Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Wednesday, July 8, 2009

Pemansuhan PPSMI:Reaksi Awal




Akhirnya,setelah 6 tahun berlalu,setelah bantahan bertalu-talu,Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk membatalkan PPSMI.Pengumuman yang dibuat oleh Muhyidin Yasin,TPM itu menyebut pemansuhan PPSMI ini kiranya akan berkuatkuasa di tahun 2012.




Begitulah pengakhiran dasar dan polisi songsang yang dibuat tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat terbanyak.Begitulah setelah,khabarnya,berbillion ringgit wang rakyat dibelanjakan (tentunya yang untung dan kenyang bak buaya tembaga ialah para kroni dan anakpinak pemimpin UMNO) maka dengan begitu-begitu sahaja PPSMI di hapuskan.Begitulah citra dan cara berfikir pemimpin.




Menarik disentuh ialah pengakuan Muhyidin yang beliau dan pegawainya terpaksa 'menyembah mohon perkenan' daripada Tun(ku) Dr.Mahathir Mohamad selama TIGA (3) JAM bagi membolehkan Kabinet memutuskan PPSMI di batalkan dan setelah mendapat 'perkenan' barulah boleh di umumkan kepada rakyat.




Persoalan disini ialah kenapa perlu mendapat perkenan dari Dr.Mahathir?Dr.Mahathir bukan lagi PM atau pemimpin kanan negara malah tidak memegang apa-apa jawatan pun baik dalam UMNO mahupun didalam kerajaan.Taraf Dr.Mahathir tidak lebih dan tidak kurang dengan saya atau pembaca atau rakyat yang lain.Mahathir hanyalah rakyat biasa!




Saya melihat ada yang begitu tidak beres didalam pentadbiran Najib dan Muhyidin.Nampak gayanya,yang boleh dilihat secara tersurat mahupun tersirat,PM,TPM dan seluruh Kabinet BN tidak punya keberanian mahupun kekuatan (termasuk kekuatan intelektual) untuk membuat keputusan sehinggakan perlu mendapat restu,limpah perkenan dan persetujuan dari mantan PM.Mungkin agaknya,seperti mitos masyarakat Melayu,Muhyidin takut ketulahan!




Saya melihat episod ini sebagai di luar tabii dan tentunya memalukan.Seorang TPM yang tentunya membawa mandat PM dan seluruh anggota kabinet perlu mendapat restu dan menyembah seorang rakyat biasa yang sudah tidak punya kuasa mahupun upaya membuat dasar semata-mata untuk membuat keputusan bagi memansuhkan polisi yang terang-terang terbukti sebagai gagal dan songsang.




Apa yang boleh diteladani dari episod ini?Hanya suatu sahaja yang boleh disimpulkan bahawa bukan Najib atau Muhyidin atau Kabinet yang memerintah negara tetapi seorang tua yang sudah dihujung senja yang punya wewenang lebih ampuh dari keseluruahan Kabinet!Memalukan!




Ada kemungkinan agaknya Muhydin Yassin memulakan pertemuan 3 jam dengan Tun(ku) Mahathir dengan menyebut 'sembah mohon derhaka,Kabinet sudah putuskan PPSMI di mansuhkan...'.Haru-biru!




2 comments:

sahrunizam abdul talib said...

Sdr Nizam,

Saya SANGAT BERSETUJU ppsmi itu dimansuhkan. Tetapi saya TIDAK BERSETUJU dengan 2012. Soalnya mengapa 2012?

Mengapa sewaktu mahu diperkenalkan dahulu dibuat dengan tergesa-gesa tetapi apabila mahu menamatkan riwayatnya dibuat dengan sopan dan tertib dan anak-anak kita terpaksa menderita untuk selama 3 tahun lagi.

Juga jangan lupa 2012 ialah PRU ke 13. Ini mungkin strategi politik dan dalam tempoh tiga tahun, apa sahaja boleh terjadi. Menteri Pelajaran mungkin bertukar orang dan kajian semula mungkin dilaksanakan.

Saya kira kemenangan ini ialah kemenangan separuh masak, bukannya kemenangan yang ranum. Saya juga risau apabila para pejuang bahasa mula mengendurkan pendirian kerana dibuai gembira. Bergembira dan berpuas hati terlalu awal boleh membunuh makna sebuah perjuangan.

afna said...

mahadet tetap mahader...