Tulisan saya Propaganda Sejarah Songsang UMNO Memakan Diri,seperti yang saya jangkakan mengundang pelbagai reaksi/komen.Sebahagian besar komen dari anonymous yang tentunya berisi kecaman dan kutukan tanpa asas,manakala yang lepas 'cencorship' saya sahaja yang saya siarkan di ruangan komen;yang lain oleh kerana tanpa nama pengirim serta menggunakan ayat/perkataan yang tidak berbudibahasa terpaksa saya padamkan.
Saya mengulangi pendirian saya bahawa apa yang berlaku hari ini-yang didakwa generasi muda mencebik lagu Kebangsaan atau kurang menghormati Bendera Kebangsaan atau didalam perkataan mudah,sudah miskin patriotisme-berpunca dari pendekatan songsang UMNO menghargai sejarah.UMNO menjadikan sejarah seumpama komoditi yang didagangkan demi keuntungan peribadi UMNO semata-mata.Sejarah gagal diapresiasikan sebagai wahana untuk membentuk warga dan negara-bangsa dengan sejujurnya.
Pun begitu bukan pula bermakna saya tidak menghargai pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman al-Haj,Tun Dr.Ismail,Tun Razak,Tun Ghaffar Baba dan ramai lagi dari UMNO.Memang kesemua mereka punya saham yang amat besar didalam perjuangan kemerdekaan.
Akan tetapi yang menjadi persoalan ialah apabila peranan,jasa dan budi serta bakti tokoh-tokoh atau parti politik lain yang selain UMNO/Perikatan di nafikan malah tidak di letakkan di tempat yang sewajarnya maka jadilah catatan sejarah negara songsang serta tidak lebih menjadi alat propaganda UMNO.Yang disumbat ke dalam benak anak-anak sekolah semata-mata peranan dan budi UMNO seolah-olah UMNO sahajalah yang berjuang untuk merdeka.
Akan tetapi yang menjadi persoalan ialah apabila peranan,jasa dan budi serta bakti tokoh-tokoh atau parti politik lain yang selain UMNO/Perikatan di nafikan malah tidak di letakkan di tempat yang sewajarnya maka jadilah catatan sejarah negara songsang serta tidak lebih menjadi alat propaganda UMNO.Yang disumbat ke dalam benak anak-anak sekolah semata-mata peranan dan budi UMNO seolah-olah UMNO sahajalah yang berjuang untuk merdeka.
Tentunya didalam abad ini dengan ledakan teknologi maklumat,generasi muda yang sedang mencari akar dan identiti diri melihat ada yang tidak kena;saya percaya dan yakin bahawa mereka mencintai tanah bertuah ini tetapi apabila menyedari akan kesongsangan sejarah maka mereka tentunya bersikap kritis.Maka mereka melihat kemerdekaan vis-a-vis sejarah yang di propagandakan oleh UMNO sebagai tidak kena dan tepat.Jadilah kemerdekaan itu sebagai sesuatu yang asli tapi palsu (aspal) dari perkiraan mereka.
Malah kepada saya apa yang sedang berlaku ini-sikap kritis dan pada masa yang sama sinikal-merupakan sesuatu yang positif.Bukankah seharusnya naluri dan jatidiri anak-anak muda agresif,kritis,sinikal dan mencari?Pencarian mereka inilah yang membuahkan persepsi kononnya mereka hilang jati diri dan sebagainya sedangkan proses ini sesungguhnya memperlihatkan sisi patriotisme mereka yang unggul.
Untuk mencari kebenaran dari segala keserabutan sejarah propaganda UMNO dan kemudiannya bersikap kritis menunjukkan mereka tidak lagi bersedia untuk menerima proses pencucian otak dengan seadanya.Menemui kebenaran dan ketulusan sejarah yang kemudiannya dibandingkan dengan segala yang dituangkan oleh UMNO lewat propaganda mereka (yang bukan sekadar terhad didalam buku teks sekolah malah menjalar ke suratkhabar serta program cuci otak anjuran BTN) memperlihatkan citra generasi muda yang mencintai kebenaran dan bersedia memisahkan diri dari belengu propaganda usang UMNO.Dan saya kira dari sisi ini memperlihatkan patriotisme yang sebenarnya dan bukan acuan patriotisme ciptaan UMNO.
