Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Saturday, March 14, 2009

Indeks Bursa UMNO



Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah


oleh Abdul Aziz Mustafa (Harakahdaily)





KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".



Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.



Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.



Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.



Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.
61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.



Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.



Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.



Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hasil kajian tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

Hanya 1% orang Cina mahukan UMNO terus memerintah.
Hanya 3% orang India mahukan yang serupa.
Manakala sokongan Melayu kepada UMNO jatuh merudum
apabila tinggal 19% orang Melayu yang masih mahukan UMNO memerintah.


Ulasan:Kajian ini boleh dianggap sebagai parameter menilai sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO/BN.Saya tidak tahu metodologi kajian yang dibuat tetapi saya percaya ianya diasaskan kepada disiplin yang standard.Kenapa saya sebut tentang metodologi ialah kerana pagi ini kawan saya sejak dari kampus orang kuat UMNO Johor sudah menelefon dan antara leteran beliau mempertikaikan kaedah kajian Merdeka Center dan UIA ini.

Sementara saya tidak berminat untuk mengulas tentang metodologi atau kaedah kajian mahupun apakah 1031 responden berkenaan mewakili semua segmen masyarakat/pengundi,namun saya melihat hasil kajian ini memperlihatkan kemuakkan dan isyarat jelas bahawa UMNO berada didalam keadaan yang sangat tidak selesa.Selagi pendekatan dan budaya songsang serta politik retoriks,perkauman dan kabilah terus menjadi teras UMNO/BN saya tidak nampak parti yang di reinkarnasikan (reincarnation) dalam tahun 1987 ini boleh terus menjadi relevan.

Saya kira UMNO/BN menyedari hal ini tetapi mereka sudah jauh terlajak didalam budaya rasuah,kabilah dan retoriks;untuk mereka berundur semula ke belakang,nampaknya mereka tidak punya kekuatan fikrah,moral dan political will selain kepentingan peribadi dan kabilah begitu mengakar.Atas sebab ketakutan untuk berhadapan dengan rakyat ketimbang Pakatan Rakyat UMNO/BN tanpa segan silu menggunakan institusi negara seperti Polis,SPR,SPRM,BTN,KEMAS dan lain-lain lagi untuk menyekat dan menindas suara rakyat (dissenting voice) yang sekali gus mengkembirikan demokrasi.

Hasil kajian ini juga boleh dilihat sebagai isyarat ketidaksenangan kepada Dato Seri Najib Tun Razak,yang akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri.Najib Razak yang dilihat terlalu banyak `baggage' dari pelbagai skandal mahupun citra isteri beliau yang sebegitu rupa tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkreadibiliti yang dapat memberikan ruang demokrasi yang lebih kepada rakyat.

Hanya satu `kritikan saya' kepada kajian Merdeka Center ini iaitu mungkin dibuat sebelum Khir Toyo menarik janggut Pak Abu Urwah;kerana jika kajiselidik dibuat setelah insiden itu,nescaya kesemua responden akan menolak UMNO in toto.

*Logo diatas dengan ikhsan blog Paradigma Berani kepunyaan sahabat saya Sdr.Onn.

No comments: