Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, June 14, 2009

Wejangan Kecil

1.Pada hari Ahad 7 Jun 2009,hujung minggu kelmarin saya di undang oleh Sdr.Rizal Jamin,Ketua AMK Pahang untuk menghadiri forum bertajuk 'Cabaran Kaum India Pada Masa Kini Dan Masa Hadapan'.

Panelis forum tersebut kesemuanya hebat-hebat belaka iaitu Dato subramaniam,PesuruhJaya SUHAKAM,Sdr.Yb Manickavsagam,Sdr.Raju dari Persatuan Pengguna Selangor dan Sdr.N Surendran,seorang peguam tersohor.Beberapa pemimpin setempat turut hadir iaitu Sdr.Ram dan Tuan Hj Zahari.

Saya diminta selaku tuan rumah untuk memberikan sedikit ucapan;didalam ucapan saya menyentuh perjuangan KEADILAN yang merangkumi semua kaum dan bangsa serta melangkaui anutan agama.Saya juga membawa perhatian hadirin kepada Gagasan Besar Ketuanan Rakyat yang dicanangkan oleh Sdr YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada 8.3.2009 di Shah Alam.

Saya sentuh secara ringkas falsafah dan arahtuju Ketuanan Rakyat disamping mempertegaskan bahawa KEADILAN dengan jelas menolak konsep Ketuanan Melayu yang dimomokkan oleh UMNO sebagai usang,decadent dan tidak lagi relevan.Saya turut mengungkapkan penolakan KEADILAN terhadap DEB yang turut dilihat sebagai alat untuk mengkayakan anakpinak dan kroni pemimpin UMNO/BN.

Sementara kita tegas menolak DEB yang sudah tidak relevan itu,KEADILAN memperkenalkan suatu dasar baru yang dikira mampu mempertahankan ekonomi serta mempastikan kekayaan negara tidak dibazirkan dan diagihkan seadilnya iaitu Agenda Ekonomi Malaysia.Saya turut menegaskan bahawa penolakan atau kritikan KEADILAN terhadap dasar UMNO/BN bukan dibuat dengan semberono tetapi kita sudah bersedia dengan gagasan atau kerangka yang jauh lebih baik,bijaksana dan berpaksi kepada Peduli Rakyat.


Saya mengimbau kepada sejarah ketamadunan masyarakat India dimana kurang lebih 5000 tahun silam sudah terbina suatu ketamaddunan yang dikenali Tamaddun Indus-Ganges dengan harapan mudah-mudahan mampu memberikan lonjakan kepada hadirin di seminar tersebut untuk dapat bermandiri dan keluar dari kepompong propaganda UMNO;malah saya menyebut tatkala Eropah dan Alam Melayu masih belum punya tulisan,masyarakat India/Hindu dahulukala sudah boleh berkomunikasi secara bertulis dengan menggunakan apa yang disebut Aksara Hindu.

Manakala itu saya juga menyeru agar semua kaum bersama bahu-membahu untuk keluar dari kemiskinan;saya menampilkan Putaran Ganas atau Putaran Syaitan Kemiskinan (vicious circle of poverty) yang diwarisi sebagai penyebab utama kemiskinan bukan sahaja di kalangan masyarakat India tetapi juga orang Melayu dan kaum-kaum lain khususnya di Sabah dan Sarawak.Juga saya membawa telahan Profesor Di Raja Ungku Aziz yang menyatakan kemiskinan disebabkan pengabaian pemerintah,produktiviti yang rendah dan eksploitasi.

Saya mengakhiri ucapan saya dengan menyebut kepercayaan saya hanya dengan pendidikan dan kesedaran kita mampu membebaskan diri dari belengu kemiskinan selain usaha dan upaya kita sendiri.Saya juga menyebut kegagalan kerajaan BN bukan sahaja membantu masyarakat India tetapi juga kaum-kaum yang lain waima orang Melayu sendiri.


2.Sewaktu hadir ke Penanti untuk kempen PRK Penanti baru-baru ini saya sempat berbual dengan beberapa orang anggota Polis yang 'bertugas' di Yayasan Aman.Kebetulan saya mengenali salah seorang dari anggota Polis tersebut yang menegur saya setibanya saya di bangunan Yayasan Aman tersebut.


Maka dibawah lindungan payung besar kerusi batu kami duduk bersembang.Saya dapat mengesani jauh disudut hati mereka tersimpan rasa simpati dan sokongan terhadap perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat.Mereka turut bertanyakan pandangan saya kes DSAI yang akan dibicarakan bulan Julai akan datang ini disamping secara jelas memberitahu mereka tidak percaya tuduhan tersebut sambil mengambil contoh tuduhan terdahulu.


Teman-teman Polis ini berkali-kali menyebut mereka sekadar menjalankan tugas sedangkan jauh dihati sanubari mereka turut terkesan dengan kemelut yang politik yang berlaku khususnya Krisis Perak dan konspirasi kedua terhadap Anwar Ibrahim.

Saya seperti biasa akan menjadi pendengar yang setia dan sekali-sekala memprovokasi juga.Saya bertanyakan tentang MaTeks (Markas Tektikals) iaitu berupa kem kecil yang tumbuh setiap kali PRK bermula di PRK Parlimen Kuala Trengganu kerana saya mendengar keadaannya bukanlah selesa sehinggakan kemudahan air paip/bersih pun tidak ada seperti sewaktu PRK KT dahulu.

Salah seorang dari teman Polis tiba-tiba bertanya apakah saya tahu kenapa setiap kali ada PRK, Mateks diujudkan?Apabila saya menjawab yang saya tidak ada pengetahuan,teman tadi menjelaskan bahawa MaTeks ujud selepas PRK Permatang Pauh Ogos tahun lalu diatas arahan Najib Razak.


Sebahagian anggota Polis yang berkawal sewaktu PRK Penanti yang lalu

Najib Razak memberikan arahan sedemikian setelah beliau 'dikepung' dan di boo oleh penyokong Pakatan sewaktu hari penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh.Khabarnya Najib cukup marah kepada pasukan Polis yang dikira telah gagal mengawal keadaan.Menurut teman saya,kemarahan Najib kepada Polis sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai yang berwenang.

Dan sebagai langkah pencegahan agar insiden seperti itu tidak berulang (dan tentunya diatas ketakutan Najib sendiri berhadapan dengan rakyat) maka MaTeks di adakan pada setiap kali PRK yang tentunya memakan perbelanjaan yang cukup tinggi.

Teman saya itu,mengeluh tentang nasib anggota Polis yang terpaksa menurut kehendak orang politik (baca:pemimpin UMNO/BN)!

No comments: