Ramai yang bertanyakan saya tentang perkembangan mutakhir Krisis Perak sambil memberikan ulasan masing-masing.Dalam kebanyakkan ketika saya terpaksa mengulangi penjelasan yang sama beberapa kali kepada individu yang berbeza,samada secara kediri,sms dan panggilan telefon.
Semuanya ini-pertanyaan dan ulasan-menggambarkan keprihatinan (kecaknaan?) rakyat yang sekaligus memperlihatkan krisis kreadibiliti yang melanda media arus perdana.Pemberitaan didalam Utusan,Berita Harian dan seumpamanya serta siaran di RTM,TV3 tidak lagi di percayai oleh orang ramai.Media alternatif seperti Siasah,Suara Keadilan dan Harakah menjadi pilihan selain sumber dari alam maya,internet-Malaysiakini dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).
Siang tadi secara berseloroh saya memberitahu seorang teman yang bertanyakan perkembangan Perak agar membaca sendiri dari Utusan.Teman saya tiba-tiba sahaja naik angin sambil memuntahkan carut marut kepada Utusan dan sekutunya!Saya ketawa sambil menyatakan apakah menyebut nama Utusan pun sudah di kira `dosa' sehingga melenting sebegitu rupa?
Manakala seorang sahabat baik saya yang juga peguam,seorang Tionghua menghubungi lewat telefon, juga sedikit 'hyper' kerana gagal mendapatkan Harakah dan Suara Keadilan di Temerloh.Beliau memberitahu Harakah dan Suara Keadilan dirampas oleh KDN sedangkan penjual diberikan amaran akan dikenakan tindakan jika masih menjual kedua-dua terbitan ini.Kalau sudah namanya lawyer,maka bertubilah pertanyaan tentang syarat permit (PP),penjualan dan bermacam lagi.Marah betul sahabat saya ini kepada KDN yang tentunya ditumpahkan kepada UMNO/BN secara tidak langsung.
Sebenarnya jika ingin berbicara tentang penerbitan alternatif milik parti politik ianya akan menjadi hikayat yang panjang.Sdr.Lutfi telah menulis panjanglebar tentang layanan berat sebelah lagi songsang KDN didalam mengendalikan penerbitan yang di kira tidak sebulu dengan UMNO/BN.Saya tidak berhajat mengulanginya disini.Cuma saya melihat krisis kreadibiliti media arus perdana ini sudah sampai ke suatu tahap yang rakyat kehilangan kepercayaan sama sekali terhadap pemberitaan mereka.
Jika beberapa tahun kebelakangan dahulu,hanya ahli dan penyokong tegar KEADILAN dan PAS kelihatannya memboikot Utusan dan yang lainnya,namun perkembangan dewasa ini memperlihatkan trend ini sudah merebak merata kepada segenap lapisan masyarakat.Dan tentunya upaya untuk memulihkan kreadibiliti media arus perdana ini terletak di tangan pengemudi media itu sendiri samaada mereka masih lagi mahu terikat dengan pendekatan feudal dan berat sebelah atau melakukan reformasi didalam batang tubuh mereka sendiri.Kepada saya isyarat jelas telah di berikan oleh rakyat akan ketidaksenangan hati mereka terhadap pelaporan berita sebelah pihak,fitnah dan mual yang menjadi tradisi mereka selama ini.
Berbalik kepada Kemelut Perak,The Malaysian Insider,portal berita di internet,mendedahkan bahawa Pesuruh Jaya Kehakiman (Judicial Commisioner,akronimnya JC) Ridwan Ibrahim diberitakan telah tamat kontraknya pada 28.2.2009 yang lalu.JC Ridwan ialah hakim yang meluluskan permohonan UMNO/BN bagi perintah `restraining order' terhadap Speaker DUN Perak,Sdr.Sivakumar.
Mengikut peruntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan,JC di lantik secara kontrak selama 2 tahun dan boleh disambung perkhidmatannya ataupun terus di lantik sebagsi Hakim Mahkamah Tinggi.Didalam hal ini,menurut Malaysian Insider,tidak di ketahui samaada JC Ridwan telah disambung kontrak beliau atau sebaliknya.
Persoalan yang timbul apakah JC Ridwan mempunyai kuasa atau legal capacity untuk membicarakan permohonan injunksi UMNO/BN tersebut dan memberikan perintah pada prosiding 3.3.2009 yang lalu?Menarik juga disentuh,barisan peguam Sdr.Sivakumar yang diketuai oleh Tommy Thomas di larang dari mewakili beliau atas alasan ketiadaan locus standi;keputusan JC Ridwan ini telah dikritik oleh Majlis Peguam Malaysia dan beberapa tokoh pengamal undang-undang yang lain.
Sementara buat kesekian kalinya saya tidak mahu di lihat memberikan kuliah undang-undang,saya beranggapan didalam keadaan sedemikian,JC Ridwan sewajarnya menarik diri dari membicarakan kes tersebut agar dapat dilihat telus dan adil.Samada keputusan beliau itu boleh diakaskan atau menjadi redundant,saya serahkan kepada para peguam bijaksana yang mewakili Sdr.Sivakumar untuk memberikan ulasan.
Saya juga berkongsi sentimen dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyeru agar Kemelut Perak ini diselesaikan dengan bijaksana.Penyelesaian yang paling baik dan tuntas ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya agar rakyat dapat membuat pilihan mereka.Kembalikan mandat kepada rakyat dan hanya rakyat berhak menentukan.
Saya fikir inilah kesempatan terbaik kepada Sultan Perak untuk mengharmonikan keadaan di Perak.Masih belum terlambat kepada Sultan Perak untuk memulihkan kemelut yang berlaku dan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.Jika tidak kemelut ini akan berterusan.
Sementara itu,seorang teman meminta saya memaparkan di dalam tulisan saya agar mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan dari Kemelut Perak ini dengan memainkan isu perkauman.Apa yang berlaku di Perak adalah pertembungan politik antara parti-parti politik yang sah dan tidak seharusnya di lihat atau diambil kesempatan untuk meniup api perkauman.Teman ini turut menyarankan agar pimpinan Pakatan khususnya dari Sayap Pemuda/AMK memberikan assurance bahawa Pakatan akan mempertahankan saudara-saudara Bukan Melayu sekiranya sentimen perkauman ini terus didendangkan.Saya melihat ada kewenangannya saranan ini disamping doa saya agar tiada insiden buruk yang akan bakal terjadi.Barang di jauhkan Allah hendaknya.
Pada masa yang sama ramai yang bertanyakan saya apakah yang di maksudkan dengan SATHYAGRAHA yang saya tulis di dalam beberapa entry sebelum ini.Hari Selasa yang lalu saya memberikan 'kuliah' pendek tentang Sathyagraha kepada beberapa orang teman peguam dan teman-teman Polis di Mahkamah sewaktu masa senjang sebelum perbicaraan bermula.Secara ringkasnya Sathyagraha adalah kaedah perjuangan yang di pelopori oleh Mahatma Gandhi,perjuangan tanpa kekerasan atau non-violent movement yang menganjurkan civil disobedience terhadap kerajaan yang menindas.InsyaAllah saya akan menulis tentang Sathyagraha dan perjuangan tanpa kekerasan ini di kesempatan yang lain.
nota tambahan:
Undian melalui sms oleh NTV7 menunjukkan 93% Respondent berpendapat Persidangan D
DUN Perak di bawah pokok TIDAK MEMALUKAN NEGARA.Apa kata pemimpin UMNO/BN yang sudah kehilangan sentuhan dengan kehendak rakyat?Sesungguhnya mereka sebenarnya yang sudah tiada kemaluan (pun intended).
1 comment:
Tahniah Sdr Nizam kerana bercerita banyak perkara tentang undang- undang yang banyak diketahui oleh orang awam. Teruskan perjuangan.
Post a Comment