Perkiraannya mudah.Lihat sahaja pandangan,tulisan dan komentar samaada dari pemimpin UMNO atau juak-juak mereka atau dari pengemudi media milik UMNO (selain kuliah dan proses cuci otak tajaan BTN) bahawa mereka yang tidak menyokong kerajaan (baca:UMNO dan BN) atau yang berjuang di dalam parti pembangkang (malah NGO juga) akan dianggap sebagai tidak mengenang budi,jahil sejarah dan tentunya tidak patriotiks.
Sebaliknya mereka yang bersama-sama UMNO,walaupun begitu korup,walaupun menggunakan kuasa dan jawatan politik untuk mengaut kekayaan negara seolah-olah harta faraid,walaupun punya standard moral yang diragui dan jerangkung di dalam almari,walaupun menghancurkan kepentingan orang Melayu (antaranya tanah rizab Melayu,biasiswa dan Bahasa Melayu),walaupun menggunakan kuasa untuk mengkayakan anak pinak,walaupun terpalit dengan pembunuhan wanita Monggolia,walaupun menjahanamkan negara ini tetap dianggap sebagai yang terhormat,terpuji,tersanjung dan begitu patriotiks.
Kesemua ini memperlihatkan bagaimana propaganda songsang UMNO bukan sekadar memangsakan pengikut mereka sendiri malah telah menghilangkan sifat kritis atau upaya menilai baik-buruk.Fikrah mereka,akibat dari kesongsangan ini,membelenggu hati budi dari melihat dan berfikir keluar dari kotak atau kepompong sediada.Kerana itulah tanpa boleh membuat penilaian sendiri dan sekadar menjadi tukang angguk terhadap apa yang keluar dari mulut pemimpin mereka akan bersedia-malah cukup bergembira-untuk melabelkan mana-mana individu yang dianggap sebagai ancaman terhadap status quo kekuasaan sebagai Pengkhianat.
Tentunya sasaran label pengkhianat ini ditujukan kepada Anwar Ibrahim.Retoriks pengkhianat ini diadunkan dengan tuduhan Anwar mengadai kepentingan Melayu,mahu memansuhkan DEB (hakikat sejarah DEB tamat pada tahun 1990 dan Najib Razak beberapa bulan yang lalu di Singapura mengumumkan DEB akan ditamatkan) dan sebagainya.
Semboyan ini yang dimulakan oleh Muhyiddin Yassin digamatkan pula oleh para pengikut UMNO (walaupun menjadi semacam lelucon tidak sampai separuh dari ahli UMNO yang menyertai Anwar-bashing ini) yang saya fikir terlalu naif kerana tidak berupaya untuk berfikir di luar dari jaringan propaganda mereka sendiri.
Dan inilah hasil daripada upaya propaganda UMNO yang memangsakan pengikut mereka sendiri.Kerana itu sejarah dengan segala keluhurannya-samada yang jelek untuk dijadikan sempadan mahupun sisi yang tulus buat dijadikan teladan-apabila di manipulasi mengikut selera dan nafsu kekuasaan akan melahirkan kejumudan dan kebekuan dan di masa yang sama akan turut melahirkan penentangan diatas nama kebenaran.
Sejarah tidak sekadar mengingati tarikh dan nama tokoh atau peristiwa tetapi perlu dilihat sebagai jalur-jalur yang membentuk harga diri dan negara.Psikis orang Melayu malah hala tuju negara saya kira dibentuk serta dilakarkan dari hakikat sejarah itu sendiri.Maka itu sejarah sewajarnya di riwayatkan diatas neraca kebenaran dan bukannya di jadikan momokan propaganda demi kekuasaan.
1 comment:
well said bro...
Post a Comment