Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Monday, June 8, 2009

Sembah Mohon Derhaka Kesekian kalinya...


Atas beberapa urusan yang tidak diterelakkan,blog ini tidak akan dikemaskinikan buat beberapa ketika.


Beberapa isu yang berlaku seputar politik negara memang sesungguhnya memerlukan tanggapan;malah teman-teman PAS khususnya yang muda dan yang masih berjiwa muda tampaknya agak kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini,saya punya pandangan sendiri tentang isu yang menguliti PAS itu termasuk pandangan tetapi sengaja saya pendamkan bimbang takut dianggap mencampuri urusan PAS.


Isu momokan komunis terus lantang dimainkan oleh UMNO dan para penjilat mereka yang tentunya dibumbui oleh api perkauman yang tebal.Sewaktu di Penanti,ada wartawan dari media alternatif bertanyakan saya tentang isu ini dan saya jelaskan pandangan saya yang disoroti dari sejarah bermula dari Sumpah Pemuda Indonesia (1928),peranan cerdikpandai Agama (tentunya pertentangan Kaum Tua versus Kaum Muda),KMM,PKMM dan lain-lain lagi sehingga membawa kepada peristiharan darurat di pertengahan tahun 1948.


Sorotan saya bahawa harus dilihat,khususnya Rejimen Ke-10 PKM dari sudut komunisme sebagai idealogi ketimbang sebagai wadah atau wahana melawan penjajah;saya juga menyebut label bahawa Komunisme anti-agama dan tidak percayakan tuhan bukan boleh menjadi alasan mutlak kerana untuk sseorang menjadi murtad tidak perlu jadi komunis,lihat sahaja mereka yang atheis atau freethinker atau mereka yang mengaku beragama tetapi mempersendakan agama itu sendiri.


Dan soal paling pokok apakah niat sebenar UMNO dan Utusan Malaysia?Adakah kerana sentimen anti-komunis mereka atau sekadar mengambil kesempatan untuk mengeruhkan hubungan kaum,menakut-nakutkan orang Melayu dan kemudiannya mengharapkan mereka mendapat keuntungan politik dari episod ini?


Juga di Penanti saya berjumpa dengan beberapa teman dari PDRM yang mendedahkan "rahsia" kenapa kebelakangan ini setiap kali PRK ada markas taktikal PDRM diujudkan dengan anggota polis beribu dibawa selain membabitkan perbelanjaan besar.


InsyaAllah semua ini dan isu lainnya akan saya kupas kelak.

Salam Hormat

No comments: