Islam adalah agama yang adil.Bukan sekadar keadilan kepada sesama manusia malah kepada haiwan dan ternakan sekalipun.Jika kepada makhluk selain manusia pun kita di tuntut untuk berlaku adil,apatah lagi terhadap sesama manusia.
Kerana keadilan didalam Islam maka mereka yang bukan Islam sekalipun punya hak yang ditentukan dan hak ini tidak boleh,malah haram,dicerobohi.Didalam Islam tidak ada penindasan atau pilih kasih.
Kerana Islam adalah agama kasihsayang bukannya agama yang menyemai kebencian dan penindasan.
Malah jika kita menoleh kebelakang melihat dan meneliti falsafah dan seterusnya memahami bahawa hak non-muslim itu ada,dijaga dan perlu dipertahankan dan ini termasuk rumah ibadat mereka.
Bukankah antara pesan Junjungan Besar Rasulullah SAW kepada para panglima perang ialah:
-Orang tua,wanita dan kanak-kanak
-Orang sakit,terlantar dan lemah
-Ternakan dan haiwan
-Tanaman dan tumbuhan
-Tempat-tempat ibadat
Kesemua ini tidak boleh digodam,dirosakkan,diserang,dimusnahkan hatta diperlakukan dengan tiada hormat.
Didalam keadaan perang sedangkan di tuntut kepada umat untuk berakhlak mulia menjaga rumah ibadat.Tentunya didalam keadaan aman tuntutan untuk menjaga tempat ibadat non-muslim perlu dipertahankan.
Bukankah didalam sejarah Islam betapa ketika Baitulmuqaddis dibuka oleh tentera Islam,Khalifah ketika itu tatkala dijemput oleh pendita Kristian untuk menunaikan solat didalam gereja terbesar telah dengan bijaksana menolak dengan kata-kata yang cukup hebat:"Jika aku solat di gereja ini nescaya orang Islam akan turut solat dan mengambilalih gereja ini untuk dijadikan masjid".Itu akhlak Islam sebenarnya yang cantik lagi terpuji.
Bukankah didalam Al-Quran ada teguran dari Allah agar umat menghormati agama atau sembahan non-muslim.Bukankah sudah jelas ajaran serta tuntutan akhlak yang wajib ditaati.
Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".
Menggunakan nama Allah untuk melakukan tindakan atau perbuatan yang bertentangan dengan ajaranNYA serupa dengan perangai kaki nombor ekor yang menurun di kuburan-mereka juga memulakan upacara dengan membaca-menyebut nama Allah.
Mengatasbawahkan nama bangsa Melayu bagi menghalalkan tindakan yang bersifat perkauman dan provokasi jelas memalukan dan menjatuhkan maruah bangsa.
Jadi apa dan siapa mereka sebenarnya?Pejuang Islamkah?Pahlawan dan pendekar Melayukah?Mereka menjerit atas nama Islam dan mereka meraung atas nama Melayu,yang mana satu topeng yang mereka pakai?
Kepada mereka Islam hanya sekadar 'camouflage' dan bangsa hanya sekadar lalang untuk bersembunyi dari wajah sebenar.Tanpa disedari,mereka tidak lebih dari bidak-bidak catur yang diatur-susun oleh mereka yang gila kuasa dan takhta;tidak lebih dari kuda tunggangan pemimpin desperado yang masih belum kenyang menyamun harta rakyat.
No comments:
Post a Comment