Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, April 12, 2009

Bukan Umno Kalah Tapi Mahathirlah Yang Salah *

Umno tak salah apabila kalah, baik di N. 25 Bt Selambau atau di P. 59 Bt Gantang. Yang salah, yang buat hal, yang menunjuk pandai, yang nak tunjuk juara ialah Tun Dr. Mahathir, pengasas Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ternyata matematiknya sangat lemah di Bt. Gantang dan Bt. Selambau. Beliau sudah tidak bijak lagi bermatematik bagaimana kebencian dan kepura-puraan rakyat terhadapnya.
Mungkin ada orang bertanya, kenapa mesti dihempuk ke atas kepala Dr. Mahathir sedangkan beliau baru masuk Umno kali kedua? (Nak tergelak, bagaimana seorang negarawan boleh masuk keluar parti, macam keluar masuk panggung wayang)Jawab kita; Yalah, kerana itulah BN kalah di dua batang walaupun menang di satu batang.Pada hari penamaan calon saya bertemu dengan beberapa orang penganalisis politik, baik dari universiti tersohor mahupun kaki coki’a yang selalu tepat bacaan mereka. Semua berkata, Pas dan PKR atau PR agak sukar untuk mengambil kembali dua kawasan ini.
Dan memang pun begitu apabila ditokok pula oleh bengung dan bahlolnya sesetengah pengundi Melayu di kampung-kampung apabila mereka menerima ‘mee segera’ atau pembangunan ‘sandwich’ dari kerajaan BN. Lain dari pengundi Cina di bandar dan pekan. Potong lancau pun mereka tak akan sokong, kata seorang Cina di Kuala Sepetang.Dalam keadaan kelamkabut, hempas pulas, pujuk rayu dan graf BN (Umno) naik menyacak selepas pemilihan agung Umno, selepas Datuk Sri Najib diisytihar menjadi Perdana Menteri, selepas Pak Lah begitu mengalah, dengan senyumnya, tiba-tiba muncul negarawan yang dianggap hebat muncul di atas pentas perhimpunan.
Esoknya dibuat pengumuman yang beliau akan rujuk kembali ke Umno, di mana parti yang dianggapnya hancai di bawah pimpinan Abdullah Badawi. Maka dengan bangga pula diumum akan turun ke N.25 dan P 59, yang seolah-olah beliau memberitahu bahawa dengan turunnya, apa parti pun akan kalah kerana baginya selain dari Umno, semuanya haprak, malah Umno sendiri haprak ketika dia membebel di zaman Abdullah Badawi.
Siapa yang mendakwa kehebatan Dr. Mahathir ini? Siapa yang menganggap beliau hebat selepas masuk Umno kali ke dua dan siapa yang mendesak agar turun ke N 25 dan P 59?Jawapannya, tak seorang pun suruh dan tak secalit tahi pun yang minta. Bukan kerana memikirkan badan sudah sedikit melengkong, pungkur tirus dan mata sudah terbeliak dek kepikunan melampau tetapi kerana usia seperti itu dianggap sudah memasuki gapura ‘nyanyuk’ dan menunggu waktu hujung asar seperti kata Allah Yarham Fadhil Nor, Presiden Pas dulu.
Simpul kata, maksud tersirat ialah ‘came back’ beliau bukanlah dikehendaki oleh sesiapa, termasuk Umno sendiri. Tetapi oleh kerana kepimpinan Umno terdiri dari orang yang tidak mahu melukakan hati ‘negarawan’ mereka, maka tak ada siapa pun yang tergamak berkata:’ Tun, tak payahlah...rehat saja di rumah. Elok saja ke masjid, bersandar di tiang dengan tok guru baca bab fardu ain dan fardu kifayah, atau berzikir bertahmid. Tak manis balik ke dalam politik kerana balik dalam keadaan begini nanti orang kata gila talak tak tentu pasal.
Tetapi oleh kerana tidak ada kesedaran, dikuasai oleh perasaan ego dan menganggap orang lain bodoh, tak layak, tak sesuai maka dengan gagah-gagah Tun Dr. Mahathir menapak juga naik ke pentas dalam keadaan menjerot tali pinggang hingga habis lubang.Saya di antara ratusan orang yang bersesak-sesak di dewan LKIM Sungai Patani pada 6hb April. Tapi saya terpikir, begitukah seorang negarawan berdiri di atas pentas, menghentam orang lain begitu rupa dengan lagu lama, lirik basi, nada garau dan memek muka yang menggambarkan bahawa dalam sepanjang hidup manusia yang dihentamnya, tak sebutir pun kebajikan dilakukan. Malah manusia yang suka ‘punggung’ ini bagi beliau bukan layak menjadi pemimpin.
Wauuu, ramailah yang bertepuk. Anihnya mereka tidak tahu kenapa mereka bertepuk, seperti sedemikian ramai yang datang, tidak tahu kenapa mereka disuruh datang.Maka gahlah dalam media, Dr. Mahathir kembali ke pangkuan Umno, mencebur diri dan sedia membantu memenangi BN di tiga batang.Ada seorang pengundi India di Bukit Selambau jerkah kepada saya; “Tuan, apa itu logikkah? Itu batang sendiri pun tarak berfungsi, mau jaga tiga batang ka?”Saya jerkah pengundi itu. Poorrraaahhhh!
Malang dan sayang sekali, Dr. Mahathir tidak pernah membaca riaksi rakyat, sama seperti beliau tidak pernah membaca kemarahan rakyat ketika beliau menjadi perdana menteri dulu.Selepas itu saya tidak tahu lagi di mana Dr. Mahathir turun berkempen bagi membantu BN pulih, mengeliat kembali.
Dan saya adalah di antara orang yang sangat bimbang kekalahan Pas dan PKR kerana sekali pandang orang Melayu sudah terpengaruh dengan Dr. Mahathir. Masakan ini boleh dinafi. Bukankah Dr. Mahathir Perdana Menteri selama 21 tahun, yang membuat segala pembangunan, yang memberi wawasan dan di ekur kuasa beliau, satu pembunuhan telah di buat terhadap roh bahasa, dengan mengInggeriskan matematik dan sains sehingga anak-anak Melayu terkial-kial di dalam bilik peperiksaan.
Rupa-rupanya dengan kemunculan Dr. Mahathir, selepas Abdullah Badawi berundur dengan senang hati, Mahathir kembali dengan keluh kesah anih untuk membuktikan beliau masih diperlukan walaupun tak seorang pun perwakilan di peringkat timbalan, naib, mt yang bersuara ‘come on’ datuk sri, come on datuk.Anihnya lagi, graf bacaan politik pun berubah.
Penganalisa politik sebaik-baik Dr. Mahathir turun pentas, bukan melihat bagaimana mengah dan penatnya negarawan yang syok menghentam pembangkang tetapi memberi andaian, grap politik sokong BN sudah naik memuncak.Maka Radio dan TV, akhbar perdana juga memuji-muji Dr. Mahathir yang sanggup naik pentas, walaupun lagu lama dinyanyikan, walaupun lirik basi divokalkan, walaupun lengguk lenggang macam boria kalah nombor lapan, kononnya peratus sokongan kepada BN mendadak naik dan pembangkang menurun kepada 35 peratus.
Malang, tak seorang pun penganalisa meletak tapak tangan di dada pengundi, di ubun-ubun rakyat dua kawasan untuk mengetahui keadaan gelora perasaan. Tak seorang pun bertanya rakyat yang sudah mula diajar dengan kebangkitan dan kesedaran baru, apa pendapat apabila Dr. Mahathir kembali ke dalam Umno?
