Kata Orang Arif:apabila engkau mendapat wang,belikan emas;jualkan emas itu belikan intan;jualkan intan,belikan manikam;jualkan manikam,belikan ILMU.
(Hikayat Munsyi Abdullah )

Thursday, February 25, 2010

Hakmilik:Peneroka FELDA mengadu pada Suhakam

Abdul Rahim Sabri Feb 24, 10 7:05pm
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.




Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi. Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.


Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.


Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.


Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itu juga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.


Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.


Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.


"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.


Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.
*Sumber berita:MalaysiaKini (http://www.malaysiakini.com.)

Wednesday, February 24, 2010

ANAK minta SUHAKAM siasat dakwaan FELDA tindas peneroka


KUALA LUMPUR, 24 Feb: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.
Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.
"Untuk lebih adil, saya minta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.
Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.
Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.
Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.
Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.
Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.
Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.
"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Hamid dan Suhaimi Said.
Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.
"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.
Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.
"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.
Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.
"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.
"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.
"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.
Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.
"Kami telah berjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.


*Sumber berita dari HarakahDaily (http://www.harakahdaily.net/v2/)

Tuesday, February 23, 2010

Abah accident...




Ahad,21.2.2010,sedang bersantai dengan Suhail hp berbunyi;dengan sedikit jengkel aku mengangkat telefon.Dihujung corong terdengar suara adik,Cik Mie:"Abang,abah accident..."

Serasa seperti berhenti denyut jantungku mendengar suara dari hujung corong.






"Kereta je rosak,Abah alhamdulillah tak ada apa,"begitu jelas Cik Mie seterusnya.
Segera aku menukar pakaian dan mencapai kunci kereta.Bergegas aku memandu untuk pulang ke Chenor.

Rupanya Abah terbabas di Simpang Chenor.Abah memandu Pajeronya dari Chenor menghala Simpang Chenor,tiba-tiba terbabas menyeberang jalan besar Temerloh-Maran dan melanggar signboard sebelum kereta beliau terhenti kerana tersangkut di busut kecil.Jika tidak ada busut ada kemungkinan besar akan terus menuju ke ladang sawit.
Aku memanjatkan sebesar syukur kepada Allah SWT kerana Abah selamat,tidak cedera dan tidak melibatkan orang lain.Kereta rosak,ya,boleh dibaiki.

Tidak dapat ku bayangkan jika kereta Abah bertembung dengan kenderaan lain yang pada kebiasaannya sentiasa menghilir-mudik di jalan besar Temerloh-Mentakab.
Tidak dapat aku bayangkan jika kereta Abah terlanggar orang ramai yang kebiasaannya sentiasa ramai di Simpang Chenor.
Sungguh!Terlalu ngeri untuk dibayangkan jika itu yang terjadi.Sesak nafasku membayangkan jika Abah mengalami kecederaan.
Ya Allah,aku memanjatkan syukur yang teramat sangat diatas rahmatMU,diatas pertolonganMU kerana melindungi ayahandaku,kerana menjauhkan ayahandaku dari cedera dan kemalangan yang lebih teruk.Terima kasih Ya Tuhan kerana menjaga ayahandaku.Terima kasih Wahai Tuhanku.
Petang itu,selesai membuat laporan Polis di Balai Polis Kg.Awah aku membawa Abah ke Klinik Sulaiman Temerloh untukdibuat pemeriksaan.Alhamdulillah menurut Dr.Halim,Abah ok,malah tekanan darahnya cukup baik walaupun baru melalui pengalaman ngeri.Aku cukup gembira dan besyukur.
Saya dan keluarga turut mengucapkan terimakasih dan penghargaan kepada teman-teman di Chenor khususnya Sdr.Lan kerana membantu dan memberikan pertolongan.Hanya Allah Azzawajalla sahaja yang dapat membalas budi tuan.


Monday, February 22, 2010

Khutubkhanah Kecil Di Masjid Jerantut

Hari Sabtu minggu kelmarin,saya bersama Dr.Yahya dan Irfan Abad sempat menunaikan solat di Masjid Jerantut.Memang arkitektur Masjid tersebut antara yang menarik.Namun kepada saya yang lebih menarik dan punya kelainan daripada Masjid-masjid lain yang saya tahu ialah di serambi Masjid berhampiran tempat wudhuk jemaah lelaki,ada diletakkan 2 rak buku yang cukup sederhana.







