Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Sunday, January 2, 2011

Komentar Sepintas Lalu


Antara berita yang menggamit perhatian saya hari ini ialah pengumuman oleh Kerajaan Negeri tentang dasar baru pemilikkan tanah yang saya kira begitu berani dan bertepatan dengan waktunya.

Melalui tweeter saya membaca kenyataan YAB MB Selangor,TSKI yang mengumumkan dasar kerajaan Selangor untuk mengeluarkan geran tanah (land title/suratan hak milik) kepada mana-mana rakyat atau penduduk yang sah mendiami sesuatu tempat atau tanah dalam tempoh 10-15 tahun.

Dasar yang diperkenalkan ini tentunya perlu diberikan pujian;pada hemat saya pendekatan atau polisi kerajaan PR Selangor sangat bertepatan dengan upaya untuk membasmi kemiskinan dan berpihak kepada rakyat.Sementara Kerajaan Selangor tampaknya begitu menggalakkan dan menyediakan segala kemudahan yang mesra pelabur serta perniagaan yang tentunya bersifat lintas-sempadan (TNC) namun keprihatinan untuk membantu rakyat marhaen sesungguhnya begitu membanggakan.

Sesungguhnya salah satu daripada upaya untuk membebaskan rakyat dari kitaran puaka kemiskinan ialah melalui pemberimilikkan tanah.Dengan adanya pemilikkan tanah,nescaya rakyat dapat bermandiri yang sekali gus mengangkat harkat dan maruah sebagai rakyat negara merdeka.Saya teringat kepada usulan daripada falsafah pemerintahan Jawa,antara lain bahawa tanggungjawab pemerintah untuk mempastikan setiap rakyat punya sandang (berpakaian),papan (rumah atau tempat kediaman) dan pangan (makanan yang mencukupi).

Malah Hernando De Soto,ahli ekonomi kelahiran Peru,turut menganjurkan,didalam tesisnya bahawa upaya membasmi kemiskinan serta upaya untuk menurutsertakan rakyat didalam pembinaan ekonomi negara,antara lain ialah melalui pemilikan tanah.

Saya juga melihat dasar Kerajaan Selangor ini bertepatan dengan idealogi Ketuanan Rakyat yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat.Cumanya,karenah birokrasi atau red tape harus diminimakan bagi manfaat rakyat.

*Saya akan memberikan pandangan saya dengan lebih mendalam didalam blog saya,lanailestari (http:lanailestari.blogspot.com)

No comments: