Begitulah nasib kita.Muzium Negara yang gah sekadar mampu untuk menganjurkan pameran kuih raya!Saya tidak tahu cara mereka yang berada diatas sana berfikir!Sebanyak benda atau perkara yang boleh disajikan,mereka yang berwenang menjaga Muzium Negara sekadar boleh terfikir untuk menganjurkan pameran sajian tradisi Hari Raya.Tak ada idea langsung.
Saya dan keluarga adalah peminat muzium.Jika kami pergi bercuti salah satu acara mesti melawat ke muzium.Saya kira hampir semua muzium negeri di Malaysia telah kami lawati selain beberapa buah di luar negara.Ada kawan-kawan yang mencebik kerana menjadikan muzium sebagai destinasi percutian tetapi kepada saya muzium memang menjadi acara wajib guna untuk memahami (sekurang-kurangnya) masa silam agar kita dapat mengarifi masa hadapan.Untuk anak saya merasakan lawatan sedemikian bukan sekadar pengalaman baru terhadap perkara yang lama malah kami berharap dapat membina jatidiri anak kami sebagai warga.
Jika di negara barat muzium menjadi suatu tempat yang cukup sakral bukan sahaja bagi menyimpan dan memulihara khazanah malah tempat untuk menjalankan kajian.Mereka mengeluarkan geran penyelidikkan ilmiah kepada para pengkaji samada didalam disiplin antropologi,antikuiti,militari mahupun disiplin saintifiks yang lain.Pameran yang gah dan bersifat membina ilmu beserta seminar dan bengkel hasil dapatan atau penemuan dianjurkan.Muzium bagi masyrakat yang cintakan ilmu bukan sekadar 'rumah gambar' yang memaparkan imej atau artifaks kaku malah 'hidup' dengan pengalaman silam yang di pertontonkan.
Muzium yang terkenal seperti Museum Of London yang masih tersimpan khazanah dari negara kita termasuk regalia kesultanan Perak yang dijarah berikutan peristiwa pembunuhan JW Birch merupakan institusi yang tersendiri yang bukan sekadar bersifat konservasi artifaks tetapi turut menjadi gedung ilmu.Meneliti laman rasmi Museum Of London ada 8 kursus ditawarkan kepada masyarakat yang berkaitan dengan sejarah dan yang berkaitan selain evening class.
Maka saya melihat upaya untuk sekadar mempamerkan kuih karas atau kuih buah rotan bukanlah kerja sepatutnya dianjurkan oleh institusi sebesar dan gah seperti Jabatan Muzium Negara!Dan saya tentunya menantikan hasil kajian Muzium Negara berikutan acara ini yang saya pasti akan dikupas dengan ilmiah serta kajian terperinci dari pelbagai sudut disamping ternanti-nanti bagaimana juadah ini menyumbang kepada pembentukkan tamaddun bangsa selama ini.
p/s.Isteri saya bertanya apakah kriteria kuih atau juadah raya yang perlu dikonservasikan?Apakah kuih karas atau bahulu atau putu kacang sudah diklasifikasikan sebagai hampir pupus dan yang lebih penting dari itu,apakah juadah ini merupakan juadah asli,tradisional dan sememangnya sejak ratusan tahun sudah menjadi juadah wajib bagi masyarakat Melayu/Muslim?
Muzium pamer sajian tradisi Hari RayaSep*
Orang ramai kini boleh menyaksikan keunikan sajian tradisi Melayu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama daripada segi cara penyediaan serta peralatan yang digunakan menerusi Pameran Nostalgia Sajian Raya yang kini berlangsung di Muzium Negara sehingga 4 Okt.
Ketua Pengarahnya Ibrahim Ismail berkata pameran itu bertujuan mendedahkan kepada orang ramai mengenai keunikan dalam penyediaan sajian dan kuih raya tradisional seperti dodol, lemang dan bahulu.
"Ini merupakan antara langkah yang dilakukan oleh pihak muzium dalam memartabatkan warisan negara di samping beberapa pameran tetap yang diadakan," katanya kepada Bernama.
Ibrahim berkata antara program menarik sempena pameran itu ialah demonstrasi penyediaan sajian dan kuih raya oleh pakar masakan yang dijemput khas dari beberapa negeri di seluruh negara.Katanya demonstrasi itu bertujuan mendedahkan secara lebih jelas kepada para pelancong khususnya pelancong luar negara mengenai keunikan penyediaan makanan tradisional Malaysia.BERNAMA
*Sumber:MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment