak.
Abdullah berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.
Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang turut disertai pembangkang dan NGO hak asasi.Pada 22 Jun lalu, GMI mensasarkan kehadiran penentang ISA "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.
Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.
Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.
*Sumber berita dari Malaysiakini
Bangsat! Korup! Zalim!
Monday, July 20, 2009
ISA zalim kerana:
menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
merampas hak kebebasan aktivis
mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas. Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas! Jangan sekali-kali keliru!
ISA menzalimi mangsa dengan berselindung di sebalik undang-undang. Ini dilakukan dengan:
menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga
memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.
Apa jadi semasa tahanan 60 hari?
Aktivis akan berdepan dengan sebahagian, kesemua atau lebih daripada perkara-perkara berikut:
dibawa ke lokasi rahsia
dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan
terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!
disoal-siasat berjam-jam
dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan
dibogelkan
dipaksa melakonkan adegan seks
dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering!
diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai
dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain
diliwat dengan sejenis objek atau alat
diancam untuk diliwat oleh SB
dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!
dipenjara tanpa bicara
dituduh dengan tuduhan yang direka-reka
dipaksa hidup seperti orang salah
dipaksa patuh dengan peraturan penjara
dirampas hak untuk membela diri
dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi
dipaksa menjalani program pemulihan
didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu mengulangi 'kesilapan' silam!
ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!
didesak untuk tidak menentang Umno-BN
dipujuk untuk menyokong Umno-BN
dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.
Ketahuilah bahawa aktivis tidak bebas daripada penahanan ISA kerana:
'bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan
tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
Ketahuilah, insya-Allah aktivis akan bebas daripada penahanan ISA dengan:
meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia
dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith
meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan
semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis
pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis
terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.
Aktivis mesti bangkit melawan dan jangan sekali-kali duduk diam untuk menanti kebebasan percuma! Aktivis hendaklah:
bantu GMI gerak dan jayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa
hantar memorandum kepada Suhakam
keluarkan kenyataan akhbar
tulis dan terbitkan buku
tulis dan siarkan rencana dalam media alternatif
galakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI
galakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan
galakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu
lancarkan mogok lapar
beri sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan lancarkan mogok lapar serentak di luar.
Aktivis mestilah meyakini hakikat sebenar ISA. Ianya terdiri daripada tiga perkara utama, iaitu:
ISA bukan untuk keselamatan negara. ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN
ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik
Jangan takut kepada ISA! Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat.
Friday, July 17, 2009
Thursday, July 16, 2009
Berita Pilu Dari Malaysiakini
SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM
Jul 16, 09 5:20pm
kemaskini 7.43pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Tuesday, July 14, 2009
Hikayat Sang Maharaja Dermawan
"Limpah kurnia Sang Maharaja kepada rakyat adalah bukti betapa rakyat didahulukan,"ujar Sida yang setiap kali bercakap bersemburan air liur kerana kontot lidahnya.Sida ini menjaga hal ehwal keselamatan negeri adanya.
"Sahaya begitu kagum kepada ke-pemerintah-an Sang Maharaja kerana memang bijaksana lagi bijaksini.Tiada duanya di alam ini.Sang Maharajalah pemimpin ulung bangsa yang mementingkan kebajikan rakyat,"ucap mantan Sida dengan tersengih-sengih sambil memandang kamera.Mantan Sida ini baru-baru ini dikatakan membina mahligai di kayangan dengan ongkos berlaksa-laksa yang melampaui gajinya.
Begitulah antara komen para Sida yang sempat di catatkan.Manakala para tukang canang ampusini ampusana pun apatah lagi bergerobak ditulis diatas daun lontar diedar kepada seluruh rakyat jelata betapa kasih dan sayangnya Sang Maharaja kepada rakyat sehingga sanggup berkorban menganugerahkan hadiah.
Monday, July 13, 2009
Berita Dari Malaysiakini
Tahan peguam: Suhakam adakan siasatan awam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan untuk mengadakan siasatan awam terhadap penahanan lima peguam di luar balai polis Brickfields pada malam 7 Mei lalu.Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat bulanan Suhakam hari ini. Lima peguam tersebut adalah dari pusat bantuan guaman Majlis Peguam.
Saturday, July 11, 2009
Stop Press
sesungguhnya ini hanya titipan,
Friday, July 10, 2009
Damailah Kau Di Perbaringan Itu:Catatan Kecil Tentang Natrah
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura
28 April 1950 Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.
2 Disember 1950 Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim memberikan keputusan - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari .Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kepada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah .
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaya.
20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stood Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam.
16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.
26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans.
15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.