Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, September 15, 2010

PROMOSI BLOG PEJUANG

ROBOT ITU DATANG


Mak..mak…mak..
Robot itu datang….datang kesini
Bunyinya sangat dan bingit…
Terdapat bermcam jenis robot itu..
Datang bersama “Tuan” masyarakat kita…


Apak…apak…apak…
Kenapa robot itu menceroboh pasaraya kita..
Pasaraya kita yang menyediakan rotan, herba dan buah-buahan..
Tempat aku bermain sorok-sorok dan menenami si pacat menghisap darah…
Tualang, merbau, cengal dan teman-teman pokokku lain habis tumbang..
Aku…aku…kaget kenapa robot itu kejam membunuh kawan-kawanku..


Nek..nek..nek…
Kenapa robot itu datang…air sungai jenih menjadi keruh..
Sungai tempat aku berenang, mendapatkan sebarau dan bermain rakit
Kini berwarna teh susu tetapi tiada gula sudah semakin cetek…
Sungai ini berbau dan mempunyai tompok minyak robot..
Ramai kawan-kawan ikan bergelimpang meninggal dunia…
Aku, dia dan kami akan pupus nanti kerana racun robot itu???...


Atuk..atuk..atuk…
Tolonglah jampi supaya Robot itu keluar daripada tempatku…
Mohon kepada roh nenek moyang supaya menghalang kerja robot itu…
Sudah…sudah..cucu..atuk dah bermohon tetapi robot itu tetap degil..
Degil kerana mereka menganggap tempat kami sebagai tempat “Tuan”
“Tuan” yang mengaku lebih berkuasa daripada yang Maha-Pencipta..


Haruskah aku dan anak-anak muda belantara menyumpit robot

dan “Tuan” itu…
Tetapi mereka ada bom C4


dan kapal selam yang tidak boleh menyelam…
Sumpit tidak lut kepada jet pejuang


walaupun tanpa enjin yang dicuri…


Ya Allah Ya Tuhanku

Yang Maha Pengasih dan Penyayang

aku berdoa
Selamatkan tempatku serta bangsaku


daripada kezaliman robot dan “Tuan”
Amin
Rabil Alamin…



Puisi diatas hasil nukilan seorang anak muda dari suku Jahut,salah satu dari suku etniks Orang Asal (OA) di Semenanjung.Anak muda ini,graduan dari Universiti Malaysia Sabah merupakan antara pejuang dan aktivis OA yang berjiwa kental.



Lahir dan membesar dalam serba kekurangan dipinggir hutan rupa-rupanya membentuk jiwa anak muda untuk terjun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan dan nawaitu bagi membela nasib kaumnya yang sekian lama terpinggir dan tertindas.



Ya,suara hati anak muda ini,yang mewakili suara hati OA punya kewajaran untuk difahami dan diendahkan.Suara anak belantara yang mahu didengari,yang mahu menuntut hak dan yang mahu membebaskan kaumnya dari rantai besi waja yang melilit dan mengikat tangan-tangan masyarakat OA.Anak belantara ini bercita-cita melihat kaumnya menikmati hidup dan kehidupan di Bumi Manusia ini sebagai manusia bermaruah dan punya martabat.Tidak rela dia melihat anakbangsanya merempat di tanahair sendiri,tidak tega dia melihat anakbangsanya di tindas.Anak muda ini memilih untuk bangun melawan!



Suara anak muda ini,Ramli Lugan,suara anak belantara boleh diikuti dari blog beliau:



SPIRIT OF JAHUT

http://spiritjahut.blogspot.com/

No comments: