Dari segi perundangan berkaitan Hakcipta muzik. Sebuah lagu yang punya persamaan melodi, minimumnya 2 Bar atau yang sama dengan ( 2 baris dari bahagian versa ) sudah dikira ciplak. Tidak kira, ada perbezaan instrumen mahupun bahasa liriknya. Ciplak tiada bezanya dengan cetak rompak, merompak sudah pasti sama dengan mengambil ‘tanpa keizinan’ pihak tertentu. Maka ianya adalah suatu jenayah, dalam kes ini, ia adalah jenayah intelek.
Secara ringkas.
God Save the Queen/King; Pertama kali diperdengarkan pada tahun 1745. Diangkat menjadi Lagu Kebangsaan British pada awal abad ke 19. Lagu ini juga menjadi sebahagian dari lagu Kebangsaan bagi beberapa negara jajahannya termasuk New Zealand dan Australia. Terdapat banyak versi baik muzik dan liriknya, sesetengah pendapat lagu ini diplagiat dari karya Peranchis, keraguan mengenai siapa sebenar komposernya juga menjadi isu. Tetapi ‘keraguan’ ini berakhir bilamana Percy Scholes mengemukakan hasil penyelidikannya.Kesemuanya sempurna dan lengkap didokumenkan.
Star Spangled Banner; Lirik lagu ini pada asalnya adalah sebuah puisi yang dikarang oleh Key. Puisi ini disesuaikan oleh Joseph H. Nicholson dengan sebuah karangan lagu yang berjudul Anacreon in Heaven yang dicipta di London oleh John Stafford Smith pada tahun 1760. Pada awalnya lagu ini popular dengan judul Defence of Fort McHenry setelah diterbitkan oleh Carr Music Store. Kemudian pada tahun 1889 lagu ini mula dimain secara rasmi dengan judul Star Spangled Banner. Pada 1931 Presiden Herbert Hoover dengan rasminya mengiktiraf lagu ini sebagai lagu Kebangsaan Amerika.
Ada satu ciri persamaan yang ketara antara dua buah lagu Kebangsaan ini iaitu, punya versi yang pelbagai. Tidak dinafikan, baik lirik mahupun melodinya berlaku perubahan dan terdapat perbezaan dan ianya menjadi pertikaian umum. Namun begitu, tiada berbangkit isu cetak rompak.
Ciri ini juga terdapat pada lagu Negara Ku yang didakwa ada ‘kaitan’ dengan lagu yang berjudul Memula Moon yang dipercayai karangan Pierre Jean de Beranger. Pertikaian yang timbul ini tidaklah menghairankan jika melihat contoh, 2 buah lagu iaitu God Save The Queen/King dan Star Spangled Banner. Tetapi ia (pertikaian ini) punya sedikit perbezaan iaitu dakwaan ‘ciplak’ atau cetak rompak dan ia ( dakwaan ) berterusan.
Jika melihat catatan dokumentasi tentang sejarah Lagu Negara Ku ini, memang ada tercatat asal usulnya, pencipta dan penulis liriknya dan tarikh-tarikh penting mengenai lagu Negara Ku, tetapi yang menjadi persoalan disini ialah ‘dakwaan’ ciplak itu sendiri, ini dakwaan jenayah, jenayah yang dilakukan ( anggapan ) oleh pihak tertentu ( kerajaan ) yang menciplak lagu orang lain.
Malah secara tidak langsung ‘dakwaan’ ini dengan sendirinya mempertikaikan fakta sejarah yang ada tercatat di Arkib Negara. Bukan saja menuduh ‘ciplak’ malah menafikan fakta sedia ada. Hingga kini disebalik dakwaan umum dan reaksi pihak berkuasa, belum ada mana-mana pihak tampil untuk mengesahkan kebenaran dakwaan ini atau menafikannya ( dakwaan ) dengan fakta-fakta baru, lengkap dan sahih.
Suatu andaian;
‘Mungkin’ Memula moon adalah versi sebenar dan disadur menjadi Terang Bulan dan di ciplak lagi menjadi lagu Negara Ku, dan ‘kemungkinan’ ini juga berasas jika dikaji susur sejarah dari mana lagu ini datang dan ‘zaman’ ketika ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pihak tertentu yang disebut dalam fakta sejarah tersebut.
*Perlu dijelaskan, ‘mungkin’ ini adalah barang yang tidak pasti, maka ia memerlukan kajian untuk mengesahkannya.
Melihat ‘zaman’ itu ( kurun ke 18 ) dan di kawasan ini ( Kepulauan Melayu ) yang sedang dijajah dan belum ada Undang-undang atau akta Hakcipta Intelek. Maka tindakan itu tidak dianggap sebagai suatu jenayah. Atas senario ini, kita boleh menerimanya. Tetapi, ada beberapa persoalan penting timbul selepas itu iaitu ;
Selepas 50 tahun negara Merdeka, setelah semua akta dan undang-undang wujud dan diguna pakai, apakah ada usaha di pihak kerajaan bagi melindungi Hakcipta lagu Kebangsaannya?Apakah perlu pihak berkuasa mengkaji semula kesemua aspek dokumentasi lagu Kebangsaan ini secara menyeluruh? dan hasil penyelidikkanya di umum kepada publik.

Persoalan ini berlatarkan 2 perkara penting iaitu 1. Implikasi Perundangan 2. Implikasi Politik dan Sosial.
Implikasi Perundangan.
Bayangkan jika ada dokumen sebagai bukti atau dakwaan bertulis yang mempertikaikan kesahihan fakta mengenai status hakcipta lagu Negara Ku ini adalah ciplak kepada lagu Memula Moon. Kita ( Malaysia ) boleh kehilangan lagu Kebangsaannya. Bayangkan sebuah negara yang telah 50 tahun merdeka tetapi lagu Kebangsaannya hilang. Mungkin kerajaan terpaksa menanggung kos saman yang jumlahnya berjuta-juta ringgit. Jika ini berlaku, dan walaupun kita punya wang dan mampu untuk membayarnya, adakah berbaloi menghabiskannya semata-mata untuk menutup malu?

Implikasi Politik dan Sosial.
Sebuah negara berdaulat yang lengkap dengan institusi-institusinya, tetapi gagal meyakinkan rakyat kerana aset-aset negara yang tidak diurus dengan sempurna. Lagu Kebangsaan tiada bezanya dengan lagu rakyat, lagu rakyat popular apabila rakyat sendiri meminatinya, minat ini datang apabila karangan lagu itu dekat dengan budaya hidup masyarakatnya, sifat yang natural. Bukan dengan law enforment yang sangat artificial. Rakyat menyanyikannya kerana undang-undang ‘memaksanya’ begitu, begitu?.

Jika begitu, tidak hairanlah protes muncul dalam bentuk-bentuk karya sinikal mengenai lagu Kebangsaan dan negara Malaysia itu sendiri. Lebih parah, kita generasi muda dipersalah dan di label sebagai tidak patriotik.
Ketika ini, detik ini, kita semua masih punya sedikit masa dan pilihan untuk mengurus dan merubah sesuatu perkara termasuk isu Negara Ku ‘ciplak’ ini. Lagu Kebangsaan mewakili simbol institusi kenegaraan yang merdeka, berdaulat dan bebas. Mempertahankannya merupakan suatu usaha penting tetapi jika sudah sampai pada satu tahap kewajaran, menukarnya mungkin menjadi pilihan terakhir dan, pilihan terakhir biasanya adalah pilihan terbaik dan muktamad.
Kerana itu, kita berharap isu lagu Negara Ku ini tidak berakhir sepertimana kes Pulau Batu Putih, ketika ada pihak lain menuntutnya, kita gagal mempertahankannya kerana ‘kekurangan’ bukti/dokumen sokongan yang jelas, sempurna dan kredibel. Tanggungjawab kita kini adalah memperbaiki kelemahan masa lampau.
Jika ‘hantu’ dari keturunan Pierre Jean de Beranger datang menuntut royalti atau gantirugi, janganlah kiranya harta rakyat menjadi galang gantinya. Kesilapan ini tiada maafnya.
Dan, cukuplah P.Ramlee dan keturunannya sahaja yang pernah melalui keperitan ini. Ingat, pilihan tidak akan sering datang sepertimana bulan dan matahari, apabila ia datang hanya sekali dan ia bererti…sudah itu mati.
*Dipetik dari http://www.zulhabri.com
No comments:
Post a Comment