Baru kembali dari Muar,Johor.Ke sana kerana tuntutan tugas di Mahkamah.Sempat juga diantara sela-sela masa di mahkamah untuk ngobrol dan bertukar fikiran dengan teman-teman peguam dari Johore Bar.
Tentunya isu tragedi kematian Sdr.Teoh menjadi topik hangat.Kesemua teman yang saya temui melahirkan ketidakpuasan hati dengan 'terms of reference' Suruhanjaya Siasatan Di Raja yang hanya sekadar meneliti kaedah soalsiasiasat yang dijalankan oleh SPRM dan meminggirkan terma rujukan yang paling penting iaitu bagaimana atau punca kematian Teoh.
Saya percaya majoriti dari kalangan rakyat khususnya keluarga mendiang Teoh inginkan penjelasan sebenar dan tuntas akan sebab dan punca kematian beliau;bukannya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.Kelihatannya Najib Razak mencabar intelektualiti rakyat kerana seolah-olah memikirkan rakyat tidak boleh berfikir.
Dan kelihatannya keadilan sekadar mengikut selera UMNO/BN,bukannya diatas lunas-lunas yang diterima sejagat.
Selain dari itu kelihatannya kemasukan Sdr.Dato Chua Jui Meng ke KEADILAN mendapat reaksi yang cukup positif.Sentimen ini bukan sahaja dari kalangan teman-teman tetapi juga dari mereka yang di temui di kedai makan.
No comments:
Post a Comment