Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, September 15, 2010

PROMOSI BLOG PEJUANG

ROBOT ITU DATANG


Mak..mak…mak..
Robot itu datang….datang kesini
Bunyinya sangat dan bingit…
Terdapat bermcam jenis robot itu..
Datang bersama “Tuan” masyarakat kita…


Apak…apak…apak…
Kenapa robot itu menceroboh pasaraya kita..
Pasaraya kita yang menyediakan rotan, herba dan buah-buahan..
Tempat aku bermain sorok-sorok dan menenami si pacat menghisap darah…
Tualang, merbau, cengal dan teman-teman pokokku lain habis tumbang..
Aku…aku…kaget kenapa robot itu kejam membunuh kawan-kawanku..


Nek..nek..nek…
Kenapa robot itu datang…air sungai jenih menjadi keruh..
Sungai tempat aku berenang, mendapatkan sebarau dan bermain rakit
Kini berwarna teh susu tetapi tiada gula sudah semakin cetek…
Sungai ini berbau dan mempunyai tompok minyak robot..
Ramai kawan-kawan ikan bergelimpang meninggal dunia…
Aku, dia dan kami akan pupus nanti kerana racun robot itu???...


Atuk..atuk..atuk…
Tolonglah jampi supaya Robot itu keluar daripada tempatku…
Mohon kepada roh nenek moyang supaya menghalang kerja robot itu…
Sudah…sudah..cucu..atuk dah bermohon tetapi robot itu tetap degil..
Degil kerana mereka menganggap tempat kami sebagai tempat “Tuan”
“Tuan” yang mengaku lebih berkuasa daripada yang Maha-Pencipta..


Haruskah aku dan anak-anak muda belantara menyumpit robot

dan “Tuan” itu…
Tetapi mereka ada bom C4


dan kapal selam yang tidak boleh menyelam…
Sumpit tidak lut kepada jet pejuang


walaupun tanpa enjin yang dicuri…


Ya Allah Ya Tuhanku

Yang Maha Pengasih dan Penyayang

aku berdoa
Selamatkan tempatku serta bangsaku


daripada kezaliman robot dan “Tuan”
Amin
Rabil Alamin…



Puisi diatas hasil nukilan seorang anak muda dari suku Jahut,salah satu dari suku etniks Orang Asal (OA) di Semenanjung.Anak muda ini,graduan dari Universiti Malaysia Sabah merupakan antara pejuang dan aktivis OA yang berjiwa kental.



Lahir dan membesar dalam serba kekurangan dipinggir hutan rupa-rupanya membentuk jiwa anak muda untuk terjun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan dan nawaitu bagi membela nasib kaumnya yang sekian lama terpinggir dan tertindas.



Ya,suara hati anak muda ini,yang mewakili suara hati OA punya kewajaran untuk difahami dan diendahkan.Suara anak belantara yang mahu didengari,yang mahu menuntut hak dan yang mahu membebaskan kaumnya dari rantai besi waja yang melilit dan mengikat tangan-tangan masyarakat OA.Anak belantara ini bercita-cita melihat kaumnya menikmati hidup dan kehidupan di Bumi Manusia ini sebagai manusia bermaruah dan punya martabat.Tidak rela dia melihat anakbangsanya merempat di tanahair sendiri,tidak tega dia melihat anakbangsanya di tindas.Anak muda ini memilih untuk bangun melawan!



Suara anak muda ini,Ramli Lugan,suara anak belantara boleh diikuti dari blog beliau:



SPIRIT OF JAHUT

http://spiritjahut.blogspot.com/

Sunday, September 12, 2010

SEGERALAH SEMBUH,DANIAL










Anak saudara kami,Ahmad Danial,kini terlantar di Hospital Besar Ipoh.Malam hari raya pertama Danial atau dikalangan keluarga lebih mesra dengan panggilan Nial atau Nyial di kejarkan ke Hospital Ipoh dari Hospital Kuala Kangsar.



Nial sepatutnya balik ke Chenor pada hari raya kedua kini terpaksa bermalam di hospital kerana tidak sihat.Memang sewaktu bulan puasa baru-baru ini,Nial nampak begitu tidak sihat.Suhu badan naik dan panas;selera makan begitu berkurang,lemah dan tidak bermaya.Buka puasa sekadar mencicipi sedikit juadah dan langsung meninggalkan meja makan.Goreng ikan keli berlada yang merupakan favourite juga gagal membuka selera Nial.



Ya,keluarga kami kecil,cucu-cucu Mak hanyalah 13 orang sahaja.Kami rapat dengan anak-anak saudara.Dan Nial antara anak saudara favourite aku.Sepupu-sepupu Nial-Aniq,Anat,Intan,Aliff,Anis,Liya,Anas,Shaza,Suhail dan Afif-turut melahirkan keprihatinan dan simpati serta kasihsayang kepada Nial.Raya tidak terasa meriah jika tidak semua dapat berkumpul.


Pakcik,Mak Ina,Suhail,Nenek dan seluruh keluarga mendoakan Nial segera sembuh dan kembali sihat-ceria.




Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya


SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI DAN MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF DZAHIR-BATHIN KEPADA SEMUA.
SEMOGA KEDATANGAN HARI MULIA INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN KEBAHAGIAN DAN KEGEMBIRAAN SERTA MENDAPAT KEBERKATAN-PERLINDUNGAN DARI DIA YANG MAHA ESA.
SUDI-SUDILAH KE RUMAH KAMI DI KG TOK EMBUN ATAU DI CHENOR BAGI MENGERATKAN SILATURRAHIM.

Tuesday, September 7, 2010

PROMOSI BLOG SANGGAR PENYAIR CYBER PAHANG

Tatkala mengikuti penggambaran filem MOMOK,JANGAN PANGGIL AKU,idea penubuhan Sanggar Penyair Cyber Pahang terjelma


Teman-teman Penyair dan Penulis Muda Pahang,dengan dokongan-galakkan daripada Seniman Veteran dan Tersohor Bapak Yassin Salleh memilih untuk bergabung di dalam suatu sanggar.


Khabarnya dari perbualan-perbincangan-lampas otas,bukan di coffee house yang dingin dan suram,tetapi sekadar di tepi jalan Songsang,Teluk Ira,Seberang Temerloh,Gunung Senyum dan di pinggir tebing pertemuan Sungai Semantan dengan ibunya,Sungai Pahang tercetus gagasan besar untuk para Penyair dan Penulis Muda Pahang bergabung dan lahirlah Sanggar Penyair Cyber Pahang.


Ya,khabarnya anak-anak Penyair Muda Pahang ini tatkala memberikan sokongan,dokongan dan menjengah set pembikinan filem MOMOK JANGAN PANGGIL AKU yang di terajui oleh Sutradara tersohor,M.Jamil dengan mengambil teladan dari semangat dan anjuran Pak Yassin Salleh maka terkutiklah idea untuk bergabung di dalam sebuah Sanggar.Pak Yassin Salleh,seniman dan orang seni yang memberikan suntikan serta galakkan untuk karya-karya puisi ini dirumahkan dalam suatu blog.Demikianlah.



Seniman Pak Yassin Salleh dan M.Jamil.Pak Yassin yang mempelopori idea penubuhan Sanggar
(foto ihsan Pak Yassin Salleh)




Sanggar atau grup ini tidak pula di ikat dengan protokol atau ulah yang hebat menentu;Sanggar ini para pelakunya bukan juga mereka yang punya bobotan (tentunya terkecuali Pak Yassin Salleh) atau nama besar.Pelakunya sekadar orang biasa,orang yang begitu-begitu sahaja tetapi punya azam,iltizam dan tekad besar untuk maju dalam bidang seni,untuk melonjak-memartarbatkan seni-puisi dan genre yang berkaitan dan tentunya sebagai lontaran-lantunan-rasa hati yang lahir dari mata hati dan mata batin penggiatnya.



Tentunya rencam yang mendiami Sanggar ini;rencam dari latarbelakang yang berbeda,rencam (mungkin) kerana ada yang tidak pernah mendapat latihan formal dalam puisi tetapi tentunya kerencaman itu,dari orang yang begitu-begitu,melahirkan karya yang jitu-indah dan menyengat.



Qaseh,Ema Soleil dan Maria TJ di set penggambaran filem MOMOK JANGAN PANGGIL AKU.Ema ialah tenaga utama blog Sanggar Penyair Cyber Pahang (foto ihsan Pak Yassin Salleh)



Maka,silalah.Jemputlah.Sudi-sudilah menjengah dan menjenguk blog yang teristimewa ini.Blog dan Sanggar dan puisinya saya yakin,bersifat rakyat dan proletariat:


Sanggar Penyair Cyber Pahang http://sanggarpcp.blogspot.com/

BLOG & AKU

Ramai teman-teman yang bertanya (buat kesekian kalinya) kenapa blog ini gagal di kemaskinikan.Sesungguhnya aku tak punya jawaban mantap atau alasan konkrit.Ya,memang sudah lama blog ini tidak berisi wejangan mahupun masukan-masukan yang baru dan terkini.
Jika untuk memberikan alasan sepele,tentunya aku boleh berdalih dengan tuntutan kerja dan 1001 hambatan yang lain;pun ada teman-teman memberikan reaksi balas yang orang lain pun lalui pengalaman yang sama-tuntutan kerja dan tugasan yang menguras tenaga dan masa tetapi tetap meng-update-kan blog mereka.Mendengar ini,aku terkesima.
Sesungguhnya,tidak ada alasan lunak yang boleh di berikan,tiba-tiba nafsu untuk menulis hilang syahwatnya.
Banyak yang telah aku draf-lakarkan,ada yang masih berdiri sebagai bahan mentah dalam bentuk draf mahupun coretan-coretan bank idea dalam setumpuk kertas.Kesemua raw materials ini gagal di tuangkan kedalam acuan naratif aksara.Malah saya sudah berjanji dengan seorang teman untuk menyediakan artikel sempena bulan Kemerdekaan tentang Temerloh atas sifat pencetus gerakan kemerdekaan.Dengan beribu maaf,juga gagal di siapkan.
Cukup dengan alasan dan dalih tentunya.Moga-moga di hujung Ramadhan dan menjelang Syawal ini ghairah-syahwat untuk menulis kembali mekar,insyaAllah.