Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, September 13, 2009

Komen Songsang Tentang Sejarah Yang ASPAL

Di bawah ini ialah komen yang saya terima berikutan tulisan saya tentang sejarah yang asli tapi palsu.Sekali lagi saya terpaksa melanggar 'sumpah' dengan memaparkan malah melayan komen dari anonymous.Sila baca:

"sudahlah ko ingat bagus sangat...sikt2 salah umno sikt2 umno tak elok...ko ingat anuar tu elok?nik aziz bagus ke?yg ko masuk u...kerja loyer pkai kete semua tu sbab umno le..ko ingat anuar bg ke dap cina?sdarlah org melayu dah di asak bangsa asing.ko tulis mcm ko ni pandai sejarah...lupe asal usul msk u dulu sapa bg?umno bg memang ko tak kenang budi...prof ku kay kim pun akui jasa umno ni ko dah jd melayu lupa daratan.sudhlah ko mcm bagus je...(ayat selebihnya terpaksa censored kerana kotor dan mencarut)"

Saya publish komen ini disini agar semua dari kita dapat menilai tahap mentaliti,fikrah dan cara berfikir sebahagian dari kita;malah komen diatas menguatkan lagi pendirian dan hujjah saya bahawa sesungguhnya sejarah yang membentuk fikrah sememangnya dijadikan propaganda UMNO dan hasil boleh dilihat dari komen anonymous diatas.

Hati kecil saya kuat mengatakan penulis komen diatas ialah ahli UMNO malah mungkin pemimpin UMNO peringkat bawahan atau pertengahan.Cuma yang menarik dari komen ini serta beberapa komen lain sebelum daripada ini (untuk artikel saya yang terdahulu) ialah betapa cetek dan dangkalnya mereka ini berfikir serta memahami sesuatu isu;yang diluahkan tidak lebih dari apa yang di ucapkan oleh pemimpin UMNO tapi ada upaya untuk menilai sebaiknya.

Saya tidak bersikap defensif mahupun apologetiks dalam soal sejarah yang aspal ini;malah saya bersedia untuk berdebat dan berpolemiks secara sihat,bijaksana dan ilmiah dengan mana-mana pihak.Pun begitu saya mengakui disiplin ilmu saya secara khusus bukannya sejarah tetapi undang-undang.

Namun sejak dari bangku sekolah sehingga ke hari ini saya meminati malah cuba menggali sejarah.Saya kira sejarah bukan sekadar mengingati peristiwa atau tarikh atau nama tokoh,sejarah harus di lihat lebih dari itu.Bagaimana terbentuknya negara dan pengisian serta segala benturan-benturan yang terjadi selama ini (dan kini) juga perlu dinilai dari perspektifs sejarah.

Untuk teman-teman khususnya para pendekar UMNO,saya senaraikan beberapa buah buku (semua tajuk buku berdasarkan ingatan saya,jika tersilap mohon maaf) yang saya kira dapat membantu untuk memahami isu ini,sekurang-kurangnya.Saya tegaskan senarai buku-buku ini hanyalah SEBAHAGIAN kecil yang dapat membantu dan perlu dibaca dengan jiwa yang segar serta kritis.

1.Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965) Ramlah Adam
2.Dato Onn Jaafar,Pengasas Kemerdekaan Ramlah Adam
3.Ahmad Boestamam:Suatu Biografi Politik Ramlah Adam
4.Politik Melayu dan Islam Kamarudin Jaafar,Yayasan Anda
5.Malay Nationalism Before UMNO Insun Sony Mustapha & Jomo KS 6.Memoir Ahmad Boestamam:Merdeka dengan Darah dalam API
7.Biografi Dato Onn;Hidup Melayu Anwar Abdullah,UKM
8.Memoir Pak Sako:Putera Gunung Tahan
9.Memoir Shamsiah Fakeh:Dari AWAS ke Rejimen Ke-10
11.Dr.Burhanuddin Putera Setia Melayu Raya.
12.Memoir Abdul Majid Salleh:Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh
13.The Origins of Malay Nationalism WR Roff.
14.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan serta
biografi Kamarulzaman Teh oleh penulis yang sama
15.Memoir tulisan Abdullah CD,Suriani Abdullah,Rashid Maidin,Abu Samah
Mohd Kassim,Shamsiah Fakeh,Ibrahim Chik dan lain-lain.

Saya sebut diatas ini hanyalah sebahagian dari buku-buku yang perlu dibaca untuk memahami sejarah di songsangkan oleh UMNO.Baca dan buat perbandingan dengan realiti hari ini termasuk silibus matapelajaran sejarah di sekolah.Saya boleh mencadangkan beberapa buah buku dan makalah lainnya selepas dari ini.

2 comments:

Pacar Merah said...

Salam,

Setelah membaca tulisan tuan, saya terilham untuk menulis catatan pendek mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan dalam blog saya. Mungkin kita boleh bertukar fikiran.

(http://pacarmerah.blogspot.com)

afna said...

senarai bahan rujukan yg diberi sudah bagus, masalahnya deme ni membaca ker atau sekadar "echo" drp apa yg disebut oleh pemimpin mereka...spt burung kakaktua