Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, August 9, 2009



Suspek pengganas Noordin Mohammed Top dibunuh
Ogos 8, 09 11:16am
Suspek pengganas Noordin Mohammed Top dilaporkan terbunuh apabila pasukan polis tindakan khas menyerbu tempat penyembunyiannya di Jawa Tengah selepas mengepungnya selama 17 jam sejak semalam.
Stesen televisyen tempatan - Metro TV - berkata dia terbunuh dalam operasi tersebut, tetapi pihak polis belum mengesahkan laporan tersebut, dan hanya mereka mereka percaya Noordin adalah salah seorang daripada empat penghuni sebuah rumah yang diserbu di Jawa Tengah itu.
Wartawan AFP berkata, dia nampak sekurang-kurangnya tiga mayat dibawa keluar dari rumah tersebut dan pihak polis pula dilaporkan berjabat tangan sesama mereka meraikan kejayaan tersebut, apabila muncul dari rumah berkenaan selepas berjam-jam bertempur dan bunyi letupan.
Polis juga mengumumkan penangkapan lima orang yang dipercayai rakan Noordin dan kematian dua orang lagi yang dipercayai pengebom berani mati, dalam satu lagi serbuan di sebuah rumah di luar Jakarta.
Pasukan polis tersebut menyerbu ke tempat persembunyian itu di Jawa Tengah selepas mengepungnya sejak semalam, ekoran dua insiden pengeboman hotel di Jakarta bulan lalu yang mengorbankan tujuh orang.
Noordin yang dilahirkan di Malaysia dan berusia 40 tahun, dipercayai menjadi dalang serangan tersebut serta tiga insiden pengeboman berani mati terhadap sasaran rakyat Barat di Indonesia yang mengorbankan 40 orang dan beratus lagi cedera.
Polis mengepung rumah tersebut sejak petang semalam selepas menangkap dua orang dekat sebuah pasar yang dilaporkan bersaudara dengan penyewa rumah tersebut.Serbuan tersebut merupakan kemuncak siri operasi dan penangkapan untuk mengesan Noordin - orang yang paling dikehendaki selepas serangan bom pada 17 Julai lalu di Hotel Marriot dan Ritz-Carlton.
*Sumber:Malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Noordin mat top, nama yg sangat hibat di kalangan kawan dan lawan
yg mencipta noordin dgn ligasi nya
adalah pada asal nya ,imperialis
Amereka dan kuncu2 hasil dari perang terhadap pengganas , kalau
tidak ada perang terhadap keganasan
maka mungkin sekarang ini noordin
masih lagi seorang warak yg ada kerjaya yg baik dgn berdakwah kpd
allah dgn hikmah , justru itu noordin tetap top kpd kawan2 nya. kita doa agar noordin di tempat yg
sepatut mengikut niat nya.noordin
adalah mangsa kpd kejahatan musuh2
islam.noordin hanya mempertahankan
diri dan islam dari conspirasi ciptaan AMEREKA dan mereka yg sehaluan dgn mereka.jangan lah di
anggap noordin telah mati, bahkan hidup bahkan hidup di sisi allah.