Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )
Showing posts with label politik/siasah;komentar. Show all posts
Showing posts with label politik/siasah;komentar. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Mantan Setiausaha BN Penang Tandatangan Surat Pembatalan Rohaizat Sebagai Peguambela&Peguamcara

Muhyiddin Yassin di dalam reaksi beliau ketika ditanya tentang isu pembatalan pendaftaran Sdr.Rohaizat Othman sebagai peguambela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya telah menuding jari kepada Majlis Peguam dengan menuduh bersikap berat sebelah dan hanya mengambil tindakan kepada pengamal undang-undang dari kalangan UMNO sahaja.

Tuduhan atau komen Muhyiddin tersebut bukan sahaja tidak berasas malah menampakkan betapa tidak matang serta kalutnya TPM.

Dibawah adalah pendedahan terbaru yang diterima melalui e-mel membuktikan prosiding yang di jalankan terhadap calon UMNO/BN PRK Permatang Pasir adalah telus,adil dan proffessional.Pengerusi Lembaga Disiplin yang melucutkan Rohaizat Othman dari jubah peguam adalah orang UMNO sendiri!Muhyiddin Yassin perlu meminta maaf kepada Majlis Peguam dan seluruh peguam di seluruh negara.


Salam
Sebagaimana yang tuan maklum, calon BN Sdr Rohaizat telah dibatalkan lesen guamannya dan Lembaga Disiplin Majlis Peguam melalui George Varugese telah buat media statement bhw Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman adalah chairman diciplinary board yang tandatangan surat pembatalan itu.

Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman adalah bekas Penang BN Secretary dan merupakan Pemangku Ketua Menteri selama 6 bulan dalam tahun 1979 ketika ketua menteri Lim Chong Eu berada diluar negara.

Beliau adalah peguam senior dalam senarai peguam dan beramal di firma guaman K Ahmad & Yong di Penang. Beliau mula didaftar sebagai peguam pada 22-2-1966. Beliau menerima darjah PSM yg menerima title tan sri bersama bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Malik Ahmad (Allahyarham) dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (Chief Judge) wanita yang pertama Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Pada 21.10.2007, New Straits Times telah melaporkan bahawa Tan Sri Khalid berkata, "I vouch that Diciplinary Board is totally independent from Bar Council in its decision making prosess". He further said, 92 lawyers were struck off the rolls over the last five years for serious professional misconduct including embezzling the money of their client. [terjemahan - saya berani katakan bahawa Lembaga Disiplin adalah benar-benar bebas daripada pengaruh Majlis Peguam dalam proses membuat keputusan. Beliau menambah, seramai 92 peguam telah dibatalkan daripada senarai daftar peguam semenjak 5 tahun lepas atas pelbagai kesalahan serius berkaitan profesion guaman termasuk menggelapkan wang amanah klien]

Pada 23/6/2004, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah mempengerusikan panel 3 orang ahli Tribunal Siasatan Disiplin UMNO yang dilantik untuk menyiasat dakwaan salah laku bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Pada 8/7/2004, beliau merupakan salah seorang anggota lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Rithauddeen. Pada 28/5/2008, agensi berita BERNAMA melaporkan bahawa Setiausaha BN Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah menafikan khabar angin beliau menerima tawaran untuk bersama Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. Beliau dilaporkan berkata, "Hidup dan mati saya adalah untuk UMNO dan Barisan Nasional". Wallahulam.

# info ini telah diberikan oleh seorang peguam senior yang tidak ingin dikenali.

Monday, August 17, 2009

Aduh!Lagi-lagi Gobby








YB Gopala Krishnan di hari penamaan calon PRK Permatang Pasir (foto ehsan Laman Wartawan Rasmi Reformasi)


Gobby kena lagi!Patah tangan dibantai Polis masa penamaan calon pagi tadi.Demikianlah antara sms yang saya dapat dari teman-teman.


Kebetulan sewaktu makan tengahari footage Gobby ditangkap Polis ditayangkan TV3.Saya berhenti menyuap nasi dengan gulai tempoyak ikan patin untuk memberikan perhatian kepada berita yang disiarkan.TV3 menayangkan footage yang kononnya Gobby menyerang anggota Polis yang menangkapnya (saya lebih melihat sebagai reaksi spontan Gobby retaliated terhadap sesuatu yang dilakukan oleh anggota Polis terbabit terhadapnya).




Saya mengenali Gobby semenjak tahun 1999 sewaktu Parti Keadilan Nasional baru bertapak.Pernah sama-sama didalam Pemuda ketika itu.Gobby yang saya kenal dari dahulu sehingga hari ini tidak pernah berubah,kalau adapun yang berubah ialah perutnya yang makin membesar,begitu gurau saya sewaktu bertemu dengannya sedikit masa dulu.




Gobby tetap ramah dan komited.Gobby bukan jenis manusia yang pemarah atau panas baran atau violent/ganas malah di luar dari pentas ceramah beliau sebenarnya seorang yang lembut.Tuturkata dan gesture-nya lembut.


Seperti Abang Mat Sabu,jika diatas pentas Gobby memang vokal,cukup garang dan memang berani.Begitu juga jika ada sebarang aksi-massa (demotrasi) Gobby berada di barisan hadapan memimpin dan menjadi mass-agitator yang baik.



Gobby kepada saya seorang yang sanggup mempertaruhkan dirinya diatas kepercayaan untuk menegakkan keadilan dan demokrasi.Tidak seperti Ezam Mod Nor dan Lokman Nor Adam,jeriji besi dan mental torture sewaktu di tahan di bawah ISA tidak mampu mengubah Gobby menjadi seperti burung puyuh ditimpa hujan.Gobby tetap bersemangat dan istiqomah.



Saya sudah hilang kiraan berapa kali sahabat saya ini ditahan dan di hentam oleh Polis.Sudah tidak boleh di hitung dari bermulanya reformasi sehingga ke hari ini.Penjara dan sel lock-up sudah menjadi rumah kedua buatnya;balai polis sudah menjadi semacam restoran nasi daun pisang kerana terlalu acap beliau mengunjunginya.



Sewaktu PRK Penanti 2-3 bulan lalu saya mengiringi YB Gopala Krishnan ini ke IPD di Bandar Baru Perda.Polis panggil beliau untuk diambil statement kerana semata-mata di dalam ceramah beliau menyebut nama Altantuya dan Najib Razak.Yang menariknya pengadu atau tukang buat report bukan dari UMNO atau komponen BN,tetapi pegawai Polis!Saya cukup simpati kepada pegawai polis berkenaan yang terpaksa menjunjung titah UMNO,maklumlah Saya Yang Menurut Perintah!





Foto lama sewaktu di IPD Perda mengiringi YB Gobby ketika PRK Penanti



Gobby tidak pernah serik.Meneliti video yang dipaparkan didalam internet,saya mendengar Gobby melaungkan battle-cry REFORMASI dan perkataan UNDUR!UNDUR!


Saya tertanya-tanya sebagai seorang pengamal undang-undang dan sebagai seorang yang waras (didalam undang-undang ada suatu ujian yang digunakan yang di panggil 'reasonable man test') atas asas apakah polis mengklasifikasikan laungan Gobby sebagai provokasi?Menggunakan ujian seorang yang munasabah (reasonable man test),apakah seorang yang munasabah akan terprovok apabila mendengar perkataan Reformasi atau Undur?Saya percaya mereka yang munasabah tidak akan tergugat hati nuraninya mendengar laungan sedemikian.


Bagaimana pula gelagat Puteri,Wanita dan Pemuda UMNO yang setiap kali penamaan calon untuk PRK (di Permatang Pasir masih belum ada informasi) yang melaungkan perkataan Liwat!Liwat! sambil menunjukkan aksi yang jelek seperti menayangkan punggung kepada khalayak?Membuat aksi lucah dengan menggunakan batang kayu sambil di ikuti oleh seorang perempuan yang turut serta?Apakah ini bukan provokasi?Malah saya kira bukan sahaja bertentangan dengan budaya (dan tentunya nilai Islam;sila baca buku Jenayah Qazaf tulisan TG Hj Hadi Awang) tetapi juga bertentangan dengan undang-undang.





Foto menunjukkan gelagat Puteri/Wanita/Pemuda/Petugas/Penyokong/Ahli UMNO disalah satu PRK baru-baru ini.Perhatikan anggota Polis yang bertugas sekadar membiarkan sahaja.




Sejauh pengetahuan saya tidak pernah saya mengetahui atau mendengar atau terbaca mana-mana penyokong UMNO ditarik-digari-dibiarkan terbaring dengan seluar koyak rabak sehingga menampakkan seluar dalam seperti layanan yang diterima oleh Gobby dek kerana didakwa membuat provokasi.Mungkin ada 2 set undang-undang atau peraturan-satu untuk UMNO dan kerabatnya yang ada immuniti dan satu lagi hanya di kuatkuasakan kepada Pakatan Rakyat dengan rigid dan tanpa budibicara apatah lagi belas ehsan.Dibawah BN semua ini serba mungkin!



Tindak tanduk penguasa yang berpilih-pilih menjalankan tanggungjawabnya memang memualkan.Seorang teman memberitahu mereka tidak ada pilihan melainkan akur kepada perintah.Sementara saya bersetuju dengan kenyataan tersebut namun saya yakin dan percaya para penguatkuasa undang-undang punya pilihan untuk tidak akur dengan arahan yang dianggap tidak munasabah atau adil.Mereka bertanggungjawab kepada rakyat dan berkhidmat untuk 27 juta jiwa warga Malaysia dan bukannya berkhidmat untuk kepentingan UMNO/BN.Inilah sebenarnya gambaran nyata di minda rakyat.


Berbalik kepada Gobby,saya percaya setelah sihat beliau akan kembali ke medan hadapan.Buat masa ini,biarkan beliau berehat mengumpul tenaga.Semoga segera sembuh,wahai komradku.