Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Tuesday, October 12, 2010

Wajib Baca:Artikel Dari MerdekaReview

Satu dubur tentukan masa depan Malaysia
oleh:Lim Hong Siang

Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.
Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan.
Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.
Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.
Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.
Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...
Buktikan liwat tanpa tusukan?
Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.
Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?
Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.
Jelas, Anwar Ibrahim diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.
Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.
Politik menabur dendam
Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.
Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.
Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an.
Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.
Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.
Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...
Bebas dari politik dubur
Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.
Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?
Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?
Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.
Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.
Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.
Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.
Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.
Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Saturday, October 2, 2010

BELASUNGKAWA:SELAMAT JALAN PAK KUDUS


Memang 2-3 hari ini saya menerima berita perkhabaran tentang kesihatan Pak Kudus yang kian merudum.Didalam facebook,teman dari Selangor tag foto Pak Kudus yang terlantar di katil IJN dengan wayar berselirat.




Dek kerana tuntutan tugas saya tidak dapat mengziarahi beliau di IJN.Hanya doa dan salam yang saya dapat titipkan dari Temerloh.Dan pagi ini,Jumaat 1/10/2010 saya menerima khabar duka akan kembalinya Pak Kudus di jemput al-Khalik di katil IJN.




Saya mula mengenali Pak Kudus sekitar tahun 1999.Parti KeADILan Nasional baru sahaja di tubuhkan.Bahang gerakan Reformasi sedang memuncak dengan tuntutan DSAI dibebaskan.Saya dan teman-teman di Temerloh baru belajar berjinak-jinak dengan dunia politik opposisi yang mencabar.Tentunya sebagai anak muda yang masih hijau dengan sepak terajang politik banyak yang perlu di pelajari.




Dan Pak Kudus antara individu yang saya kira punya stamina menjelajah seluruh pelusuk Tanahair berceramah dan bertemu dengan ahli-ahli parti.Di sekitar Pahang Tengah-ketika itu Parlimen Temerloh,Mentakab dan Maran-hampir setiap bulan Pak Kudus akan turun berceramah.Tanah-tanah rancangan FELDA dijelajahinya berceramah menuntut pembelaan dan keadilan kepada DSAI.




Malah oleh kerana kerapnya Almarhum turun disekitar Temerloh dan Maran,saya pernah dalam suatu perbualan dengan seorang Pegawai Kanan Polis,bekas Pegawai Special Branch,meminta saya menyampaikan kepada Pak Kudus agar 'tone down' isi ceramahnya.Apabila saya memberitahu Pak Kudus 'permintaan' pegawai polis tersebut,Pak Kudus ketawa besar sambil memberitahu pegawai tersebut merupakan anak muridnya di Cawangan Khas.


Sewaktu PRK Parlimen Teluk Kemang saya telah berkenalan dengan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan Allahyarham Pak Ali Hanapiah (jika saya tidak silap nama).Pak Ali bercerita sewaktu Operasi Lalang beliau turut di tangkap dan IO ialah Pak Kudus.Yang menariknya,tidak ada langsung perkataan buruk yang keluar dari mulut Pak Ali mengenai Pak Kudus,pegawai Special Branch yang 'melanyaknya' sewaktu di tahan 60 hari di bawah ISA.Malah Pak Ali memuji Pak Kudus yang dianggapnya professional dan baik.Setelah tamat 60 hari dan dibebaskan,Pak Kudus yang menghantar Pak Ali pulang ke rumah di Negeri Sembilan dengan keretanya sendiri.


Pak Kudus juga mempunyai rasa hormat yang besar terhadap DSAI.Pernah Allahyarham memberitahu saya bahawa sewaktu DSAI di tahan dibawah ISA tahun 1974,telah terserlah daya kepimpinan dan prinsip DSAI.Malah Allahyarham Pak Kudus mempunyai keyakinan yang besar bahawa DSAI memimpin negara sebagai PM suatu hari nanti.


Dan hari ini pemimpin yang berjiwa besar ini telah kembali ke Rahmatullah.Memang perjuangan ini akan merasa kehilangan beliau.Jasa dan baktinya kepada perjuangan rakyat selama ini tentunya tidak ternilai dan tentunya juga tidak terbalas.Pemergian Pak Kudus sesungguhnya sukar dicari ganti.


Bagi pihak keluarga dan seluruh anggota KEADILAN Temerloh,saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta bersabar menghadapi ujian ini.Semoga Allah Azzawajalla menghimpunkan seluruh amal baik Allahyarham dan mengampunkan dosa-dosanya;semoga Allah Maha Pengasih dan Penyayang menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang-orang yang soleh,amin.Al-Fatihah.


Sila baca temuramah Allahyarham Pak Kudus dengan The MalaysiaInsider:




At 70, Abdul Kudus Omar, even with his thinning shock of white hair, cuts a slim, trim and youthful figure.

His eyes, now crinkled at the corners, tell of stories long past and experiences that, although sometimes bitter, have also become the potion of life that has kept him fuelled throughout the years.

To Abdul Kudus, it is not the number of years in one’s life that matters — it is how much life one injects into those years that really counts. And for the grandfather of 11, the very essence of that life was his unfaltering faith and belief in the struggles of one man — Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ironically, Abdul Kudus’ friendship with the fiery opposition leader, dating as far back as 1974, had sparked off from a rather bizarre setting — in the interrogation room of the Bukit Aman police headquarters.

Then a corporal with the force’s Special Branch unit, Abdul Kudus who is today the division chairman for PKR Tanjung Karang, was tasked with interrogating the young student leader Anwar, who had been detained — for the first time — under the Internal Security Act (ISA) for rallying against rural poverty and hunger.

“It was a 60-day long interrogation. I was assigned to the duty with two others but I did most of the questioning for the others often found ways to get out of it,” Abdul Kudus told The Malaysian Insider in an exclusive interview here this week.

The septuagenarian gestured energetically as he recalled the details of his early friendship with Anwar and looked right at home in the tiny coffee shop nestled at the fringes of Desa Maju, Kampung Sungai Tengi. Despite his advanced years, the pint-sized activist commutes at least one hour daily to the village, known to be an Umno stronghold, to spearhead activities for his party’s campaign in the Hulu Selangor by-election on April 25.

“I had already known of Anwar before, as the leader of Abim (Malaysian Muslim Youth Movement), but we only met when he got arrested. It was too bad that he got arrested. At the time, the Home Ministry claimed that his actions had been under the influence and instigation of Parti Komunis Malaya — they were trying to implicate him with the communist party.

“Anwar was placed under solitary confinement for his involvement in the protests and my job was to speak with him every day for 60 days, to determine if he was indeed a threat to national security,” said Abdul Kudus.

In the 60 days, he said, his admiration for the young Anwar grew.

“He was co-operative, there was no exchange of harsh words or violence. We discussed things; education policies, politics, everything,” he said.

It was during that time, said Abdul Kudus, that he “fell in love” with Anwar’s courage and powerful convictions.

“There was something inside this guy, something in his style that told me: this man will be the prime minister of Malaysia one day,” he said.

Abdul Kudus said that although Anwar was sent to serve a 20-month sentence at the Kamunting detention camp, his friendship with him never wavered.

“We stayed in touch and when he was released, we would meet up, sometimes as often as once a week. We spoke extensively about the future of Islam, the wellbeing of the people and the future of the country,” he said.

Abdul Kudus added that he had initially been opposed to the idea of Anwar joining Umno. “I do not know what it was, I just felt something was not good. At the time, it was (former prime minister Tun) Dr Mahathir (Mohamad) who invited him in. He called Anwar’s father-in-law, Datuk Wan Ismail and said that he wanted Anwar to join his Cabinet,” he said.

Despite his uneasiness at the proposition, Abdul Kudus said his support for Anwar continued throughout the years, until the leader reached the pinnacle of his career in the Federal Government — he had become the country’s second-in-line to the premiership as the deputy prime minister.

Anwar’s steady climb to the top came to an abrupt stop, however, when he was suddenly sacked in 1998 over allegations of sodomy and corruption, and subsequently sent to jail until 2004.

“In Sept 2, 1998, I was in Seremban visiting my children when I heard the news — Anwar had been removed. I knew immediately he had been framed. I knew it without a doubt.

“Since that day, I joined the reformasi (reformation) movement and never looked back,” he said.
Abdul Kudus admitted that although his faith in Anwar had already become an impenetrable fortress, it had not been an easy transition to move from his cushy life as a pro-establishment supporter to the opposition camp.

“I had joined Umno in 1996 already. I was in the party as a member for almost two years when Anwar was removed. But it mattered little for I knew, and I strongly believed, that this man had been framed,” he said.

In Sept 16, 1998, Abdul Kudus organised a mammoth rally for Anwar at his home in Tanjung Karang, giving the leader the platform to explain his predicament to the people.

“Thousands gathered to hear him. It was surreal,” he said.

On Sept 20, Anwar was arrested. A few days later, Abdul Kudus, and many of his family members were sacked from Umno.

“Anyone with the ‘bin Omar’ name was sacked. But it was funny — we laughed until our stomachs exploded,” he said.

Abdul Kudus went on to explain that even his contract for an excavator service business that he had just started at the time, was also taken away.

“They took everything from us, from me. Even my brother, who was not an Umno member, was apparently sacked from Umno. Do not ask me how, we received the letters and we just laughed,” he said.

The losses, however, never once dampened Abdul Kudus’ resolve to stand strong for the reformasi movement, and his blind faith in Anwar even withstood the test of whopping offers of gifts and monetary rewards.

“I am quite somebody in Selangor. And they (Umno) knew that. I am very valuable to them because the people of Selangor know me,” he said.

He claimed that he had been approached with contract offers and cash rewards in exchange for his return to Umno and his departure from the reformasi movement.

“They asked me — how many million ringgit worth of contract do you want? I was asked also to hand over my membership form to Umno to a prominent politician onstage during one function and when I descended from the stage, I was to receive RM5 million upfront,” he said, smiling coyly.

Abdul Kudus claimed he politely declined the offers.

“After 34 years of clean service with the force… I never once accepted corrupt offers… and now, when I am old and decrepit, why should I sacrifice all those years?” he said.
Instead, Abdul Kudus said he chose to follow his heart.

“And I had already, from years before, fallen in love with Anwar’s fight. What Anwar is preaching is the very value I admire… I fall in love with people who preach the universal values of mankind — that mankind is equal, that we are all one people.

“I see that he is not only a leader to his family, to the people but also, he is a leader of the world. When Anwar speaks, everyone listens — the Muslims, the Christians, the Buddhists, everyone,” he said.

Abdul Kudus expressed disgust at leaders who ruled only for the sake of holding on to power and not to use that power to improve society.

“They do not care, they would do anything to stay up on that pedestal,” he said.

He noted that Anwar, however, had not only gone to the far corners of power but had also been dragged mercilessly from the throne and thrown into the dark recesses of incarceration.

Even then, he said, the now 62-year-old leader had still emerged upholding the very same principles he had admired in the young student leader whom he met in 1974.

It was this determination, concluded Abdul Kudus, that would make his prediction, made within the four walls of the dank interrogation room at Bukit Aman more than 30 years ago, come true.

“Anwar will become the prime minister of Malaysia one day.”

Wednesday, September 15, 2010

PROMOSI BLOG PEJUANG

ROBOT ITU DATANG


Mak..mak…mak..
Robot itu datang….datang kesini
Bunyinya sangat dan bingit…
Terdapat bermcam jenis robot itu..
Datang bersama “Tuan” masyarakat kita…


Apak…apak…apak…
Kenapa robot itu menceroboh pasaraya kita..
Pasaraya kita yang menyediakan rotan, herba dan buah-buahan..
Tempat aku bermain sorok-sorok dan menenami si pacat menghisap darah…
Tualang, merbau, cengal dan teman-teman pokokku lain habis tumbang..
Aku…aku…kaget kenapa robot itu kejam membunuh kawan-kawanku..


Nek..nek..nek…
Kenapa robot itu datang…air sungai jenih menjadi keruh..
Sungai tempat aku berenang, mendapatkan sebarau dan bermain rakit
Kini berwarna teh susu tetapi tiada gula sudah semakin cetek…
Sungai ini berbau dan mempunyai tompok minyak robot..
Ramai kawan-kawan ikan bergelimpang meninggal dunia…
Aku, dia dan kami akan pupus nanti kerana racun robot itu???...


Atuk..atuk..atuk…
Tolonglah jampi supaya Robot itu keluar daripada tempatku…
Mohon kepada roh nenek moyang supaya menghalang kerja robot itu…
Sudah…sudah..cucu..atuk dah bermohon tetapi robot itu tetap degil..
Degil kerana mereka menganggap tempat kami sebagai tempat “Tuan”
“Tuan” yang mengaku lebih berkuasa daripada yang Maha-Pencipta..


