Setiap hari ada sahaja ulah para pelaku politik yang tentunya memerlukan tanggapan dan pemahaman jitu dari kita yang prihatin.Pemahaman mendalam dan terperinci ini penting bukan sahaja untuk mengupas isu tetapi agar tidak terjebak didalam politik songsang UMNO/BN.
Hajat saya sewaktu mula-mula membuka blog ini bukan sekadar untuk menulis,mengulas dan memberikan pandangan seputar politik tetapi juga saya ingin berkongsi pandangan yang menyangkuti budaya,sastera,bahasa dan sejarah selain tentang hidup dan kehidupan.Nampaknya bab yang lain itu masih tidak dapat saya mulakan kerana penumpuan diarahkan kepada isu politik semasa.
Penumpuan saya diarahkan untuk mencerna perkembangan politik mutakhir bagi memahami implikasi,dampak dan tentunya sebagai seorang yang terlibat didalam politik,bagaimana untuk mendapatkan keuntungan kepada perjuangan daripada peristiwa yang berlaku.Dan dalam proses tersebut saya sering gagal menyisihkan kekecewaan saya dengan apa yang berlaku khususnya ulah UMNO/BN.
Politik perkauman,rasuah,intimidasi dan tindakan represiff yang dilakukan oleh UMNO/BN begitu menghancurkan demokrasi.Manakala institusi negara atau lembaga daulah tanpa segan silu di pergunakan untuk kepentingan politik mual UMNO/BN demi kekuasaan.Hak,maruah dan kepentingan rakyat bukanlah keutamaan nombor wahid bagi mereka melainkan mainan bibir (lip service) semata-mata.Dan inilah asalmuasal kekecewaan saya.
Pada masa yang sama,jiwa saya terubat juga apabila berpeluang mendengar sendiri Wejangan Dato Seri Anwar Ibrahim tentang gagasan besar Ketuanan Rakyat.Gagasan ini kepada saya boleh membawa rakyat keluar dari kemelut 'istama`u al fikr wal roh' yakni penjajahan fikiran dan jiwa hasil proses perbudakan oleh UMNO/BN terhadap rakyat khususnya orang Melayu.Almarhum Ustaz Fadhil Nor mengkritik budaya ciptaan UMNO ini sebagai khurafat terbesar di abad ini.
Saya berhajat untuk menulis secara kritikal dan bernas tentang gagasan ini,siri pertama telah saya paparkan di blog ini.Manakala yang berikutnya didalam proses penyediaan kerana saya kira untuk memberikan bobotan kepada pandangan saya,rujukan perlu dibuat kepada narasumber yang lain.Untuk itu saya sedang membaca (dan membaca kembali) beberapa buah buku,makalah dan tulisan agar dapat memberikan pandangan yang segar,insyaAllah.
Beberapa orang teman memberikan saranan kenapa tidak menulis di dalam bahasa Inggeris agar mereka juga dapat membaca dengan lebih selesa.Atas saranan ini saya akan cuba menulis didalam bahasa Inggeris tetapi hanya yang berkaitan dengan gagasan Ketuanan Rakyat sahaja.Tujuan utama tanpa niat sebaliknya agar teman-teman ini dapat menghadham gagasan besar tersebut.
Hari ini,selain dari berita Sdr.Karpal Singh dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan menghasut berita tentang beberapa orang pemimpin UMNO di kenakan tindakan disiplin menarik perhatian ramai.Kesemua ini kepada saya memperlihatkan kepongahan budaya UMNO.Karpal Singh didakwa kerana UMNO takut berdepan secara anak jantan dan betapa lecehnya minda mereka;Ali Rustam,Khairy Jamaludin dan yang lainnya memperlihatkan dan mengesahkan lagi kepongahan budaya UMNO.Mereka adalah hasil produk UMNO yang membesar didalam budaya yang dibentuk oleh UMNO,maka budaya rasuah dan kabilah itulah yang menjadi idealogi mereka.
Dan saya juga terpaksa 'menyembah mohon derhaka' kerana blog ini tidak akan dikemaskinikan buat beberapa hari.Saya dan keluarga memanfaatkan cuti sekolah ini untuk menikmati keindahan alam Malaysia yang permai ini.Perancangannya untuk kami pusing sebahagian tanah Semenanjung ini.Akan saya tunjukkan kepada putera saya,Suhail,keindahan dan betapa permainya tanahairnya agar anak ini lebih mencintai bumi bertuah ini.Kami akan singgah dimana-mana tempat yang ada sejarahnya termasuk melawat muzium.Saya mahu worldview putera kami ini luas dan terbuka kerana hanya bumi bertuah ini sahaja yang akan kita warisi kepada generasi kita.Manakala Isteri pula telah berjanji,no shopping!
1 comment:
Sdr Nizam!
Malaysia buminya indah, rakyatnya rajin peramah dan bersatu padu, tetapi dengan adanya telatah rakus dan ego Umno yang merasakan dialah pemerintah mutlak negara ini hingga ke kiamat, maka banyaklah gejala tidak sehat dari segi politik, akedemik, sosial budaya, perundangan, penghakiman, pendakwaan, penyiasatan, ekonomi di akhir-akhir ini terutamnya amalan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin Umno (samada hulur atau terima) dengan hanya mendalihkannya kepada politik wang!
Oleh itu di antara Bukit Selambau dengan Bukit Gantang, di Batang Airnya kita kuburkan kerakusan dan keegoan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah!
Post a Comment