Walaupun hanya 3 baris rak tersebut yang berisi beberapa naskah buku,namun saya kira disinilah keunikkan Masjid Jerantut.Ada buku-kitab sebenarnya-yang bertulisan jawi dan Arab dan buku-buku didalam Bahasa Malaysia.Saya sempat membelek buku-buku tersebut yang nampaknyamencakup pelbagai disiplin ilmu Islam;malah tak kurang juga beberapa novel sejarah Islam terbitan PTS.






Foto:Irfan Abad dan Dr.Yahya sedang mentelaah buku di Masjid Jerantut





Sebagai peminat buku,saya kira inisiatif yang diambil oleh Jawatankuasa Masjid Jerantut ini wajar di puji dan diberikan penghargaan.Masjid sewajarnya bukan sekadar menjadi tempat menunaikan solat semata-mata,malah seharusnya di kembangkan sebagai pusat ilmu.Dengan mengujudkan khutubkhanah,walaupun begitu sederhana,namun tetap dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.Saya mengharapkan Masjid-masjid lain akan dapat mengikuti langkah yang diambil oleh Masjid Jerantut dn juga meletakkan buku-buku dari pelbagai disiplin ilmu.

Sunday, February 21, 2010

Fragmentasi...



SENJA DI PELABUHAN KECIL

buat: Sri Ajati


Ini kali tidak ada yang mencari cinta
di antara gudang, rumah tua,
pada cerita tiang serta temali. Kapal, perahu tiada berlaut
menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut


Gerimis mempercepat kelam. Ada juga kelepak elang
menyinggung muram, desir hari lari berenang
menemu bujuk pangkal akanan. Tidak bergerak
dan kini tanah dan air tidur hilang ombak.


Tiada lagi. Aku sendiri. Berjalan
menyisir semenanjung, masih pengap harap
sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan
dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap


-Chairil Anwar (1946)


CINTAKU JAUH DI PULAU

Cintaku jauh di pulau, gadis manis, sekarang iseng sendiri
Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang,


tapi terasa aku tidak 'kan sampai padanya.
Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
"Tujukan perahu ke pangkuanku saja,"


Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama 'kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!


Manisku jauh di pulau, kalau 'ku mati,
dia masih iseng sendiri.

-Chairil Anwar (1946)




Invictus

"It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul."


Keperkasaan

"Biar runcing lorong terlangkah,
Biar perit hukuman tertitah,
Akulah juragan seludang takdirku,
Akulah laksamana bahtera jiwaku."





*Cuplikan puisi dan terjermahannya yang indah itu wajar dikreditskan kepada Syed Putra ( http://pokok-hujan.blogspot.com). saya sekadar menukar satu-dua frasa mengikut selera saya tanpa mencacatkan maksud asal terjermahan Syed Putra.

'Anak laki-laki tidak boleh dihirau panjang,hidupnya ialah buat berjuang,
jika perahu telah dikayuhnya ke tengah,tidak dia boleh surut pulang,
meski sebesarmana pun gelombang,
biarkan kemudi patah,biarkan layar robek,kerana itu lebih mulia,
daripada berbalik haluan pulang'.
-Pepatah Melayu Mengkasar
sumber Sdr.Mazlan Aliman (ANAK)

nota kecil:
aku bertanya kepada diri,tatkala sorot mata terpandang perahu kecil berlayarkan kain pelikat basahan di kemudikan,mungkin sang ayah, sedang dua orang anak cilik sedang tekun memegang 'tiang layar',apakah yang bermain dibenak sang pengemudi?apakah yang ada dalam minda sianak itu?
bukankah hidup ini penuh dengan kontras dan kontradiksinya.lihat sahaja kapal-bot besar lagi canggih melatari perjalanan perahu kecil yang serba daif itu.dengan segala kekurangan dan dengan kudrat dari alam-bayu yang menghembus-perahu kecil itu teroleng dipukul gelombang kapal besar namun tetap maju kehadapan.ya,hidup yang penuh kontras dan kontradiksi namun tentunya demi kehidupan maka hidup ini harus diteruskan walau dengan segala kekurangan dan kelemahan.
pun begitu,aku gagal dari memujuk hati-jiwa-perasaan diri ini dari menghiba;apakah memang suratan masih ada anak bangsaku bergulat dengan hidup yang penuh kedaifan?apakah sianak itu,cukup makan-pakainya?bagaimana dengan pelajarannya?bagaimana dengan tangkapan hari itu,apakah cukup buat bekal esok hari?
sering aku dikhayalkan sabda para Dewa Kekuasaan bahawa Tanahair ini bumi bertuah,kaya dan jenuh dengan hasil-khazanah anugerah Tuhan;namun,maaf,setelah aku jelajahi 4 penjuru tanah bertuah ini,aku melihat dan menonton dan rasa kedaifan/kemiskinan/ketinggalan/terpinggir/kekurangan/terperosok dari segala yang sepatutnya menjadi hak mereka,dari menikmati kekayaan bumi bertuah ini.lalu aku sering kembali bertanya kepada diri,kemana sahaja hilangnya hasilmahsul dan khazanah itu,sedikit pun tidak tertumpah kepada mereka yang memang mengdambakan.argh,bumi ku yang permai;bukan kau yang gagal menumpukkan nikmatmu tapi kerana ada dewa kekuasaan yang yang derhaka kepada rakyat...
dan aku tetap yakin-hukum alam-yang menentukan;seperti laut yang kadang-kadang mesra dan sering juga murka,seperti bayu yang sentiasa menghembus syahdu pun tentunya menjadi ganas,seperti perahu kecil milik nelayan daif itu,maka hidup punya kewajaran untuk diteruskan dan diperjuangkan.maka,kepada diri,aku berpesan,ayuh,pendayung ditangan,perahu diair,pilihan yang ada hanya satu,pelayaran ini harus diteruskan walau ribut-gelombang-taufan melanda kerana hidup akan lebih bererti jika diperjuangkan demi sebuah impian buat tanahair tercinta ini...
-lanailestari

Friday, February 12, 2010

Satu Lagi Projek BN:Negara Rugi Harta Rakyat Dicuri

Malaysian Mirror (http://www.malaysianmirror.com) memaparkan berita tentang suatu lgi projek gah Malaysia iaitu pembinaan dan pengeluaran motorsikal berkuasa tinggi (superbikes) yang dibiayai sepenuhnya oleh Petronas.Motorsikal berkuasa tinggi tersebut di hasilkan oleh sebuah syarikat Britain yang di kenali MSX International manakala kejuruteraan enjinnya pula di buat oleh Suter Racing dari Austria.

Petronas di percayai telah membelanjakan jutaan ringgit bagi projek tersebut yang bermula 8 tahun lalu;motorsikal berkuasa tinggi ini dikilang di Essex,England dan terdapat lebih kurang 60 buah motorsikal berkuasa tinggi yang setiap satunya berharga RM145,000 di biarkan terbiar di England.

Nilai motorsikal tersebut yang mencecah lebih dari RM11.6 juta ditinggalkan sebegitu rupa setelah di percayai Petronas tidak lagi berminat untuk meneruskan projek tersebut walaupun puluhan juta ringgit wang Petronas telah dibelanjakan.Motorsikal berkuasa tinggi tersebut diberi nama FP1 dimana hanya 2 buah sahaja yang dipamerkan untuk jualan di Naza Bikers Dream,Kuala Lumpur dengan harga RM182 311 dan masih tidak laku.

Kisah ini merupakan sebahagian dari fiasco yang sudah tidak menjadi suatu yang luarbiasa lagi di Malaysia.Pembaziran dan pelaburan yang tidak prudent serta mentaliti megalomaniac yang telah menjerumuskan khazanah rakyat kepada salahurus yang teruk.Yang nyata isu motorsikal berkuasa tinggi ini merupakan sebahagian daripada senarai panjang Sebuah Lagi Projek BN yang bukan sekadar membazirkan harta rakyat malah boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap amanh rakyat.

Selagi UMNO/BN terus berkuasa dengan gelagat yang jelek sebegini maka selagi itulah segala khazanah harta rakyat akan lebur dan dibazirkan.Alangkah baiknya jika wang Petronas tersebut digunakan untuk membantu mengangkat pendidikan anak bangsa.Alangkah mulianya jika wang yang dilabur jutaan ringgit untuk membina motorsikal yang terbengkalai itu digunakan untuk membantu mengatasi masalah kemiskinan yang masih ujud.

Ertinya keutamaan yang diberikan bukanlah untuk kebajikkan rakyat tetapi semata-mata untuk memenuhkan selera dan nafsu megalomaniacs mereka.Natijahnya kebajikkan rakyat terabai dan harta khazanah negara dibazirkan.
Amat malang didalam keadaan ekonomi negara yang merudum,pembaziran yang keterlaluan dilakukan oleh Petronas.Pembaziran sebegini hanya dapat dihentikan-sekali gus menyelamatkan harta dan khazanah negara-sekiranya UMNO/BN ditumbangkan.





superbike dream bunked


ESSEX (England) - Petronas had a dream of producing fast and beautiful superbikes. Some 60 of these machines, valued at about RM145, 000 each, have been found in a bunker here.
They have been there for eight years, claimed Motocycle News (MCN), which discovered the secret hoarde.“You’re joking – that’s amazing!” said Carl Fogarty – race team manager and figurehead of the ill-fated FP1 project – when told the news by MCN. It had been thought – and stated by the team – that the bikes were shipped to Malaysia five years ago and disposed off.

But, in fact, virtually all the bikes initially produced to homologate the FP1 for World Superbikes (WSB) racing are still on British soil.(In motorsports, homologation refers to the approval process a vehicle must go through to race in a given league or series. The regulations and rules that must be met are generally set by the series' sanctioning body).

State of suspended animation


The collection found here – worth around £2m (RM11.6mil) – is held in a state of suspended animation awaiting, with the bikes’ owner, Malaysian oil giant Petronas, allegedly keen to draw a veil over the whole episode. The firm burned £30m (RM174mil) on a WSB programme that was intended to kick-start a Ducati-sized bike manufacturing business in Malaysia. But it petered out with a 21st place championship finish in 2006.

The bikes were manufactured for Petronas by engineering firm MSX International in Basildon, here, in record time in 2002, around engines designed by Austrian firm Suter Racing. The idea was that the production process would then be replicated in Malaysia and form the start of a range of higher and lower-spec bikes running to 10,000 and more. Seventy-five road bikes were built in Essex, followed by another 75 in Malaysia six months later.
Bikes still in perfect condition

Though the business that produced this first batch has since changed hands the bikes are still there, now in possession of engineering firm Arrk R&D, which also retains key MSXI staff who worked on the FP1. Tony White is one of them. “They were perfect,” is all he will say about the bikes.

He feels it was a great project to work on that culminated in the build of 150 great bikes."We had everything done down to the owner and dealer manuals.”

In fact the FP1 did eventually go on sale in 2005 – but only in one dealership in Malaysia, that is, Naza Bikers Dream. A pair were still for sale in 2009 for £31,433 (RM182,311) each.

Murray Treece, chief executive of Foggy-Petronas Racing, was the go-between for Petronas and the British engineers who developed the road bike. He told MCN: "Our staff developed the race bike and then were involved in transferring the design and supplier information over to the road bike team. "Exactly what happened after that to the road bikes is unknown (by me at least).”It was a transition in which the FP1 lost virtually none of its clean racing looks, but a fair chunk of its power – down to 127bhp from 185bhp. Even so, at 181kg it should still have been a competitive road bike – though it was never released for road test. Eight years later only the non-radial brakes date the stark, stylish lines of the turquoise triples.

Foggy said at the time: “There is no doubt that this will be the most beautiful bike on the roads. "It combines cutting edge technology with real elegance and has set new standards at the top end of the road bike market”. Treece echoes: “It was a beautiful looking and sounding machine. I wish I owned one”.He believes Petronas underestimated the challenge in bringing a bike to market in such a short time with no infrastructure.

What's the value after eight years?

What does eight years do to the value of a now-outdated but ultra-exclusive superbike that failed to launch? “It’s tricky” says a motorcycle valuation expert for auction house Bonhams Ben Whitworth.“The Petronas (bike) might be a bit long in the tooth compared to modern top-flight superbikes costing around £15,000 (RM87,000)

"But the kudos of owning such a limited edition is certainly comparable to Ducati’s Desmosedici at £40,000-45,000. (RM232,000 - RM261,000)."Very broadly speaking, I reckon an example would be between £15,000-25,000 (RM87,000-RM145,000). "But until one is actually sold at auction and sets a precedent, that remains very much a guestimate. It would be fascinating to see.”How long this treasure trove of a tomb will remain unopened lies at Petronas’ discretion. — Malaysian Mirror/Motorcycle News