Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, May 26, 2010

SEMBAH MOHON DERHAKA



Saya mengangkat sepuluh jari memohon kemaafan kerana blog ini terlalu jarang dikemaskini.Ramai teman-teman yang bertanyakan saya apakah blog ini sudah kembali menjadi 'anak gelandangan' dek kerana tidak ada tulisan ataupun komentar baru dari saya.
Tentunya mudah untuk memberikan alasan yang pelbagai-dari bergulat dengan tugas dan makalah undang-undang hinggalah kepada 1001 alasan lain-jika mahu berbuat demikian.Atau ada teman yang mengutuskan sms apakah saya sudah di hinggapi penyakit 'mental block/writer block' yang memungkinkan saya ketandusan idea untuk menulis.Jawabannya mudah-saya tidak mengalami (atau mungkin belum lagi) trauma itu.
Malah sebenarnya terlalu banyak yang ingin saya curahkan didalam bentuk tulisan,dari isu seputar politik tanahair,sastera dan budaya malah tentang kehidupan seharian ini.Saya ingin menulis tentang pertualangan manusia kecil yang kelaparan tanah di negeri yang kaya raya ini,saya ingin menuntaskan tentang penderitaan rakyat biasa berhadapan dengan gergasi birokrasi dan saya ingin menulis tentang bangsa saya,tentang orang Melayu di kurun waktu ini yang tampak masih gagal mendobrak feudalisme serta pengkatupan minda.Ya,saya ingin menulis semua ini yang tentunya lahir dari pemerhatian dan rasa hati dari jiwa saya.
Pun begitu,tanpa dilihat cuba memberikan alasan yang muluk-muluk,saya terpaksa jua,buat seketika ini untuk sembah mohon derhaka.Yang menjadi hambatan ialah tanggungjawab saya sebagai anak.Buat kesekian kalinya,abah kembali ke hospital,kali ini keadaan abah membimbangkan kami.Maka,banyak waktu dan ketika saya di habiskan untuk menjaga abah di hospital.
Dan yang pastinya,blog ini tidak akan jadi anak gelandangan.Pastinya akan dirawat sebaik mungkin kerana blog ini adalah sebahagian daripada wahana saya untuk menyalurkan pandangan serta komentar saya.

2 comments:

Anonymous said...

jagalah abah (cikgu aku tuuu) yang sedang sakit itu..... semoga beliau sihat hendaknya

binjidan said...

sihat sihat buat aokme semua weh :)