Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Friday, March 6, 2009

Ahli Keluarga Baru


Tepat jam 12.oo tengah malam 6.3.2009,kucing kami,Madame Tot,melahirkan anak.Madame Tot yang kelihatan gelisah sejak jam 9 malam tiba-tiba meraung kesakitan (sesungguhnya saya belum pernah mendengar bunyi kucing yang sebegini).

Saya jadi panik.Rupanya isteri sudah punya pengalaman (tetapi dia pun panik juga).Bayi didalam kandungan Madame Tot songsang!Patutlah jeritannya sebegitu kuat tanda kesakitan yang amat sangat.
Isteri bertindak segera,jadi `bidan kucing' yang terulung.Alhamdulillah anak kucing tersebut selamat dilahirkan tapi penuh dengan darah.Saya waktu itu dah cabut!Suhail sudah dibuai mimpi.
Dan jam 12.15 pagi,seekor lagi selamat dilahirkan,kali ini normal,tidak songsang.Sehingga jam 12.43 pagi sudah 3 ekor dilahirkan Madame Tot.
Ini kelahiran Madame Tot kali kedua.Bulan November tahun lalu Madame Tot menganugerahkan kami 3 ekor anak kucing yang comel,tetapi malangnya hanya seekor sahaja yang survive,Mister Joe.
Bulan November dahulu Madame Tot bersalin dalam khutubkhanah (library) saya dan hari ini juga di tempat yang sama.Library aku sudah jadi maternity ward!Intelligent cats!
Saya ada sedikit superstitious,tak mahu ambil foto anak-anak kucing comel,ketiga-tiganya warna putih dengan tompok hitam di kepala,kiranya seperti Madame Tot juga,sebab takut mati!Jadi,kendian (kemudian) akan di fotokan serta upload.
Ya Allah,kami sekeluarga bersyukur diatas anugerahMU,anak-anak kucing yang comel ini,amin.
keterangan foto:Madame Tot sedang menyusukan Mister Joe,anak kucing comel yang nakal.Mister Joe dan Suhail sukar untuk dipisahkan.Malah mereka tidur bersama.

No comments: