Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Monday, April 12, 2010

CATATAN AWAL MINGGU

1.Hari ini beberapa orang teman menghubungi saya.Ada teman-teman KEADILAN dan PAS selain teman-teman UMNO Temerloh.Kesemua mereka maudhuknya hanyalah satu-kawan lama saya Ezam Mohd Nor-akan datang dan berceramah di Felda Bukit Damar hari Rabu 14.4.2010 ini.

Ezam datang diatas undangan YB Dato' Sarkar,ADUN Lancang,akan berceramah untuk membongkar rahsia PKR.Khabarnya publisiti besar-besaran telah dibuat bagi menyambut kehadiran Ezam.





Saya hanya ketawa apabila diberitahu (malah ada yang bertanya apakah ada tindakan yang perlu diambil) tentang hal ini.Saya menjawab bahawa kita menghormati hak sivil Ezam (malah Sarkar juga) untuk berhimpun dan berceramah,tidak lebih dan tidak kurang.





Saya kenal Ezam.Beliau pernah menjadi ketua saya sewaktu saya bersama Pergerakkan Pemuda Parti Keadilan Nasioanal sewaktu ketika dulu.Tentunya banyak kenag-kenangan saya bersama beliau walaupun saya tidaklah boleh dikatakan 'member kamceng' Ezam.






Foto:Bung Tajudin Ramli menunjukkan tandatangan Ezam Mohd Nor dan pimpinan Pemuda KeADILan yang berikrar untuk berjuang di dalam Majlis lafaz Sumpah Keramat Pemuda pada 20.10.1999.Sumpah Keramat Pemuda dilangsungkan di Padang Buntut Pulau Temerloh.Mungkin Ezam dan teman-teman lain sudah lupa dengan lafaz Sumpah Keramat itu?

Malah selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda dan mengistiharkan diri keluar Parti,Ezam bersama SD Johari hadir ke rumah saya;tidak keterlaluan ketika itu Ezam yang disisih oleh Parti,kami alu-alukan untuk program di Temerloh dan Kuala Lipis atas kapasiti beliau selaku pengerusi GERAK.


Banyak sebenarnya yang boleh saya ceritakan tentang teman lama saya ini,Ezam Mohd Nor,tetapi tentunya cerita selanjutnya akan saya muatkan kemudian.Cuma kepada saya Ezam dan teman-teman lain sekadar soldadu upahan semata-mata yang hilang keperibadian seorang pejuang berprinsip.



Maka itu "biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan-biarkan."


2.Semalam UMNO Bahagian Kuala Krau menganjurkan program UMNO Juara Rakyat di Bandar Jengka.Panglima UMNO yang baru,sahabat saya YB Dato Haji Ismail Said yang menguasai gelanggang menunjukkan kependekaran beliau menyerang dan mengilas seteru politik UMNO,antara yang menjadi sasaran bersilat dengan bayang-bayang Dato Ismail tentunya Anwar Ibrahim dan Mazlan Aliman.


Seawal petang semalam saya menerima panggilan telefon daripada kawan-kawan UMNO yang hadir ke program tersebut mengajak saya 'mengeteh'tujuan utama untuk menceritakan apa yang berlaku.Kebetulan saya ada program di Raub,maka saya terpaksa menolak dengan baik dan meminta tukar temujanji 'mengeteh' pada hari ini.
Dan petang tadi saya minum atau 'mengeteh' ikut cakap orang Temerloh dengan teman-teman UMNO Kuala Krau ini.Seperti biasa saya akan menjadi pendengar yang setia sambil membiarkan mereka bercerita,sekali sekala saya menyampuk juga tentunya.
Teman-teman ini memberitahu Dato Ismail Said 'membelasah' Anwar Ibrahim dengan membuat tuduhan yang Anwar Ibrahim berbohong dan menghasut rakyat berkaitan isu APCO;Ismail Said juga menuduh Mazlan Aliman,pengerusi NGO ANAK sebagai pembohong dan sememangnya patut tidak dibenarkan masuk ke tanah rancangan FELDA selain menuding jari Pakatan Rakyat telah derhaka kepada Raja-Raja Melayu.
Saya bertanya apakah pandangan mereka dan secara terusterang teman-teman UMNO ini melahirkan ketidakpuasan hati mereka dengan kenyataan Ismail Said khususnya isu APCO.Meraka memberitahu saya bahawa pendedahan Anwar Ibrahim di Parlimen tentang peranan yang dimainkan APCO sudah jelas khususnya bagaimana agen asing/Israel boleh dijemput bertapak dan membahayakan keselamatan negara.
Hati kami sebagai orang Islam dan Melayu terguris,demikian salah seorang dari teman tadi memberitahu.Saya terdiam.Dapat saya rasakan gejolak hati teman ini yang tentunya atas semangat kasihsayang terhadap negara dan tentunya juga mengenangkan nasib saudara seagama di Palestin.
Sepatutnya Mail (YB Dato Ismail Said) menjelaskan cerita sebenar APCO bukan mencerca Anwar,tingkah seorang teman yang lain pula.Berikan penjelasan jika kenyataan Anwar tak betul,bukannya tiba-tiba tuduh Anwar menghasut.APCO ini isu besar,maruah kita,demikian tutur teman ini lagi.
Saya bertanya,apakah mereka mempercayai penjelasan Anwar dan teman-teman UMNO ini menjawab,mereka baca dalam suratkhabar dan dalam internet,Anwar keluarkan cukup bukti dan penjelasan yang tuntas,jadi tidak ada sebab untuk meragui pendedahan Anwar Ibrahim.
Saya terus menjawab jika mereka sudah mengkaji dan mempercayai kenyataan Anwar maka tidak apa lagi yang saya perlu jelaskan cuma saya menyambung bahawa sebagai orang politik apatah lagi Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen beliau perlu memikirkan survival politiknya;maka itu tentulah perlu ditonjolkan kejagoannya membela Perdana Menteri.Soal Anwar Ibrahim betul atau salah dan keselamatan negara dikompromikan saya sebut,bukan pilihan utama kerana yang terlebih utama ialah kedudukan politik dipertahankan.Saya turut menyebut untuk mencari pemimpin UMNO seperti Ku Li atau Zaid Ibrahim terlalu sukar,jadi kenalah faham sifir dan silat politik bukan sahaja sahabat saya Dato Ismail Said ini malah lain-lain ahli politik UMNO.Citra mereka ya,sememangnya tipikal.
3.Hari Jumaat minggu lalu,saya disapa oleh (juga) teman-teman Pemuda UMNO.Ringkasnya teman-teman ini melahirkan rasa tidak puashati mereka apabila Presiden UMNO,Dato Seri Najib Razak membuat pengumuman yang calon MIC akan bertanding di PRK Parlimen Hulu Selangor.
Sebab utama teman-teman ini tak puashati ialah fulus tak masyukk!!!Menurut mereka jika UMNO yang bertanding duit lebih lebat lagi untuk mereka pergi bertugas kesana.Saya sempat bertanya,pergi bertugas atau makan angin dan sambil ketawa teman tadi menjawab,biasalah kita pergi meramaikan orang.
Tapi oleh kerana MIC bertanding maka duit tentu tak banyak masuk!Begitulah mereka melahirkan kekecewaan mereka.Aduhai!

1 comment:

indera segara said...

salam..mengenai beberapa perenggan akhir post ini..saya ingin mengatakan bahawa itulah minda orang-orang kita yang sudah terlalu kenyang disuap dengan materialistik.