Maka, malam pengiraan undi, sebaik-baik saja keputusan di buat, saya di antara ribuan yang tersepit di tengah-tengah orang ramai, basah kuyup hampir pecah telinga apabila dijerit kiri dan kanan, sesuatu yang saya tidak sangka.‘Padan muka Mahathir!’‘Haaa, baru dia raseee!’‘Apa, dia ingat dia masih berpengaruh!’‘Ini semua kerana Mahathir!’
Dan tanpa ingin berbohong atau membuat fitnah, saya dengan jujur dan ikhlas, tidak dapat menahan kesal apabila berulangkali menganggap kemenangan Pas dan kekalahan BN di Bukit Gantang adalah kerana Dr. Mahathir.Ternyata ada anggapan sebahagian ramai yang bersesak-sesak keluar malam itu menyesali kembalinya Dr. Mahathir dan kemenangan Pas malam itu seperti mahu mengajar BN dan memberi ingatan bahawa Dr. Mahathir tidak menguntungkan BN lagi.
Di sepanjang jalan pulang dalam bandar Taiping, orang-orang Cina berdiri di kaki lima, mengangkat tangan dan menjerit-jerit: Itu Mahathir punya pasallah! Itu Mahathir punya pasallah!
Lalu dalam perjalanan pulang bersama lima orang kawan, saya juga membuat kesimpulan bahawa kembalinya ke dalam Umno di saat-saat terakhir, bererti beliau telah mencipta kebencian bertaraf nasional kepada dirinya sendiri. Rakyat sudah bijak menilai.
Ada beberapa sebab. Di antaranya kerana seorang negarawan yang sepatutnya berada di ruang masjid, beramal bakti dengan amal makruf nahi mungkar tidak sepatutnya berdiri di atas pentas menghentam lawannya begitu keras.
Kedua, dengan lagak sebagai orang yang tidak pernah mengakui kelebihan orang, beliau telah berlakon menunjuk betapa Abdullah Badawi sesen pun tidak berguna baginya, sedangkan Abdullah juga ada orangnya.
Ketiga, beliau telah menyuluh dengan cermin kelabu, sedang yang disuluhnya tidak tahu apakah rakyat masih sukakan beliau.
Maka kerana ini, saya juga membuat kesimpulan, kekalahan BN di dua batang adalah kerana Dr. Mahathir mula masuk campur. Dan kehancuran bukan saja kekalahan dalam pilihan raya, malah kepada Umno sendiri jika kepimpinan Umno sekarang tidak ‘hubaya-hubaya’ dengan permainan, percaturan politik tua Dr. Mahathir ini.Siapa pun akan mengakui, kembali Dr. Mahathir ke dalam Umno tidak memberi apa-apa terhadap kesetabilan politik dan laba yang baik atas nama membina negara tetapi tentulah ada satu agenda tertentu yang tidak memberi untung kepada rakyat.
Apa yang dapat dilakukan ketika usia sudah 80an? Usia 80-an adalah usia subsidi dan politik bukan saja perlu kepada pemikiran, edia tetapi perlu juga kepada tenaga kerana kemenangan ‘dua batang’ 7 April lalu adalah kerana kekuatan penggerak.Saya terus terang menyatakan, saya sangat kesal kerana Dr. Mahathir kembali secara mendadak sehingga menyebabkan saya menjadi kesal pula apabila mendengar tohmah dan ejekan rakyat terhadapnya.. Beliau telah merendah martabatnya sendiri.
Tapi malangnya ‘come on’ beliau telah memusnahkan kepercayaan saya terhadap negarawan yang pintar, apa lagi apabila memikirkan sekian ribu anak bangsanya terkial-kial dengan bahawa matematik dan sains.Bagaimanapun sangat gembira bilamana 7 April malam, ketika sedang menunggu keputusan pilihanraya di tiga batang. Baru saya sedar sungguh-sungguh bagaimana rakyat membenci mantan perdana menteri mereka yang ke-lima ini.
*Artikel ini ditulis oleh Sasterawan Azizi Hj Abdullah.Blog beliau boleh dilayari di http://aziziabdullah.blogspot.com

Thursday, April 9, 2009

Dari Blog Sahabat Seperjuangan




Cuba lihat dan bandingkan kedua-dua foto ini.Apakah ada apa-apa persamaannya?


Bukti Umno Menggadai Tanah Air Kita
Jangan biarkan Umno terus menjahanamkan orang Melayu dan menggadaikan tanah air kita.Ini fakta menunjukkan Umno adalah penjahanam tanah orang Melayu.
• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

• Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Sunday, April 5, 2009

Catatan Kecil Terang Bulan #9


UMNO gunakan isu 'derhaka':
Nizar makin popular kpd pengundi*


(Laporan Nizam Hamid Dari Bukit Gantang)
Kempen berjalan lancar. Di sini UMNO tak menyerlah seperti pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semalam (2 April 2009) kawasan yang terlalu susah nak masuk sudah dapat ditembusi iaitu Kampung Trong Temerloh. Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat masuk malam tadi setelah dua percubaan sebelum ini gagal. Isu UMNO mainkan ialah 'derhaka' khususnya kepada pengundi Melayu mengikut petugas local, ada kebimbangan isu 'derhaka' beri kesan kepada undi Melayu khususnya yang tua. Selain itu karikatur Nizar yang kononya alat Cina/DAP diedarkan dengan meluas. Saya juga mengesani Nizar seorang yang popular.


Hari ini (3 April 2009) khutbah Jumaat seluruh Bukit Gantang, temanya kesetiaan kepada raja dan negara. Taktik UMNO setelah mereka mainkan isu derhaka. Malang institusi masjid dipergunakan untuk kepentingan UMNO. Tetapi pengundi di Bukit Gantang masih ingat lagi bagaimana UMNO memperlekehkan Dato' Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Tok Muda Abdul Aziz. UMNO tak hormatkan Dato' Panglima Bukit Gantang yang disukai oleh Sultan Perak. UMNO derhaka kepada Sultan Perak, kerana tak menghormati Dato' Panglima Bukit Gantang, MB yang dilantik baginda. Eloklah UMNO cermin diri sendiri!


*Entri ini dengan ehsan blog Pak Dharma NS,Suara Prima yang boleh dilayari di:-http://adimul.blogspot.com.

Sunday, March 29, 2009

Stop Press

Ok catatan perjalanan kami sekeluarga tamat dengan entri terbaru.Entri-entri tentang perjalanan kami sekeluarga bersifat peribadi,sebagai catatan kenang-kenangan (bukankah blog juga peribadi sifatnya?) kami dan sepupu-sepupu Suhail.
Jadi kepada tukang hentam keromo yang tidak punya keberanian moral berselindung disebalik 'anonymous',kecaman anda tidak lebih dari membayangkan kebodohan anda sendiri.Mungkin perkataan bodoh itu terlalu mulia,yang lebih sesuai adalah pandir!
Sementara saya mengalu-alukan sebarang komen yang membina dan konkrit daripada teman-teman,saya tidak dapat berkompromi dengan komen yang menghina,bersifat peribadi dan membayangkan kepandiran mahupun minda leceh.
Blog ini akan terus di kemaskinikan insyaAllah dari masa ke semasa.Cuma didalam minggu ini saya sekali terpaksa sembah mohon derhaka kerana akan turun ke gelanggangdi Bukit Selambau bekerja untuk mempastikan UMNO/BN tersungkur.
Sama-sama kita doakan kemenangan di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan di Batang Ai.

BERJUANG TERUS!

Catatan Menerusi Lensa



Kereta Kabel Genting Highland






Gayat.Di dalam gondola






Kuala Kangsar







"perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang satu"-Kung Fu Tzu


Route Gerik-Kuala Kangsar







Tugu Peringatan Lebuhraya Timur-Barat
Keadaannya menyedihkan,kotor dan tidak terpelihara







Plak di Tugu Peringatan
































Jambatan Kuala Kangsar








Warung di tepian Sungai Perak,Kuala Kangsar.
























Suhail & kuntuman dari rimba









Pintu air Empangan Temenggor


































Houseboat






Kabel voltan tinggi dari stesen hidro Temenggor.







