- Lebih setengah kurun dibawah UMNO/BN kesemua cabang perkhidmatan awam hancur lebur.Tidak pernah dalam sejarah samaada di Malaysia mahupun di Komanwel,seorang `kerani' bertaraf Setiausaha Dewan Undangan Negeri boleh mengakas (overule) keputusan dan arahan Speaker!Memualkan.
- Saya teringat suatu insiden berlaku di sebuah sekolah di Bera,9 orang guru ditukarkan kerana semata-mata mendengar `laporan' dari Ketua UMNO Cawangan yang mengeja rumi pun tidak betul.Ada ketua jabatan/guru besar takut kepada tukang kebun semata-mata kerana tukang kebun adalah Ketua UMNO Cawangan!
- Malaysiakini hari ini melaporkan SPR telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil (PRK) Batang Ai,Sarawak pada 7.4.2009 serentak dengan PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Saya melihat penetapan tarikh sedemikian oleh SPR bertujuan untuk `frustrate' para pemimpin Pakatan dan petugas dari Semenanjung khususnya Dato Seri Anwar Ibrahim.Ianya adalah strategi SPR yang ditunggangi UMNO/BN agar kekuatan Pakatan dipencar-pencarkan.Sekali lagi saya melihat SPR bukanlah institusi bebas tetapi alat kepada UMNO/BN
- Kontroversi Perak juga menunjukkan buat sekian kalinya betapa Polis bersikap tidak neutral.Gelagat yang ditunjukkan oleh Polis dengan menghalang Speaker,Ir.Nizar dan ADUN dari memasuki Dewan jelas tidak professional dan bias.Begitu juga dengan kegagalan yang disengajakan oleh pihak Polis apabila gagal mengambil sebarang tindakan berikutan provokasi yang dibuat oleh sekumpulan penyokong UMNO/BN menunjukkan PDRM seolah-olah mengambil sikap berpihak/partisan.
- Saya turut melihat keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak Tommy Thomas dari menjadi peguam mewakili Speaker DUN Perak sebagai sangat tidak kena.Bagaimana mungkin Speaker akan mendapat khidmat guaman yang profesional dari Penasihat Undang-undang Negeri ataupun AG sedangkan mereka juga mewakili dan memberikan nasihat kepada Dr.Zambry.Kelihatannya menjadi suatu lelucon peguam yang sama memberikan khidmat kepada dua pihak yang saling bertelagah antara satu sama lain.Malah,saya kira,situasi ini bertentangan dengan trite law dan etika serta rules against bias!
- STOP PRESS:Kerajaan haram UMNO/BN Perak telah mengeluarkan arahan berkuatkuasa sertamerta kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi Kerajaan yang lain untuk menebang semua pokok-pokok besar dan saka diseluruh Perak bagi mengelakkan DUN Perak bersidang sekali lagi.Berita yang masih belum disahkan,penebangan pokok-pokok seluruh Perak ini akan diketuai oleh Mohd Osman Jailu,Jamaludin Mohd Radzi dan Hee Yit Foong.
- Saiful Bukhari Azlan diberitakan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ustaz Ramlang Porigi kononnya memutarbelitkan kenyataan.Saranan saya kepada Saiful (atau Sinfool?) untuk meneliti sepenuhnya keseluruhan kenyataan yang pernah dibuat oleh Ustaz Ramlang kerana bimbang `hujan yang sepatutnya turun ke bumi akan jadi sebaliknya,naik ke langit'.Saya fikir kelihatannya Saiful (atau Sinfool?) ini sedang naik 'syeikh' untuk menyaman semua orang.Dan saya fikir,anak Bugis bernama Ramlang Porigi tidak ada sekelumit kebimbangan untuk berhadapan dengan Saiful (atau Sinfool?) di Mahkamah!
Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )
(Hikayat Munsyi Abdullah )
Wednesday, March 4, 2009
Nota Ringkas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment