Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, August 16, 2009

Helikopter Nuri membawa Muhyiddin Yassin Mendarat Cemas



Malaysiakini melaporkan hari ini helikopter Nuri milik TUDM yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Tuaran disebabkan cuaca buruk.

Muhyuddin Yassin dilaporkan didalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kudat setelah selesai merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian tersebut.Muhyiddin selanjutnya dijadualkan merasmikan pula Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Penampang di sebelah petang.

Sambil kita turut mengucapkan syukur Alhamdulillah Muhyiddin dan rombongan selamat daripada sebarang bencana,namun timbul persoalan di benak saya tentang penggunaan aset negara yakni helikopter Nuri milik TUDM bagi tujuan yang bukan rasmi.Sebagaimana yang di laporkan Muhyiddin menggunakan helikopter tentera bagi tujuan merasmikan Mesyuarat UMNO.

Ertinya didalam perkataan yang mudah,Muhyiddin Yassin telah menggunakan helikopter TUDM bagi tujuan politik UMNO.Kapasiti Muhyiddin sebagai TPM dan Tim.Presiden UMNO harus di berikan status yang berbeza;yang pertama,saya kira sebagai sebahagian daripada tugas rasminya sebagai pemimpin negara beliau mungkin boleh mendapat keistimewaan menggunakan aset negara untuk tugas rasmi,manakala bagi status kedua Muhyiddin memakai baju TP UMNO,tidak ada kewajaran Muhyiddin atau sesiapa sahaja dibenarkan menggunakan aset negara untuk tujuan politik kepartian.

Saya percaya semua warga memahami ada perbezaan antara aset atau harta negara dan harta peribadi atau parti.Harta negara didalam perkataan yang mudah ialah 'milik rakyat' bukannya milik peribadi atau didalam bahasa lain,BUKAN MILIK MAK-BAPAK Muhyiddin atau mana-mana pemimpin UMNO/BN.Maknanya harta milik rakyat tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi mahupun untuk kepentingan mana-mana parti politik yang memerintah.
Jika perkara yang paling asas dan semudah ini gagal di fahami oleh Muhyiddin mahupun mana-mana pemimpin UMNO/BN yang lain,saya percaya rakyat berhak bertanya apakah ruang diantara telinga kanan dan telinga kiri mereka kosong-bolong.
Saya juga berpandangan jika sekiranya pemimpin UMNO menganggap harta rakyat sebagai milik peribadi atau parti-realitinya inilah yang sedang berlaku-bermakna kita sedang menghadapi krisis nilai.Wang dan rakyat dan harta negara bukan sekadar dibazirkan malah dihalalkan untuk disalahgunakan bagi tujuan peribadi mahupun politik sempit UMNO.
Saya tidak tahu berapa kos minyak (av fuel) dan perbelanjaan lain yag terpaksa di tanggung oleh TUDM semata-mata untuk menerbangkan Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO.Jika pendedahan yang membabitkan Presiden MCA,Ong Tee Keat yang beliau tidak menjelaskan bil jet persendirian berjumlah USD40000 (RM150000) maka saya percaya tentunya kos minyak dan lainnya bagi pesawat TUDM juga bersamaan.
Isunya disini siapakah yang menanggung kos tersebut?Muhyiddin?UMNO?Jawabannya mudah-rakyat yang tanggung!Gaji pilot dan crew pesawat rakyat tanggung dan kos minyak serta berkaitan juga rakyat tanggung.Inilah yang dikatakan 1Malaysia didalam wajah sebenarnya.Curi,gadai dan salahguna harta rakyat dan apa pun biar rakyat tanggung.
Inilah sebenarnya yang menjadi citra dan mentaliti pemimpin UMNO;mereka tanpa segan-silu untuk sewenang-wenangnya menyalahgunakan harta negara seolah-olah milik peribadi,seolah-olah mereka mendapat blank cheque untuk berbuat apa sahaja sesuka hati mereka.Istilah pertanggungjawaban atau memegang amanah rakyat dan jujur tidak ada didalam kamus politik/hidup mereka.Tanggungjawab moral kepada mereka hanya sekadar retorika untuk mengaburi rakyat.
Dan yang lebih malang,dengan muka bersahaja mereka akan bercakap di hadapan rakyat tentang moral dan tentang khianat seolah-olah mereka satu-satunya yang suci.Walhal sebaliknya mereka inilah lanun dan polong besar yang menghancurkan bangsa dan negara.
Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin Yassin dan orang UMNO lainnya,apakah yang boleh di labelkan mereka yang menyalahgunakan harta negara untuk kepentingan peribadi mahupun politik kepartian?Apakah pemimpin seperti ini seorang wira?
Cuma ada suatu jawaban:pemimpin yang menyalahgunakan kuasa dan harta rakyat dengan memperlakukan seolah-olah harta peribadi sesungguhnya dia itulah PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA yang sebenarnya!

1 comment:

retaliasi said...

Asal tak jatuh terus hahaa