Tinja gajah





















Dari KB ke Rimba Belum

Khamis,19.3.2009 sekitar jam 3 petang kami meninggalkan Kota Bharu.Destinasi berikutnya ialah Resort Belum di Tasik Banding Gerik Perak.Dari Kota Bharu kami menuju ke arah Jeli Kelantan dengan tujuan melalui Lebuhraya Timur-Barat atau juga dikenali Lebuhraya Jeli-Gerik.
Lebuhraya ini di bina berasaskan konsep KESBAN (Keselamatan dan Pembangunan) ketika perjuangan bersenjata PKM masih lagi memuncak dihujung dekad 1970-an.Dibawah konsep ini kawasan yang dikenalpasti sebagai berpotensi 'hitam' akan dibangunkan dengan prasarana guna untuk meminggirkan gerila PKM dan sekaligus menggiatkan usaha pembangunan.Strategi ini membawa pendekatan serampang dua mata iaitu keselamatan (security) dan sekaligus untuk membangunkan kawasan pendalaman.Begitu lebih kurang sejarah pembinaan Lebuhraya ini.

Hujan lebat menemani kami sepanjang perjalanan.Saya telah diberikan nasihat untuk mempastikan tangki minyak penuh kerana selepas Jeli,tidak ada lagi stesen minyak sehinggalah sampai ke Gerik.Maka di Jeli,the last frontier,kami top-up minyak penuh setangki dan terus mendaki Banjaran Titiwangsa,kenderaan ringan tidak banyak tetapi lori balak dan kargo bergerak dari kedua arah yang membuatkan pemanduan perlu lebih berhati-hati.

Saya menikmati memandu merentasi Banjaran Titiwangsa.Pemandangan gunungganang dan lurah dan lembah serta hawa dingin pergunungan menyegarkan dan mendamaikan.Jika tidak kerana jalan yang sempit dan berliku,kami pasti akan berhenti di beberapa tempat untuk memotret gambar pemandangan.


Didalam perjalanan kami bersua lebihkurang 4 buah matau balak.Saya menjadi gelisah melihat matau-matau selain lori-lori balak yang berselisih.Kepada saya aktiviti pembalakkan,tidak kira yang dihalalkan apatah lagi illegal logging adalah punca utama kerosakan alam sekitar,pemanasan bumi,sungai yang tercemar selain kemusnahan flora dan fauna yang merupakan warisan alam yang terpenting.Malah dalam perjalanan dari Gua Musang sehari sebelumnya,saya menyaksikan kematian sebatang sungai di Dabong;air sungai yang jernih bertukar kuning likat pekat dengan lumpur,mendapan (sediments) dan pencemaran lainnya.

Kami sampai ke tempat penginapan ketika matahari hampir melabuhkan tirainya.Hujan lebat menyambut kami dan dingin hawa senja Banjaran Titiwangsa menyegarkan minda selain bikin perut segera berkeroncong.Dek disebabkan hujan lebat kami hanya berkeliling di sekitar resort sambil menikmati pemandangan alam ciptaan Tuhan yang indah.
Kami sengaja meminta kepada pengurusan resort untuk bilik yang tidak menyediakan tv;tujuan utama untuk detox Suhail dari peti tv.Buku-buku yang sememangnya menjadi teman setia kami sekeluarga sepanjang masa di bawa.Suhail membawa beberapa buah koleksi komik Asterix&Obelix,Tintin dan novel Star Wars selain kad UNO.Resort turut menyediakan boardgames seperti catur,scrabbles,congkak dan monopoly,maka malam di Tasik Banding dihabiskan dengan boardgames dan mentelaah buku yang kami bawa.

Keesokkan harinya,20.3.2009,kami akan mengikuti aktiviti Temenggor Walk-menjelajah Tasik Banding untuk melihat bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia yang kebetulan sedang kembang,melihat Empangan Temenggor,sira gajah (tempat gajah berkubang mandi lumpur) dan kampung Orang Asli.

Cuaca agak baik,matahari bersinar galak tetapi awan kamulus-nimbus berarak hitam dari ufuk.Sebelah pagi kami explore persekitaran resort sehingga ke bibir tasik.Memang mendamaikan dengan bunga-bunga dan bunyi unggas.


Jam 2.30 petang kami memulakan eksplorasi bersama-sama dengan rombongan dari Lembaga Getah Malaysia (LGM).2 buah bot laju bergerak diatas permukaan air tasik yang bening.Kami menuju ke sebuah pulau dimana Rafflesia sedang berkembang mekar.

Perjalanan dengan bot mengambil masa lebih kurang 30 minit dan disekeliling dapat dilihat pulau-pulau serta di ufuk banjaran gunung memagari Tasik Banding.Udara dingin menyapa kami dan dengan di buai alunan lembut bot diatas air tasik,mata segera menjadi layu.


Untuk melihat Rafflesia rupanya bukan mudah juga.Melompat dari bot ke tebing yang licin tentunya pengalaman baru kepada Suhail.Dari bibir tasik kena memanjat tebing yang agak curam untuk naik keatas bukit dengan berpegang kepada akar-akar pokok yang berselirat.Untuk memanjat tebing memerlukan effort juga kerana tanah licin berlumpur.Sementelahan pula kami hanya memakai selipar sandal,terlupa untuk membawa kasut.

Dari bibir tasik ke tempat Rafflesia sedang mekar mengambil masa sekitar 10 minit.Mengah juga untuk sampai ke tempat Rafflesia itu tetapi keletihan hilang apabila dapat melihat bunga yang usianya hanya 5 hari setiap kali ia kembang.Rafflesia itu sudah berusia 3 hari dan hampir pudar.Kembali ke bot,baru saya sedari 2 ekor pacat sedang enak menghisap darah.Suhail fascinated melihat pacat yang kemudiannya pecah apabila di pijak.


Dari tempat Rafflesia kami menuju ke sira gajah.Perjalanan kali ini agak jauh,hampir 120km melalui Tasik Banding.Sungguhpun jauh tetapi tidak menjemukan.Suhail terlena diatas bot dibuai angin dingin yang berhembus dari Pergunungan Banjaran Titiwangsa.Kami melaui jambatan yang menyambung Jeli-Pulau Banding-Gerik dan menghala ke Empangan Temenggor.Sepanjang perjalanan dapat dinikmati pulau-pulau kecil dengan pepohonan yang dedaunnya panca warna.

Di tengah perjalanan tiba-tiba bot tersangkak-sangkak dan menjadi perlahan.Jurumudi dan guide bergegas ke belakang membelek enjin bot;seketika kemudian bot kembali melaju.Kami terus menuju ke kawasan Empangan Temeggor.Bot segera meluncur laju semula.Namun 10 minit kemudian,masalah yang sama muncul kembali.Kali ini sudah tidak dapat di baiki,sebuah dari 2 buah enjin tersebut mengalami kerosakan.Mengikut kata jurumudi,bateri bot sudah 'kong'.Perjalanan diteruskan juga dengan sebuah enjin yang masih berfungsi tetapi sudah tidak laju,malah terlalu lembam jadinya.



Sekali lagi terpaksa melompat dari bot ke bibir tasik;sekali lagi terpaksa mendaki tebing curam untuk melihat sira gajah.Perjalanan di dalam hutan yang agak tebal dan lebih jauh dari tempat Rafflesia.Sira gajah atau kubang tempat gajah mandi tanah terletak di pinggir bukit.Mengikut kata guide tempat tersebut di percayai telah turun temurun menjadi tempat gajah beristirehat.Sepanjang perjalanan kelihatan tinja (tahi) gajah dan ada diantaranya masih 'panas'.

Pernah beberapa kali,ketika membawa pelancong kami terserempak dengan sekawan gajah,cerita guide.Mujurlah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kerana mereka dengan segera berundur perlahan-lahan kembali ke dalam bot.

Dari sira gajah kami berpatah balik ke pinggiran tasik.Rupa-rupanya jurumudi bot kami gagal mendapatkan bateri baru.Maka terpaksalah menaiki bot yang rosak dengan kelajuan minimum.Beberapa program lain seperti ke Kampung Orang Asli terpaksa di batalkan;juga rancangan dengan Suhail untuk bermain rakit buluh turut tergendala.