Haruskah aku dan anak-anak muda belantara menyumpit robot

dan “Tuan” itu…
Tetapi mereka ada bom C4


dan kapal selam yang tidak boleh menyelam…
Sumpit tidak lut kepada jet pejuang


walaupun tanpa enjin yang dicuri…


Ya Allah Ya Tuhanku

Yang Maha Pengasih dan Penyayang

aku berdoa
Selamatkan tempatku serta bangsaku


daripada kezaliman robot dan “Tuan”
Amin
Rabil Alamin…



Puisi diatas hasil nukilan seorang anak muda dari suku Jahut,salah satu dari suku etniks Orang Asal (OA) di Semenanjung.Anak muda ini,graduan dari Universiti Malaysia Sabah merupakan antara pejuang dan aktivis OA yang berjiwa kental.



Lahir dan membesar dalam serba kekurangan dipinggir hutan rupa-rupanya membentuk jiwa anak muda untuk terjun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan dan nawaitu bagi membela nasib kaumnya yang sekian lama terpinggir dan tertindas.



Ya,suara hati anak muda ini,yang mewakili suara hati OA punya kewajaran untuk difahami dan diendahkan.Suara anak belantara yang mahu didengari,yang mahu menuntut hak dan yang mahu membebaskan kaumnya dari rantai besi waja yang melilit dan mengikat tangan-tangan masyarakat OA.Anak belantara ini bercita-cita melihat kaumnya menikmati hidup dan kehidupan di Bumi Manusia ini sebagai manusia bermaruah dan punya martabat.Tidak rela dia melihat anakbangsanya merempat di tanahair sendiri,tidak tega dia melihat anakbangsanya di tindas.Anak muda ini memilih untuk bangun melawan!



Suara anak muda ini,Ramli Lugan,suara anak belantara boleh diikuti dari blog beliau:



SPIRIT OF JAHUT

http://spiritjahut.blogspot.com/

Sunday, September 12, 2010

SEGERALAH SEMBUH,DANIAL










Anak saudara kami,Ahmad Danial,kini terlantar di Hospital Besar Ipoh.Malam hari raya pertama Danial atau dikalangan keluarga lebih mesra dengan panggilan Nial atau Nyial di kejarkan ke Hospital Ipoh dari Hospital Kuala Kangsar.



Nial sepatutnya balik ke Chenor pada hari raya kedua kini terpaksa bermalam di hospital kerana tidak sihat.Memang sewaktu bulan puasa baru-baru ini,Nial nampak begitu tidak sihat.Suhu badan naik dan panas;selera makan begitu berkurang,lemah dan tidak bermaya.Buka puasa sekadar mencicipi sedikit juadah dan langsung meninggalkan meja makan.Goreng ikan keli berlada yang merupakan favourite juga gagal membuka selera Nial.



Ya,keluarga kami kecil,cucu-cucu Mak hanyalah 13 orang sahaja.Kami rapat dengan anak-anak saudara.Dan Nial antara anak saudara favourite aku.Sepupu-sepupu Nial-Aniq,Anat,Intan,Aliff,Anis,Liya,Anas,Shaza,Suhail dan Afif-turut melahirkan keprihatinan dan simpati serta kasihsayang kepada Nial.Raya tidak terasa meriah jika tidak semua dapat berkumpul.


Pakcik,Mak Ina,Suhail,Nenek dan seluruh keluarga mendoakan Nial segera sembuh dan kembali sihat-ceria.




Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI DAN MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF DZAHIR-BATHIN KEPADA SEMUA.
SEMOGA KEDATANGAN HARI MULIA INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN KEBAHAGIAN DAN KEGEMBIRAAN SERTA MENDAPAT KEBERKATAN-PERLINDUNGAN DARI DIA YANG MAHA ESA.
SUDI-SUDILAH KE RUMAH KAMI DI KG TOK EMBUN ATAU DI CHENOR BAGI MENGERATKAN SILATURRAHIM.

Tuesday, September 7, 2010

PROMOSI BLOG SANGGAR PENYAIR CYBER PAHANG

Tatkala mengikuti penggambaran filem MOMOK,JANGAN PANGGIL AKU,idea penubuhan Sanggar Penyair Cyber Pahang terjelma


Teman-teman Penyair dan Penulis Muda Pahang,dengan dokongan-galakkan daripada Seniman Veteran dan Tersohor Bapak Yassin Salleh memilih untuk bergabung di dalam suatu sanggar.


