Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, August 15, 2009

Moh Kita Ngeteh-Foto-Foto Sekitar Acara Pada 15.8.2009











































































Alhamdulillah Majlis Minum Petang Bersama Datok' Seri Anwar Ibrahim berjalan dengan jayanya.Dianggarkan lebihkurang 1000 orang warga yang hadir di majlis tersebut.Warga yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum.





Hujan lebat diikuti angin kuat diawal kira-kira jam 3.30 petang pada mulanya menggusarkan.Namun menjelang jam 5.00 petang cuaca kembali membaik.




Hujan lebat dan angin kuat telah menyebabkan khemah yang dipasang terbang di tiup angin dan menimpa bumbung kedai bersebelahan serta rumah Sdr.Jamil,Ketua AMK Temerloh dan rumah jiran beliau.Kerugian dan kerosakan yang dialami belum dinilai lagi;KEADILAN Temerloh mengambil tanggungjawab untuk membaiki semula kerosakan yang berlaku.





Majlis Ngeteh turut di hadiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim,MB Selangor serta teman-teman pimpinan dari Pakatan Rakyat Temerloh.Tan Sri Khalid di dalam ucapannya antara lain menyebut Kerajaan Selangor dengan dasar Merakyatkan Ekonomi mengambil inisiatif berkesan untuk membantu dan membangunkan rakyat.
Dengan mengambil pemberian air percuma kepada rakyat sebagai contoh,Tan Sri Khalid menyebut selama lebih 50 tahun di bawah pemerintahan BN,kebajikan rakyat telah diabaikan.Kini di bawah kerajaan Pakatan Rakyat,kebajikan dan pembangunan rakyat di utamakan tanpa mengira kaum.



Tan Sri Khalid juga sempat menyindir SPRM yang di lihat menjadikan Kerajaan Selangor sebagai sasaran sedangkan pada masa yang sama membutakan mata terhadap perlakuan rasuah pemimpin UMNO.





Di majlis yang sama,Dato Alimudin Syawal,AJK UMNO Bahagian Temerloh dan Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera telah membuat pengumuman keluar dari UMNO kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO sekarang.KEADILAN Temerloh mengalu-alukan pengumuman beliau dan mengucapkan tahniah disamping mengundang beliau untuk menyertai KEADILAN.Kami percaya dengan kreadibiliti beliau akan dapat menyumbang dan memperkasakan perjuangan bukan sahaja di Temerloh tetapi juga di seluruh Pahang.





Dato' Seri Anwar yang hadir bersama-sama Presiden Dato' Seri Dr.Wan Azizah Ismail turut sempat meluangkan masa menghulurkan bantuan kepada warga yang memerlukan terutamanya menjelang bulan ramadhan.15 keluarga menerima bantuan berupa bahan makanan yang disampaikan oleh Dato Seri Dr.Wan Azizah Ismail.



Manakala Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapannya menyelar sikap hipokrit pemimpin UMNO yang memainkan isu perkauman serta sekadar berani menuduh beliau sebagai pengkhianat.Sementara beliau menyebut tidak berhajat untuk menjawab tohmahan UMNO,Dato Seri Anwar sempat menempelak sikap hipokrit pemimpin UMNO yang berterusan cuba untuk mengelirukan rakyat.



Anwar Ibrahim turut mengulangi komitmen KEADILAN yang akan berjuang untuk semua kaum disamping kepentingan orang Melayu bukan sekadar di pertahankan malah akan di perkasakan.Beliau juga menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah UMNO melalui media yang di kuasai mereka disamping rakyat harus lebih cerdik.



KEADILAN Temerloh juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Temerloh yang telah memberikan kerjasama dan mengeluarkan permit.Kami percaya,terlepas dari tekanan politik,kerjasama diantara Pakatan Rakyat dan PDRM di Temerloh ini bukan sahaja di pertahan tetapi boleh di pertingkatkan.



Kami juga merakamkan penghargaan kepada KEADILAN Cabang Kuala Krau khususnya Sdr.Hj.Suhaimi Said yang turut sama membantu menjayakan program ini.



Terakhirnya,kepada mana-mana pihak dan para dermawan yang berhajat untuk membantu mangsa ribut,kami sangat-sangat mengalu-alukan.Mereka yang berhajat untuk membantu bolehlah menghubungi e-mel berikut:lanailestari@gmail.com.Terima kasih.












































































































































































































































































































































































































































































































































No comments: