Oleh Jimadie Shah Othman
Seorang perwakilan meminta status Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang dikekal dan tidak dipinda.
“Mengenai Raja-raja, kita minta apa yang disebut dalam perlembagaan dikekalkan. Saya juga meminta kebijaksanaan pemimpin-pemimpin dalam hal berkaitan institusi raja-raja.
“Status quo seperti yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub pada hari ini (perlu) dikekalkan. Ini penting.
“Kita minta dipertahankan, bukan dipinda,” kata perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid.
“Kita minta dipertahankan, bukan dipinda,” kata perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid.
Peguam itu mengulas ucapan dasar presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjanji mengembalikan kekebalan institusi raja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan.
Ditemui media selepas ucapannya itu, Ahmad Nizam yang juga peguam kepada imam Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah laknat isu liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata:
“Perlembagaan sedia ada sudah cukup untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah Raja-raja Melayu.”
No comments:
Post a Comment