Cuma diri terasa puas apabila dapat menikmati fenomena alam di tengah tasik di waktu senja.Alangkah indahnya alam ciptaan Al-Khalik waktu melihat warna senja yang membentuk keindahan yang sukar dinyatakan.Terasa diri terlalu kerdil-hanya seumpama titik kecil dari seluruh mayapada-dan lidah tidak berhenti bertasbih,Subhanallah,Maha Suci Allah yang mencipta dan menganugerahkan keindahan yang tiada taranya.Dan seperti biasa picu kamera di petik beberapa kali dengan lensa mengabadikan keindahan ciptaanNYA.
Malam itu kami tidur dengan lenanya.Aktiviti seharian begitu meletihkan.Dan esok perlu mengharungi perjalanan panjang untuk kembali ke rumah di Temerloh.
Kami memilih mengambil jalan pulang melalui Gerik dan makan tengahari di Kuala Kangsar.Dari Kuala Kangsar melalui Lebuhraya Utara-Selatan kami mengambil exit Tanjung Malim.Kami masuk ke pekan Tanjung Malim dengan tujuan untuk menunjukkan lokasi UPSI yang bersejarah kepada Suhail.Saya jelaskan peripentingnya UPSI atau dahulunya di kenali SITC (Sultan Idris Teaching College) kepada sejarah perjuangan nasionalisme Melayu.Saya sebut nama beberapa tokoh seperti Pendita Za`aba yang terkenal dengan Suluh Budiman,Aminuddin Baki,Tun Ghafar Baba,Ibrahim Hj Yakob dan beberapa tokoh lain.Saya nyatakan bahawa mereka ini merupakan inteligentsia Melayu yang berjuang untuk membebaskan diri dari penjajah dan tokoh persuratan Melayu yang mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.Semoga putera kami ini dapat mengerti dan memahami perjuangan serta jasa para pejuang terdahulu,mudah-mudahan.































Orang Asli Dapat Perintah Halang Kontraktor


TEMERLOH: Orang Asli Rompin berjaya mendapatkan perintah sementara berbentuk penghalangan dari Mahkamah Tinggi Temerloh pada 27 Mac (Jumaat) dalam dua kes berbeza melibatkan pencerobohan ke atas tanah-tanah adat mereka.

Keputusan kedua-dua kes Orang Asli ‘lawan’ Kerajaan Malaysia ini diputuskan dalam kamar Mahkamah Tinggi Temerloh.

Menurut peguam Datuk M. Ramachelvam, bagi kes di Tenggalung dan Sungai Buan, Rompin tiga pemohon iaitu Batin Majid Jaafar dan dua penduduk kampung iaitu Jantong Duka dan Rosman a/l Imat telah mendapat perintah larangan sementara terhadap Tabung Haji Plantation (TH) yang dikatakan menceroboh tanah adat mereka untuk aktiviti pertanian.

Dengan demikian pihak kontraktor tersebut tidak boleh berbuat apa-apa di atas tanah bekenaan.

Keputusan sebenar akan diputuskan pada 29 Jun nanti sementara dalam tempoh itu peguam kedua pihak akan mengadakan ujian bertulis.

Peguam pihak Orang Asli bagi kes ini ialah Ramachandran, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Izhan Razali. Sementara responden pula ialah Pengarah tanah dan Galian Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Krajaan Malaysia.

Bagi kes kedua pula Batin Kampung Bukit Rok Mohamad Nohing dan lima orang penduduk kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam juga mendapat hak yang sama.

Keputusan sebenar juga akan diputuskan pada 29 Jun nanti
Mereka diwakili peguam D.P. Naban dan Lee Hong Seng.Sementara responden pula ialah Pengarah tanah dan Galian Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Kerajaan Malaysia.

“Perintah larangan terhadap responden ini menunjukkan satu keupayaan untuk Orang Asli mengekalkan status quo mereka,” kata Ramachelvam.
*entri ini ehsan dari laman http://www.sidangonline.net milik Perhubungan PAS Negeri Pahang