Menikmati pemandangan indah di Anjung Senja,Kota Kinabalu Sabah.Pemandangan senja yang indah aku nikmati bersama Enar dan Suhail semasa percutian kami dua tahun yang lalu.
Rasanya senja di KK yang paling indah pernah aku nikmati,lebih cantik dari Manila Bay mahupun di Pantai Kuta Bali.Sang mentari yang perlahan-lahan turun ke peraduannya mencipta mainan warna yang begitu indah,penuh seni dan mempersonakan.Kagum dengan indahnya alam ciptaan DIA.Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi dan keindahan yang tiada taranya.Aku terpegun menikmatinya dan betapa kerdilnya diri ini terasa di bawah langit luas pancawarna.Kalaulah aku seorang penyair,barang tentu akan tercipta bai-bait puisi memperikan keindahan ini.
Di hujung horizon adalah Pulau Gaya yang terkenal dengan penempatan warga Filipino.Pulau Gaya termasuk Pulau Manukan terletak didalam zon Taman Laut Tunku Abdul Rahman.Kadang-kadang keluar juga berita tentang Pulau Gaya-jenayah dan penempatan warga Filipino yang illegal namun hakikatnya tidak ada kesungguhan untuk `membersihkan' Pulau ini;menurut teman anak KK,mereka (Filipino) di Pulau Gaya dan di serata tempat lain di Sabah sengaja `disimpan' oleh Kerajaan BN guna untuk menjadi pengundi hantu!
Isu ini sudah sering dibangkitkan tetapi tidak ada suatu tindakan konkrit diambil.Malah Pairin Kitingan di parlimen mendedahkan betapa ada warga Filipina dan Indonesia diambil memasuki Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menggunakan kad pengenalan `segera' yang di berikan oleh kerajaan BN bagi membolehkan mereka mengundi.Kepada BN,soal keselamatan negara bukan pertimbangan utama kerana yang penting kekuasaan di pertahankan walaupun dengan menjual kedaulatan negara.Itupun belum dilihat dari sudut peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
Negeri Sabah kaya dengan anugerah alamnya-dari hasil pertambangan minyak,kayukayan malah wisata (pelancungan)-namun rakyatnya masih di himpit kemiskinan.Tak perlu pergi jauh,keluar sahaja beberapa kilometer dari KK maka akan terpampang rumah-rumah rakyat yang daif!(ada fotonya,akan di dimuaturun kemudian).Salah tadbir dan yang lebih penting,korupsi yang bermaharajalela memiskinkan rakyat manakala pemimpin hidup dalam kemewahan.Keciciran dalam arus pembangunan dan pendidikan,kepada aku adalah `dosa' yang tidak terampunkan.Pemimpin-pemimpin Sabah sedari dulu hingga yang dewasa ini gagal sama sekali untuk membela nasib rakyat.
Maka itu,adalah menjadi tanggungjawab moral kepada KeADILan dan komponen Pakatan Rakyat berjuang untuk membebaskan rakyat Sabah dari `penjajahan' UMNO/BN dengan mempastikan kerajaan Sabah sekarang ini di gantikan dengan Kerajaan PR yang peduli rakyat.Kepada teman-teman seperjuangan di Semenanjung,usah melihat medan perang kita sekadar di Semenanjung ini sahaja tetapi obor perjuangan wajar di semarakkan di Sabah dan Sarawak,sama-sama berganding bahu membebaskan rakyat kerana bukankah mereka dan kita bersaudara.
Dan senja di Kota Kinabalu menginsafkan aku bahawa perjuangan ini masih panjang,bahawa kita tidak punya pilihan,demi masa depan negara yang cemerlang,demi anak bangsa,UMNO/BN wajib ditalkinkan.Dan lembayung senja akan tetap indah dan mengasyikkan...
No comments:
Post a Comment