Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Friday, March 13, 2009

Minda Leceh


Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB,begitulah bunyi tajuk berita Harakahdaily hari ini.Khir Toyo marah kepada YB Saari Sungip (saya lebih mesra memanggil beliau dengan gelaran Pak Abu Urwah) kerana pendedahan Pak Abu di dalam Dewan mengenai penyelewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membeli kereta pacuan empat roda mewah berharga lebih setengah juta ringgit.

Saya nak ketawa pun ada dan naik geram pun ada apabila membaca berita ini.Saya kenal Pak Abu lebih dari 10 tahun dan membayangkan janggut sejemput beliau ditarik oleh Khir Toyo saya kira bukan sahaja lelucon tetapi juga memperlihatkan betapa sengetnya bekas MB Selangor ini.

Saya teringat `nasihat' kawan saya yang aktif didalam Jamaah Tabligh;simpan janggut adalah sunnah Rasulullah tetapi mesti dijaga rapi agar nampak kemas,tak boleh serabut tak terurus.Jika ada isteri,alangkah besarnya pahala jika isteri meminyaki janggut suami.Janggut ini,kata kawan saya itu lagi,tempat bidadari bergayut.

Seorang kawan saya yang lain pula memberitahu fadhilat menyimpan janggut ini.Kata kawan saya ini yang antara hobinya (mungkin juga kerjaya) mencari 'ibu duit' janggut penting untuk hubungan suami-isteri,"kalau kau tak percaya pergi baca kitab Tajul Muluk",ujarnya dengan tegas.Saya sekadar ketawa (pun begitu saya semak juga dalam buku Permata Yang Hilang!).

Begitulah Khir Toyo yang kehilangan arah.Malah saya melihat perbuatan Khir ini juga sebagai perlambangan betapa pemimpin UMNO sudah kehilangan fikrah untuk berhujjah dan berdebat secara anak jantan.Keberanian Khir Toyo dan pemimpin UMNO lain hanya diluar Dewan dihadapan penyokong sendiri ataupun dihadapan para wartawan media pengampu.
Kenapa Khir Toyo tidak menyanggah Pak Abu sewaktu sesi perdebatan di dalam Dewan?Bukankah itu forum yang terbaik dan kesempatan yang paling sempurna samada untuk mempertahankan diri atau menjelaskan perihal yang sebenar jika ada kebenarannya.Ini tidak,Khir Toyo mengambil sikap yang,saya kira,cukup kebudak-budakkan dengan menarik janggut sejemput Pak Abu.
Alahai Khir Toyo,kamu ingat ini zaman kanak-kanak main aci lut atau police-sentry atau main galah panjang?Mengikut pandangan seorang doktor terkenal,Dr.Mamak Dir,Khir Toyo mungkin mengidap sejenis penyakit yang boleh didiagnosiskan sebagai `toyolisis' yang cukup merbahaya dan antara puncanya adalah kerana penggunaan botox.
Dan mungkin Khir Toyo kena mencari guru mengaji Kitab Tajul Muluk atau sekurang-kurangnya perlu khatam buku Permata Yang Hilang;cuma nasihat kita,jangan pula berguru dari Mat Tyson atau Rahim Thamby Chik,takut-takut tiang lampu dipakaikan skirt pun habis kena sapu!

2 comments:

Anonymous said...

hahahahahahahahaha

Seladang said...

Orang kurang ajar macam anak si toyo tu memang patut terjun dari kerusi MB! Amat biadap!!! Dulu biadap beri pegawai kerajaan penyapu!!! Kalau dia jadi Ketua Pemuda UMNO, biadapnya lagi melampau!!!