Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, March 1, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan#6


Beberapa malam yang lalu saya di Felda Tersang 3,Raub memenuhi undangan Abang Ali Ketua Bahagian KEADILAN Raub untuk program ceramah.Selain dari saya,sdr.Dato Fauzi Rahman,Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang turut diundang selain pemimpin DAP.

Hujan lebat yang turun semenjak selepas maghrib nampaknya tidak menghalang kehadiran orang ramai.Diawalnya,tuan rumah agak risau sekiranya kehadiran tidak memadai.


Sewaktu menikmati makan malam,Abang Ali memberitahu saya arahan daripada OCPD Raub yang melarang mana-mana penceramah dari menyentuh krisis yang berlaku di Perak dan membicarakan isu Perlembagaan.Saya agak terkejut juga dengan arahan sedemikian.Saya bertanya apakah arahan tersebut dinyatakan sebagai syarat khas di dalam permit polis?Menurut Abang Ali,arahan tersebut diberikan oleh OCPD secara lisan beserta amaran untuk merampas michrophone sekiranya mana-mana penceramah enggan mematuhinya.


Sepekan sebelum ini,Al Fadhil Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang memberitahu saya Polis Johor juga melarang mana-mana penceramah dari menyentuh isu Perak,malah menyebut perkataan `Perak' pun tidak boleh.Beliau yang berceramah di Kulai Johor `akur' dengan arahan tersebut dengan hanya menghuraikan kemelut politik di sebuah negeri yang dikenali `Pasir Berdengung' dimana UMNO/BN merampas pemerintahan negeri tersebut dengan cara tidak bermaruah dan memanipulasikan institusi Istana."Ana bercerita tentang politik di negeri Pasir Berdengung pun Polis tak bagi",ujar beliau dengan senyum.


Sdr.Samsul Iskandar Mat Akin,Ketua AMK Malaysia juga mengalami pengalaman yang sama di Negeri Sembilan.Polis melarang beliau dari menyentuh kemelut politik negeri Perak dan Sdr.Samsul turut akur dengan hanya berceramah tentang poltik mual UMNO/BN di sebuah negeri bernama `Silver'.


Kelihatannya ada suatu trend diseluruh negara untuk menghalang dan melarang penceramah Pakatan Rakyat dari mengulas kontroversi yang melanda negeri Perak.Dan khabarnya arahan ini di terima dari `atas',dari para Dewa di PutraJaya dan Bukit Aman.Para petinggi Polis di tingkat daerah tidak punya pilihan melainkan mematuhi perintah para Dewa tersebut.Perintah ini disertakan dengan amaran untuk merampas pembesar suara dan/atau menahan pemimpin Pakatan sekiranya tidak dipatuhi.


Reaksi saya setelah diberitahu oleh Abang Ali ialah betapa bangangnya arahan sedemikian.Apakah UMNO/BN fikir dengan melarang mana-mana penceramah mengulas kemelut Perak maka isu itu akan reda dan terpadam dengan sendirinya dan UMNO/BN mendapat kembali maruah mereka?Apakah mereka fikir tindakan sedemikian akan dapat meredakan kemarahan rakyat?
Hakikatnya,kepongahan UMNO/BN terserlah dari arahan seumpama ini.UMNO/BN takut kepada bayang-bayang sendiri.Pada perkiraan mereka dengan menggunakan Polis untuk menghalang rakyat dari mendapat informasi,maka pemikiran rakyat akan dapat diolah sepertimana yang mereka kehendaki.
Ianya juga menyerlahkan citra sebenar UMNO/BN yang bukan sahaja takut berhujjah dan berdepan secara politik tetapi juga tanpa segan silu berlindung dibalik pihak berkuasa.UMNO/BN kelihatannya kehilangan stamina dan terpaksa memanipulasikan `state apparatus' atas nama keselamatan negara bagi membisukan suara rakyat.
Pada masa yang sama,Harakah dan Suara Keadilan dirampas dan dihalang dari dijual kepada khalayak;sedangkan saban waktu RTM,TV3 dan akhbar-akhbar perdana memainkan isu Perak dengan pelbagai dakyah,propaganda dan dis-informasi yang bertujuan mengelirukan rakyat dan membentuk pandangan searah semata-mata.
Makanya pendekatan sedemikian menyerlahkan lagi kebobrokan UMNO/BN yang sudah sedia tercalar.Seperti biasa mereka tersalah tafsir bahawa dengan menghalang suara rakyat maka rakyat kononnya akan tunduk kepada mereka sedangkan seharusnya mereka menginsafi tindak tanduk mereka sendirilah selama lebih dari 5 dekad yang menyebabkan rakyat menjauhkan diri dari UMNO/BN.Tidak ada sebarang upaya konkrit diambil untuk menyemarakkan demokrasi dan budaya berbeza pendapat dengan berhemah melainkan mengambil pendekatan kebelakang dengan menakutkan rakyat melalui manipulasi agensi penguatkuasa undang-undang.
Saya berpandangan bahawa kita tidak punya pilihan,jika akur dengan arahan songsang ini bermakna kita membiarkan UMNO/BN bermaharajalela 'membonsaikan` fikiran rakyat berterusan;pilihan kita cuma satu,meneruskan dan memperhebatkan program penerangan kepada rakyat.Saya kira pengalaman kita 10 tahun terakhir ini sesungguhnya memberikan kekuatan untuk kita sanggup mengambil risiko demi perjuangan rakyat dan membebaskan rakyat dari belengu UMNO/BN.
Dan kepada pihak keselamatan,pesan kita cuma satu-pertahankan hak rakyat dan berhenti dari dilihat menjadi alat kepada UMNO/BN.Kita hanya berminat bertembung dengan UMNO/BN secara politik dan gentleman!

No comments: