Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, September 12, 2009

Pasar Ramadan Temerloh





Pak Sheikh dengan keenakkan bubur lambuk yang tiada taranya!



Jika ingin menikmati citarasa makanan Temerloh yang authentics maka silalah berkunjung ke Pasar Ramadan Temerloh.Saya kira ada lebih dari 100 buah gerai yang menyajikan bermacam juadah dan masakan;yang selalu mendapat kunjungan ramai saya kira gerai yang menjual ikan patin.2-3 hari yang lalu saya berkenalan dengan pengunjung dari Subang Jaya yang datang semata-mata kerana mendengar Pasar Ramadan Temerloh hebat.Tentunya tujuan utama beliau untuk menikmati gulai ikan patin.Berikut beberapa foto gerai yang menjadi favourite saya.









Man Restoran Kita dengan sajian ikan patin bakar tempoyak.very original dan memang enak sehingga menjilat jari.Ikan patin bakar ini hanya boleh dinikmati waktu bulan puasa.'Bulan tak puasa' ikan patin bakar tempoyak tak dibuat tetapi jangan kecewa kerana hidangan di restoran beliau (Restoran Kita berhampiran dengan Masjid Temerloh) sememangnya authentics masakan Temerloh.Restoran hanya dibuka selepas Ramadan.










Gerai ini terkenal dengan gulai perut+paru-paru yang cukup sempurna rasanya.Pasti akan mengecurkan air liur walau sekadar menghidu bau gulai ini.Saya diberitahu oleh kawan-kawan PAS masakan gulai perut di gerai ini juga menjadi kesukaan Sdr.YB Salehudin Ayub dan YB Dato Mahfuz Omar,setiapkali mereka berkunjung ke Temerloh,pasti request untuk gulai perut.Di bulan tak puasa gulai ini boleh dinikmati di Gerai Mat Sekoyan di Benteng Temerloh di pesisir Sungai Pahang.(Dalam gambar kelihatan Kak Yati sedang melayan pelanggan)













Nasi Padang Koto Anau memang menyelerakan tapi awas jika tidak menggemari masakan pedas,menu ini bukan untuk anda.Walaupun tidak setara Rumah Makan Pak Datok di Pandang Panjang,Bukit Tinggi SumBar tapi gulainya cukup menyelerakan.Cuba rasa gulai lemak jengkol (jering) atau masak lemak Cili Api ayam dan jangan lupa memcicipi Sambal Ijo yang pedas itu.Di bulan tak puasa masakan Nasi Padang ini boleh dinikmati di Kg. Batu Satu.





Ikan Patin anyone?Yup.This is the place to satiate your craving for genuine gulai Ikan Patin Masak Tempoyak.Opps...maaf terguna bahasa PPSMI.Taukehnya ialah Richard (orang Melayu,dari kecil dipanggil Richard,aku tak tahu nama sebenar dia).Sepanjang bulan ramadan lebih kurang 30-40kg ikan patin dijual.Rasanya memang menambat selera dan bikin kecur air liur.Sekali cuba mesti nak lagi.Richard hanya menyediakan gulai ikan patin sepanjang bulan puasa sahaja;bulan tak puasa dicadangkan berkunjung ke Gerai Pak Yusuf di Benteng atau Restoran SZ Rahmah bersebelahan stesen minyak BHP Paya Pulai.

Gerai air Kathira.Resepi rahsia dari Johor.Bulan tak posa memang tak jumpa tapi boleh buat pesanan melalui Pak Amin Taman Saga.
Hj Suhaimi Said (Pengerusi KEADILAN Cabang Kuala Krau),Kak Hendon dan Surina (lawyer al-Maunah).Hj Suhaimi tak buka gerai tapi pengunjung gerai ramadan yang setia.Tapi kalau buka gerai jual kek atau masakan Kak Hendon,saya percaya pasti laku.Perlu cuba bread-pudding Kak Hendon,memang tiada tolokbandingnya.Err,Kak Hendon buat tak bread-pudding raya ni?

3 comments:

afna said...

buat aku tak tahan je tengok authentic temerloh recipes tu..especially restoran sebelah BHP paya pulai. Tai utk semata-mata kesana bulan puasa ni, mungkin tidak la..menahan nafsu lebih baik.

Kak Hendon - penasihat National Land Code aku dulu hehehehe...

kissingurami said...

Tq dgn info yg anda sediakan... Actually saya teringin nak makan ikan patin bakar tempoyak sejak tahun lepas lg.. Tp wife prefer mkn ikan kembung je since dia x baper suka ikan sungai.. Bila dh pekena sekali tiap kali p bazar ramadhan temerloh wajib beli ikan bakar tempoyak...
La wife dh peknen n dia teringin nak mkn ikan kembung bakar tempoyak lagi..
Ahad 06/02/11 aritu ada jgk ronda pekan sehari temerloh semata2 nk cari ikan bakar tempoyak tp xde rezeki...
Nsb baik jupe blog ni.. At least tau gak r pakcik ni bniaga ktner...
TQ skali lagi....

SyedGraphix Dot Com said...

wahhhh..saya org tmerloh juga!