Khabarnya dari perbualan-perbincangan-lampas otas,bukan di coffee house yang dingin dan suram,tetapi sekadar di tepi jalan Songsang,Teluk Ira,Seberang Temerloh,Gunung Senyum dan di pinggir tebing pertemuan Sungai Semantan dengan ibunya,Sungai Pahang tercetus gagasan besar untuk para Penyair dan Penulis Muda Pahang bergabung dan lahirlah Sanggar Penyair Cyber Pahang.


Ya,khabarnya anak-anak Penyair Muda Pahang ini tatkala memberikan sokongan,dokongan dan menjengah set pembikinan filem MOMOK JANGAN PANGGIL AKU yang di terajui oleh Sutradara tersohor,M.Jamil dengan mengambil teladan dari semangat dan anjuran Pak Yassin Salleh maka terkutiklah idea untuk bergabung di dalam sebuah Sanggar.Pak Yassin Salleh,seniman dan orang seni yang memberikan suntikan serta galakkan untuk karya-karya puisi ini dirumahkan dalam suatu blog.Demikianlah.



Seniman Pak Yassin Salleh dan M.Jamil.Pak Yassin yang mempelopori idea penubuhan Sanggar
(foto ihsan Pak Yassin Salleh)




Sanggar atau grup ini tidak pula di ikat dengan protokol atau ulah yang hebat menentu;Sanggar ini para pelakunya bukan juga mereka yang punya bobotan (tentunya terkecuali Pak Yassin Salleh) atau nama besar.Pelakunya sekadar orang biasa,orang yang begitu-begitu sahaja tetapi punya azam,iltizam dan tekad besar untuk maju dalam bidang seni,untuk melonjak-memartarbatkan seni-puisi dan genre yang berkaitan dan tentunya sebagai lontaran-lantunan-rasa hati yang lahir dari mata hati dan mata batin penggiatnya.



Tentunya rencam yang mendiami Sanggar ini;rencam dari latarbelakang yang berbeda,rencam (mungkin) kerana ada yang tidak pernah mendapat latihan formal dalam puisi tetapi tentunya kerencaman itu,dari orang yang begitu-begitu,melahirkan karya yang jitu-indah dan menyengat.



Qaseh,Ema Soleil dan Maria TJ di set penggambaran filem MOMOK JANGAN PANGGIL AKU.Ema ialah tenaga utama blog Sanggar Penyair Cyber Pahang (foto ihsan Pak Yassin Salleh)



Maka,silalah.Jemputlah.Sudi-sudilah menjengah dan menjenguk blog yang teristimewa ini.Blog dan Sanggar dan puisinya saya yakin,bersifat rakyat dan proletariat:


Sanggar Penyair Cyber Pahang http://sanggarpcp.blogspot.com/

BLOG & AKU

Ramai teman-teman yang bertanya (buat kesekian kalinya) kenapa blog ini gagal di kemaskinikan.Sesungguhnya aku tak punya jawaban mantap atau alasan konkrit.Ya,memang sudah lama blog ini tidak berisi wejangan mahupun masukan-masukan yang baru dan terkini.
Jika untuk memberikan alasan sepele,tentunya aku boleh berdalih dengan tuntutan kerja dan 1001 hambatan yang lain;pun ada teman-teman memberikan reaksi balas yang orang lain pun lalui pengalaman yang sama-tuntutan kerja dan tugasan yang menguras tenaga dan masa tetapi tetap meng-update-kan blog mereka.Mendengar ini,aku terkesima.
Sesungguhnya,tidak ada alasan lunak yang boleh di berikan,tiba-tiba nafsu untuk menulis hilang syahwatnya.
Banyak yang telah aku draf-lakarkan,ada yang masih berdiri sebagai bahan mentah dalam bentuk draf mahupun coretan-coretan bank idea dalam setumpuk kertas.Kesemua raw materials ini gagal di tuangkan kedalam acuan naratif aksara.Malah saya sudah berjanji dengan seorang teman untuk menyediakan artikel sempena bulan Kemerdekaan tentang Temerloh atas sifat pencetus gerakan kemerdekaan.Dengan beribu maaf,juga gagal di siapkan.
Cukup dengan alasan dan dalih tentunya.Moga-moga di hujung Ramadhan dan menjelang Syawal ini ghairah-syahwat untuk menulis kembali mekar,insyaAllah.