Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, September 13, 2009

Abah Masuk Hospital



Suhail bersama Atuknya di Wad Bunga Raya Aras 8 Hospital Temerloh.



Abah masuk hospital lagi.Tahun ini sudah beberapa kali menjadi tetamu para karyawan hospital di Temerloh dan Kuantan.Cuma kali ini agak mencemaskan.


Selasa malam (8.9.2009) sesudah Isyak saya terima sms dan diikuti panggilan telefon dari adik,Cik Mie di Chenor memberitahu Abah sakit berat.Saya bergegas menukar pakaian dan memecut kereta dari rumah Kg.Tok Embun ke Chenor-suatu rekod baru tercatat,perjalanan mengambil masa kurang dari 20 minit dari Temerloh ke Chenor.Emergency!




Abah sedang beristirehat di Wad Hospital Temerloh.Beliau kelihatan benar-benar uzur.


Sebelum itu saya cuba menghubungi beberapa orang saudara di Chenor agar mereka dapat terlebih dahulu datang ke rumah tetapi malangnya kesemua tidak dapat di hubungi kerana sedang mengerjakan solat sunat terawikh.Sampai di rumah memang keadaan Abah begitu teruk,tidak beberapa sedarkan diri dan mengerang.Mak dengan setia membelai dan memegang tangan Abah sambil mengurut dan membasah dahi Abah dengan air dingin.
Cik Mie sedang melayan Abah makan bubur nasi yang di bawa dari rumah.


Cik Mie sudah panik dan didalam kesedihan mendalam.Saya kemudiannya terus ke Pusat Kesihatan Chenor dengan doa MA (medical attendant) tidak ke masjid dan berada di klinik.Alhamdulillah doa saya di makbulkan,En.Zaki,MA Klinik Chenor berada di Klinik.Segera saya mohon bantuan untuk menguruskan membawa Abah ke Hospital.Saya di beritahu sudah klinik Chenor tidak ada kemudahan ambulan.En.Zaki segera menghubungi Hospital Temerloh meminta ambulan dihantar ke rumah.


Di ringkaskan cerita,MA Zaki datang ke rumah dan Alhamdulillah beliau dapat menstabilkan Abah.Kandungan gula didalam badan Abah terlalu rendah dan ini antara penyebab utama Abah didalam kesakitan.Kemudiannya Abah di bawa ke Hospital Temerloh dengan menaiki ambulan.
Nurse sedang menyambung IV-drip di tangan Abah.

Sementara itu,kesemua abang-abang saya bergegas ke Hospital.Alang sampai lebih kurang jam 1 pagi manakala Along dan Angah sampai lebih awal.Abang Ayi,sepupuku juga turut bergegas ke Hospital.Agaknya Abah sedikit sebanyak kebah juga apabila melihat kelima-lima anaknya ada di Hospital malam itu,mudah-mudahan.Dan sekarang Abah masih di wad hospital Temerloh menerima rawatan lanjut.

Saya secara peribadi dan bagi pihak keluarga mengucapkan terimakasih dan penghargaan kepada MA Zaki dari Pusat Kesihatan Chenor,crew ambulan Hospital Temerloh,Doktor,jururawat dan petugas Jabatan Kecemasan Hospital Temerloh,Dr.Nurhayati dan jururawat Wad Bunga Raya,Jabar,Tatan,Abi,Ayah Adik,Abang Ayi dan kesemua yang prihatin.Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.
Dan saya turut memohon maaf kepada teman-teman kerana beberapa program Parti terpaksa dengan berat hati tidak dapat ikut serta.

4 comments:

sahrunizam abdul talib said...

Sdr Nizam. Moga tabah menghadapi ujian pada bulan yang mulia ini. Saya mendoakan moga abah sdr. segera sembuh dan dapat bersama-sama mengecapi nikmat Syawal nanti. Insyallah dan amin.

ahmadnizamhamid said...

Sdr.Sahrunizam,jutaan terima kasih diatas doa dan prihatin.InsyaAllah sama-sama kita doakan

afna said...

semoga tabah mengharungi dugaan ramadhan ini...salam utk semua keluarga

Anonymous said...

semoga atuk cepat sembuh...daripada cucu-cucu di Beserah..